Anda di halaman 1dari 10

KESAN KESAN DADAH

1) PENGENALAN

Tidak dapat dinafikan bahawa masalah penagihan dadah sedang


mengancam kehidupan manusia khasnya masyarakat di negara ini.
Masalah ini juga terdapat di negara-negara lain. Sesungguhnya masalah
ini mendatangkan kesan yang buruk kepada individu itu sendiri,
keluarga, masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara.

Istilah dadah adalah sukar untuk diberi takrifan yang tepat dan seragam
kerana penggunaannya yang unik dan istilah ini digunakan khusus di
Malaysia sahaja. Tetapi ada juga yang mengistilahkan dadah sebagai
bahan kimia samada yang asli atau tiruan apabila disuntik, dihidu,
dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau
kelakuan seseorang. Dadah merangkumi beberapa aspek seperti tujuan,
cara dan kesan penggunaan atau penagihan.

Sebenarnya penggunaan istilah ‘drug’ diperingkat antarabangsa


mempunyai takrifan yang neutral, luas dan umum. Istilah ini perlu
digunakan bersama istilah ‘use’, ‘misuse’ dan ‘abuse’ untuk
menggambarkan keadaan yang berbeza-beza. Berbanding dengan istilah
dadah yang mempunyai takrif yang lebih khusus walaupun kompleks,
kerana istilah ini menggambarkan sesuatu yang jijik dan mesti dijauhi.

Istilah dadah boleh ditakrifkan mengikut 4 keadaan penggunaan iaitu


penggunaan secara umum, penggunaan bahan untuk tujuan perubatan,
penggunaan bahan kimia psikoaktif yang menagihkan dan penggunaan
yang membawa kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.
Penggunaan dadah secara umumnya boleh mendatangkan kesan yang
positif jika diambil dalam dos yang betul tetapi ia akan mendatangkan
kesan yang negatif jika diambil dalam dos yang berlebihan.

1. PENGGUNAAN SECARA UMUM :

Dadah ditakrifkan secara paling umum sebagai bahan atau campuran


bahan yang mana penggunaaannya boleh menyebabkan perubahan-
perubahan dalam fungsi atau struktur fisiologi organisme atau manusia.
KESAN KESAN DADAH

Oleh sebab itu, di sini takrif ‘dadah’ dari bahan-bahan seperti makanan,
air, oksigen dan sebagainya dalam jumlah yang diperlukan untuk
menyegarkan kesihatan dan kehidupan manusia.

2. PENGGUNAAN UNTUK BUKAN TUJUAN PERUBATAN :

Di sini istilah ‘dadah’ merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan


untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah dilarang. Oleh
sebab itu, jika sesuatu bahan digunakan untuk tujuan mengesan,
mencegah dan merawat penyakit, istilah ‘ubat’ digunakan walaupun
diketahui bahawa setengah-setengah jenis bahan yang digunakan untuk
tujuan perubatan mungkin disalahgunakan. Sehubungan dengan ini
‘dadah’ selalunya terdiri daripada bahan-bahan yang termasuk di bawah
kawalan undang-undang..

3) PENGGUNAAN BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF YANG


MENAGIHKAN :

Takrif dadah dalam penggunaan ini merujuk kepada fungsi atau sistem
tubuh yang dipengaruhi oleh ‘dadah’. Dadah merujuk kepada setengah
jenis bahan kimia psikoaktif iaitu bahan-bahan yang mempunyai kesan
paling ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang untuk
mengubah perasaan kelakuan dan pemikiran. Pada hakikatnya tidak
semua bahan kimia psikoaktif diistilahkan ‘dadah’ kerana hanya bahan
kimia psikoaktif tertentu sahaja yang menimbulkan ciri-ciri ketagihan
iaitu penggunaan pada diri sendiri samada ditekan, dihidu, dikunyah,
dihisap atau disuntik, pergantungan terhadap dadah secara psikik atau
fisikal serta gejala-gejala tarikan apabila terputus bekalan dadah dan
peningkatan daya tahan terhadap setengah-setengah jenis dadah.

4) PENGGUNAAN YANG MEMBAWA KESAN BURUK KE ATAS

KESIHATAN DAN FUNGSI SOSIAL :

Takrif ‘dadah’ dalam keadaan ini ialah menentukan bahawa ia merujuk


kepada
KESAN KESAN DADAH

bahan-bahan yang membawa kesan yang buruk atau bahaya ke atas


kesihatan dan fungsi sosial seseorang individu.

2) JENIS – JENIS DADAH

Pada amnya dadah dapat dibahagikan kepada empat jenis atau kumpulan
yang mudah disalahgunakan ;

1. Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein.

2. Kanabis - ganja, hashish.

3. Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta


tranquilizer.

4. Stimulan - jenis amfetamin dan kokain.

5. Halusinogen- Lysergic acid diethylamide (LSD), meskalin dan


psilosibin.

3) DADAH KANABIS

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah
yang diperolehi dari pokok genus Cannabis. Pokok ini ditanam oleh
manusia untuk mendapatkan dadah walaupun ia juga didapati tumbuh
liar di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika dan
Timur Tengah.

3.1) SEJARAH KANABIS

Rekod Maharaja Shen Nung di Negeri China yang dikatakan tertulis


dalam tahun 2737 sebelum masihi menunjukkan bahawa pokok Kanabis
( ‘Ma’ ) ditanam untuk dijadikan bahan membuat kain. Para tabib Cina
juga menggunakan getah kanabis untuk mengubati penyakit seperti
sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah Cina bernama Hua Ta telah
menggunakan bahan ini sebagai ubat pelali pada akhir kurun kedua
selepas masihi.
KESAN KESAN DADAH

Di Timur Tengah perkataan kanabis dikatakan berasal dari istilah


Assyria ‘kunubu’. Pada kurun kelima sebelum masihi, ahli sejarah Greek
bernama herodotus mencatatkan bahawa terdapat puak-puak nomad di
kawasan yang sekarang merupakan sebahagian dari Rusia yang
menanam kanabis dan menghisapnya untuk keseronokan.

Rekod-rekod awal dari negeri India, umpamanya ” Sasruta ” yang ditulis


dalam tahun 400 masihi, menyatakan kegunaan kanabis yang telah
digredkan. ‘ Bhang ‘ gred paling rendah digunakan oleh kasta bawahan
untuk membuat minuman. ‘ Ganja ‘ gred yang lebih kuat dihisap oleh
kasta pertengahan, sementara ‘ Charas ‘ gred paling kuat dimakan
bersama kacang dan madu oleh kasta yang tinggi. Orang-orang Arab
dikatakan menggunakan kanabis sebagai ganti alkohol. Kanabis
diperkenalkan ke negara-negara

Amerika oleh orang-orang Sepanyol yang menggunakan kanabis selepas


peperangan dengan orang-orang Moor.

Di Britain pula, kanabis digunakan sebagai ubat. Ia telah disenaraikan


dalam British Pharmacopoeia dari tahun 1867 hingga 1949 sebagai salah
satu bahan yang dicampurkan dengan kloroform dan morfin. Dalam
tahun 1934 ia digunakan untuk merawat sakit lelah (asthma), pening
kepala (migraine) dan sebagai ubat tidur. Pada tahun 1960an, kanabis
dikaitkan dengan kebudayaan hippi yang mengamalkan cara hidup
bebas.

3.2) JENIS-JENIS KANABIS

Ganja merupakan salah satu daripada jenis kanabis dan ianya satu bahan
yang sangat kompleks. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis
bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama. Oleh
kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil, serta
perbezaan yang luas dari segi jenis pokok, asal-usul, iklim dan cara
penanaman, adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang
serupa.
KESAN KESAN DADAH

Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis bergantung kepada kandungan


THCnya. THC atau delta 9 – tetra hydrocannabinol adalah bahan
psikoaktif, salah satu daripada 61 bahan kanabinoid yang hanya terdapat
pada kanabis. Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel otak dan tubuh
manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan.
Kanabis terdapat dalam beberapa bentuk.

1. Kanabis Herba

Ianya dikenali sebagai Ganja, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kit,


Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian
daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-
kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai
tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah
antara 0.25%-8%.

2. Resin Getah Kanabis ( Hashish, Charas )

Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis


yang dikumpulkan, dikeringkan/dibakar dan kemudiannya dijadikan
blok serbuk ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna
serbuk atau blok hashish berbeza dari coklat muda ke hijau, coklat tua
atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4%-12%. Kebanyakan
hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.

3. Minyak Hashish

Minyak hasihsh merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau
ganja. Ia diperolehi melalui proses kimia yang dijalankan berulang kali
ke atas ganja atau hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi
bertambah pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC adalah
sangat tinggi ( sehingga 60% ) dan hanya setitik sahaja akan
mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.

3.3) PENGGUNAAN BAHAN ATAU DADAH LAIN DENGAN


GANJA
KESAN KESAN DADAH

Di Amerika Syarikat, ganja /marijuana digunakan dengan


mencampurkan PCP, LSD, minyak hashish atau lain-lain bahan kimia.
Bagi meningkatkan keuntungan pengedar, ganja juga dicampurkan
dengan herba lain yang telah dikeringkan. Tahi lembu yang telah
dikeringkan juga pernah dicampurkan dengan ganja dan ini telah
mengakibatkan merebaknya bakteria.

3.4) CARA-CARA MENGGUNA GANJA

Ganja dihisap dalam rokok atau paip, dikunyah dan boleh juga
digunakan sebagai satu bahan untuk makanan.

3.5) KESAN PENGGUNAAN GANJA

Menghisap ganja mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan


daya ingatan jangka pendek dan koordinasi. Perasaan ‘high’ berlarutan
di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam
dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang
dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap
sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak
sehingga merasa dirinya tidak terkawal lagi.

Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal


dengan begitu halus sekali sehingga tidak disedari oleh pengguna.
Kerosakan psikologikal hanya dapat dilihat oleh orang lain dan ketara
kepada pengguna hanya apabila sudah terlambat.

3.6) KESAN GANJA DALAM TUBUH MANUSIA

Bahan kimia yang terdapat pada ganja terkumpul dalam tubuh manusia.
30%-50% THC tertinggal dalam tubuh manusia seminggu selepas
menghisap sebatang rokok ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu
berlalu sebelum kesemua THC dikeluarkan dari tubuh mengikut proses
fisiologi normal. Jika seseorang menghisap ganja secara terus-menerus
dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam
KESAN KESAN DADAH

semua sel tubuh, terutama sekali di bahagian otak, paru-paru dan organ
pembiakan, yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.

1. Kesan Kepada Paru-Paru

Ganja mendatangkan kesan yang teruk kepada paru-paru dalam masa


yang singkat ( 18-24 bulan ). Penghisap ganja sering batuk apabila
menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC, bahan kimia lain (
yang menyakiti paru-paru ) serta racun-racun seperti karbon monoksid
dan ammonia. Kesan asap ini begitu teruk sekali sehingga para saintis
menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama seperti 112
batang rokok tembakau.

Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara


normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria.
Penyakit bronchitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap
ganja. Selain itu penyakit laryngitis, lelah dan tanda-tanda awal penyakit
kanser paru-paru juga boleh berlaku kepada penghisap ganja.

2. Kesan Kepada Jantung

Ganja juga mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran


jantung dan menjejas pengaliran darah yang mungkin menyebabkan
sakit dada pada mereka yang mengidap penyakit jantung.

iii. Kesan Ganja Ke Atas Otak

THC terkumpul dalam otak. Oleh kerana THC dibersihkan dari tubuh
dengan begitu perlahan, sesiapa yang menghisap ganja lebih dari sekali
dalam sebulan tidak akan bebas dari kesan ganja. Ganja mengubah
personaliti penghisapnya. Biasanya mereka tidak mempedulikan
keadaan sekelilingnya dan tidak lagi berasa bimbang. Penghisap ganja
mengubah perlakuan diri sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang
dihadapi.

4. Kesan Ganja Ke Atas Sistem Pembiakan


KESAN KESAN DADAH

1. Lelaki

Penghisapan ganja boleh menyebabkan pengeluaran hormon lelaki


testosterone merosot. Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon
memandangkan tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan.
Akibatnya terdapat setengah penghisap ganja lelaki yang remaja
mempunyai buah dada.

2. Perempuan

Ganja meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan di


kalangan perempuan. Di antara kesannya ialah kedatangan haid yang
tidak menentu, kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari
dan melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.

3.7) BAHAYA PENAGIHAN GANJA

1. Pergantungan psikologi

2. Menyebabkan seseorang itu mudah mengikut kata dan mendorong


sikap yang anti sosial dan kadangkala bersifat jenayah.

3. Merosakkan kegiatan normal seperti bersifat cita-cita tinggi, berazam


dan bertindak.

4. Peribadi merosot dan kadangkala sakit otak akan menyerang jika


sekiranya penggunaan itu berpanjangan.

4) DADAH KOKAIN

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis
pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia dan Cambodia di
pergunungan Andes, Amerika Selatan. Kokain seakan-akan butir-butir
salji hablur. Kokain di jual secara haram dalam bentuk tepung tetapi
kadang-kadang ia dibuat menjadi pil. Kokain adalah satu penyegar yang
sangat kuat kuasanya seakan-akan sama dengan amfetamin.
KESAN KESAN DADAH

Kokain boleh dimakan tetapi biasanya kokain dihidu atau disuntik ke


dalam pembuluh darah. Kokain juga dikenali dengan nama The Leaf,
Snow dan juga dikenali sebagai Speedball apabila ia dicampurkan
dengan heroin. Dos yang berlebihan boleh mengakibatkan seseorang itu
kejang, menggeletar, halusinasi yang hebat, malah boleh membewa
maut.

4.1) JENIS-JENIS KOKAIN

1. Daun Koka ( Coca Leaf )

Daun koka adalah daun pokok Erythroxylon Coca yang tumbuh di


kawasan pergunungan Andes, Amerika Selatan.

2. ‘Paste’ Koka ( Coca Paste )

‘Paste’ Koka adalah bahan ekstrak pertama daun koka selepas daun
tersebut dituai. Ia diperolehi dengan mencampurkan daun koka hancur
dengan alkohol/benzol, asid sulfurik dan natrium karbonat serta menapis
dan mengeringkan campuran tersebut. Ia kebanyakannya mengandungi
alkoloid koka dan juga dikenaki sebagai bes koka atau base. Ia dihisap
bersama ganja atau tembakau. ‘Paste’ koka dibersihkan untuk dijadikan
kokain.

3. Kokain

Kokain adalah serbuk habluran putih tidak berbau yang dihasilkan dari
‘paste’ koka. Ia seringkali didapati dalam bentuk kokain hidroklorida
dan ia merupakan bahan stimulan yang kuat. Ia selalunya dihidu ( untuk
kokain yang sehingga 82 % tulin ) atau dihisap . Ia juga kadang-kadang
dicampur dengan heroin (speedballing) dan disuntik ke dalam pembuluh
darah ( mainlining ) atau di bawah kulit ( skinpopping ).

4) ‘ Cocaine Freebase ‘

Cocaine freebase adalah bes kokain yang bebas dari segala bahan
campuran dan dihisap dalam bentuk tulin. Ia diperolehi dengan
KESAN KESAN DADAH

melarutkan kokain, yang biasanya tidak lebih dari 50% tulin, ke dalam
air yang mana kemudiannya diekstrak dengan menggunakan bahan
kimia yang mudah terbakar/meletup. ‘Cocaine freebase’ ini dihisap
dengan menggunakan paip khas.

5) ‘ Crack Cocaine ‘

Crack Cocaine yang juga dikenali sebagai kokain ‘ Rock ‘ adalah nama
untuk sejenis kokain tulin ( ‘freebase’ ) yang dihisap. Crack Cocaine
adalah campuran kokain dengan ‘baking powder’ yang hasilnya
berbentuk ‘granules’. Crack yang mempunyai ketulinan sehingga 90%
adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk
selepas penggunaan yang agak singkat.

Anda mungkin juga menyukai