Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan
Dunia telah menerima perkembangan teknologi internet bermula era 1970-an. Teknologi
internet telah berkembang dengan pesat dari hari ke hari. Dari era menggunakan mesin
komputer , teknologi internet telah berubah dari komputer peribadi sehinggalah kepada peranti
mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aksesori peribadi seperti jam tangan.
Di dalam bidang pendidikan juga, aplikasi pembelajaran menggunakan internet bukanlah
suatu yang asing bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Penggunaan
internet dalam pembelajaran atau dikenali sebagai e-pembelajaran (E-Learning) telah lama
diadaptasi terutama di institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran,
mempertingkatkan jalan masuk untuk ke pendidikan dan kursus, mengurangkan perbelanjaan
pendidikan dan meningkatkan keberkesanan pendidikan.
Kebanyakan universiti menggunakan sistem E-Learning yang dibangunkan sendiri,
menggunakan sistem terbuka (open Source) atau Learning Management System (LMS) yang
berlesen. Ternyata setelah sekian lama diadaptasi dalam pendidikan tinggi, penggunaan sistem
E-Learning begitu membantu di dalam sistem pendidikan kita. Malah pihak kerajaan telah mula
menerapkan penggunaan sistem E-Learning ini kepada sistem pendidikan di sekolah seperti
menggunakan aplikasi FROG pada program 1bestari.net.
Memandangkan keberkesanan penggunaan E-Learning ini begitu baik dan meyakinkan,
suatu usaha telah dilakukan untuk menerapkan konsep penggunaan E-Learning ini dalam
sistem pendidikan Kolej Komuniti. Usaha ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar Kolej
Komuniti terutama Kolej Komuniti Jempol di dalam bidang Sijil Komputer & Sokongan kepada
sistem pembelajaran secara E-Learning secara asasnya. Selain itu, para belajar juga di
dedahkan kepada perkongsian maklumat di atas talian secara kumpulan di samping dapat
mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam bidang penggunaan internet.
Akhir kata, selain dari perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, implementasi ELearning ini dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya dapat mempercepatkan lagi proses
pembangunan modal insan yang sangat dituntut oleh pihak Kerajaan Malaysia kerana modal
insan yang bestari ini akan berupaya menangani segala cabaran dalam merealisasikan
Wawasan 2020 yang akan tiba nanti.

2.0 Pernyataan Masalah


Di dalam pernyataan masalah ini, saya hanya mengambil kajian kes kepada situasi dan
permasalahan yang berlaku di Kolej Komuniti Jempol sahaja. Berikut merupakan di antara
permasalahan yang ada dan menyebabkan usaha inovasi ini dilakukan.

2.1 Kos penggunaan alat bantu mengajar


Saban tahun kos pembelian bahan untuk pengajaran dan pembelajaran
(PdP) semakin meningkat. Ini tidak dapat dielakkan lagi kerana ia seiring
dengan peningkatan kadar inflasi di Negara kita. Penggunaan kertas, dakwat
pencetak dan mesin pencetak yang amat kerap di dalam PdP sebenar
menyumbang kepada peningkatan kos perbelanjaan. Aktiviti penilaian PdP
seperti kuiz, ujian, peperiksaan akhir sememangnya memerlukan kita
menggunakan peralatan seperti yang diterangkan sebelum ini.

2.2 Kekurangan sumber perkongsian matlumat


Maklumat merupakan salah satu elemen terpenting dalam proses
penyampaian ilmu. Namun keterbatasan waktu dan ruang sebenarnya
menghalang dari sumber dapat dicapai atau diberikan dengan mudah.
Kekurangan platform untuk perkongsian matlumat merupakan antara faktor lain
membawa kepada masalah ini. Jika pengajar dan pelajar mempunyai satu
platform yang boleh dijadikan sumber untuk berbincang, berkongsi matlumat
dan melakukan penilaian, maka proses PdP menjadi lebih berkesan dan
mudah.

2.3 Penyebaran virus dan cecacing melalui Pendrive atau thumb


drive
Pendrive atau thumb drive merupakan salah satu peranti yang digunakan
untuk menyimpan atau memindahkan data. Oleh kerana harganya yang murah
dan mudah untuk dibawa kemana-mana, ia menjadi pilihan utama pelajar.
Namun ianya mempunyai keburukan iaitu pendrive menjadi penyebar program
jahat seperti virus atau cecacing. Virus dan cecacing seperti yang kita ketahui
sememangnya akan membawa masalah besar kepada kita dan sistem
komputer.

2.4 Penggunaan komputer dan internet yang tidak dioptimumkan


Komputer dan internet seperti tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan
seharian kita kini. Seperti di Kolej Komuniti, sememangnya telah disediakan
beberapa makmal komputer lengkap dengan penyambungan rangkaian
internet. Penggunaan internet di kolej selalunya tertumpu kepada pencarian
maklumat dan digunakan untuk aplikasi media sosial sahaja. Oleh yang
demikian, adalah lebih baik jika kita menambah sedikit elemen di dalam
penggunaan internet seperti E-Learning atau forum berbentuk pembelajaran.

3.0 Ciri-ciri Inovasi


Sebelum proses membangunkan aplikasi E-SmartLeaning ini , beberapa faktor telah diambil
kira hasil dari pemerhatian yang telah dijalankan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
sedia ada bagi menetapkan ciri-ciri yang perlu ada di dalam aplikasi ini. Berikut adalah ciri-ciri
yang terdapat dalam aplikasi E-smart learning:
i.

Direka bentuk mengikut keperluan pelajar dan memenuhi kepelbagaian gaya

ii.
iii.
iv.
v.

pembelajaran.
Pembelajaran berlaku mengikut kadar kendiri pelajar
Pembelajaran mengikut kehendak dan keperluan pelajar dalam bentuk arah kendiri.
Boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet.
Boleh dicapai oleh lebih ramai pelajar dalam masa yang sama.

Selain itu, kami juga telah mengenalpasti komponen-komponen yang terlibat di dalam
penggunaan E-smart learning ini. Komponen-komponen tersebut adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Infrasturktur / perkakakasan
Makmal komputer, talian rangkaian dan internet, komputer desktop / riba
Perisian serta aplikasi e-pembelajaran
Bahan kandungan pembelajaran secara elektronik
e-modul, video dan audio, nota kuliah secara elektronik
Kaedah komunikasi
e-mail, forum, chat, email group, chat group
Polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna

4.0 Cara Operasi dan Pengendalian


4.1 Kaedah Pengoperasian sistem E-SmartLearning

4.1.1 Pengunaan sistem di atas talian On-line


Di dalam perlaksaan sistem E-Learning ini, perkara yang paling mustahak
yang perlu ada pada setiap peringkat (admin,pensyarah,pelajar) ialah
kebolehan untuk On-line. Ini kerana setiap operasi di dalam e-learning ini
memerlukan pengguna sentiasa berada di atas talian.
4.1.2 Perkakasan / peranti berinternet
Peranti seperti komputer desktop, komputer riba dan tablet juga
diperlukan bagi menjalankan sistem. Ini kerana pengguna perlu
memasukkan input atau melakukan operasi muat turun daripada sistem.
4.1.3 Domain untuk meletakkan sistem
Domain Name Server (DNS) merupakan salah satu elemen penting
dalam sistem E-Learning. Kegunaan DNS adalah untuk meletakkan
alamat E-Learning dan sekaligus menjadi pengkalan data bagi sistem. Di
dalam sistem ini kami menggunakan domain www.amirzainal.com/elearn
sebagai domain.

4.2 Pengendalian sistem E-SmartLearning


Di dalam sistem SmartLearning ini, terdapat tiga peringkat pengguna yang boleh
mengendali sistem. Tiga peringkat tersebut merupakan Administrator (pentadbir),
Pengajar dan Pelajar.
4.2.1 Administrator
Administrator merupakan seseorang yang dilantik sebagai pengurus atau
pentadbir bagi sistem. Tugas tugas pentadbir ialah seperti berikut:a) Menambah pengguna seperti pentadbir bahagian,
b)
c)
d)
e)
4.2.2 Pengajar

pengajar, pelajar dan pelawat.


Mereka bentuk antara muka sistem E-Learning.
Melakukan selenggaraan pada sistem.
Membuang atau mengolah pengguna.
Menjaga keselamatan sistem.

Pengajar merupakan salah satu pengguna yang menjalankan dan


mentadbir sistem. Tetapi kuasanya lebih terhad berbanding Administrator.
Di antara tugas pengajar ialah :a) Mencipta modul baharu yang akan diajar.
b) Menambah pelajar di dalam modul yang di ajar.
c) Membuat soalan kuiz atau ujian online.
d) Membuat pengumuman atau berbual secara online.
e) Memuat naik sumber atau fail untuk perkongsian.
4.2.3 Pelajar
Pelajar merupakan pengguna yang paling ramai di dalam sistem. Kuasa
pelajar adalah lebih terhad daripada pengajar. Di antara tugas pengajar
adalah:a)
b)
c)
d)

Melakukan kuiz atau ujian online.


Memuat turun fail yang dikongsikan pengajar.
Menggunakan khidmat sembang online.
Menggunakan khidmat forum online.

5.0 Gambarajah Inovasi/konseptual


5.1 Alamat dan antara muka sistem
Setiap pengguna yang hendak menggunakan sistem ini harus meletakkan
www.amirzainal.com/elearn pada address bar browser internet.

Gambarajah 1: Address bar yang telah diisi dengan alamat e-learning

Kemudian paparan muka hadapan sistem akan di paparkan seperti di bawah

Gambarajah 2: Antara muka hadapan SmartLearning

5.2 Paparan antaramuka Administrator

Gambarajah 3:Administrator diberi hak untuk menambah pengguna

5.3 Paparan antaramuka bagi pengajar

Gambarajah 4: Pengajar boleh mencipta kursus baharu

5.4 Paparan antaramuka untuk pelajar

Gambarah 5: Antaramuka bagi kursus untuk pelajar

5.5 Contoh antaramuka penilaian melalu online

Gambarajah 6: Pelajar boleh melakukan kuiz secara on-line

5.6 Perkongsian fail secara online

Gambarajah 7: Perkongsian fail di dalam kursus

5.7 Paparan perbualan chat online

Gambarajah 8: Pelajar boleh berbual chating apabila On-line

5.8 Templat untuk membuat soalan penilaian

Gambarajah 8: Pengajar mencipta soalan penilaian secara on-line

6.0 Impak Inovasi

6.1 Perlaksanaan sistem E-SmartLearning di Kolej Komuniti Jempol


Setelah sistem telah dipasang pada DNS, E-SmartLearning telah
diimplementasi pada kelas Sijil Modular Kebangsaan Rangkaian Komputer
(Pembangunan Server) di Kolej Komuniti Jempol Negeri Sembilan pada 14 Ogos
2013. Setelah itu penggunaan SmartLearning telah diimplementasi pada
Program Sijil Sistem & Sokongan iaitu pada kursus Baikpulih dan Senggaraan
Sistem Komputer dan Sistem Komputer. Sehingga kini SmartLearning masih
digunapakai untuk tujuan PdP untuk kedua-dua subjek.
Perlaksaan untuk peringkat tahun pertama saya hanya menumpukan
penggunaan SmartLearning untuk tujuan:a)
b)
c)
d)

Kuiz secara Online


Perkongsian fail (nota,tugasan dan amali)
Pengumuman
Chat Online

Gambarajah 9:Para pelajar sedang di beri latihan penggunaan SmartLearning

Gambarajah 10: Pelajar sedang menjawab Kuiz secara Online di ESmartLearning

6.2 Impak inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Sepanjang setahun penggunaan sistem SmartLearning ini, saya sebagai


tenaga pengajar merasakan penggunaan sistem ini telah menyelesaikan
beberapa masalah di dalam PdP iaitu:a) Pengurangan penggunaan kertas.
Jika sebelum ini untuk melakukan penilaian seperti kuiz atau
ujian, kertas yang siap bercetak diperlukan untuk menjalankan
proses penilaian. Namun setelah menggunakan SmartLearning
masalah untuk menyediakan kertas bukan lagi suatu masalah.
Malah pelajar juga boleh mendapatkan nota secara memuat
turunnya dari E-SmartLearning.
b) Menjimatkan masa
Selain menjimatkan penggunaan kertas, SmartLearning begitu
membantu dalam aspek penjimatan masa. Sebagai contoh para
pelajar boleh melakukan kuiz secara online pada waktu selepas
kelas. Ini dapat menjimatkan masa di dalam PdP dan pengajar
dapat menggunaan waktu tersebut untuk aktiviti lain.
c) Mengurangkan masalah virus pada komputer
Perkongsian perkakasan storan seperti pen-drive
sememangnya banyak mengundang masalah. Masalah yang
seringkali berlaku adalah penyebaran virus pada komputer di
makmal komputer. Jika sumber seperti nota dan tugasan hanya
perlu dimuat turun dari SmartLearning maka risiko penyebaran
virus pada komputer dapat dikurangkan.
d) Pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan mengujakan
Penggunaan SmartLearning sememangnya menjadikan
proses PdP lebih menyeronokkan. Dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran di atas talian, ianya pasti mengujakan
para pelajar kerana sebelum ini pelajar tidak pernah didedahkan
dengan teknik PdP ini.

7.0 Cadangan penambahbaikan


7.1 Menjadi one stop centre untuk kursus

Buat masa ini, penggunaan E-SmartLearning hanya digunakan untuk penilaian


seperti kuiz, perkongsian fail dan chating on line. Penggunaan yang lebih
meluas seperti merekod kehadiran, merekod markah dan melakukan penilaian
akhir. Ini sememangnya akan memberi impak yang besar kepada pembelajaran
di Kolej Komuniti.

7.2 Antaramuka lebih menarik dan mesra pengguna


Kekurangan masa dan skill dalam bidang pengurusan sistem laman web
menyebabkan rekabentuk untuk SmartLearning tidak begitu menarik dan kurang
mesra pengguna. Diharap pada masa hadapan antaramuka SmartLearning
dapat dinaiktaraf dan lebih mesra pengguna.

Anda mungkin juga menyukai