Anda di halaman 1dari 10

Inkuiri

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka


untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah
mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan
soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka.
Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang
membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi)
bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima
fasa seperti rajah di bawah :
Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan
menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti
menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang
apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat
akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami
pembentukan pengetahuan baru.
Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat
tentang kejadian yang dilihat atau alami.
Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen
baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di
sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang
jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu
keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan
membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka
memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan
maklumat lanjut daripada guru.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur
caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup,

KAEDAH INKUIRI PENEMUAN


1.0 Pendahuluan
Kaedah inkuiri adalah suatu kaedah yang digunakan bagi membuktikan ilmu-ilmu
dalam sains sosial. Menurut Mok Soon Sang (2002:198), kaedah inkuiri juga dikenali
sebagai kaedah dapatan, kaedah penemuan atau kaeadah Heuristik. Ia digunakan
sebagai satu satu kaedah pengajaran dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti
sejarah. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah tinjau siasat kerana ia melibatkan
proses mencari kesimpulan daripada soalan-soalan yang dibentuk serta dapatandapatan penyelidikan. Selain daripada itu, kaedah ini juga melibatkan proses
penyelesaian masalah berdasarkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan
menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh.
Kaedah inkuiri juga merupakan satu cara yang amat penting yang boleh digunakan
oleh guru-guru dalam mata pelajaran sejarah. Kaedah ini menjadi essence dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sains social untik mengembangkan kemahiran
belajaryang bermakna kepada pelajar-pelajar. Kaedah ini lebih menekankan ikepada
pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan teknik-teknik, prosedur-prosedur
dan cara-cara melihat masalah dan menyelesaikan masalah-masalah dalam
pembelajaran. Cara ini memberatkan penyiasatan-penyiasatan, ekspositori dan
penemuan.
Kaedah ini juga dapat menajamkan pemikiran dan memberikan kesan-kesan
pembelajaran yang bermakna dan mendalam kepada pelajar. Dari segi pengajaran,
kaedah ini tidak memerlukan guru begitu terikat kepada cara-cara menyampaikan
data-data atau maklumat-maklumat penting seperti yang biasa diamalkan.
Sebaliknya, kaedah inkuiri memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran
yang dirancangkan secara sistematik oleh guru. Kaedah ini dianggap amat relevan
untuk memberikan kemahiran-kemahiran pembelajaran yang berkembang kepada
pelajar. Cara ini juga dapat membentuk sikap suka belajar dan belajar secara
sendiri. Hal ini demikian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran secara inkuiri
dapat membentuk sikap keterbukaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Kaedah ini juga membolehkan pelajar lebih berdikari dan mampu
untuk mencari maklumat secara tersendiri dan tidak hanya mengharapkan guru
sahaja untuk memberikan maklumat kepada mereka

Pengajaran sejarah KBSM perlu menitikberatkan perubahan sikap pelajar-pelajar


untuk menegtahui bukan setakat apa yang orang lain fakir dan diminta percaya apa
yang diketahui, tetapi menggalakkan mereka menyoal, mengkaji, menilai,
menyangkal pendapat-pendapat berdasarkan hujah-hujah dan bukti-bukti sejarah.
Pentingnya strategi inkuiri ini ialah untuk menggalakkan pelajar-pelajar
menggunakan fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu, masalah-masalahatau
pengetahuan-pengetahuandan mengaplikasi pengetahuan sejarah dengan keadaan
masa kini. Seseorang bukan sahaja dapat memahami isi kandung sejarah tetapi
dapat mengaitkan dengan situasi lain (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999:113).
Daripada pengalaman-penglaman penyelidikan, kaedah inkuiri dapat memberikan
kemahiran yang penting kepada proses pengembangan kemahiran intelek.

2.0 Konsep Kaedah Pengajaran Inkuiri


Kaedah inkuiri atau tinjau siasat atau pertemuan adalah salah satu daripada
pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran
sejarah. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial, kaedah ini menjadi
penting bagi mengembangkan kemahiran kemahiran belajar yang bermakna kepada
murid. Ia menitikberatkan kepada pengajaran dan pembelajaran yang
berorentasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat masalah serta menyelesaikan
masalah dalam pembelajaran. Pengajaran secara inkuiri akan memberi peluang
kepada pelajar-pelajar melakukan operasi intelektual dan memerlukan pelajar
memperoleh pengetahuan dan pemahaman melalui proses inkuiri yang mereka
jalankan.
Melalui kaedah inkuiri, pengetahuan yang diperoleh oleh murid melalui proses
mengenal pasti, mencari dan menguji pengetahuan. Murid akan melibatkan diri
secara aktif dalam proses yang berbentuk tinjau siasat dan mementingkan soalan
yang terbuka serta mencabar pemikiran murid. Kaedah ini membolehkan guru tidak
terlalu terikat menyampaikan data atau maklumat sebagaimana kebiasaannya.
Sebaliknya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri
memerlukan penglibatan murid. Murid sendiri akan bertindak memainkan peranan
sebagai perancang dan pelaku proses pembelajaran. Dalam hal ini guru berindak
sebagai pembimbing dan penggalak dalam proses pengajaran dan pembelajaran

atau bertindak sebagai penasihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran


berlangsung (Hazri Jamil, 2003:69).
Kaedah ini dapat membentuk sikap suka meneroka dan menyelidik dalam kalangan
pelajar. Melalui kaedah inkuiri, guru bukan memberikan murid-murid, sebaliknya
mengemukakan persoalan atau permasalahan yang memerlukan pelajar
mendapatkan data dan melakukan penyelidikan serta mengemukakan penjelasan
bagi menilai andaian-andaian yang sudah mereka bina. Oleh itu, kaedah ini
menggalakkan murid menggunakan akal fikiran yang munasabah terhadap sesuatu
isu, masalah atau pengetahuan sejarah dengan keadaan masa kini.
Kaedah inkuiri adalah berdasarkan falsafah John Dewey yang menyatakan bahawa
proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah merangkumi tiga aspek utama iaitu
penyiasatan, pemikiran reflektif dan jumpaan. Guru akan membentuk dan
menguruskan pengalaman pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh
pengetahuan dan sikap yang wajar supaya mereka dapat menjalani proses inkuiri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, murid dapat memahami dan
menerangkan sesuatu perkara, konsep, prinsip, masalah dengan membuat
penyelidikan sendiri, bukan lagi diberitahu guru semata-mata. Murid belajar sejarah
melalui pemahaman dan bukan penghafalan semata-mata.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid memainkan peranan
penting dalam aktiviti gerak kerja seperti bertanya, membaca, berbincang, mencatat,
meneliti, dan menganalisis data atau maklumat, menghujah, melaporkan, menulis
esei dan sebagainya. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing kepada murid.
Interaksi antara guru dan murid dan antara murid dengan murid amat penting
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan. Kaedah ini juga dapat merangsang murid mengkaji dam mengetahui
sesuatu peristiwa secara dengan lebih mendalam. Selain itu, ia juga dapat
mengembangkan naluri ingin tahu dalam kalangan murid.
Kaedah inkuiri melibatkan proses mental yang sentiasa berkembang. Semasa
mengamati sesuatu masalah, mengklasfikasikan masalah tersebut, seterusnya
membuat andaian atau membina hipotesis, menguji hipotesis dan akhirnya membuat
kesimpulan. Ini adalah cara mendapatkan penemuan dan membuat kesimpulan

berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan melalui pemerhatian,


pengumpulan data dan sebagainya.
Strategi penyoalan amat penting dalam kaedah inkuiri. Ia dapat membantu proses
pembelajaran dan pemikiran murid. Soalan-soalan terbuka seperti berbentuk
mengapa dan bagaimana memerluka murid membuat huraian. Ini menghasilkan
tindak balas reflektif dan mengembangkan pemikiran intelektual murid. Inkuiri adalah
satu proses berterusan. Oleh itu, kaedah inkuiri bertujuan menghasilkan murid yang
dapat menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang yang lebih luas
bagi tujuan yang lebih bermakna.
Kaedah pengajaran inkuiri boleh dibahagikan kepada 2 pendekatan iaitu kaedah
inkuiri pendekatan deduktif dan kaedah inkuiri pendekatan induktif. Pendekatan
deduktif ialah kaedah pengajaran yang beralih daripada peraturan atau generalisasi
kepada contoh-contoh khusus dan seterusnya membuat kesimpulan. Konsep
pendekatan deduktif perlulah berdasarkan prinsip-prinsip berikut (Shipley, 1968):
1. Cadangkan masalah yang mencabar
2. Bantu murid-murid menganalisis masalah
3. Bantu murid-murid memilih tindakan atau pemikiran yang boleh dipertimbangkan
4. Guru menjadi sumber maklumat kepada murid
5. Memandu dan mengarahkan murid bergerak daripada prinsip atau prosedur am
yang betul sebelum mereka mahir menggunakannya.
6. Elakkan daripada memberi jawapan kepada murid dan galakkan mereka
menggunakan langkah-langkah yang sudah diketahui bagi menyelesaikan masalah
tersebut sendiri.
7. Pastikan murid mencari penyelesaian masalah tersebut dan cadangkan
bagaimana mereka memastikan jawapan mereka sama ada betul atau salah.
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, kaedah inkuiri melalui pendekatan deduktif,
murid dikehendaki mencari fakta-fakta atau maklumat-maklumat tertentu yang
berkaitan dengan masalah yang berkaitan dengan masalah yang dikemukakan

proses mencari maklumat atau fakta sejarah itu akan dipandu oleh generalisasi dan
kesimpulan sesuatu peristiwa sejarah yang telah diketahui dan diterima umum.
Murid tidak perlu membuat sebarang generalisasi kerana generalisasi telah
diberikan pada peringkat awal. Sebaliknya murid hanya perlu mencari fakta dan
maklumat dengan berpandukan kepada generalisasi yang diberikan.
Pendekatan induktif pula ialah sesuatu pendekatan yang beralih daripada datadata yang terkumpul kepada generalisasi. Pendekatan ini memerlukan kita membuat
sesuatu generalisasi daripada persamaan yang terdapat dalam perkara-perkara
yang berbeza. Pendekatan induktif adalah selaras dengan pemikiran sejarah yang
terdapatnya suatu covering laws yang berupaya menerangkan fenomena yang
berupaya seperti revolusi yang berlaku di negara-negara yang berbeza.
Langkah-langkah pengajaran berdasarkan pendekatan induktif adalah seperi
berikut :
1. Sesuatu masalah dikemukakan dan ditakrifkan
2. Kemukakan pelbagai hipotesis atau cara penyelesaian
3. Hipotesis yang tidak munasabah akan ditolak
4. Data dikumpulkan dengan cara yang sistematik.
5. Data dianalisis bagi mendapatkan elemen-elemen yang saling berkaitan
6. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpulkan
7. Keputusan diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah atau situasi yang sama.

Pada awal kajian, murid dikehendaki membuat hipotesis. Selepas mengumpul data
data yang sah, menilai hipotesis dengan menggunakan data dan maklumat yang
diperoleh, murid dikendaki pula membuat generalisasi berdasarkan bukti-bukti yang
terkumpul tadi. Akhir sekali mengaplikasikan generalisasi tersebut kepada situasi
yang sama.

3.0 Aspek-aspek Pengajaran Inkuiri


Banyak isu-isu sains sosial dalam mata pelajaran mengkehendaki inkuiri digunakan
dalam pengajaran terutamanya berkaitan dengan konsep-konsep dan kebolehankebolehan membuat generalisasi. Kaedah inkuiri adalah berasaskan kepada
pengetahuan saintifik untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Kaedah ini bertujuan
mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam membuat kesimpulan-kesimpulan,
membuat dan menyusun data serta menganalisis data (maklumat). Salah satu
kepentingan kaedah inkuiri dalam pengajaran Sejarah ialah menekankan kepada
kepentingan membuat generalisasi bercorak deskriptif, faktual, pensejarahan,
bersyarat (conditional), penjelasan (explanatory), memberi definisi, orientasi nilai,
sebab-munasab dan sebagainya (Abd Rahim Abd Rashid, 1989:149).
Melalui proses inkuiri, satu generalisasi daripada bidang sejarah boleh dikaji atau
atau diuji sebagai suatu kemungkinan hipotesis. Penekanan terhadap aspek ini akan
membolehkan pelajar-pelajar mengembangkan kebolehan menilai pelbagai corak
generalisasi yang berkaitan dengan isu-isu sosial khususnya dan masalah-masalah
serta mengaplikasikan masalah-masalah yang dipelajari dengan kehidupan mereka.
Dalam merancang tajuk-tajuk sejarah, guru boleh membuat keputusan-keputusan
yang rasional dan terancang mengenai bahan-bahan, aktiviti pembelajaran dan
strategi-strategi pengajaran untuk memendu dan menentukan tercapainya matlamat
pengajaran inkuiri.

4.0 Kelebihan dan Halangan Kaedah Inkuiri


Kaedah inkuiri dapat mewujudkan proses kognitif yang tinggi dalam kalangan murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah ini dapat
melahirkan individu yang berfikiran secara logik dan berani menyoal kesahihan
sesuatu pandangan atau pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara atau
kejadian. Kaedah ini juga dapat mematangkan buah fikiran murid kerana mereka
digilap dengan pemikiran kritikal. Murid juga dilatih membuat penilaian sendiri
mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian berasaskan bukti dan maklumat yang
mereka peroleh daripada sumber rujukan yang sahih

Selain itu, kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan keupayaan membuat
penaakulan aktif. Apabila murid berhadapan dengan sesuatu masalah, mereka akan
berupaya mencari jalan penyelesaian. Murid dilatih supaya menentukan sesuatu
masalah, membuktikan hipotesis dengan mencari sumber dan maklumat, kemudian
menilai proses yang dibuat berdasarkan maklumat yang diperoleh dan seterusnya
membuat kesimpulan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan.
Kaedah inkuiri dalam subjek Sejarah memerlukan proses penyiasatan. Murid akan
diminta menyiasat dan mencari maklumat bagi mendapatkan penyelesaian atau
jawapan mengenai sesuatu persoalan yang dikemukakan. Melalui pengalaman
murid dalam proses tersebut, murid akan lebih mudah mengingat sesuatu maklumat
dan murid juga mendapat kepuasan intrinsik hasil daripada usaha kendiri mereka
melakukan proses pencarian dan pembuktian mengenai sesuatu perkara atau
peristiwa sejarah. Pengalaman pembelajaran melalui kaedah inkuiri ini akan
membantu murid melalui suatu proses penemuan dan kesimpulan mengenai
sesuatu perkara dengan berdasarkan bukti dan pemikiran rasional.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini juga dapat
mengembangkan bakat dan kebolehan murid untuk merancang dan mengelolakan
sesuatu kerja projek atau kajian luar. Murid digalakkan bersikap berani,
bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam proses mendapatkan maklumat dan
membuktikan pendapat atau hipotesis yang mereka kemukakan.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa halangan dan kekangan yang
menyebabkan kaedah inkuiri ini dikatakan gagal atau tidak sesuai diguna pakai
dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini
timbul apabila subjek Sejarah hanya dijadikan subjek tulis dan ingat oleh guru-guru
dalam pengajaran Sejarah semata-mata tanpa membabitkan pelajar berfikir secara
berfikrah. Oleh itu, proses pengajaran hanya tertumpu kepada penulisan nota-nota
dan menghafal segala nota yang diberi. Murid-murid tidak digalakkan untuk
mencetuskan persoalan-persoaln yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan ini
memungkinkan kaedah inkuiri digunakan dalam pengajaran.

5.0 Prosedur Kaedah Inkuiri


Kaedah inkuiri merupakan satu model penyelesaian masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, peringkat-peringkat turutan inkuiri
selalunya dibuat berdasarkan kepada memberi fokus kepada sesuatu masalah yang
dipelajari (dikaji). Peringkat yang kedua ialah membentuk rangka tindakan
menyelesaikan masalah yang berkaitan. Peringkat ketiga ialah mengumpulkan datadata atau maklumat-maklumat yang relevan. Menganalisis data atau maklumatmaklumat merupakan kaedah yang kekempat dan duiikuti dengan kaedah yang
kelima iaitu membentuk kesimpulan

5.1 Contoh Kaedah Inkuiri dalam Pengajaran Sejarah


Langkah 1 : (Menentukan tujuan pembelajaran atau menetukan masalah)
Guru membimbing murid mengenal pasti tujuan pembelajaran iaitu sebab untuk
mencari jawapan bagi sesuatu soalan ataupun penyelesaian bagai sesuatu
masalah. Guru harus membimbing murid supaya dapat merangsang sikap ingin tahu
dalam kalangan murid dengan mengaitkan kepentingan perkaitan masalah tersebut
kepada diri murid. Teknik menyoal akan membantu murid melihat perkaitan dan
kepentingan mengenai tajuk yang diajar dengan diri mereka. Maka rasa ingin tahu
mereka akan timbul. Alat bantu mengajar (ABM) seperti potongan akhbar, gambar,
karikatur, petikan kata atau rakaman audio atau video boleh juga digunakan.
Langkah 2 : (Membina hipotesis)
Selepas murid mengenal pasti tujuan pembelajaran dan mengenal pasti masalah,
guru harus membimbing pelajar membuat hipotesis. Hipotesis hanyalah jangkaan
atau andaian sementara yang sedia ada dalam pemikiran atau ingatan, atau
pengetahuan sedia ada pada murid. Ia boleh dihasilkan secara spontan oleh murid
atau secara analitikal selepas menilai bahan-bahan yang sedia ada. Ia adalah
panduan dalam proses pengkajian dan tanda had kepada pengkajian. Selagi tidak
dibuktikan salah ia tidak boleh dikatakan salah atau diketepikan. Guru harus
mengawal pembinaan hipotesis pelajar dengan menyediakan data yang terkawal

dan spesifik kerana berkemungkinan murid akan membina hipotesis yang tiada
kaitan dengan tajuk pembelajaran.

Langkah 3 : (Menguji hipotesis)


Langkah seterusnya ialah meninjau, mengatur dan menganalisis data dan maklumat
bagi menguji kebenaran hipotesis. Pada peringkat awal, guru perlu membimbing
murid untuk mengetahui sumber-sumber maklumat. Sumber maklumat boleh
diperoleh daripada gambar, statistik, audio, bahan bertulis seperti peta, carta, surat
khabar, surat, diari, dokumen, monograf, dan buku teks sumber lain seperti ucapan,
kuliah, temu ramah, cerita rakyat dan sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh
meminta murid murid untuk merujuk buku teks, salinan dokumen yang dibekalkan
oleh guru atau pun murid boleh menemu ramah datuk dan nenek atau masyarakat
setempat berkaitan tajuk yang diberikan oleh guru. Melalui kaedah inkuiri, ini dapat
melatih dan merangsang minda pelajar dalam berfikir secara kritikal critical
thinking.

Langkah 4 : (Membuat kesimpulan)


Sekirannya penyataan kesimpulan tidak setara dengan penyataan hipotesis dan
memerlukan pengubahsuaian, ini bermakna ia membawa suatu idea baharu yang
dapat menjelaskan hipotesis tersebut dengan lebih mendalam dan teliti.

Langkah 5 : (Menggeneralisasikan ataupun mengaplikasikan kesimpulan)


Selepas membuat kesimpulan, murid terpaksa menggeneralisasikan dengan
menguji kesimpulan dengan setiap data. Walau bagaimanapun, guru perlulah
sentiasa membimbing murid bersifat terbuka sekiranya menerima data baru yang
bercanggah dengan generalisasi dan cuba menguji dan mengubah generalisasi jika
perlu.

Anda mungkin juga menyukai