Sebelum
Sebelum melaksanakan program SEGAK di sekolah, stesen naik turun bangku menyediakan
alatan seperti jam randik, rakaman metronome rentak 96 detik seminit, dan meninjau tempat yang
sesuai untuk melakukan aktiviti naik turun bangku. Stesen naik turun bangku bertujun menilai
daya tahan kardiovaskular.
Semasa
Semasa pelaksanaan aktiviti naik turun bangku, murid diminta mencari denyutan nadi di leher
menggunakan tangan kanan. Selepas murid mengenalpasti nadi masing-masing, mereka diberi
penerangan cara pelaksanaan aktiviti naik turun bangku selama 3 minit mengikut detik
metronome. Aktiviti dilaksanakan secara berpasangan iaitu seorang pencatat bacaan nadi dan
seorang lagi melakukan aktiviti. Selepas 3 minit, murid terus duduk dan mengira denyutan nadi
masing-masing selama 30 saat untuk mengetahui tahap daya tahan kardiovaskular. Aktiviti ini
dilaksanakan kepada semua pelajar tahun 4.
Selepas
Bacaan yang diperolehi pada murid tahun 4 pada stesen naik turun bangku dianalisis untuk
mengetahui tahap kardiovaskular.
Kekuatan
Stesen ini memberi dapat meningkatkan dan melatih keupayaan diri murid dan membina daya
tahan kardiovaskular. Selain itu, penguji dapat melihat sendiri kemampuan murid dalam
melaksanakan aktiviti dan murid dapat didedahkan dengan cara hidup sihat.
Kelemahan
Masalah yang dihadapi di stesen naik turun bangku adalah kepayahan murid mengenalpasti nadi
mereka. Ini menyebabkan kesukaran dalam mengetahui bacaan yang betul dan data yang
diterima adalah ralat.