Anda di halaman 1dari 2

Pendahaluan

Tell N Search merupakan satu sistem untuk mengenal pasti bakat, potensi dan
kecenderungan para pelajar. Kami menggunakan ujian psikometrik secara online
(dalam talian) dengan bahan-bahan yang disediakan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Ujian pertama yang akan diberikan kepada pelajar tahun 4 dan 5
SK Sungai Pusu merupakan ujian Developmental Profile 3 yang merangkumi skala
fizikal, penyesuaian dengan persekitaran, emosi,kognitif dan komunikasi. Kesemua
ujian dan bimbingan yang akan diadakan adalah percuma dan bertujuan untuk
membantu dan memperbaiki sistem yang sedia ada.

Objektif
1. Ujian psikometrik secara online
Pelajar tahun 4 dan 5 akan mengambil ujian yang merangkumi
skala , penyesuaian dengan persekitaran, emosi,kognitif dan
komunikasi
Untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan kemampuan para
pelajar. Pelajar boleh mengetahui bakat, karakter dan
kemampuan mereka.
2. Bantuan dan bimbingan
Professor daripada UKM akan datang dan memberi panduan
berdasarkan hasil keputusan ujian kami.
Tarikh akan ditentukan mengikut kesesuaian.
3. Sistem pengurusan yang lebih mudah dan praktikal.
Sistem ini akan dapat membantu guru dan pihak pengurusan
dalam mengenali pelajar dengan lebih mendalam.
Membantu di masa hadapan terutama dalam pembahagian
kelas.
4. Penglibatan ibu bapa dan guru
Kami berharap agar pihak ibu bapa akan turut melibatkan diri
dan memberikan kerjasama.
Data dan maklumat daripada ibu bapa akan dapat memastikan
program ini berjalan dengan jayanya.

Pelaksanaan
Ujian online akan diadakan seperti tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan .
Tarikh : 18 Mac 2014 19 Mac 2014
Masa : 8.30 1.00 petang
Tempat : Makmal komputer SK Sungai Pusu

Penutup
Adalah diharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam
menjayakan program ini. Kerjasama pihak SK Sungai Pusu adalah amat dihargai dan
kami amat berharap agar program ini akan membawa manfaat kepada semua
pihak.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh :

..
( Mohd Shahidi Ismail)