Anda di halaman 1dari 2

KEBUDAYAAN NASIONAL

Majlis rumah terbuka yang sering diadakan pada setiap kali musim perayaan, kini

dijadikan sebagai suatu trend baru dalam masyarakat Malaysia. Konsep rumah terbuka ini telah

membuka peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan sesuatu

perayaan. Apa yang menarik rumah terbuka ini bukan lagi hanya disambut oleh kaum yang

meraikan perayaan itu saja, bahkan sesiapa saja boleh meraikannya. Secara tidak lansung, trend

ini dapat mengeratkan silatulrahim dan mencerminkan identiti masyarakat Malaysia yang

harmonis di mata pelancong asing.

Susur galur rumah terbuka ini pada asalnya timbul daripada adat budaya dan konsep

seruan beragama anutan masing-masing. Tiadak kiralah sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun

Baru Cina, ataupun Deepavali, masing-masing tetap menyanbutnya dengan cara tersendiri.

Proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan atau

pertemuan antara dua budaya atau lebih budaya. Hal ini demikian kerana berlakunya proses

asimilasi unsure-unsur kebudayaan masing-masing. Proses ini seterusnya diolah agar menjadi

lebih universal dan dapat diterima oleh agama dan bangsa masing-masing.

Bagi masyarakat Tionghua rata-ratanya semakin memahami sensitiviti kaum-kaum lain.

Contoh yang jelas ialah apabila mereka tidak lagi menyediakan hidangan-hidangan yang tidak

boleh di makan oleh orang Melayu begitu juga dengan masyarakat India ketika menyambut

Deepavali. Apa yang utama, menjaga perasaan sahabat pandai adalah lebih penting kerana hal ini
adalah asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Rumah terbuka

sebenarnya adalah manifestasi sikap dan penerimaan kita terhadap masyarakat yang berbilang

kaum di negara ini.

Anda mungkin juga menyukai