Anda di halaman 1dari 5

TAJUK : KEMUNGKARAN KAUM NABI ISA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Terima kasih tuan pengerusi


majlis, barisan panel hakim yang arif, guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang
dikasihi sekalian

Daun mengkuang si daun pandan


Mari dianyam ditanah rata

pantun

Mari bersama ambil tauladan


Kemungkaran kaum nabi Isa tajuk cerita

Kawan-kawan......
Tahukan kawan-kawan sekalian, siapakah baginda Isa a.s?...... Nabi Isa a.s
dilahirnya tanpa bapa.. Baginda anak kepada Mariam...seorang wanita yang taat
kepada perintah Allah. Dengan kuasa Allah Mariam telah mengandungkan
baginda
Frman Allah dalam surah Ali Imran ayat 45 yang berbunyi..

Ertinya ..."Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang


mengembirakanmu, Dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan
kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: AlMasih, Isa Ibni Maryam,

Kawan-kawan...
Setiap kejadian yang berlaku dengan kehendaknya dan ada hikmah disebaliknya.
Kita hendaklah berserah dan redha dengan ketentuan Allah. Seperti bencana
banjir yang melanda negara baru baru ini adalah dengan kehendaknya.

Hadirin sekalian...
Setelah dewasa dengan Izin Allah, maka Nabi Isa dilantik menjadi rasul dan
utusan Allah untuk kaumnya. Baginda meyeru kepada kaumnya agar taat kepada
Allah. Baginda menyeru untuk kembali ke jalan yang benar. Firman Allah dalam
surah al Imran ayat 51 :

Ertinya :. "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu,
Beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan Yang lurus".

Hadirin sekalian..
Nabi Isa a.s. telah dikurniakan mukjizat mukjizat dari Allah S.W.T untuk
membuktikan akan kekuasaan Allah terhadap kaumnya. Antara mukjizat baginda
membuat bentuk seekor burung dari tanah liat kemudian ditiup padanya lalu
menjadilah ia seekor burung (yang hidup). Baginda boleh menyembuhkan orang
buta ,sopak,dan boleh menghidupkan kembali orang yang telah mati

Ya kawan-kawan ,
Mukjizat adalah adalah satu keistimewaan yang Allah berikan kepada rasulNya.
Kita hendaklah percaya akan kekuasaan Allah. Janganlah kita bersandarkan
kuasa yang lain selain dari kuasa Allah. Pada masa sekarang kita lihat, ramai
yang masih percaya dengan perkara khurafat yang kononnya kuasa tersebut
dapat membantu mereka menyelesaikan masalah

Hadirin sekalian
Dakwah nabi Isa a.s mendapat tentangan hebat daripada kaumnya....
Pada suatu hari, Baginda telah menyeru kpd kaumnya "Wahai kaumku, aku
datang membawa satu tanda daripada tuhanmu. Aku akan membuat untuk kamu
seekor burung drpd tanah liat. Kemudian aku akan meniupnya lalu menjadi
seekor burung y hidup dengan izin Allah" kata Nabi Isa a.s.

Orang2 Yahudi yang hadir ketika itu terpegun melihat apa yang berlaku di
hadapan mata mereka. Namun, mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa ia
berlaku atas kehendak Allah s.w.t.
Pada hari lain pula, Baginda telah menyembuhkan org buta dan menghidupkan
orang yang telah mati dgn izin Allah s.w.t. Namun demikian, mereka tetap tidak
mempercayai kekuasaan Allah.

Rakan-rakan yang dikasihi,


Nabi Isa a.s tidak berputus asa, Baginda mengembara ke seluruh pelusuk negeri
untk berdakwah dan mengajak org2 Yahudi kepada agama Allah.
Malah ada dalam kalangan mereka meminta agar tuhan Nabi Isa menurunkan
hidangan dari langit sebagai bukti.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 115

bermaksud "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan makanan itu kepada


kamu y ingkar. Sesudah makanan itu diturunkan maka sesungguhnya aku akan
menyiksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku kenakan ke atas
sesiapa pun dari sekalian makhluk".

Pengajarannya ialah kita tidak boleh berputus asa dan sentiasa bersabar
menghadapi dugaan. Sebagaimana berlaku di Palestin pada hari ini mereka tetep
berusaha membebaskan negara mereka dari cengkaman zionis yang zalim.

Kawan-kawan ...
Pelbagai usaha dilkukan untuk membunuh baginda. Nabi Isa a.s dituduh sebagai
pemberontak yang menimbulkan kacau bilau, memperdayakan mereka dan
mempengaruhi anak2 muda supaya meninggalkan agama nenek moyang
mereka. Mereka mendesak agar Raja Rom mengambil tindakan terhadap Nabi Isa
a.s. Akhirnya, pemerintah Rom mengarahkan Nabi Isa a.s ditangkap dan
dihadapkan kemuka pengadilan.

Akhirnya, Nabi Isa a.s dijatuhi hukuman bunuh. Baginda akan dipaku pada kayu
salib sehingga mati.
Kaum Yahudi berasa sungguh gembira mendengar keputusan tersebut. Tanpa
berlengah lagi pengawal membawa Nabi Isa keluar ke tempat hukuman .
Kebesaran Allah mengatasi segala-galanya . .

Tersebutlah kisah Yahuza celaka


Terpedaya dengan kebendaan dunia
Sanggup mengkianati kawan sebaya

Pantun

Akibta angkara yahudi durjana

Allah s.w.t telah mengubah wajah Yahuza serupa dengan nabi Isa tanpa ada
perbezaannya walaupun sedikit. Yahuda merupakan seorang murid yang terpilih,
akan tetapi dia sanggup mengkianati Baginda . Puas pemuda itu meronta-ronta
minta dibebaskan. "Tolong2, aku bkn Isa, aku bkn Isa!" Namun, jeritannya tetap
tidak diendahkan. Akhirnya, pemuda tersebut mati disalib.
firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 55 yang berbunyi

Ertinya : (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan
mengambilmu Dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan
membersihkanmu dari orang-orang kafir,

Ya kawan-kawan...
Janganlah kita menjadi orang
yang mengkhianati kawan kita
sendiri.
Mengkianati kawan sendiri akan membawa padah yang memakan diri sendiri.
Pada hari ini kita lihat, ramai manusia mempergunakan kawan-kawan untuk
mengaut keuntungan kepada diri sendiri.

Isa Al Masih rasul ajaib


lahir kedunia tidak berbapa
Wafatnya baginda bukan di salib
Tetapi di ganti Yahuza durjana

Sekian sahaja kisah saya pada hari ini.


assalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh.

Wabillahitaufiq

walhidayah

Anda mungkin juga menyukai