Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN HAL EHWAL MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA


___________________________________________________________________

PROGRAM

: MAJLIS IFTAR PERDANA, KHATAM AlQURAN DAN SUMBANGAN ANAK YATIM


SEMPERNA RAMADAN AL-MUBARAK
1434 HIJRAH.

TARIKH PERLAKSANAAN

: (JULAI 2013 NOVEMBER 2013)

TARIKH PROSES PEMBINAAN

: 15 JULAI 2013 24 JULAI 2013

PENGANJUR

: GURU PELATIH INTERNSHIP IPG


KAMPUS BAHASA MELAYU DENGAN
KERJASAMA UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SK GOMBAK SETIA

PENGERUSI

: PUAN HABIBAH BINTI BAKAR

INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU


LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

PROGRAM

: PIMSP AMBILAN JANUARI 2010

NAMA SEKOLAH

: SEK. KEB. GOMBAK SETIA

NAMA PROJEK/AKTIVITI : Majlis Iftar Perdana , Khatam Al-Quran dan Sumbangan


Anak Yatim semperna Ramadan Al-Mubarak 1434 Hijrah.
TEMPOH PELAKSANAAN : 2 MINGGU
Majlis Iftar Perdana, Sumbagan Anak Yatim dan Majlis Khatam Al
Quran 1434H ini telah berlangsung pada Hari Rabu, 24 Julai 2013 di Sekolah
Kebangsaan Gombak Setia, bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi PIBG, ketua balai polis
Gombak Setia dan Pengerusi Masjid Al-Hillaliah. Lebih kurang 50 orang
tetamu jemputan luar hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini. Program ini
dianjurkan bagi tujuan untuk menimbulkan penghayatan serta menjiwai dan
menghayati kelebihan dan kebesaran Bulan Ramadhan sebagai bulan
ibadah.

Disamping menghabiskan bacaan Juzuk terakhir dan khatam Al

Quran

yang telah dijalankan, jemputan berbuka puasa ini diharap dapat

menjalinkan hubungan baik dan silaturrahim di antara warga sekolah dengan


ibu bapa yang hadir. Majlis Khatam Al Quran diketuai oleh Ustaz Aizzudin Bin
Yusoff. Selepas berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran, majlis sumbangan
anak yatim berlangsung dengan pemberian sumbangan wang oleh Guru
Besar SK Gombak Setia, Puan Habibah Binti Bakar.
Sebelum tiba waktu maghrib, tahlil ringkas diadakan di gelanggang
oleh murid, guru dan ibu bapa yang dikendalikan oleh ustaz Azman sehingga

tibanya waktu berbuka puasa pada pukul 7.30 malam. Setelah berbuka
dengan jamuan ringan, hadirin bersolat maghrib kemudian barulah menjamu
selera dengan hidangan nasi dan lauk-pauk. Setelah itu, hadirin menunaikan
solat isya, tazkirah ringkas dan tarawikh yang dibawa oleh ustaz jemputan
secara berjemaah.
Peserta program iftar bersurai setelah bersolat tarawikh bersama-sama
pada pukul 10.00 malam. Semoga program perkampungan ibadah seperti ini
dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, dan semoga ukhuwwah yang
terbina tidak terhenti begitu sahaja, malah dipereratkan lagi.

OBJEKTIF :
a. Menimbulkan kesedaran dalam kalangan warga pendidik Sekolah
Kebangsaan Gombak Setia tentang kepentingan menghidupkan bulan
Ramadhan.
b. Menanamkan sifat bersungguh-sungguh di kalangan semua warga pendidik
di sekolah dalam menghayati amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan.
c. Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di
bulan Ramadhan al-Mubarak.
d. Mewujudkan jalinan ukhuwwah islamiyyah di antara warga pendidik Sekolah
Kebangsaan Gombak Setia.
STRATEGI PELAKSANAAN :
1. Mengadakan perbincangan bersama Ketua Panatia Pendidikan Islam
berkenaan majlis yang akan dijalanakan termasuklah mengenai menu,
atucara majlis dan kewangan.
2. Membentangkan kertas kerja dan melakukan perbincangan bersama Guru
Besar SK Gombak Setia berkenaan bajet yang digunakan untuk melaksana
majlis dan pembentukan jawatankuasa.
3. Membentuk jawatankuasa majlis dibantu oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam.
4. Menguruskan perihal surat menyurat bagi sumbangan dan jemputan bagi
anak yatim dan ibu bapa.
5. Menyenaraikan perkara-perkara yang memerlukan dibeli dan perlu ditempah.
6. Mengumpulkan alatan yang akan digunakan untuk majlis berbuka puasa
seperti polistrin, bekas air dan bekas makanan.
7. Berbincang dengan pengusaha kantin untuk membuat tempahan makanan.
8. Menempah makanan tambahan seperti cendol dan kambing golek.

9. Melaksanakan majlis dan memastikan perjalanan majli berjalan lancar.

REFLEKSI :
1. Kekuatan Projek
a. Rasionalnya aktitiviti ini dianjurkan adalah untuk menyedarkan warga
pendidik tentang kepetingan memberi makanan kepada orang yang
memerlukan.
b. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga pendidik.
c. Memberi kesedaran tentang nasib saudara-saudara yang tidak
berpeluang untuk menikmati makanan seperti kita.
d. Memberi peluang kepada warga pendidik untuk merebut peluang di
bulan ramadhan untuk melakukan amal jariah.
e. Menghayati kelebihan dan nikmat yang terkandung di dalam bulan
ramadhan yang mulia.
f. Pengurusan wang yang sistematik dan cukup dalam memastikan
perjalanan majlis berjalan dengan lancar.
g. Perjalanan majlis mengikut tentatif yang telah ditetapkan dan
perancangan masa tepat pada waktunya.
2. Kelemahan Projek
a. Masa yang diambil untuk menguruskan majlis ini sangat singkat.
b. Pengurusan sampah dan sisa makanan yang tidak teratur.
c. Terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga yang hadir lewat terutama
penjaga kepada anak yatim yang terlepas daripada majlis sumbangan
kepada anak yatim.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1. Guru pelatih perlu lebih proaktif dan bertindak pantas dalam melaksanakan
projek.
2. Memastikan segala urusan seperti surat menyurat lebih tepat dan awal untuk
memastikan maklumat yang disampai lebih jelas kepada ibu bapa.
3. Guru pelatih perlu lebih sistematik dalam menguruskan hal berkaitan dengan
sisa makanan dan sampah dengan menyediakan plastik sampah ditempat
yang sesuai.

KESIMPULAN :
Hal ini dapat dirumuskan berjalan lancar dan dapat dilaksanakan sebaiknya.
Namun begitu, kredit harus diberikan kepada pihak Sek. Keb Gombak Setia yang
banyak membantu pihak kami dalam menyempurnakan projek ini. Segala
pertolongan yang diberikan sama ada secara material mahupun bukan material
sesungguhnya sangat memudahkan pihak kami. Selain itu, persekitaran dan
atmosfera sekolah yang sentiasa positif membuatkan kami rasa senang dan fleksibel
dalam menjayakan projek ini.

Disediakan oleh :

(MOHD FAIZ BIN AZMAN)


Setiausaha Majlis Iftar Perdana 2013,
SK Gombak Setia.

LAMPIRAN

Majlis khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh Ustaz Aizuddin

Malis sumbangan kepada anak yatim oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Gombak Setia.

Tahlil ringkas beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa

Murid-murid beratur untuk mengambil makanan berbuka.

Para pentadbir SKGS serta tetamu kehormat untuk menantikan waktu berbuka
puasa.

Juadah istimewa untuk berbuka puasa

Para hadirin sedang enak menjamu selera.

Solat maghrib,isyak dan tarawih secara berjemaah.

Penyampaian cenderahati kepada imam dan bilal jemputan oleh Ustaz Azman
selaku ketua panitia Agama Islam SKGS.

Guru pelatih intership bersama Guru Besar dan PK Kokurikulum.