Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Penggunaan alat (ABM) dan BBM yang berkesan dapat membolehkanmenarik minat dan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatmeningkatkan dan mengukuhkan
kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Pelajar dapat mengaplikasikan dalam
kehidupan seharian mereka berkaitan dengan apa yang telahmereka pelajari oleh guru.
Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran DanPembelajaran
Matapelajaran Kemahiran Hidup.
Pelajar lemah dan tidak berminat mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidupdisebabkan
tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar. Mereka tidak dapatmembayangkan
secara intuitif perkaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan keadaan yangsebenar.
Penggunaan alat yang sebenar dalam pengajaran, pelajar akan lebih memahami
denganmendalam apa yang disampaikan. Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan
yangdigunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam
bilik darjah(Kamaruuin Hussin, 1986, m/s 133).
Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan MinatPelajar
Terhadap Matapelajaran Kemahiran Hidup.
Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukan bimbingan
daripada orang disekeliling pelajar. Menurut Abu Zahari, (1988, dalam RohaniKasmani,
1999, m/s 5), mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan
untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Dapat membantu pelajar memperkukuhkan
danmengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan ABM dan
BBMyang berkesan dan mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.
Perkaitan Penggunaan Alat (ABM) dan (BBM) DenganKefahaman Konsep Matapelajaran
Kemahiran Hidup.
Boleh digunakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran. Dapat
membantumeningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Daya
kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi berbanding
hanya dengan tertumpukepada teks dan bahan paparan saja.Membolehkan pelajar
mengaplikasikan apa yang dipelajaridengan cara pendedahan dan pengalaman yang betul.