Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

___________________________________________________________________________

HBML4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEMESTER MEI 2014
___________________________________________________________________________

NAMA

NOR HAYATI BINTI HAJI SAYAT

NO.KAD PENGENALAN

730823085960

NO. MATRIK

730823085960001

NO. TELEFON

0162536323

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1

1.0

Pengenalan

2.0

Bahasa Melayu Selepas Merdeka

2.1 Penggunaan Bahasa Melayu selepas merdeka


3.0

Matlamat Pendidikan Berdasarkan Penggunaan Bahasa Melayu


3.1

4.0

Laporan kajian lepas

8
9
14

Pendapat Tentang Perkembangan Bahasa Melayu Dalam

17

Pencapaian Matlamat Pendidikan di Malaysia


5.0

Kesimpulan

19

Rujukan

20

1.0 Pengenalan
2

Para cendekiawan dan ilmuwan sedia maklum bahawa kedudukan dan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa merupakan fakta yang tercatat dalam
sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu sejak zaman Sriwijaya pada abad
ketujuh Masihi dengan kemuncaknya pada zaman Kesultanan Melayu. Sejarah membuktikan
bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman
Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China,
India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa
komunikasi antarabangsa. Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois
Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:
Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga
digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu
bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis
atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas
tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita
kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari
negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan Kepulauan Filipina.
Kedudukan dan taraf bahasa Melayu diperkasakan lagi dengan termaktubnya Perkara 152
dalam Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bermakna kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi tidak dapat dipersoalkan, apatah lagi dicabar. Perjuangan
meletakkan bahasa Melayu pada tempat yang tinggi dan bermartabat perlu dikukuhkan dengan
iltizam dan pendekatan yang kreatif dan berani, supaya bahasa Melayu bukan sahaja menjadi
milik orang Melayu, malah menjadi milik rakyat Malaysia dan penduduk Nusantara.
Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Menurut
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud (1997), sejarah
perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan
Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan Bahasa Melayu selepas
Merdeka. Namun untuk tujuan tugasan ini, perbincangan hanya berfokus kepada sejarah
perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sekitar 50'an sehinggalah sekarang. Kajian ini
3

secara tidak langsung membawa impak kearah pemupukan, kemantapan, kesempurnaan Bahasa
Melayu dalam pelbagai disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara dan tokoh-tokoh
bahasa Melayu di Malaysia. Menurut Profesor Dr Asmah Haji Omar, 1985, perkembangan
Bahasa Melayu merupakan pembaharuan yang terjadi pada bahasa itu untuk memenuhi
kehendak sesuatu masyarakat tertentu.

2.0 Bahasa Melayu Selepas Merdeka


Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabatnya sebagai bahasa kebangsaan
bagi menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan
dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hinggalah ke
peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan
sebagai bahasa perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan
beragam bahasa.
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa
Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak
melebihi 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan
Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia,
bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat
negara tersebut, bahasa Melayu juga turut ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di selatan
Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan
undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan
dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Sejak 1957, apabila Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan sebagaimana
yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Antaranya, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini.
Faktor kedua ialah bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga
pula ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah diamalkan sejak sekian
lama dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhir sekali iaitu yang
keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Iaitu
sejak zaman kesultanan Melaka lagi.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak
disanggah oleh mana-mana pihak. Walaupun bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran, namun penggunaan dan
pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi tidak pernah disekat atas kesedaran
negara terdiri daripada pelbagai etnik dan ragam bahasanya. Pada dasarnya, pengiktirafan dan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan
dan dari segi undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.
Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara
meluluskan Penyata Razak. Tujuan Penyata Razak adalah untuk mewujudkan suatu sistem
pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta
memenuhi kehendak mereka di samping dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial
dan ekonomi ke arah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Di bawah Penyata Razak juga

kedudukan Bahasa Melayu diangkat untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan di Tanah
Melayu. Namun, pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di
negara ini tetap akan dipelihara.
Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan yang amat penting pada era ini.
DBP telah diberi mandat untuk menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta
tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya
sendiri, DBP juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penerbitan dan perniagaan
buku dengan syarat mematuhi prinsip serta amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang
telah ditetapkan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan
mengembangkan bahasa kebangsaan bersesuaian dengan dasar negara dan hasrat rakyat.
5

Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum,
satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP telah melancarkan kempen-kempen bahasa untuk
melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran.
Usaha ini dilakukan di seluruh negara pada setiap tahun selama tujuh tahun iaitu dari 1960-1966.
Antara usaha yang dijalankan ialah Minggu Bahasa Kebangsaan yang dilancarkan buat
pertama kalinya pada 30 Januari 1960. Pelancaran itu disempurnakan oleh pengerusi
jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan iaitu Tuan Syed Nasir bin Ismail. Antara tujuan
Minggu Bahasa Kebangsaan ini adalah untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya
menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari sekali gus menunjukkan
kepada dunia bahawa sebagai bangsa yang merdeka kita menggunakan bahasa kebangsaan yang
difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan. Selain itu,
ia juga berperanan untuk menyakinkan orang ramai yang masih ragu-ragu tentang kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa terbesar di sebelah Timur dan mampu menjadi bahasa ilmu.
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan sastera telah diadakan di Balai
Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar yang dianjurkan oleh Dewan
bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini telah dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Seminar ini telah berlangsung selama empat hari dan sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan
dalam seminar tersebut. Kertas-kertas kerja ini adalah daripada beberapa pakar bahasa dari
seluruh tanah air. Antara perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai
bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi masalah
sastera, perpustakaan serta perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan
dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat.
Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan, iaitu Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, satu
lagi akta berkaitan dengan bahasa Melayu digubal iaitu Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah
diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudian telah disemak
dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 supaya lebih jelas dan mantap fungsinya
sebagai bahasa kebangsaan.
6

Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang
ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai.
Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh
Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail
(Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi
Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi. Hasil daripada perbincangan
tersebut maka terbentuklah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung
kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempenkempen untuk memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah
dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah. Dewan
Bahasa dan Pustaka juga telah memainkan peranannya dengan menganjurkan ceramah-ceramah
di seluruh negara. Namun begitu masih terdapat ketidakseragaman dari segi ejaan bagi
sesetengah perkataan. Sebagai contoh perkataan mahu - mau, kerana karena, dan ubat obat.
Oleh itu,Daftar ejaan Za'ba yang baru bagi Bahasa Melayu telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1980.
Setelah sepuluh tahun mencapai kemerdekaan, Parlimen meluluskan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967. Di bawah akta ini, Bahasa Melayu wajib digunakan sebagai bahasa rasmi
dalam semua urusan rasmi negara bagi menggantikan kedudukan Bahasa Inggeris yang pernah
digunakan dalam semua urusan rasmi. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara
yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah kesinambungan daripada
tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam
sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Baginda menyifatkan pendaulatan bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam
sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat agar mengguna dan
memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.

2.1 Penggunaan Bahasa Melayu selepas merdeka


2.1.1

Bahasa Ilmu

Konsep bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkenalkan dalam tahun 90-an
selaras dengan konsep pembudayaan ilmu. Sebelum ini ketika tahun 80-an, konsep
tersebut lebih dikenali sebagai bahasa Ilmiah ( Nik Safiah 1986 dan Abdullah Hassan
1987 ). Bahasa Ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian
ilmu pengetahuan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi atau dengan kata
lain ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan.
Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah
melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang
seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib.
2.2

Bahasa Perpaduan
Bahasa Melayu juga digunakan sebagai wahana perpaduan yang menjadi

teras kepada pembangunan dan kemakmuran sesebuah negara terutama yang mempunyai
masyarakat majmuk. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina
dan India. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum memandangkan bahasa Melayu
ialah bahasa kebangsaan di Malaysia Oleh itu, bahasa Melayu perlu memainkan peranan
yang penting untuk meyatupadukan kaum di negara ini selaras dengan pendapat Garvin
dan Mathiot ( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard
ialah fungsi penyatuan. Dalam kata lain, sesuatu bahasa boleh bertindak sebagai alat yang
menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa
membentuk satu masyarakat bahasa. Hasil daripada penyatuanpaduan ini, akan wujudlah
satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah
negara jarang berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan
tetapi bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk melahirkan pendapat
dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, bahasa
Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.
2.1.3

Bahasa Rasmi
Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan

pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan


perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Melihat akan fungsi bahasa rasmi
itu, maka bahasa kebangsaan juga boleh dijadikan bahasa rasmi sesebuah negara. Selepas
8

kemerdekaan, bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
tunggal di Malaysia. Oleh itu, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah digunakan
sepenuhnya dalam urusan pentadbiran kerajaan dan perbahasan di Parlimen atau di
Dewan Perundangan Negeri. Dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman, dan
mahkamah, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah
seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

3.0 Matlamat Pendidikan Berdasarkan Penggunaan Bahasa Melayu


Pendidikan

di

Malaysia

merupakan

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan


insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagaimana yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Perlaksanaan kurikulum baru KBSR dan KBSM

adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Penggubalan
semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan
sistem dalam pendidikan kebangsaan. Berikut ialah matlamat-matlamat pendidikan
Malaysia sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan:
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipan
sebagai warga Malaysia.
Menghasilkan

rakyat

yang

progresif,

mahir

serta

cekap

supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta


sempurna,

demi

memberikan

sumbangan

kepada

kemajuan

dan

pembangunan.
Melahirkan rakyat yang memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cintakan negara.
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan
9

Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan


kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan kurang berada.

Bahasa Melayu amat penting dalam bidang pendidikan kebangsaan. Oleh yang demikian,
kerajaan telah merancangkan pembinaan bahasa Melayu dengan tujuan supaya bahasa Melayu
berkembang maju selaras dengan peranannya yang utama sebagai asas kebudayaan masyarakat.
Bahasa Melayu turut digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran negara. Tambahan pula,
dalam Laporan Razak telah memberikan penegasan dalam mengutamakan bahasa Melayu
sebagai pengantar ilmu pengetahuan.

Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar

pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Untuk mencapai
hasrat ini, maka melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, semua sekolah termasuk sekoleh jenis
kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar diganti dengan
bahasa Melayu.
Penyata Razak telah menyatakan satu mesej jelas untuk menyatukan kanak-kanak
daripada pelbagai bangsa di dalam negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua lapisan bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
pengantara utama. Para pelajar yang ingin memohon untuk mengikuti program di peringkat
universiti pula adalah diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya lulus atau kepujian Bahasa
Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Begitu juga dengan kemasukan ke maktabmaktab perguruan di mana bahasa Malaysia disarankan agar dijadikan mata pelajaran penting
dan dijadikan sebagai syarat wajib kemasukan ke mana-mana institusi latihan perguruan di
Malaysia. Antara mesej dalam pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 tersebut ialah:
"DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan
agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi
perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana bahasa kebangsaan
adalah menjadi bahasa pengantara utama".
Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada
sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk
mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa
10

Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sistem persekolahan aliran
kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis
Kebangsaan wajib dalam pengajaran bahasa Melayu. Berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan,
kerajaan telah mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan namun dengan syarat persediaan
dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid.
Bahasa Melayu sudah lama bertapak sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab,
politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak
bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan. Malahan, ratusan ribu siswazah telah berjaya menerima pendidikan dalam Bahasa
Melayu. Ribuan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam
Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana
tentang pelbagai ilmu menggunakan Bahasa Melayu. Ini membuktikan kepada kita bahawa
bahasa Melayu mampu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu seterusnya memenuhi
matlamat pendidikan yang mahukan bahasa Melayu diletakkan pada martabatnya sebagai bahasa
utama di Malaysia.
Selain itu, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar digunakan tidak terhad kepada orang
Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia yang
berkeupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima
pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat
sebagai bahasa pengantar.
Laporan kabinet 1985 telah menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu adalah bertujuan untuk menyatukan kaum di negara Malaysia serta menjadikannya
sebagai bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu. Kewajaran penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan untuk berkomunikasi antara para pelajar yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan budaya dapat diperkukuhkan lagi melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.
Komunikasi dua hala yang wujud dalam kalangan murid tanpa mengira kaum atau budaya
semasa aktiviti luar bilik darjah dengan menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi
medium penting ke arah satu lagi matlamat pendidikan negara iaitu perpaduan kaum.
11

Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini
dapat dilihat secara langsung melalui aktiviti sosial seperti sukan, olahraga, kesenian, kerja-kerja
kebajikan, gotong royong dan sebagainya. Sifat kepelbagaian bahasa Melayu yang sempurna dan
mempunyai pelbagai cara dan gaya boleh diaplikasikan dalam penyampaian, fikiran, perasaan
atau pendapat. Luahan atau isu perbincangan boleh dilahirkan dalam pelbagai cara dan intonasi
yang berbeza demi mendapatkan kesan yang berlainan menjadikannya sebagai bahasa pengantar
yang murni dan mesra penutur.

Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

merupakan matlamat dasar pelajaran di negara ini yang ingin menjadikan bahasa Melayu tunggal
dan unggul sebagai bahasa pengantar yang utama dalam sistem pendidikan (Shahril @ Charil
Marzuki, et al., 1993:53)
Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu kerana kesediaan
pengamalnya untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Kepentingan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan terkini akan tetap kekal berfungsi sebagai bahasa
untuk menimba ilmu sekiranya bahasa ini digunakan dari peringkat akar umbi hinggalah ke
menara gading. Jati diri orang Melayu dengan sikapnya yang optimistik terhadap bahasa dan
budaya mencerahkan lagi penguasaan bahasa Melayu secara warisan dalam sistem pendidikan
kebangsaan.
Bahasa Melayu dalam latihan perguruan telah dilaksanakan sejak tahun 1957. Kerajaan
telah mewajibkan pembelajaran bahasa Melayu di maktab atau di pusat latihan guru. Bahasa
Melayu diajarkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran wajib kepada para guru pelatih.
Penyediaan guru yang berkelayakan mengajar dalam bahasa Melayu amat penting kerana
sekolah menengah dan kebangsaan yang dimulakan itu hanya dapat berkembang dengan pesat
dan baik jika gurunya disediakan dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ini
kerana selain berperanan sebagai penyampai ilmu, guru juga merupakan barisan hadapan yang
mendukung kedaulatan bahasa Melayu.

Sebagai contoh, Maktab Perguruan Bahasa telah

melahirkan guru yang berkelayakan mengajarkan bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua dan
bahasa pertama. Pada tahun 1958 pula, kursus pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
telah diadakan bagi penuntut di maktab dan di Pusat Latihan Harian untuk membolehkan mereka
mengajarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah rendah jenis kebangsaan.

12

Bahasa Melayu mampu menjadi medium menyampaikan ilmu pengetahuan moden. Hal
ini kerana bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras
bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu terkini. Bahasa
Melayu juga mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk
mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.
Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai ciri ilmiah iaitu berkeupayaan untuk
menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat serta berkesan secara mudah bagi
penggunaan

laras

saintifik.

Keintelektualan

bahasa

dicapai

melalui

perkembangan

perbendaharaan kata. Kesempurnaan bahasa Melayu juga terserlah dengan ada ciri-ciri
kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan bahasanya sebagai medium
penyebaran ilmu.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan beberapa objektif. Antaranya ialah
keseimbangan dari segi rohani dan emosi. Hashim Hj. Musa dalam artikelnya yang bertajuk
Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Negara dalam pelita Bahasa bulan Januari 2005
menegaskan bahawa pendidikan dan penyemaian aspek moral, etika dan kerohanian seharusnya
tidak diabaikan, iaitu menyampaikan ilmu fardu ain kepada semua anak bangsa Melayu lebihlebih lagi kereka yang di bangku sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Bagi
memenuhi kehendak tersebut, sistem pendidikan di bawah unit kurikulum telah memperkenalkan
mata pelajran pendidikan Islam dan Moral yang meenggunakan medium bahasa Melayu yang
mudah difahami. Sifat kelenturan bahasa Melayu memudahkan kemasukan istilah-istilah bahasa
lain khasnya bahasa Arab dalam sistem daftar kata bagi meningkatkan pemahaman murid.
Usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Negara
diteruskan dengan pengenalan bahasa Melayu baku pada tahun 1998. Bahasa baku ialah bahasa
yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dari segi bentuk dan sifatnya dan dapat
dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain. Dengan kata lain bahasa baku ialah bahasa
standard. Berikut ialah beberap pendapat daripada tokoh-tokoh bahasa tentang bahasa Melayu
baku. Menurut Nik Safiah Karim, 1978:17, bahasa baku merupakan satu bentuk bahasa yang
telah dikodifikasikan, diterima dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar komuniti
bahasa. Asmah Hj. Omar 1978:112 pula menyatakan bahasa Melayu baku sebagai "...... bahasa
13

Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa Melayu dari berbagai-bagai dialek dan
tingkat masyarakat dan digunakan dalam semua lapangan kebudayaan".
3.1

Laporan kajian lepas


Farid M.Onn, 1992 dalam kajiannya menyebut tentang cabaran yang terpaksa

ditempuh oleh Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Antara cabaran yang telah
dikenalpasti oleh beliau ialah persaingannya dengan Bahasa Inggeris. Kita sedia maklum
bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di dunia. Sejak sebelum merdeka lagi
bahasa Inggeris telah mendominasi segala urusan di negara kita, dari urusan pentadbiran
hinggalah kepada sistem pendidikan. Keadaan mula berubah apabila Dato Abdul Razak
bin Dato Hussien iaitu Menteri Pelajaran Persekutuan telah mengumumkan cadangancadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Titik-tolak daripada cadangan
tersebut maka terbitlah Laporan Razak 1956. Antara perubahan besar yang dilakukan
dalam laporan tersebut ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah rendah.

Selain itu, semua sekolah akan menggunakan satu sukatan

pelajaran yang sama sebagai usaha menyusun semula sistem pengajaran di Tanah
Melayu.

Daripada situlah bahasa Melayu mula mendapat tempat dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Namun, kebelakangan ini kemampuan bahasa Melayu dalam


menerajui perkembangan pendidikan yang pesat sering dipertikaikan. Contoh paling
jelas adalah bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di mana hasrat mengembalikan
mata pelajaran tersebut kepada pengajaran dalam bahasa Melayu mendapat bantahna
daripada pihak-pihak tertentu. Penggunaannya dalam pencetusan teknologi maklumat
juga

sering

diragui

kemampuannya.

Anak-anak

muda

pula

sering

kali

mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau


penggunaan kata-kata asing secara sewenang-wenangnya.

Banyak lagi tanda-tanda

negatif yang dapat dikesan terhadap bahasa Melayu. Antaranya ialah ragam dan gaya
penggunaan bahasa yang tidak teratur dan kalimat yang tidak gramatis.

Perjuangan

untuk mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlulah digalas
bersama dari peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi.
Zainal Abidin Abdul Wahid, 2002 dalam kajiannya pula menyarankan agar
usaha memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara perlu
14

dilakukan dengan segera. Antaranya ialah melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan yang
tegas supaya nilai ekonomi Bahasa Melayu akan lebih terjamin. Intitusi Pengajian Tinggi
Swasta harus menyediakan satu rancangan rasmi yang memaparkan usahanya untuk
meMalaysiakan Institusi berkenaan sebelum pengiktirafan sesebuah Intitusi Pengajian
Tinggi Swasta dilaksanakan. Selain itu, kerajaan harus memperbaiki kaedah pengajaran
Bahasa Inggeris daripada menerapkan terus Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata
pelajaran sains dan matematik. Kerajaan juga harus menjalinkan hubungan kerjasama
yang lebih erat dengan negara Indonesia dan Brunei untuk memperkembangkan Bahasa
Melayu, serta beberapa langkah lain yang efektif yang boleh digagaskan secara
bersepadu. Daripada kenyataan tersebut jelaslah kepada kita betapa pentingnya bahasa
Melayu dalam sistem pendidikan kita.

Walaupun ada usaha untuk menafikan

kemampuannya dalam penyampaian ilmu, namun perlu diingat bahawa bahasa Melayu
bukan sahaja bahasa pertuturan semata-mata, tetapi tanggungjawab besar yang digalas
oleh bahasa ini adalah sebagai agen perpaduan.

Memandangkan negara kita terdiri

daripada pelbagai kaum dan budayanya, isu perpaduan sewajarnya diberi perhatian bagi
mengelakkan perselisihan faham. Ini dapat dicapai melalui satu sistem bahasa yang
unggul dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Usaha mewajibkan

pelajaran Bahasa Melayu di Institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu
dilaksanakan bagi memastikan bahasa Melayu tetap releven sebagai bahasa ilmiah.
Terdapat kajian yang dilakukan di Malaysia berhubung dengan penggunaan bahan
kesusasteraan iaitu teks cerpen dalam pendidikan khasnya dalam pengajaran bahasa.
Kajian-kajian ini dibuat oleh tokoh bahasa, tokoh sastera dan tokoh akademik yang
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang sastera. Menurut Othman Puteh
(2002), dalam bukunya yang bertajuk Persediaan Menulis Cerpen menyatakan cerpen
atau cerita pendek ialah cerita rekaan (cereka) berbentuk prosa yang relatif pendek.
Kependekkannya pula masih tidak jelas ukurannya dan tidak tetap jumlah perkataannya.
Kajian tersebut menjelaskan kepada kita bahawa penguasaan bahasa Melayu yang baik
dapat meningkatkan daya kreativiti murid. Bagi tujuan tersebut tersebut mata pelajaran
KOMSAS telah diperkenalkan di peringkat menengah rendah di mana semua murid tanpa
mengira bangsa dan budaya wajib mempelajarinya. Melalui pembelajaran KOMSAS,
murid dapat meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan berbahasa. Di samping itu,
15

pemupukan nilai-nilai murni dalam kalangan murid dapat direalisasikan sebagaimana


yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Aktiviti-aktiviti sastera yang

menjadi salah satu elemen penting dalam kemahiran berbahasa dapat disuburkan apabila
mata pelajaran ini diserapkan dalam sistem pendidikan kita. Daripada kajian yang dibuat,
terdapat juga tokoh-tokoh sastera yang terdiri daripada kalangan bukan Melayu. Ini
merupakan satu petanda baik kepada penerimaan bahasa Melayu dalam kalangan
penutur-penutur bukan Melayu. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kesusasteraan perlu dirancang
di peringkat sekolah lagi bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh mencetuskan
daya kreativiti yang tinggi dalam kalangan penuturnya

Kesimpulannya, peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan mestilah berjalan


seiring dengan matlamat pendidikan negara.

Melalui sistem pendidikanlah usaha untuk

memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa agung dapat dicapai. Pengamal-pengamal bahasa
melayu terutama dalam kalangan pendidik perlu bersikap optimis untuk memastikan
perkembangan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara berada pada tahap maksimum.

4.0

Pendapat Tentang Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Pencapaian Matlamat


Pendidikan di Malaysia

Matlamat pendidikan Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna
dengan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
negara. Selain itu, seseorang insan itu juga perlu berbakti dan memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Penerapan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan Malaysia pada hari ini dilihat
semakin membuahkan hasil. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
sekolah kebangsaan amat membantu dalam meningkatkan penguasaan bahasa ini dalam kalangan
murid. Untuk menguasai sesebuah bahasa, murid bukan sahaja perlu mempelajari bahasa
16

tersebut, malah perlu mempraktikkannya juga. Cara yang mudah adalah pertuturan sesama rakan
sebaya. Oleh itu, penguasaan bahasa Melayu terutamanya bagi kaum Cina dan India dapat
ditingkatkan apabila mereka berbual dengan rakan atau melalui soal jawab dengan guru. Bahasa
Melayu juga digunakan sebagai medium bagi kebanyakan buku teks di sekolah. Jadi, murid perlu
menguasai bahasa ini dahulu untuk memahami mata pelajaran yang lain.
Bahasa Melayu juga menjadi syarat wajib lulus bagi peperiksaan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka, mata pelajaran ini perlu
diberi perhatian dan dikuasai sepenuhnya. Kegagalan untuk menguasai mata pelajaran ini akan
menyebabkan murid atau pelajar terkandas dan tidak dapat melanjutkan pengajian ke tahap yang
lebih tinggi.
Penggunaan bahasa Melayu dapat mengelakkan prasangka buruk antara kaum. Hal ini
kerana penggunaan bahasa yang sama dalam sesebuah kelompok masyarakat dapat
meningkatkan tahap kepercayaan dan penerimaan sesama kaum. Bahasa Melayu memainkan
peranan yang penting dalam menyatupadukan masyarkat. Negara Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum. Oleh hal yang demikian, satu jenis pertuturan diperlukan bagi membolehkan
kaum-kaum di Malaysia ini berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Maka bahasa
Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaaan dan menjadi bahasa pertuturan utama rakyat
Malaysia.
Penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi sesama kaum di Malaysia dapat
mengeratkan lagi hubungan dan perpaduan antara kaum. Hal ini bermula sejak dari bangku
sekolah lagi di mana murid-murid yang berbilang kaum bermain dan berbual menggunakan satu
bahasa. Seperti kata papatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, perpaduan antara kaum
perlu diterap semenjak murid masih kecil lagi. Perpaduan yang erat akan membantu murid agar
tidak akan mempunyai perasaan dan sikap yang prejudis terhadap kaum yang lain apabila
mereka besar kelak. Perpaduan yang dimaksudkan ini dapat dicapai dengan penggunaan bahasa
komunikasi yang sama dan membolehkan murid-murid di sekolah bergaul dan mempercayai
antara satu sama lain. Guru-guru di sekolah turut menggunakan bahasa yang sama untuk
mengajar mata pelajaran. Oleh itu, sikap menghormati antara satu sama lain akan timbul kerana
setiap kaum dilayan sama rata dengan menggunakan bahasa komunikasi yang sama. Tidak akan
wujud sebarang rasa pilih kasih antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
17

Tambahan lagi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di peringkat
pengajian tinggi. Hal ini meningkatkan lagi martabat bahasa tersebut kerana penggunanya kali
ini melibatkan pelajar-pelajar yang berkelulusan tinggi. Malahan, terdapat juga pelajar dari luar
negara yang menjalani sesi pembelajaran di salah sebuah universiti di Malaysia, mempelajari
tentang bahasa Melayu serta mengkajinya. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di pusat-pusat pengajian tinggi mampu memberi impak yang besar dalam proses
pengenbangan bahasa. Perbincangan ilmiah menjadi pemangkin kepada usaha ini. Pastinya
menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat bahasa Melayu duduk sebaris dengan
bahasa-bahasa lain di dunia sebagai bahasa ilmu dan bahasa yang berdaulat.

5.0

Kesimpulan
Sesungguhnya, perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu bukanlah satu perkara

yang mudah sebaliknya berbagai-bagai cabaran terpaksa diharungi. Peredaran zaman dan proses
globalisasi mula memberikan kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
penduduk di negara ini. Persoalan dan polemik bahasa semakin hangat diperdebatkan.
Kehanhatan ini amat terasa apabila isu keyakinan terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmiah mula tergugat dan sering dipertikaikan. Terdapat usaha-usaha untuk mengubah
persepsi kegemilangan bahasa Melayu yang kononnya lemah dan tidak dapat bersaing di
peringkat yang lebih tinggi, apatah lagi di arena antarabangsa.
Sejajar perkembangan mutakhir , tiba masanya untuk masyarakat menyorot kembali
kegemilangan bahasa Melayu pada satu ketika dahulu dengan menjadikannya sebagai satu
landasan bagi menjana fikiran dalam usaha mengembalikan dan menegakkan maruah dan
kedaulatan bahasa Melayu agar wahana komunikasi ini dapat digunakan dengan penuh
penghayatan dan keyakinan dalam semua bidang.

18

RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu. (1998) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Omar, A. H. (2004). Muafakat bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebgai pembina bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pelajaran, K. (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran.
http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/bbm3401.htm
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-selepas-merdeka.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Laporan_Razak
http://smgr1991.blogspot.com/2012/12/penyata-razak-dan-penyata-rahman-talib.html
http://alagendra.blogspot.com/2008/05/bahasa-melayu-dalam-perspektif.html

19

Anda mungkin juga menyukai