Anda di halaman 1dari 2

MAD ASLI MUTLAQ

Mad asli : Memanjangkan bacaan kerana ada huruf mad ( ) dan tidak
ada sebab yang mengubah keasliannya (tiada huruf hamzah atau huruf yang
bertanda sukun selepasnya).
Dibaca pada semua keadaan sama ada wasal, waqaf, di pertengahan atau
akhir perkataan.
Dikenali dengan dua tanda berikut:
i. Huruf mad yang tiada sebarang tanda atau baris.

ii. Tanda alif kecil () , wau kecil ( ) atau ya kecil

Kadar bacaannya 2 harakat. Nama lain bagi mad asli adalah mad tabii
(semulajadi).

PERHATIAN:
a. Huruf ziadah yang bertanda bujur serong ( ) bukanlah huruf mad asli,
tetapi adalah huruf tambahan yang ada pada tulisan tapi diabaikan dalam
bacaan.

b. Disisi qiraat Imam Asim, Mad Tamkin sebenarnya adalah Mad Asli. Hukum
mad tamkin muncul kerana terdapat qiraat lain yang menukar huruf ya
kedua kepada huruf hamzah dan hukum ini tidak berlaku pada qiraat Imam
Asim.

c. Huruf lam pada Lafaz Jalalah adalah sebahagian dari hukum mad asli,
walaupun tiada tanda alif kecil di atas huruf lam tersebut. Ini adalah untuk
membezakan Lafaz Jalalah dengan kalimah Al-Lata.
AnNajm:19.
Mad Asli yang terdapat pada huruf ringkas di awal surah juga dibaca dengan
2 harakat semasa wasal atau waqaf. Dikenali sebagai Mad Asli Harfi.

Anda mungkin juga menyukai