Anda di halaman 1dari 2

Skrip Sempena Kempen “Be Aware Be Alert” oleh OM EventPlanner

Situasi di disko

Alice, Betty, dan Cici pergi ke disko untuk tujuan berhibur dan melepaskan tekanan setelah penat
bekerja. Mereka selalu pergi ke disko Euphoria tetapi pada malam itu istimewa kerana sempena untuk
meraikan Alice yang baru bekerja di syarikat itu. Alice merupakan seorang gadis cantik yang juga
pertama kali datang ke Kuala Lumpur.

Setelah sampai ke disko, mereka telah terhibur dengan lagu-lagu di disko itu yang begitu rancak. Mereka
menari dengan penuh asyik tanpa menyedari ada seseorang memerhatikan gelagat mereka dari jauh.
Selepas mereka penat menari, mereka berhenti buat seketika. Dan pada ketika itu, seorang lelaki
bernama Tom datang memperkenalkan diri. Tom tertarik dengan kecantikan Alice dan kemudian
mempelawanya menari. Mereka menari bersama-sama tanpa rasa curiga. Di kesempatan itu, Tom telah
mengajak Alice mencuba sejenis serbuk berwarna jernih yang dikenali ‘Ice’. Pada mulanya, Alice berasa
takut untuk mencuba namun setelah berkali-kali didesak, Alice mencubanya. Alice turut mengajak Betty
dan Cici untuk mencubanya. Mereka pun berasa hanyut dengan dunia khayalan mereka. Mereka mabuk
dan semakin rancak menari tanpa rasa henti. Setelah jam menunjukkan jam ke pukul 4 pagi mereka pun
pulang. Oleh kerana, mereka tidak berdaya dan masih berada dalam keadaan khayal, Tom dan rakannya
membawa mereka pulang ke rumahnya.Mereka telah menjadi mangsa kepuasan lelaki. Pada keesokkan
harinya, mereka bangun dan sedar semula tapi kepala mereka berasa sakit dan mereka terpaksa tidak
datang ke tempat kerja mereka. Tom mengajak mereka semua dan melayan mereka dengan baik. Oleh
kerana Tom menjanjikan mereka berbagai-bagai hadiah seperti memberi mereka, rumah dan kereta
tanpa perlu bekerja. Mereka alpa dengan kemewahan yang diumpan oleh Tom. Setelah mereka
disogokkan hadiah, mereka mula ponteng kerja dan seterusnya diberhentikan oleh majikan mereka.

Situasi di Rumah Tom

Namun setelah berapa bulan kemudian, Tom mula berubah dan mereka semakin hanyut dengan
ketagihan dadah. Mereka menganggap dadah itu umpama makanan rutin mereka. Bukan setakat Ice,
Tom yang baru mereka kenali sebagai pengedar dadah itu turut, mengedar dadah jenis Syabu,
Memphetamine, Heroin dan Ganja. Tom sering memeras ugut untuk mencederakan keluarga sekiranya
mereka tidak mahu mengedar atau membocorkan rahsia. Tom bukan sahaja jahat malah tidak berhati
perut. Mereka dikurung dan pernah tidak diberi makan malah Cici berkali-kali dibelasah teruk oleh Tom
sehingga lebam dan berdarah kerana cuba lari tidak menurut katanya.

Pada suatu hari, Betty telah mengambil dadah dalam berlebihan jumlah(overdosed), dadah yang diambil
itu telah membawa maut kepadanya. Alice mula merasa sedih di atas pemergian rakannya itu. Sejak
pada itu, Alice berasa takut untuk mengambil dadah tapi apakan daya ketagihannya terlalu kuat untuk
mengatasi. Mereka cuba berkali-kali untuk lari dari tawanan Tom tetapi sering gagal. Mereka terlalu
lemah untuk menandingi Tom kerana Tom mempunyai orang bawahan yang gagah dan sasa.

Pada satu malam, Alice telah mendengar Tom pergi ke luar Negara.Oleh kerana, terdapat dua orang
yang menjaganya ketika itu, Alice merasakan inilah peluangnya untuk melepaskan diri dari cengkaman
Tom. Kedua-dua orang bawahannya telah mabuk dan tidak sedar. Alice perlahan-lahan keluar dari situ
tanpa sebarang bunyi, akhirnya Alice berjaya membawa Cici dan dirinya keluar.

Situasi di Pusat Pemulihan Akhlak

Setelah itu, Alice dan Cici kembali ke pangkuan keluarganya, namun apakan daya nasib Alice tidak
secerah Cici, keluarganya tidak menerimanya memandangkan Alice seorang penagih dadah. Cici
mungkin beruntung kerana keluarganya tidak pernah ambil kisah dirinya seorang penagih dadah kerana
keluarganya kaya namun tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya kerana sentiasa sibuk dengan
urusan kerja dan ke luar negara. Alice mengambil keputusan untuk pergi ke Pusat Pemulihan Akhlak
untuk mengatasi ketagihan dadahnya. Alice diajar secara mendekatkan diri dengan
tuhan,bersembahyang, mendengar ceramah dan motivasi, mengikuti kelas menjahit dan berbagai lagi.
Setelah berapa tahun tinggal disitu, Alice berjaya menjauhi dirinya untuk kembali menagih dadah. Alice
sedar dirinya banyak berubah setelah tinggal di Pusat Pemulihan Akhlak.

Situasi di Pusat Membeli Belah

Alice kembali mencari rakannya, Cici yang tinggal bersama keluarganya. Namun amat menyedihkan, Cici
semakin teruk kerana ahli keluarganya tidak pernah ambil kisah dengannya kerana bagi keluarganya
sering memberinya duit dan bukannya kasih sayang. Cici amat dahagakan kasih sayang kedua ibu
bapanya. Oleh kerana kesibukkan keluarganya mengejar wang, Cici hanyut dengan dunia dadahnya.Alice
banyak memceritakan pengalamannya sewaktu di Pusat Pemulihan Akhlak dan mencadangkan Cici pergi
ke situ untuk berubah. Namun tidak kesampaian, Cici tidak sempat untuk pergi ke Pusat Pemulihan
Akhlak kerana Cici telah meninggal dunia setelah kemalangan. Setelah dibedah siasat, polis
mengesahkan Cici mati kerana mengambil dadah berlebihan dan berada dalam keadaan khayal ketika
memandu.

Kisah ini banyak mengajar Alice erti hidup dan betapa bahayanya dadah dalam mengancam manusia.
Ketagihan dadah boleh menjerumuskan diri ke lembah hina. Dadah pemusnah bangsa, perosak budaya.

Anda mungkin juga menyukai