Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PENUTUPAN


Ya Allah, Ya Karim ,
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
menghadiri dan berada dalam Majlis Perasmian Penutupan kejohanan
antara rumah sukan peringkat SMK sunai Merah pada hari ini
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,
sejahterakanlah penglihatan kami .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)
mutu dan tahap sukan ini akan mencapai kecemerlangan sehingga kami
dapat memberi sumbangan yang positif dan bermakna ke arah memajukan
sukan di negara yang tercinta .
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami.
Padukanlah tenaga dan usaha kami,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
semoga dengannya dapat kami berbakti kepada agama bangsa dan Negara
Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai