Anda di halaman 1dari 3

Peranan Seni dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R
adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi
mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau
literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam
mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
peranan-peranan Seni dalam Pendidikan ialah:
a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur


seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya
menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian
maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid
akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk
yang diajar.

b) Memupuk nilai kerjasama


Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak
dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang
beransur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu
bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan
bersama. Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Penidikan
merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik
tolak interaksi social yang terjalin melalui deria sentuh.

c) Memenuhi keperluan sosial yang asas


Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti aktiviti yang sesuai
dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi
ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat social iaitu kemilikan
dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok
dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan
Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya
dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka
mempersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru
dan rakan-rakan prihatin terhdap dirinya danb menghargai bakat yang
dimiliki.
d) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan
sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang
belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara
menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan
kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi
pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara
pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.
e) Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima
sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin
dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang.

Guru boleh mendapat tahu perasaan sebenar murid melalui tingkah laku
yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan
boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi
dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran.
Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada
keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.
Kesimpulan:
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan
perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan peranan
yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai