Keutuhan Wacana
Keutuhan Wacana
html
Keutuhan wacana adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia menentukan apakah sesuatu itu boleh dianggap sebagai
wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Melaluinya juga kita dapat memahami hubungan bahasa
dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.
Satu aspek penting dalam analisis wacana ialah keutuhan wacana. Dengan menganalisis keutuhan wacana kita dapat
menentukan sama ada sesuatu teks itu sebuah wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis
keutuhan wacana juga kita dapat pula memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam.
Merujuk kepada kebulatan dan kesepaduan esei. Dicirikan oleh sifat kohesi dan koheren. Kohesi merujuk kepada idea atau isi
esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Koheren merujuk kesinambungan ayat-ayat dan merujuk perengganperenggan yang membawa idea-idea tertentu. Keutuhan wacana bertujuan bagi menentukan sesebuh wacana itu berkualiti
atau tidak. Ia dapat dilihat daripada hubungan bahagian-bahagian dalam wacana daripada segi semantik, leksikal, gramatik
dan fonologi.
ii. Sinonim
Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
iii. Hiponim:
Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak
indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.
iv. Himonim:
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku
dipeluhi dengan daki.