Anda di halaman 1dari 14

3.

10

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM


3.10.1 PENDAHULUAN
3.10.1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan
Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan
aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan
aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik
darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap
kepada keberkesanan pengejaran dan pembelajaran.
3.10.1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan
pasukan badan beruniform, kelab / persatuan serta sukan dan
permainan. Setiap relajar diwajibkan menganggotai sekurangkurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.
3.10.1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh
Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian
terhadap aktiviti kokurikulum yang diceburi oleh murid. Namur
penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza.
Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah
berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.
3.10.1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil
Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar aktiviti
kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah
yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak
dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai
sebahagian daripada markah penilaian kemasukan murid ke
institusi pengajian tinggi tempatan
3.10.2

RASIONAL
3.10.2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah
adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan
wujudnya unsur-unsur ketidak samarataan dalam pemberian
markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memrperoleh
markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan
kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian
yang standard, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian
markah boleh dihindari.
3.10.2.2 Penilaian aktiviti kokurikulum boleh merangsang murid untuk
bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Semua murid
mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah
kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang
bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi

penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh


dijadikan sandaran untuk mencapaia cita-cita mereka.
3.10.3

OBJEKTIF
3.10.3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang
boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
3.10.3.2 Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian
kemasukan pelajar-pelajar ke institusi pengajian tinggi.
3.10.3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan
menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

3.10.4

murid

secara

GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN


KOKURIKULUM SEKOLAH
3.10.4.1

Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan /


kemudahan berikut :
3.10.4.1.1 Perancangan yang jelas
3.10.4.1.2 Tempat penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan
Penilaian.
3.10.4.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
3.10.4.1.4 Rancangan mingguan dan tahunan kokurikulum.
3.10.4.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang
dikeluarkan oleh KPM dan agensi luar.

3.10.4.2

Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan


Buku Rekod Penilaian
3.10.4.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran
Kokurikulum dan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum.
3.10.4.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk
merekod dan menyerahkan data pencapaian murid.
3.10.4.5 Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru
penasihat / pemimpin dan guru kelas.
3.10.4.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.
3.10.4.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti
badan beruniform, persatuan / kelab serta sukan dan
permainan.
3.10.4.8 Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat /
pemimpin
3.10.4.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam
sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.
3.10.4.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang
mencukupi.
3.10.4.11PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.
2

3.10.5

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM


SEKOLAH

Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah

Agihan tugas guru penasihat / pemimpin mengikut kepakaran

Pendaftaran setiap murid dalam tiga elemen :

Badan beruniform

Sukan / Permainan

Kelab / Persatuan
Jumlah murid bagi setiap unit antara 40-60

Menjalankan akktiviti mengikut perancangan sekolah

Dilaksanakan pada minggu


pertama persekolahan
- Memaklumkan
Nisbah guru murid dalam
kokurikulum ialah 40-60 orang
murid 2 orang guru penasihat

Taklimat pengisian data kepada


setiausaha peperiksaan pada bulan
Mei
Takwim dan Rancangan Pelajaran
Mingguan
Takwim dan Rancangan Pelajaran
Mingguan

Merekod kehadiran murid dalam Buku Rekod Kehadiran


Kokurikulum (RKK1) dan ditandatangani oleh guru penasihat
setiap kali perjumpaan

Guru penasihat / pemimpin melengkapkan Borang Rumusan


Aktiviti Kokurikulum dengan merujuk Rekod Kehadiran
Kokurikulu m (RKK1)

Guru kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum (BPK1)


SETELAH MEMPEROLEH Borang Rumusan Aktiviti
Kokuriukulum daripada guru penasihat / pemimpin

Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum mengesahkan


markah kokurikulum murid

Jawatankuasa ini terdiri


daripada :
Pengerusi : Pengetua
Setiausaha : PK Kokurikulum
AJK
: Tiga orang yang
dilantik
Buku Penilaian Kokurikulum
(BPK1) ditandatangani oleh PK
Kourikulum, Pengetua / Guru
Besar dan Ibu bapa / penjaga

Keputusan Penilaian Kokurikulumdihantar ke Lembaga


Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam sijil UPSR / PMR /
SPM / STPM

15 Oktober

10

Keputusan Penilaian Kokurikulumdihantar ke Lembaga


Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam sijil UPSR / PMR /
SPM / STPM

Buku Rekod Kehadiran dan Buku


Rekod Penilaian akan berpindah
mengikut murid

3.10.6 PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM


3.10.6.1

Aspek yang dinilai :


3.10.6.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam
setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada empat
aspek yang berikut :
a
b
c
d

Kehadiran
Jawatan disandang
Penglibatan
Pencapaian

3.10.6.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang


diperuntukkan adalah seperti berikut :
Jadual 1
ASPEK PENILAIAN
Kehadiran
Jawatan Disandang
Penglibatan
Pencapaian
JUMLAH
3.10.6.2

% MARKAH
50
10
20
20
100

Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Ini bertujuan


untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan.
Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu
persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap
jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan
peruntukan masa dua jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran
hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain
dengan kelulusan dan sebab- sebab lain yang munasabah.
Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.
Kehadiran minimum bagi aktiviti pasukan badan beruniform ialah 18
kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan serta sukan dan permainan
12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah
seperti berikut :
Jika jumlah kehadiran pelajar
Jumlah perjumpaan setahun
Ketidakhadiran diluluskan
(Cuti sakit, wakili sekolah dll.)

=
=
=

a
b
c

Markah kehadiran
3.10.6.3

_a_
b-c

x 50

Markah aspek jawatan disandang ialah 10% dan diberikan kepada


individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan
kokurikulum. Sungguhpun begitu, ahli biasa dan jawatan yang lain juga
diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan
markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut :
Jadual 2
Pasukan Badan Beruniform
JAWATAN
Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja / PW1 / Bentara
Kanan / Sub-Inspektor/Drum Major / Pangkatpangkat lain yang difikirkan sama taraf.
PWII / Staf Sarjan / Sarjan Mejar / Ketua Trup /
Anugerah Ketua Pesuruhjaya / Pangkat-pangkat
lain yang difikirkan sama taraf.
Sarjan / Penolong Trup / PP Kelas 1 / Ketua
Platun / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama
taraf.
Koperal / Lans Koperal / PP Kelas II / Ketua Patrol/
AJK / Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang
difikirkan sama taraf.
Pra-Persetiaan / Ahli aktif
Ahli biasa

MARKAH
10
8
7
5
3
1

Persatuan / Kelab serta Sukan dan Permainan


JAWATAN
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua
Pasukan Sukan / Permainan / Ketua Rumah
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi
Setiausaha / Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Ahli aktif
Ahli biasa
3.10.6.4

MARKAH
10
8
7
5
3
1

Markah aspek penglibatan ahla 20%. Markah ini diberikan lepada


semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka dalam semua
aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.
Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah
sama. Pemberian markah seperti berikut :
5

Jadual 3
PERINGKAT PENGLIBATAN
Sekolah
Zon/Daerah/Bahagian
Negeri
Kebangsaan
Antarabangsa
3.10.6.5

MARKAH
8
11
14
17
20

Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan


pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah, zon /
daerah / bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian
yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga.
Dalam aspek pencapaian, markah bagi pencapaian individu atau
pasukan adalah sama. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah
seperti berikut :
Jadual 4
PERINGKAT PENCAPAIAN
Sekolah
Zon/Daerah/Bahagian
Negeri
Kebangsaan
Antarabangsa

3.10.6.6

3.10.7

Johan
8
11
14
17
20

MARKAH
Naib Johan
7
10
13
16
19

Ketiga
6
9
12
15
18

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah berdasarkan


markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seseorang murid.
Umpamanya jika seseorang murid pernah mewakili daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang
diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20
markah).

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI


3.10.7.1 Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan
badan beruniform, persatuan / kelab serta sukan dan permainan. Dalam
hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam
setiap bidang kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian aktiviti
adalah berdasarkan :
6

3.10.7.1.1 Aktiviti badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah,


Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
3.10.7.1.2 Aktiviti kelab / persatuan / seperti Persatuan Bahasa
Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan
sebagainya.
3.10.7.1.3 Aktiviti sukan dan permainan seperti Kelab Olahraga,
Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya.
3.10.7.2 Setiap jenis aktiviti yang disertai oleh murid akan dinilai berdasarkan
aspek yang telah dinyatakan dalam 3.10.6.1 dan agihan markah setiap
jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 3.10.6.2.
Sebagai contoh, berikut adalah markah aktiviti kokurikulum yang
diperolehi oleh pelajar X :
Contoh :
1.

Aktiviti Pasukan Badan Beruniform

Bil ASPEK PENILAIAN


1 Kehadiran
2 Jawatan Disandang
3 Penglibatan
4

2.

Pencapaian

PRESTASI
Penuh (18 / 18)
Ahli aktif
Hadiri Jambori Pengakap
Peringkat Negeri
Ketiga Kawat Kaki
Peringkat Negeri
JUMLAH

12
79

Aktiviti kelab / persatuan

Bil ASPEK PENILAIAN


1 Kehadiran
2 Jawatan Disandang
3 Penglibatan
4

3.

MARKAH
50
3
14

Pencapaian

PRESTASI

10 / 12
AJK Persatuan Sejarah
Sertai Seminar Penulisan
Sajak Peringkat Negeri
Naib Johan Pertandingan
Bahas Ala Parlimen antara
kelas
JUMLAH

MARKAH
42
5
14
7

68

Aktiviti sukan dan permainan

Bil ASPEK PENILAIAN


1 Kehadiran
2 Jawatan Disandang

PRESTASI
10 / 12
AJK Kelab Bolasepak

MARKAH
42
5
7

3.10.7.3

Penglibatan

Sertai Kej. Bolasepak


Peringkat Negeri
4 Pencapaian
Naib Johan Pertandingan
Bolasepak antara kelas
JUMLAH
Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum

14
7
68

3.10.7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti


berikut:
Jadual 5
GRED

MARKAH

A
B
C
D
E

Antara 80 hingga 100


Antara 60 hingga 79
Antara 40 hingga 59
Antara 20 hingga 39
39 ke bawah

3.10.7.3.2 Mengambil contoh pelajar X, gred yang diperolehi bagisetiap


aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut :
GRED
Badan beruniform
Persatuan / kelab
Sukan dan permainan
3.10.7

MARKAH

GRED

79
68
85

B
B
A

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI


3.10.7.1 Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang
disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi :
3.10.7.1.1
3.10.7.1.2
3.10.7.1.3

Perjawatan peringkat sekolah seperti pengawas, pengawas


perpustakaan, imam, dan sebagainya.
Perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah
sukan, ketua bilik / asrama dan sebagainya
Perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas / darjah dan
sebagainya.

3.10.7.2 Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberi sebagai pengiktirafan
kepada murid atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus
yang ditetapkan adalah seperti berikut :
Jadual 6
BIL

JAWATAN

MARKAH BONUS

1
2

Ketua Murid I / Ketua Murid II


Timbalan / Penolong Ketua Pelajar
Ketua / Pengerusi Badan Perkhidmatan
atau pengurusan utama yang ditubuhkan
untuk
membantu
sekolah
seperti
perpustakaan, surau, PRS dan asrama
Ahli badan perkhidmatan atau pengurusan
utama yang ditubuhkan untuk membantu
sekolah seperti PRS dan Pustakawan
Ketua / Pengerusi badan perkhidmatan
atau pengurusan sokongan seperti asrama,
makanan dan lain-lain
Ahli jawatankuasa termasuk penolong
ketua / Pengerusi, Setiausaha, Bendahari
bagi badan-badan dalam perkara (3 dan
5), ahli PRS dan SLAD
Ketua bilik / asrama / kelas
Penolng Ketua Bilik / ketua kelas

10
8

4
5

6
7
8

6
5

3
3
1

3.10.7.3 Anugerah Khas


Jadual 7
BIL

JAWATAN
Anugerah Remaja Perdana (ARP)

Pingat Hang Tuah Kebangsaan /


Tunas Jaya Kebangsaan
Pencapaian aktiviti kokurikulum di
luar negara atas biaya sendiri

4
5

NILAM
Lain-lain anugerah yang setara

KEDUDUKAN
Emas
Perak
Gangsa

MARKAH
BONUS
10
7
5
10

Johan
Naib Johan
Ketiga

5
3
2
59
5

3.10.7.4 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan
tertinggi yang disandang pada setiap tahun.
3.10.7.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan
tatatertib atau kes disiplin, markah bonus tidak layak dimasuk kira.
3.10.8

GRED KESELURUHAN
3.10.8.1 Gred keseluruhan bermakssud gred yang diperolehi oleh seseorang
murid dalam dua daripada tiga bidang kourikulum yang dianggotai
seseorang murid beserta markah bonus. Dua daripada tiga bidang yang
dipilih berdasarkan markah tertinggi.
3.10.8.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah
markah kedua-dua bidang kokurikulum dan mendapatkan purata bagi
kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan
markah bonus yang diperolehi.
3.10.8.3 Berdasarkan markah pelajar X, contoh kiraan gred keseluruhan seperti
berikut :

3.10.9

Jumlah markah badan beruniform


Jumlah markah persatuan / kelab
Jumalh markah sukan dan permainan

=
=
=

79
68
68

Markah purata bagi dua terbaik

(79 + 68) = 73.5


2

Markah bonus

10 (Ketua mmurid)

Markah keseluruhan

73.5 + 10

Gred keselurhan

= 83.5

PELAKSANAAN
3.10.9.1

Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan


format dan borang yang sama untuk membuat penilaian aktiviti
kokurikulum murid (lihat lampiran 10, 11, 12)

3.10.9.2

Penilaian hendaklah dibuat setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya


awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan
10

kerana masih ada aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan yang


dijalankan pada bulan Disember.
3.10.9.3

Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid


berada di tingkatan satu hingga tingkatan 6, pihak sekolah perlu
menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang diseragamkan di
peringkat pusat. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod
kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke
sekolah lain dan semasa kemasukan ke matrikulasi / IPT.

3.10.9.4

Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri


daripada guru-guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.

3.10.9.5

Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum


disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum.

3.10.9.6

Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang


persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam
bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang
tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya, prestasi GPA dan CGPA
murid X dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh
persekolahannya sehingga tingkatan lima :

TING

MARKAH KOKURIKULUM

GPA

CGPA

I
II
III
IV
V

69
82
83
89
80

69
82
83
89
80

69.0
75.5
78.0
80.8
80.6

Contoh pengiraan CGPA

3.10.9.7

Tingkatan II

(69 + 82)
2

Tingkatan IV

(69 + 82 + 83 + 89)
4

75.5
=

80.8

Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah


dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya :
Tingkatan V

80.6 x 10
100

8.06

11

3.10.9.8

3.10.9.9

Bagi murid tahun 6, penilaian kokurikulum adalah berdasarkan


percapaian terbaik dari tahun empat hingga tahun enam, dan ia diambil
kira sebagai kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh /
MRSM
Kes-kes Terpencil
3.10.9.9.1
3.10.9.9.2
3.10.9.9.3
3.10.9.9.4
3.10.9.9.5

3.10.9.10

Murid Pendidikan Khas


Murid kurang upaya
Pesakit kronik / luar biasa
Sekolah di kawasan pedalaman
Sekolah kurang murid

Kes-kes Khas
Murid yang terlibat dalam aktiviti sukan prestasi tinggi hendaklah
dinilai mengikut kriteria seperti murid biasa.

3.10.10 PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MURID TINGKATAN


ENAM
Murid tingkatan enam yang telah tamat pengajian dan mengikuti Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) boleh memilih markah prestasi PLKN yang diperolehi
untuk dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid tersebut
mempunyai empat pilihan daripada tiga yang perlu dipilih untuk menentukan
markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dalam PLKN, markah
terendah dalam bidang lain akan digugurkan.

12

PENGURUSAN DAN PROSES ALIRAN KERJA PENILAIAN MARKAH


KOKURIKULUM PELAJAR SMK JELAI (F)
Bil
1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Perkara
Sediakan perancangan strategik kokurikulum yang lengkap

Sediakan perancangan aktiviti setiap badan beruniform, kelab /


persatuan serta sukan dan permainan
Memfailkan nama ahli dan rekod keahlian
Mengisi dan memantau buku log pelajar setiap kali selepas
aktiviti
Merekodkan kehadiran pelajar dan menandatanganinya setiap
kali selepas akktiviti
Mengambil dan menyimpan semula buku log di rak yang
disediakan
Memantau buku log setiap bulan dengan membuat pengesahan
Merekodkan markah kokurikulum pelajar setiap bulan Mac, Jun
dan Ogos
Membuat penilaian markah kokurikulum pelajar dan membuat
pengesahan
Memasukkan markah dan menyalurkan kepada LPM
Mengumpulkan buku log untuk disimpan bagi semakan
pemantau pusat
Menyimpan dan mengumpulkan Buku Rekod Kehadiran
Pelajar
Menyediakan markah dalam Buku Rekod Penilaian Pelajar dan
diserahkan kepada ibu bapa dan penjaga
Menyediakan laporan aktiviti kokurikulum yang telah
dijalankan pada bulan Oktober untuk semakan pemantau
Menyediakan Perancangan Strategik untuk tahun berikutnya
Menyerahkan fail kokurikulum setiap unit kepada Penolong
Kanan Kokurikulum sebelum tamat sesi persekolahan tahun
tersebut.

Tindakan
PK Kokurikulum
Setiausaha Kokurikulum
Setiausaha Sukan
Penyelaras
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Kelas
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Setiausaha Kokurikulum
Setiausaha Kokurikulum
En Mohd anas Sapuan
En Hayrol Shahrizah
J/Kuasa Kokurikulum
Setiausaha Peperiksaan
Setiausaha Kokurikulum
Setiausaha Kokurikulum
Guru Kelas
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Setiausaha Kokurikulum
Penyelaras
Guru Penasihat

13

JAWATANKUASA PENILAIAN MARKAH


KOKURIKULUM SMK JELAI (F)
Mengikut edaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Penilaian
kokurikulum hanya terdiri daripada Pengetua selaku setiausaha,
Penolong Kanan Kokurikulum sebagai Setiausaha dan tiga
orang yang dilantik oleh pengetua SEBAGAI Ahli Jawatankuasa.
Pengerusi

Tn. Hj. Mad Aris Bin Azis PJK


Pengetua SMK Jelai (F)

Setiausaha

En. Mokhtar Bin Husin


Penolong Kanan Kokurikulum

Ahli Jawatankuasa :

En. Chin Kee Sieng

En Mohd Anas Bin Sapuan

Cik Norakusuma Bt Mohd Din

14

Anda mungkin juga menyukai