Anda di halaman 1dari 7

DRAF UCAPAN PERASMIAN OLEH

YAA TUN DATO SRI (DR) AHMAD FAIRUZ BIN


DATO SHEIKH ABDUL HALIM
SEMINAR
AHMAD IBRAHIM: PEMIKIRAN
DAN SUMBANGAN ILMIAH
DI HOTEL PJ HILTON, PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
21 OGOS 2007 [SELASA]

Saya

ingin

mengucapkan

terima

kasih

kepada

Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kerana menjemput saya


untuk merasmikan Seminar Ahmad Ibrahim: Pemikiran dan
Sumbangan Ilmiah. Usaha mengadakan seminar ini adalah
usaha yang sangat murni dan baik, bertepatan dengan
keadaan dan ketikanya kerana kurang dua minggu lagi kita
akan merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50.
Walaupun undang-undang negara yang kita amalkan pada
hari ini adalah undang-undang yang menurut kerangka
undang-undang

British,

diamalkan

sejak

sebelum

kemerdekaan lagi, tetapi peranan dan kepentingan sesebuah


undang-undang itu semestinya dalam keadaan negara telah

merdeka.

Penjajahan,

penggubalan

undang-undang

dan

kemerdekaan mempunyai perhubungan yang amat erat.


Bulan yang penuh nostalgik dan bersifat historik ini memang
sangat sesuai untuk dijadikan platform membincangkan isuisu yang mempunyai nilai perundangan. Maka, pemilihan
tokoh wibawa perundangan Islam di Malaysia sebagai subjek
dan tema seminar sememangnya bertepatan dengan ini.

2.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada

semua tenaga kerja yang sama-sama menggembleng tenaga,


masa dan kepakaran untuk menjayakan seminar yang sangat
penting dan bermanfaat ini.

Profesor Ahmad Ibrahim tokoh

kepada tema seminar ini merupakan penyumbang yang besar


kepada pembangunan undang-undang Islam di Malaysia
terutamanya dan secara umumnya kepada undang-undang
Malaysia.

3.

Sebahagian besar daripada kita maklum bahawa Prof.

Ahmad bukanlah anak jati Malaysia, dan beliau berasal dari


Singapura. Akan tetapi mungkin ada yang kurang maklum,
terutamanya

di

kalangan

generasi

muda

bahawa

penghijrahan beliau ke Malaysia sebenarnya atas sebab-sebab


yang agak sensitif jika hendak diperkatakan; karisma dan
kredibiliti beliau yang kita kagumi sebenarnya tidak sesuai
dengan iklim dan sistem politik di Singapura pada waktu itu.
Malaysia lebih sesuai dengan sahsiah dan aspirasi beliau, dan

tentunya pelawaan dari kita yang juga harapan beliau adalah


penerimaan dan pemberian yang membawa rahmat kepada
pembangunan undang-undang Islam di Malaysia.

4.

Memulakan kerjaya sebagai Profesor di Universiti

Malaya,

beliau

mengembangkan

kemudiannya
kepakaran

menterjemah

undang-undangnya

dan
dalam

pelbagai bentuk sumbangan. Termasuklah dalam penyediaan


kurikulum subjek undang-undang, penulisan, penyelidikan,
menganggotai beberapa jawatankuasa yang bersangkutan
dengan undang-undang, panel hakim rayuan Syariah dan
lain-lain.

5.

Saya bersetuju dengan kata-kata Tan Sri Ahmad Sarji

dalam Utusan Malaysia awal tahun yang lalu yang antara


kenyataan beliau, Pemikiran ilmiahnya yang segar dan
pemikiran undang-undang mencerminkan sahsiahnya yang
harus dikaji, diteliti dan dihayati. Ini menggambarkan Prof.
Ahmad memiliki teras pemikiran yang bukan sahaja rasional
dan konkrit, relevan pada waktunya dan bersifat praktikal,
malah mempunyai nilai-nilai yang futuristik.

6.

Sebagai seorang pengajar, beliau dikenali sebagai

seorang yang sangat berdedikasi. Walaupun dilantik untuk


menjawat pelbagai jawatan pentadbiran dan jawatan-jawatan
yang tidak rasmi, tetapi beliau telah mewajibkan diri beliau

untuk

memberi

undang.

kuliah

kepada

pelajar-pelajar

undang-

Apa yang menarik, semasa belajar, beliau telah

membuktikan bahawa beliau adalah seorang pelajar yang


sangat bertanggungjawab dengan amanah yang dipikul di
bahunya.

Semasa

di

universiti

beliau

kerap

menerima

keputusan yang sangat cemerlang. Dalam seminar ini nanti,


saya berharap pembentang dan peserta dapat sama-sama
merumuskan dan mencari faktor, apakah agaknya yang
membolehkan

beliau

memiliki

sifat

dedikasi

ini

dan

meletakkan kecemerlangan luar biasa sebagai matlamat


seorang pelajar? Dan kecemerlangan yang ada pada sahsiah
beliau ini terus dibawa dalam dunia kerjaya.

7.

Kita juga mengenali Prof. Ahmad sebagai seorang yang

sangat produktif dalam bidang penulisan. Apakah agaknya


sumber yang menjadi bahan inspirasi beliau dalam tulisantulisan beliau yang awal? Ke manakah agaknya hala tuju
penulisan beliau? Ke mana agaknya beliau mengajak pembaca
dalam memahami undang-undang yang diamalkan? Pada
awalnya

di

Singapura

dan

kemudiannya

dikembangkan

menurut realiti undang-undang di Malaysia. Saya percaya


Prof. Ahmad mengajak pembaca dari kalangan pengamal
undang-undang atau mereka yang bersangkut-paut dalam
dunia perundangan untuk memahami hasrat dan falsafah
perundangan dengan tepat.

8.

Adalah sangat baik sekiranya seminar ini berjaya

menelusuri hasil penulisan beliau yang awal sehinggalah pada


waktu-waktu akhir beliau dengan meneliti kesinambungan
idea, konsistensi pemikiran, hala tuju dan destinasi yang
beliau tetapkan. Adakah ia suatu jalinan yang komprehensif
sifatnya jika kita meletakkan Prof. Ahmad sebagai seorang
ahli akademi undang-undang Islam yang berwibawa.

9.

Bila kita menyentuh tentang soal meletakan undang-

undang Islam dalam konteks perundangan Malaysia yang


bersifat dualistik, ia suatu fenomena yang kompleks sifatnya.
Pelbagai konflik, pertindanan isu dan seribu satu persoalan
bertempur dalam satu negara yang mengamalkan dua sistem
perundangan yang berbeza.

10.

Saya percaya usaha yang telah dilaksanakan oleh

Prof. Ahmad sepanjang hayat beliau adalah disebabkan


beberapa

faktor

memastikan

yang

bahawa

nyata.

Antaranya

perkembangan,

adalah

untuk

pembangunan

dan

kewujudan sesuatu undang-undang yang baru itu dibentuk


secara langsung dengan prinsip kesinambungan sejarah
(historical continuity) dan kandungan undang-undang yang
konsisten (inner consistency). Ini kerana masyarakat dan
pengamal undang-undang sebagai pengguna kepada undangundang lebih mudah untuk menerima kewujudan undangundang yang bersifat begitu.

11.

Kita juga dapat memastikan bahawa usaha yang

dilakukan oleh Prof.


yang

nyata,

Ahmad adalah dengan satu matlamat

meletakkan

undang-undang

Islam

di

kedudukannya yang paling layak, sekalipun dengan realiti


sistem perundangan negara sebagaimana bentuknya hari ini.
Dalam satu syarahan umum di Universiti London, secara
optimis Prof. Ahmad sebagai berkata, I have not surprise, may
not now, may be in the next decade, you all will agree with our
Islamic Family Law.

12.

Dengan matlamat sedemikian yang sangat jelas, maka

dilaksanakan bentuk-bentuk sumbangan melalui penglibatan


beliau secara langsung dan tidak langsung dalam dunia
perundangan Islam di Malaysia seperti dalam penggubalan
undang-undang, perincian undang-undang, pindaan atau
pemansuhan
harmonisasi.

undang-undang
Idea-idea

beliau

dan
dilihat

islamisasi

atau

sebagai

saling

memperkukuh antara satu sama lain. Pemantapan terhadap


bentuk

dan

sifat

undang-undang

ditafsirkan

secara

komprehensif dan praktikal dalam perbicaraan di Mahkamah


Syariah. Kurikulum bagi pengajian undang-undang disusun
secara praktikal, realistik dan futuristik supaya ia menjamin
keperluan masyarakat Islam dapat dipenuhi, dan generasi
muda dalam bidang perundangan dapat meneruskan misi
beliau dalam memartabatkan undang-undang Islam di tempat
yang selayaknya.

13.

Walaupun demikian, kita memahami bahawa bukan

semua bersetuju dengan idea dan pemikiran beliau. Malah,


pandangan-pandangan secara peribadi ini mungkin terdapat
perselisihan atau pertikaian. Ia adalah sesuatu yang bersifat
lumrah.

Namun,

kita

tentunya

akan

tetap

sepakat

mengatakan bahawa setiap apa yang beliau lakukan adalah


berdasarkan kemurnian jiwa nurani Prof. Ahmad. Kekhilafan
beliau bukanlah alasan untuk menafikan sumbangan yang
telah beliau lakukan sepanjang hayat beliau sama ada di
Singapura dan yang lebih panjang sebenarnya di Malaysia
sendiri. Saya percaya, apa pun warisan pemikiran yang beliau
tinggalkan,

harus

kita

akui

sangat

penting

dalam

perkembangan dan pembangunan undang-undang Islam di


Malaysia. Al-fatihah untuk al-marhum Prof. Ahmad bin
Mohamed Ibrahim.

14.

Maka

dengan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

ini,
saya

dengan
dengan

lafaz
suci

hati

merasmikan seminar yang permai ini.

Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah, Assalamualaikum warah


matullah.

Anda mungkin juga menyukai