Anda di halaman 1dari 17

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU

3107

PENGENALAN

Terdapat banyak teori kaunseling yang telah dikemukakan oleh ahli falsafah dan
sarjana, namun saya telah memilih Teori Pemusatan Perorangan sebagai tajuk
tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini. Teori Pemusatan
Perorangan/Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi
yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan, gestalt dan kewujudan. Ia
diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya
kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatanpendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa
kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua
bidang. Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat,
saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh
kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan
keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan
memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri
serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur
tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh
menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan
kaunseling atau terapi.
Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien
dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu
proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor
seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik
tidak penting baginya. Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan
psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang
dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan
hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962. Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh
Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang
menekankan pengajaran pemusatan pelajar.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan
kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972.
Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di
dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

A) KEPENTINGAN TEORI, PANDANGAN TENTANG MANUSIA DAN MASALAH


YANG DIHADAPI

Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii
manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud
perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami.
Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai
dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan
kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran,
dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang
dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk
berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud
keadaan-keadaan yang sesuai.

Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan


membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab.
Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan
berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama,
boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif
yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian
keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori
ini terhadap manusia adalah seperti :

1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita
dengan orang-orang lain.
2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.
3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri
dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.
4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk
berkongsi masalahnya.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk


berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu
dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan
sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang
tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan
kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang
menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri
menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan
sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap
dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka
akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan
terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti
baginya.

Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan
membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;

1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran


2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat
3. Kefahaman yang mendalam

Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam
hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini
dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang
dilaluinya. Rogers sangat menekankan asas kejadian manusia bersifat positif.
Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan kendiri (selfactualisation), kemantapan dan bersosialisasi. Rogers tidak begitu bersetuju
dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yang menganggap

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan Freud


yang mengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka
merosakkan diri sendiri dan orang lain. Menurut Rogers, sememangnya
manusia ada berkelakuan demikian, tetapi pada masa itu, dia berkeadaan
neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusia yang sebenar.
Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusia
apabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya,
makhluk manusia adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan
konstruktif. Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah
laku seekor singa. Menurut Rogers, seekor singa merupakan binatang
konstruktif dan boleh dipercayai dalam golongan makhluk singa. Walaupun
singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhluk ini
mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan
membunuh dengan sewenang-wenangnya Seekor singa membesar daripada
anak yang begitu bergantung kepada kebebasan; dan ia bertukar daripada
menjadi makhluk yang pentingkan diri sendiri kepada makhluk yang sentiasa
bekerjasama dan menjaga kepentingan kumpulan. Jadi, apa yang jelas di sini
ialah pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif, sama
seperti pandangan Maslow dan Goldstein yang menekankan bahawa
organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada
penggerak yang distruktif dalam diri manusia, kesemuanya bergerak ke
tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-realising.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

B) STRATEGI DAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING YANG BOLEH DIGUNAKAN


DALAM PROSES MENOLONG KLIEN
Kaunseling Pemusatan Perorangan/Insan mengandaikan bahawa setiap individu
mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah
kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang
utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah
pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan,
dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang
tinggi. Hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam
psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu
yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif
iaitu :
i. Ketulenan sebenar atau kongruen
ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik
iii. Mempunyai kefahaman empati
Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang
dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian
psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah
meningkatkan penghargaan kendiri. Kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan
sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri
utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah
meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang
dijangkakan oleh kaunselor.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa


sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel
dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada
keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi
kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti.
Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri.
Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan
teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi
subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami
oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh,
menyangkal, mengkritik atau sebagainya.

Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal,
neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang
kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk
berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses
kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan
bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara
tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus
kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.
Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien
untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung di
dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan
kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga
yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi
mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977). Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan
ialah :

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

1. Penerimaan Tanpa Syarat


Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa
syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau
jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa
mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa
prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada
agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya,
agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai
kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah
dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan
syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya
dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses
perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

2. Empati
Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain
dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba
masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor
mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa
dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri.
Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya,
kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat
merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam
objektifnya dari realiti yang sebenar.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

3. Ketulenan
Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik ini.
Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain.
Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau
bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.
Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau
teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun
negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada
kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan
dan pengalamannya.

4. Aktif Mendengar dan berfikir


Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling.
Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien
cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan
prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas
tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu
;
a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya
b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar
c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri
Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor
sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh
membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay,

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

10

Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan
kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa,
menjelaskan dan maklum balas.

4.1 Parafrasa
Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah
dikatakan oleh klien seperti;
apa yang saya faham
dengan kata lain
Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting
kepadanya.

4.2 Penjelasan
Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar
kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah
memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap
sesuatu masalah.
4.3 Maklum Balas
Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor
berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk
menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke
dalam tentatif.
5. Kongruen
Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor
merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini
menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi
kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

11

6. Mendengar untuk merasa


Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia
seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan
tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari.
Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu
mesej boleh dirangka dalam bentuk;
perasaan kamu sekarang
jika apa yang saya dengar ini betul
7. Mendengar dengan empati
Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun sesuatu
perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor perlu bertanya
diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi
boleh mengurangkan kerisauan klien.
8. Menghormati
Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang
keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan
keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.
9. Penerimaan yang mesra
Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima
menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

12

kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.

10. Konfrontasi
Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang
perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang
tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri).
Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya
menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

13

C) KEBERKESANAN TEORI DARI ASPEK KEKUATAN DAN KELEMAHAN


Kekuatan
Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah
membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori
ini menurut mereka ialah :
a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien
b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor
merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan
c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan
bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri
Teori pemusatan perorangan/insan memberi sumbangan yang besar
kepada kaunseling dan psikoterapi. Pendekatan ini begitu terbuka hingga
boleh digunakan oleh pelbagai jenis kaunseling seperti kaunseling individu,
kelompok dan keluarga. Teori ini juga boleh diguna pakai di dalam situasi
yang berbeza-beza, misalnya dalam bidang pendidikan, organisasi kerajaan
atau swasta, kebajikan pusat pemulihan, hospital, dan pelbagai situasi yang
lain. Kaunseling yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi
sepenuh tumpuan kepada keupayaan klien untuk memikul tanggung jawab
membuat keputusan. Kaunselor membantu klien meneroka, memahami dan
mendapat kesedaran terhadap persoalan hidupnya dan klien sendiri akan
memilih alternatif perubahan yang dikehendaki setelah berbincang bersama
dengan kaunselor. Ini bermakna klien dapat merasakan dia berkuasa
menentukan hidup. Sambutan yang diberi kepada kaunseling pemusatan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

14

insan sejak ia diperkenalkan pada tahun 50an dulu dapat bertahan hingga
sekarang. Satu sumbangan yang berharga bagi pengamal-pengamal
kaunseling ialah kaunseling atau psikoterapi tidak dikuasai secara ekslusif
oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar, terutamanya terapis
psikoanalitik. Sekarang ini, kita dapati ramai ahli masyarakat yang dapat
menggunakan perkhidmatan kaunseling dan bukan hanya segelintir yang
berkeupayaan membayar dengan bayaran yang tinggi. Kaunseling
pemusatan insan juga dapat menekankan kepentingan perhubungan hormat
menghormati antara klien dengan kaunselor sebagai satu elemen utama
dalam menjalankan kaunseling. Tiga sifat kaunselor iaitu kongruen,
penerimaaan positif tanpa syarat dan empati sudah menjadi ciri kepastian
bagi pendekatan kaunseling yang berlainan. Selain daripada sumbangan
terhadap aplikasi kaunseling dan terapi, Rogers sebagai pelopor teori
pemusatan insan juga menyumbang kepada psikologi personaliti yang
merupakan landasan kepada teori ini. Secara khusus, beliau telah
menyumbang dari segi kefahaman terhadap manusia, menekankan idea
tentang perhubungan interpersonal dalam perkembangan personaliti,
perubahan semasa melalui proses kaunseling dan menunjukkan keterbukaan
dan fleksibiliti untuk penyelidikan secara saintifik. Konsep fenomenologi yang
dipegang Rogers membawa tiga pengaruh utama dalam memahami
personaliti. Apa yang penting ialah pengalaman yang dialami individu bukan
sangat maklumat profesional atau pun yang sepatutnya dialami. Pertama,
pendekatan fenomenologi mencabar pendekatan yang digelar objektif untuk
memahami tingkah laku manusia. Objektif merujuk kepada mengkaji individu
dari luar, secara tingkah laku, mekanikal dan tidak lebih terlibat secara
personal. Rogers mempertikaikan bentuk kajian objektif terapi sedemikian.
Beliau membuktikan bahawa manusia boleh dikaji secara fenomena
(mendalami dunia subjektif individu) dan mengorak langkah baru untuk
mengkaji secara ini, yang juga saintifik. Kedua, Rogers mendalami kajian
terhadap konsep kendiri. Pemerhatian secara langsung semasa sesi
kaunseling membolehkan kajian dilakukan dalam dunia individu, sama ada

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

15

yang sihat atau bercelaru. Ketiga, Rogers mengajak kita memahami individu
dengan memberi kepercayaan kepadanya. Dengan penerimaan dan
persekitaran yang menyokong, individu akan berkembang ke arah kebaikan
dan kesempurnaan.

Kelemahan
Seperti teori-teori yang lain, teori pemusatan perorangan/insan ini juga mempunyai
kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ;
a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat
di dalam setengah-setengah psikoterapi.
b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan
kaunselor dengan klien
c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan
mudah. Ianya terlalu abstrak.
Satu kelemahan yang ketara bagi teori pemusatan perorangan/insan
ialah, bukan kerana kelemahan teorinya tetapi lebih kepada cara teori ini
diaplikasikan. Terdapat sebahagian kaunselor yang salah faham atau
menyalahgunakan teori ini di peringkat amalan. Ramai kaunselor yang
memahami prinsip-prinsip teori ini (atau memikirkan yang mereka
memahami), dan secara falasafah bersetuju dengan prinsip-prinsipnya (atau
memikirkan mereka bersetuju), mendapati sukar untuk mempraktikkan teori
ini dengan berkesan. Misalnya, kaunselor sekolah selalu beranggapan

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

16

bahawa oleh kerana ciri teori ini yang tidak mengarah, ia sukar dimanfaati
oleh murid-murid yang sudah biasa menerima arahan dari guru-guru kelas.
Pandangan ini lebih kepada keinginan kaunselor yang mahukan kuasa
mengarah dalam menjalankan kaunseling dan tidak semestinya klien tidak
sesuai dengan pendekatan teori pemusataninsan. Perhubungan antara
kaunselor dengan klien yang begitu mesra dan menerima klien tanpa syarat,
boleh menimbulkan kegelisahan kepada kaunselor yang tidak dapat
memastikan had-had perhubungan. Potensi untuk menyalahgunakan
keintiman perhubungan ini boleh dianggap sebagai satu kekurangan faktor
mengawal. Sempadan antara pakar dan pesakit tidak terdapat dalam teori
ini. Walaupun sebenarnya ia bukan kelemahan teori ini, ia lebih merupakan
penyalah gunaan kuasa terhadap klien dalam situasi perhubungan saling
hormat menghormati. Kritikan terhadap teori ini yang selalu didengar ialah
kaunselor pemusatan insan senang dimanipulasikan oleh klien. Memang
benar klien yang ingin memanipulasikan kaunselor lebih senang berbuat
demikian kerana ciri penerimaan tanpa syarat, dan juga pengiayaan alam
subjektif fenomenologi klien oleh kaunselor. Jika keseluruhan proses
kaunseling pemusatan insan difahami dengan betul, persoalan ini tidak
timbul kerana pada akhirnya klien akan menyedari bahawa memanipulasikan
kaunselor yang memberi tumpuan menolong sepenuhnya kepada beliau
akan cuma merugikan dirinya sendiri yang mahukan pertolongan. Satu lagi
kritikan ialah teori ini tidak sesuai dengan orang yang mengalami kecelaruan
psikologi yang teruk. Ia lebih sesuai kepada persoalan kehidupan harian.
Klien-klien yang mengalami kecelaruan mental seperti psikotik atau neurosis
berlebihan, kurang berkesan jika menggunakan pendekatan ini. Oleh kerana
tiada strategi atau teknik khusus dimajukan oleh pendekatan ini, kadangkala
ia menyusahkan kaunselor, terutama yang baru, untuk menerokai masalah
klien. Pengunaan kemahiran-kemahiran seperti refleksi, parafrasa atau
rumusan yang terlalu mekanikal boleh menimbulkan kebosanan kepada
klien, sehingga mempengaruhi perkembangan keseluruhan sesi kaunseling.

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU


3107

17

Kritikan ini boleh diterima jika ia khusus kepada kemahiran kaunselor, tetapi
tidak pula menujukkan bahawa teori ini lemah dari segi proses kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai