DOMAIN KRATHWOHL
Posted in Uncategorized
TAKSONOMI BLOOM
Pengenalan :
Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.
Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan
pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) apa yang dicari adalah seperti fakta,
teori, dan hukum.
Definisi :
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus Dewan Keempat 2005.
Dalam bidang pendidikan, Taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisa bidang-bidang pendidikan.
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan
aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap :
1.
i.
Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur.
ii.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual ,
diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Tiga aras penting :
1. Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
2. Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini
akan menemui ajal masing-masing. )
3. Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita
sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang
berlaku pada bila-bila masa sahaja)
Tujuan :
Memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan
membezakan.
Contoh : Membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah,
menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan,
merumus
1.
iii.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur,
metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.
Objektif :
1. Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
iv.
Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan
mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil
untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor
penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.
Tujuan :
Menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)
Ciri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.
Contoh :
1. Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
2. Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.
1.
v.
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah
senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus
didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.
Tujuan : Membentuk sesuatu yang baru.
Ciri khusus : Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya
satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini
Contoh :
Berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan
secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan,
menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta,
meringkaskan.
1.
vi.
Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi
sesuatu tujuan.
Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah
memenuhi sesuatu kriteria.
Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau
dalam.
Contoh : membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi,
mentafsir, menyokong, mewajarkan.
Minat
Tingkahlaku
Penghargaan
Nilai
Emosi
Penerimaan :
-
Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan
peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu:
1. Kesedaran pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa
kehadiran mereka.
2. Kesudian untuk menerima sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu
suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
3. Perhatian yang terkawal atau terpilih pelajar membezakan keseluruhan keadaan
kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih
satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian
Bertindak Balas :
Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.
Boleh mengambil bahagian secara aktif.
Objektif am: Melengkapkan tugasan.
Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran.
3 kategori:
1. Persetujuan membalas.
2. Kesediaan membalas.
3. Kepuasan membalas.
Menilai :
Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.
Kebolehan membuat penilaian & memberi penghargaan.
Menilai berdasarkan penghayatan 1 set nilai spesifik.
3 kategori: Penerimaan, pilihan & penglibatan.
Objektif am: Menghargai orang lain
Objektif khusus: Boleh melaporkan
Organisasi :
Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.
Pelajar boleh membezakan nilai & situasi yg berbeza.
Kategori: Penanggapan & organisasi.
Objektif am: Pelajar boleh mereka cipta.
Objektif khusus: Pelajar mampu membina ayat/fakta.
Perwatakan :
Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
Perubahan tingkahlaku slps sesi P&P.
Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.
Relevan :
Tidak membiarkan murid untuk menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak
mempunyai nilai.
Menginginkan murid untuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai,
merancang dan membuka minda murid mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
-
Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait dengan
minat murid.
Topik yang terkandung dalam literasi pendidikan seperti:
1. Tingkahlaku.
2. Motivasi.
3. Komunikasi.
4. Cara Pengurusan Bilik Darjah.
5. Cara Pembelajaran.
6. Penggunaan Teknolog
aksonomi Krathwohl
Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi,
sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R.
Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl
1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan
pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan
dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan
soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada
satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilainilainya.
3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang
telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung
menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan
itu boleh dipratikkan.
4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada
satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilainilainya.
Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidangbidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :1. Domain Kognitif
2. Domain Afektif
3. Domain Psikomotor
DOMAIN KOGNITIF
KEFAHAMAN
APLIKASI
ANALISIS
SINTESIS
PENILAIAN
PENERIMAAN
GERAK BALAS
Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang
mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.
MENILAI
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip
yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
ORGANISASI