Anda di halaman 1dari 4

Cintaku keduaku adalah cinta keduanya

Sudah dua tahun berlalu.Aku tidak menyangka begitu cepat masa berlalu.Namun segala
kenanganku masih lagi segar diingatanku.Aku masih tidak dapat melupakan cinta pertamaku
yang musnah dipertengahan jalan.Memang cinta pertama memang indah. Walaupun kita jatuh
cinta beberapa kali dalam hidup ini, cinta pertama adalah yang paling indah dan istimewa serta
amat sukar untuk melupakannya.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya aku bersama
Nadia ketika itu.Nadia adalah gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku yang selama ini
tidak pernah dimiliki oleh orang lain.Percintaan aku dengannya dipenuhi dengan saling percaya-
mempercayai dan perasaan kasih sayang diantara kami asas kekuatan cinta suciku.

Namun kusangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari.Akhirnya cinta yang dibina
selama ini musnah juga.Teryata aku bukanlah cinta pertamanya.Dia pergi meninggalkan ku
kembali ke pangkuan kekasih pertamaya.Cinta yang aku curahkan kepadanya selama ini tidak
sekuat cinta pertamanya.Aku tewas akhirnya dengan cinta mereka.

“Asalammualaikum,” satu teriak memberi salam kedengaran diluar.Aku tersentak dari lamunan
lalu ku menuju keluar.Rupanya Tasya yang berada disitu.Aku mendapatnya.
“waalaikumussalam.Oh Tasya,ada apa ni?” Tanyaku lalu membuka kunci gate.
“Ini mesti kes lupa lagi ni.Kan kita ada dinner malam ni,” masam wajahnya apabila menjawab
soalanku.

Alamak! saya betul-betul terlupa,” kataku menepuk dahi baru sedar aku ada dinner dengan
Tasya. “Tasya tunggu dulu saya nak bersiap dulu,”

Tasya sudah mengagak perkara itu berlaku kerana ini bukan pertama kali benda macam ini
berlaku berlaku.Aku tahu Tasya telah banyak bersabar denganku selama ini.Selama dua tahun
ini, Tasyalah yang banyak membantuku memberiku semangat untuk meneruskan hidup.Banyak
sekali pengorbanannya terhadapku untuk mengembalikan aku yang dahulu berkeyakinan yang
tidak mengenal erti putus asa.Aku tahu dalam diam Tasya mencintaku tapi hubungan kami
hanyalah teman yang terikat pada janji untuk bersama sehinggalah kami berjumpa dengan
pilihan masing-masing di kemudian hari.Dan pada masa itu, kami akan berpisah membawa
haluan masing-masing.Aku sebenarnya takut untuk bercinta sekali lagi, lebih-lebih lagi setelah
apa yang telah ku alami selama ini.

Namun sejak akhir-akhir ini aku asyik teringat akan Tasya.Aku mula tertarik dengan
Tasya.Setiap kalibersamanya aku dapat rasakan suatu perasaan yang aat berlainan sekali.Apkah
aku sudah jatuh cinta kepadanya.Aku mula terfikir untuk memberitahu isi hatiku kepadanya.Aku
rasa sudah tiba masa untukku meluahkan isi hatiku kepadanya dan melupakan janji yang telah
dibuat.

Pada malam itu,aku dan Tasya makan malam di tempat yang telah dipilihnya.Awal-awal lagi dia
telah menempah meja untuk kami berdua.Ada kejutan katanya.Aku menanti apakah
kejutannya.Mungkin dia ada sesuatu yang hendak dikatanya.Aku lihat wajah Tasya berseri-seri
pada malam itu.Wajah yang sangat gembira.Aku suka melihatnya lebih-lebih lagi ketika dia
senyum.

“Sudah dua tahun kita bersamakan,” kata Tasya sambil tersenyum.

“ Betul, rasanya macam kejap je kanmasa berlalu,” kataku mengagguk.

“Awak rasakan bila awak nak bertemu dengan pilihan awak tu,”

“kenapa awak cakap macam tu, awak nak kita berpisah ke?” Aku tidak faham kenapa dia berkata
begitu.

“Tak adalah tapi…,” kata-kata Tasya terhenti.

“awak dah ada orang lain ke.Baguslah macam tu.So kita boleh putuslah,” aku lantas memotong
kata Tasya.Tasya hanya diam sahaja.Matanya hanya terpaku memandang sesuatu.Aku menoleh
ke belakang.Aku terkejut apabila memandang bekas kekasih Tasya sedang berdiri dibelakang
aku.Aku mula sedar inilah kejutan yang dikatakan.Hasratku untuk meluahkan isi hatiku pudar.
“Tasya inikah kejutan itu?
Nampaknya memang betul-betul kejutan.Okeylah saya tahu awak sudah ada punya so sampai
disini sahaja hubungan kita,” aku pun bangun dan beredar dari situ.Tasya masih lagi diam.Dia
masih tergamam dengan apa yang berlaku.Lebih-lebih lagi kumunculan Razif itu.Baru aku
melangkah,Tasya menahanku dari beredar.

“nanti dulu Amri, awak dah salah faham,” Tasya bangun menghalangku.Aku tidak
mengendahkannya.Hatiku hancur lagi.Sekali lagi aku tewas dengan cinta pertama.
Aku melngkah pergi.Sedang aku berjalan, pelayan membawa sebuah kek menuju kearah Tasya
dan Razif.Dalam kadaanyang sedih itu ,aku terlihat apa yang tertulis pada kek itu.

‘Selamat hari jadi Amri’

Sebulan masa berlalu.Aku kini semakin tabah menghadapi apa yang berlaku.Pengalaman
mengajarku agar dapat menerima segala ujian dariNya.Kehidupan ku kembali normal.Namun
ada kekesalan dihatiku.Sebenar kejutan dari Tasya adalah untuk menyambut hari jadi aku.Apa
yang boleh ku buat segalanya telah berlaku.Mungkin aku tiada jodoh dengannya.
Petang itu aku berjalan di taman untuk menghirup udara segar setelah penat bekerja sepanjang
hari.Aku berjalan di tepi tasik buatan manusia untuk menikmati ketenangan.

Sedang aku berjalan, aku di sapa oleh seseorang.Rupa-rupanya Tasya berdiri dihadapanku.

“apa kabar?” itulah perkataan yang keluar dari mulutku.Kami duduk di tembok yang dibina
ditepi tasik itu.

“Kenapa awak pergi begitu sahaja tempoh hari?” tiba-tiba soalan itu muncul dari Tasya.Aku
tidak tahu macam mana hendak menjawabnya.
“awak nak tahu tak hari tu, kejutan saya adalah sambutan hari jadi awak.Sebenarnya kehadiran
Razif adalah kebetulan,” jelasTasya.

“maafkan saya,”
“Sudahlah, perkara sudah berlaku,” kata Tasya.Aku mengangguk saja “Awak nak tahu, sejak
saya jumpa awak saya dapat rasakan yang awak ni lain jika dibanding dengan orang lain.Saya
mula menyukai awak.Saya pun pernah dikecewakan dahulu.Saya tahu macam mana pedihnya
putus cinta.Sebab itu saya berusaha untuk mendekati awak.Janji yang saya buat tu pun hanyalah
sebagai alasan saya untuk bersama awak.Amri saya mencintai awak,”

Aku hanya diam sahaja mendengar kata-kata Tasya itu.Aku tidak menyangka selama ini dia
menaruh harapan kepadaku.Selama ini juga dia memendam rasa terhadapku.Aku memandang
wajah Tasya.Setelah seketika aku membuka mulutku.

“Sebenarnya saya pun mencintai awak.Tapi janji yang dibuat itu membuatkan saya berfikir
mungkin saya bertepuk sebelah tangan,” akhirnya dapan juga aku meluahkan isi hatiku.

Semenjak hari itu,kami bersama sehinggalah kini.Kami selamat diijabkabulkan.Begitulah


kekuatan cinta.Entah dari mana ianya datang, dari kegembiraan, dari kekecewaan ianya adalah
satu perasaan yang amat suci.Walaupun hadirnya dari cinta kedua, aku berasa amat
bahagia.Tasya enkaulah cinta keduaku dan aku adalah cinta keduamu.
7.6.2006 1.25am

mohdfaizulali@yahoo.com