Anda di halaman 1dari 4

1.

1 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima
dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman
Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan
1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010),
sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.
Kini legasi kemajuan ini diteruskan lagi dengan munculnya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah)
yang diterbitkan pada tahun 2013. Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan
modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan
penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan
untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi
keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan
negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program
Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas
perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).
Kepimpinan Instruksional telah lama dianggap sebagai salah satu tanggungjawab utama
seseorang pemimpin sekolah.

Namun, sehingga kini

masih belum jelas tentang

peranan sebenar tangggungjawab kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh


seseorang pemimpin sekolah di dalam urusan tugas sehariannya.
2. Antara perkara yang sering menjadi pertanyaan banyak pihak ialah bagaimanakan
seseorang

pemimpin

sekolah

mengamalkan

kepimpinan

instruksional

dalam

menjalankan tugasnya? dan apakah hasil yang diperolehi daripada amalan kepimpinan
instruksional yang mereka laksanakan selama ini?
3. Secara tradisinya seperti yang kita ketahui, bahawa amalan kepimpinan instruksional
seseorang pemimpin sekolah termasuklah menyatakan harapan-harapan tingginya
terhadap prestasi guru-guru dan pelajar-pelajar, menyelia proses pengajaran, memantau
proses penilaian dan perkembangan pelajar, menyelaras kurikulum sekolah, serta
mewujudkan iklim pembelajaran dan suasana kerja yang baik di sekolah.

4. Pada masa kini didapati bahawa amalan kepimpinan instruksional seorang pemimpin
sekolah telah diluaskan fokus peranannya daripada hanya menjadi " seorang penilai
kecekapan guru" kepada berperanan sebagai "fasilitator perkembangan profesion guru".
5. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh seorang fasilitator perkembangan guru,
ialah dengan mengadakan perbincangan-perbincangan profesional bersama
gurunya, mewujudkan peluang

guru-

guru-guru melakukan refleksi dan perkembangan

profesional mereka, serta mengembangkan komuniti pembelajaran profesional (PLC) di


sekolah.
6.

Gaya Kepimpinan Instruksional Hubungan

(Relational Instructional Leadership)

adalah berasaskan perspektif hubungan manusia yang melihat organisasi yang dipimpin
sebagai sebuah keluarga besar.
7. Sebagai pemimpin di dalam keluarga besar, kepemimpinan sekolah akan berusaha
memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar di bawahnya sentiasa berada dalam keadaan
terbaik dengan perkara-perkara yang mereka lakukan supaya mereka dapat gigih
berusaha serta berbangga dengan segala usaha mereka.
8. Melalui gaya kepimpinan ini, peningkatan prestasi keputusan peperiksaan tidaklah
diperolehi melalui amalan kepimpinan instruksional biasa secara langsung, tetapi
peningkatan prestasi berlaku hasil daripada hubungan baik yang dibina antara
kepemimpinan sekolah dengan para guru dan pelajar-pelajarnya.
9. Antara usaha yang boleh dilakukan melalui gaya kepimpinan jenis ini ialah pemimpin
sekolah akan berusaha meluangkan masanya untuk bersama-sama pelajar dan gurugurunya sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah.
10. Pada peluang keemasan ini juga, beliau akan bertanya khabar kepada mereka,
bersedia untuk mendengar masalah, rungutan atau cadangan, berusaha mendengar
cerita dan khabar pelajar, membela dan mendorong pelajar-pelajar yang lemah,
memberi kaunseling terhadap para guru dan pelajar yang memerlukan serta
memastikan guru-guru di bawahnya sentiasa berada dalam keadaan "OK" (dari segi

mental, emosi dan kesihatan fizikal) untuk membantu pelajar-pelajar mencapai


kejayaan.
11. Manakala, gaya Kepimpinan Instruksional Linear (Linear Instructional Leadership)
pula ialah gaya kepimpinan instruksional yang biasa diamalkan oleh pemimpinpemimpin sekolah. Melalui gaya kepimpinan ini, pihak pemimpin sekolah akan berusaha
memastikan supaya segala aktiviti akademik di sekolahnya seiring dengan kehendak
dan piawaian yang telah ditetapkan.
12.

Dalam hal ini, segala aktiviti pengajaran akan dipantau dengan teliti bagi

memastikan segala aspek di dalamnya mematuhi sistem yang telah direkabentuk dan
serta menepati sasaran yang telah ditetapkan.
13. Selain itu, pemimpin sekolah juga akan memastikan supaya wujud penyelarasan
antara kurikulum, objektif pembelajaran dan ujian rujukan kriteria dengan piawaianpiawaian yang telah ditetapkan. Di samping itu, beliau akan sentiasa memantau hasilhasil pengajaran melalui data-data ujian.
14. Antara perkara yang dilakukan melalui gaya kepimpinan jenis ini ialah menyediakan
dokumen

panduan kurikulum

bagi memperincikan tentang perkara-perkara yang

seharusnya diajar pada tarikh tertentu.


15. Seterusnya perkara lain yang dilakukan ialah mengadakan Ujian Penanda Arasan
(Benchmark Testing) bagi menguji

sama ada para pelajar

telah diajar

tajuk-tajuk

khusus yang telah ditetapkan di dalam dokumen panduan kurikulum dalam tempoh
tertentu .
16.

Di samping itu, aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin sekolah melalui gaya

kepimpinan ini ialah pemantauan terhadap rancangan pengajaran guru. Gaya


kepimpinan ini mengandaikan bahawa terdapat hubungan positif antara rancangan
pengajaran guru yang baik dengan pembelajaran pelajar yang baik.
17. Secara ringkasnya, gaya kepimpinan instruksional linear ini merupakan satu bentuk
kepimpinan instruksional yang lebih menjurus ke arah peperiksaan. Ini kerana

kebanyakan proses kepimpinan di dalamnya lebih kepada memimpin dan memantau


pengajaran guru bagi tujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
18. Kesimpulannya, Gaya Kepimpinan Instruksional Linear lebih bersifat impersonal
dan lebih memfokuskan terhadap hasil keputusan peperiksaan. Namun, Gaya
Kepimpinan Instruksional Hubungan pula didapati hanya sesuai digunakan pada
peringkat permulaan

tahun sesi persekolahan berbanding pada waktu hampir

peperiksaan.

Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya

Anda mungkin juga menyukai