Anda di halaman 1dari 12

KEPENTINGAN SUNGAI

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sungai merupakan nadi kehidupan kita.
Namun begitu, selaras dengan peralihan zaman, masalah pencemaran air semakin
menjadi-jadi. Pencemaran yang berlaku telah mengakibatkan kawasan tadahan air
dimusnahkan. Hal ini juga telah banyak memberikan implikasi yang buruk kepada
manusia dan hidupan lain, terutamanya hidupan akuatik. Pembuangan sampah
sarap dan sisa toksik ke dalam sungai telah membawa kepada pencemaran sungai.
Sungai yang tercemar akan menjadi semakin cetak dan mudah menyebarkan
penyakit kencing tikus. Lama-kelamaan, dunia juga akan menghadapi krisis bekalan
air bersih. Dengan ini, kita wajiblah mengekalkan kebersihan sungai sebelum
keadaan sungai menjadi teruk kerana sediakan payung sebelum hujan.
Sejak zaman lampau lagi, sungai telah memainkan peranannya yang penting dalam
kehidupan harian kita. Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada
manusia dan haiwan. Manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti
sebagai air minuman dan kegunaan domestik. Bekalan air yang bersih sangat
penting dalam kegunaan harian supaya peralatan yang kita guna akan sentiasa
dicuci dengan bersih. Hal yang demikian kerana peralatan yang kotor lazimnya
mempunyai bakteria pada permukaanya yang akan mempengaruhi kesihatan kita.
Jika peralatan berkenaan tidak dicuci sehingga bersih, kuman-kuman seperti pada
permukaan pinggan akan masuk ke dalam badan kita. Lanjutan itu,kita akan
menghidap sesuatu penyakit. Jelaslah bahawa betapa pentingnya sungai dalam
kehidupan harian kita. Oleh itu,cintailah sungai kita dengan memelihara dan
memulihara sungai supaya dapat memastikan bekalan air bersih yang berterusan.
Tambahan pula, sungai membekalkan makanan dan pendapatan kepada manusia.
Sungai merupakan habitat haiwan akuatik seperti ikan, udang dan ketam yang
membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam
ikan, udang dan ketam sangat tinggi. Pengambilan protein yang mencukupi
membolehkan tumbesaran badan kita berkembang dengan seimbang. Sementara
itu, sungai mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan. Hal ini
kerana sungai memberi rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai
dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai seperti ikan dan udang.
Tuntasnya, kita seharusnya menyayangi sungai yang membekalkan makanan dan
pendapatan kepada kita.
Peranan sungai juga dapat dilihat apabila sungai dijadikan sebagai tempat rekreasi
dan pelancongan. Hal ini kerana sungai mempunyai landskap yang menarik.
Sebagai contohnya, Negara Endau-Rompin yang terletak di legeh sungai Endau dan
sungai Rompin telah dijadikan sebagai kawasan rekreasi yang menjadikan tarikan
pelancongan. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di kawasan tersebut seperti
berkayak,menjejaki hutan, memancing dan berkelah. Selain itu, sungai digunakan
untuk menjana hidroelektrik dengan membina empangan untuk membekalkan

sumber tenaga kepada rakyat. Empangan yang dibina juga berpotensi menjadi
suatu kawasan pelancongan yang menarik. Secara langsung dan tidak langsung,
sektor pelancongan negara akan berkembang pesat. Oleh itu, kita sewajarnya
mengekalkan kebersihan air sungai supaya kawasan sungai dapat dijadikan sebagai
tempat pelancongan.
Sungai juga memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan
perhubungan. Hal ini disebabkan oleh sungai telah menjadi jalan perhubungan
utama untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar.
Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya juga dapat dihubungkan
dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan
di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, udara dan air. Sebagai
contoh, sungai dapat mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini
bukan sahaja menjimatkan tenaga pekerja, malah juga dapat menjimatkan kos
pengangkutan. Dengan ini, kita mestilah menyayangi sungai supaya fungsinya
sebagai medium pengangkutan dan perhubungan dapat dilestarikan.
Kesimpulannya, kepentingan sungai kepada manusia memang sudah dikawal pasti
sejak zaman-berzaman. Sungai memainkan peranan yang besar dalam
membekalkan makanan dan minuman kepada manusia. Pada masa dahulu sungai
telah dijadikan sebagai jalan perhubungan antara satu tempat ke satu tempat yang
lain. Bagi memelihara sungai, pelbagai prakarsa telah dijalankan oleh pihak
berkuasa seperti Kempen Cintai Sungai. Sungai yang tercemar akan memudaratkan
kehidupan. Oleh itu, wajarlah sungai dipelihara untuk tatapan generasi akan datang
bagi menjamin kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.

KEPENTINGAN SUNGAI
Memori indah sewaktu usia kanak-kanak sering bermain dalam ingatan kita.
Keriangan zaman kanak-kanak ketika mand-manda di sungai yang berair jernih dan
sejuk tidak mungkin dapat kita lupakan sepanjanghayat. Sungai, sebagai salah satu
unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan merupakan satu khazanah yang perlukita
pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan makhluk di dunia ini sentiasa
berkekalan. Di Malaysia, kitaamat beruntung kerana dikurniakan banyak sungai
untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada
masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus
berkekalannamun disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab maka
hari ini kita mendapati kebanyakansungai di negara kita semakin tercemar.
Masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai memainkan peranan yang amat
penting dalam kehidupan seharian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun dari segi
politik.Antara kepentingan sungai yang utama adalah membekalkan sumber air
bersih kepada manusiauntuk kegunaan domestik
. Jika dahulu masyarakat menggunakan air sungai untuk membasuh, memasak atau
mandi, kini fungsi tersebut masih berkekalan. Bezanya, hari ini bekalan air dari
sungai-sungai disalurkanke tempat kediaman dengan mengunakan saluran paip
demi memudahkan kehidupan kita seharian.Masyarakat yang tinggal di kawasan
bandar ataupun di kawasan luar bandar tidak perlu lagi meredah semak-samun
atau hutan belantara bagi mendapatkan bekalan air sungai untuk kegunaan harian.
Di kawasan LembahKelang umpamanya, Syarikat Bekalan Air Selangor telah
dipertanggungjawabkan bagi pengurusan sumber air di sekitar kawasan terbabit.
Usaha-usaha membina empangan air dan proses penapisan dan merawat air dari
beberapa batang sungai di Lembah Kelang telah dijalankan dengan menggunakan
teknologi terkini demimemastikan bekalan air yang diterima oleh masyarakat
berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.Memandangkan sungai
penting dalam kegunaan harian kita maka masyarakat perlu berganding bahu
bagimemastikan kebersihan sungai perlu dipertingkatkan.Pada masa yang sama
sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yangsubur
apabila berlaku banjir. Aliran sungai di kawasan hilir selalunya membawa bahanbahan mendapanyang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan
lembah sungai. Tanah-tanih di kawasan lembahsungai ini amat sesuai untuk

dijadikan sebagai kawasan pertanian utama khususnya bagi tanaman padi.


Dilembah Sungai Muda dan Sungai Kerian umpamanya, keadaan tanahnya yang
subur telah menjadikankawasan tersebut sebagai kawasan tanaman padi yang
utama di Malaysia. Tidak hairanlah jika kawasan berhampiran dengan sungai sering
menjadi tumpuan penduduk dan membentuk petempatan yang padat kerana di
mana ada gula, di situ ada semut
.

Apabila zaman berubah, kawasan pinggir sungai dimajukan sehinggamembentuk


sebuah bandar seperti Kuala Lumpur, yang lazimnya menjadi pusat pentadbiran
bagi kawasantersebut. Oleh yang demikian, pergantungan manusia pada sungai
secara semula jadi masih berterusan demimemastikan kawasan sumber makanan
utama kita terus terpelihara.Jika kita menoleh ke belakang lalu merenung sejenak
sejarah tamadun awal manusia di dunia, kitaakan mendapati bahawa pusat
tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai. Hal ini dapat dilihatmelalui
pembentukan tamadun manusia di Lembah Sungai Nil dan Lembah Sungai Indus
kerana sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan
semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api
serta pengangkutan udara, menyebabkan fungsi sungai sebagaisistem
pengangklutan manusia menjadi begitu dominen bak kata pepatah, tiada rotan akar
pun berguna
. Hari ini, kebanyakan kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak
masih menggunakan sungai sebagaisistem pengangkutan utama. Penduduk di
kawasan pedalaman bergerak dari satu destinasi ke satu destinasiyang lain atau
memasarkan hasil keluaran mereka dengan menggunakan laluan sungai. Di Sabah
pula, sungai-sungai digunakan untuk menghanyutkan kayu balak kerana kos
pengangkutan bahan sumber asli ini dapat dikurangkan jika diangkut dengan
menggunakan kaedah tradisional tersebut. Jelasnya, pergantungan manusia pada
sungai sebagai jalan pengangkutan masih terus berlaku biarpun kehidupan telah
berubah.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai amat penting kerana berfungsi sebagai
kawasan habitatsemula jadi hidupan akuatik seperti ikan dan udang. Kewujudan
hidupan tersebut dapat membantumengekalkan ekosistem alam sekitar dan
mengekalkan rantaian makanan semulajadi. Jadi tidaklahmenghairankan jika
sungai-sungai juga dapat menyediakan bekalan sumber protein yang murah kepada

manusia. Di Sungai Pahang umpamanya, nelayan-nelayan pedalaman yang terdiri


daripada petani-petani menggunakan jaring dan jala untuk mendapatkan bekalan
ikan air tawar seperti ikan patin, sebarau dan kelah.Di Sungai Perak pula, bekalan
udang galah dapat diperoleh dengan mudah sebelum dipasarkan dengan harga
yang tinggi kepada penduduk terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar
seperti di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jelasnya, pada hari ini sungai masih
penting kerana selain dapat membekalkan ikan air tawar,sungai juga menyediakan
peluang pekerjaan dan pendapatan sampingan kepada penduduk di luar bandar
khususnya kepada para petani.

Selain itu, sungai-sungai di negara kita amat diperlukan untuk menghasilkan


sumber tenaga elektik kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan
perindustrian. Hal ini kerana jumlah hujan yang tinggi danturun sepanjang tahun
dapat membekalkan sumber air yang mencukupi untuk menghasilkan sumber
hidroelektrik. Perkembangan teknologi telah dapat meningkatkan kegunaan sungai
sebagai sumber tenaga hidroyang dilihat lebih murah dan selamat untuk digunakan
berbanding dengan penggunaan sumber arang batu, petroleum mahupun sumber
tenaga nuklear. Untuk menghasilkan bekalan hidro elektrik, empangan akan dibina
merentasi sungai seperti Empangan Kenyir dan Empangan Pedu. Seterusnya,
tenaga elektrik darikawasan empangan tersebut akan disalurkan ke kawasan
petempatan atau ke kawasan perindustrian.Berbanding dengan penggunaan arang
batu dan petroleum yang banyak menyebabkan pencemaran, tenagahidro elektrik
adalah lebih bersih serta tidak mengakibatkan pencemaran malah kos untuk
menghasilkansumber ini jauh lebih rendah. Memandangkan bekalan arang batu
yang hampir pupus dan harga petroleumyang semakin meningkat dengan
mendadak, maka fungsi sungai untuk membekalkan sumber tenaga elektrik kepada
manusia semakin diperlukan.Sudah terang lagi bersuluh, tidak seronok rasanya
apabila kita berkunjung ke sesebuah kawasanrekreasi apabila kawasan tersebut
tidak dilengkapi dengan sebatang sungai yang bersih, jernih dan berair sejuk.
Hutan-hutan lipur yang mempunyai kemudahan sungai kini menjadi tumpuan
masyarakatkhususnya para pelancong
. Di sinilah kita dapat berseronok dan mandi-manda sambil menikmati keindahan
alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Di kawasan sungai ini juga kita dapat
merehatkan badan, berhibur sambil mencari ketenangan lantas melupakan segala
tekanan yang kita tempuh di sepanjang perjalanan hidup kitaseharian. Keindahan
sungai yang dilengkapi dengan air terjun serta jeram yang berair deras juga
menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah. Pelbagai aktiviti seperti berkayak
mahupun sekadar berkelah di pinggiran sungai, dapat dilakukan pada setiap hujung
minggu. Tuntasnya, sungai-sungai yang dijaga dengancantik dan bersih selalunya
menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun
pelancongasing. Secara tidak langsung kewujudan sungai-sungai di negara kita
telah dapat membantu meningkatkanekonomi negara.Sementara itu jika dilihat dari

sudut politik dan pentadbiran di sesebuah negara, selalunya sungai-sungai


berfungsi sebagai sempadan pentadbiran antara dua kuasa yang berlainan
. Di Malaysiaumpamanya, Sungai Kesang menjadi sempadan di antara negeri
Melaka dengan negeri Johor. Di bahagian timur Semenanjung Malaysia pula, Sungai
Golok menjadi sempadan pentadbiran di antara Malaysia denganThailand. Hal ini
timbul sejak zaman lampau memandangkan sungai memisahkan dua buah kawasan
tanahlapang yang mudah dikenal pasti dan diingati oleh masyarakat yang tinggal di
kawasan tersebut. Hingga kehari ini, fungsi sungai dari sudut politik dan
pentadbiran masih berkekalan dan terdapat di mana-mana juganegara di seluruh
dunia.

Intihanya, sungai merupakan ciptaan-Nya yang amat penting kerana banyak


memberi kemaslahatandalam kehidupan harian manusia. Oleh yang demikian,
orang ramai perlu bertanggungjawab dan bekerjasamadengan pihak berwajib bagi
memelihara dan memulihara sungai-sungai kita agar dapat kita wariskan
kepadagenerasi kita yang akan datang. Usaha memelihara keindahan sungai perlu
sentiasa berterusan dan menjaditanggungjawab semua pihak bak kata pepatah,
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing . Sikapsambil lewa atau sikap
suka lepas tangan dalam usaha memelihara kebersihan sungai harus kita jauh,
Sebelum nasi menjadi bubur . Segala-galanya terletak di tangan kita,tepuk dada
tanya selera.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Bincangkan.


Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara. Pernyataan ini jelasmenunjukkan
bahawa keluarga memang memainkan peranan yang pentingdalam membentuk
keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini seringmelibatkan diri dalam masalah
social yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang
saban hari meniti dari bibir ke bibir.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal
ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang
mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin.
Pembentukankeperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Sesebuah keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masingkebanyak ibu
bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehinggamenyebabkan anak-anak
mereka di rumah berasa tersisih seperti anak keradi hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan. Oleh hal yang demikian,ibu bapa haruslah mengimbangkan
kerjaya dan kehidupan seharian merekaagar anak-anak dapat mendapat didikan
yang baik dari segi fizikal danmetal. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak

yang kaya dalamkebindaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak
langsungmemberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu,
keluargaterutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk
membentuk keperibadian anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat
mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam kehidupan
seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik.Ibu bapa merupakan uswah
hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh halyang demikian mereka mestilah
sentiasa bersikap penyanyang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali
dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri
berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat
dibentuk melalui institusi keluarga khususnya ibu bapa yang memainkan peranan
yang penting.

Disamping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan
ibu bapa mereka ibarat bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan
isi hati dan penyimpan rahsia yang palingdipercayai anak-anak. Justeru itu, ibu bapa
sewajarnya menginduktrinasikan pucuk-pucuk hijau ini bagai menatang minyak
yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan
social dan budayahedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik.
Melalui nasihatdan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untuk membezakan antara intan dan kaca kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan salah satu
langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakina turut merupakan
tempat yang paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam
kalangan anak-anak. Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak
masing-masing bentuk menjamin kesejahteraan hidup dan pembentukan
keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang ibarat berusia setahun jagung,
berdarah setampuk pinang ini mestidiberi penekanan dari segi mental dan fizikal
supaya kelak dapat menjaditunggak negara.
Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara. Ibu bapa
mestilah menjalankan peranan masing-masing agar tidak dijadikanseperti hangathangat tahi ayam. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang
mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemudaharapan bangsa, pemudi
tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian Perdana

Menteri untuk membentuk sebuah negarayang Cemerlang, Gemilang dan


Terbilang dapat dimakbulkan, sekaligus menjadi negara Malaysia berdiri gah di
persada dunia.

SoalanIbu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka jadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka itu tercapai.
Setiap ibu bapa di dunia ini pastinya mengharapkan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna. Baru-baru ini,berita tentang kejayaan adik Nur Madihah yang
mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) amat
membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekaligus menjadikan beliau sebagai
contoh bagi anak-anak muda untuk mencapai kecemerlangandalam pendidikan.
Sehubungan dengan itu, usaha ibu bapa memainkan peranan penting untuk
memastikan harapan mereka itu tercapai.

Pertamanya, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi,seperti pepatah Melayu melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Hal inidemikian kerana, anak-anak yang mempunyai didikan
agama yang sempurna akan terang hatidan lebih mudah untuk memahami sesuatu
mata pelajaran yang diajar. Buktinya, mereka tidak mudah melakukan perkara
negatif dan sentiasa sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalamkehidupan.
Oleh itu,hal sebegini akan menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan
dansentiasa ingin memajukan diri demi menjadi modal insan yang sempurna.
Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan dan kemudahan yang
berkaitandengan pendidikan kepada anak-anak mereka. Segala pertolongan
daripada ibu bapa akan dapatmembantu meningkatkan proses pembelajaran anakanak mereka di rumah khususnya. Sebagaicontoh,penyediaan tempat belajar yang
sesuai amat penting. Ibu bapa harus menyediakan tempat belajar yang strategik
serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mereka.Dengan hal
ini,anak-anak mereka dapat belajar secara efektif dan berkesan.
Di samping itu juga,adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyokong
setiap penglibatan dan aktiviti anak-anak yang menjurus ke arah kebaikan serta
kecemerlangan merekadalam pendidikan. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang
memperuntukkan masa dan perhatianuntuk anak-anak biasanya akan berjaya
melahirkan insan yang berkualiti. Ibu bapa dapatmember kata-kata peransang serta
bimbingan sama ada secara formal atau melalui tindakan dan percakapan.
Contohnya,ibu bapa dapat memberikan mereka hadiah sekiranya anak-anak
mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dengan cara ini,anak-anak
mereka akan berasalebih yakin dan bersemangat untuk belajar.

Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau setiap aktiviti dan pergerakan anakanak mereka.Hal ini penting bagi menjamin disiplin anak-anak agar mereka tidak
mudah terpengaruh dengan penyakit sosial yang kian berleluasa. Antaranya ialah
melepak dan ponteng sekolah. Ibu bapa perlu sentiasa bertanya keadaan mereka di
sekolah dan mengambil tahu setiap perkara yangmereka lakukan. Janganlah
bersikap lepas tangan terhadap perkara seperti ini.Justeru,pemantauan daripada ibu
bapa amat penting dalam merealisasikan impian mereka untuk menjadikan anakanak mereka orang yang berjaya.

Konklusinya,semua pihak khususnya ibu bapa memainkan peranan yang penting


dalam usahamembentuk modal insan dalam diri anak-anak selaras dengan visi
kudsi mantan perdana menteriMalaysia,Tun Mahathir Mohammad dalam mencapai
Wawasan 2020. Dalam padaitu,pembentukan modal insane amat penting bagi
melahirkan barisan pemimpin yang berwibawadan berkaliber pada masa yang akan
datang. Hal ini membolehkan Negara kita duduk samarendah dan berdiri sama
tinggi dengan Negara-negara maju yang lain.

Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini, negara Malaysia kini sedang pesat
membangun dari sehari ke sehari. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong
pembangunan ini? Sebenarnya, pembangunan negara adalah sejajar dengan
pembangunan modal insan kelas pertama yang berilmu pengetahuan dan
berkemahiran tinggi. Modal insan ini lahir daripada generasi muda kita yang
berwawasan tinggi. Generasi yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti
dinamik, proaktif, beriltizam dan berdaya saing. Tetapi apakah pula rahsia

pembentukan generasi berwawasan yang mendukung pembangunan modal insan di


negara ini? Dalam hal ini, keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab yang
sangat penting untuk dipikul demi merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan
lebih ramai modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.
Generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Mereka mesti menyediakan
diri dengan ciri-ciri kepimpinan dan memantapkan ilmu serta kemahiran. Di sini
jugalah keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk memimpin tangan
dan membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara yang
paling efektif sekali. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling
dekat dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik
terhadap anak-anak kerana segala perbuatan dan tingkah laku ibu bapa pasti akan
diikut oleh anak-anak mereka. Di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi
merupakan peribahasa yang relevan dengan isu ini. Sudah menjadi lumrah hidup
manusia, anak-anak sememangnya akan akan memperhatikan dan meniru gerak
tari ibu bapanya. Jika sumbang gerak tari ibu bapanya maka sumbanglah juga gerak
tari mereka. Justeru, ibu bapa perlu bersikap optimistik tidak kira dalam apa-apa
keadaan demi memastikan anak-anak sentiasa berada di landasan yang betul dan
seterusnya melahirkan anak yang sentiasa bersikap positif.
Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang
harmoni dalam keluarga. Hal ini demikian kerana suasana yang harmoni dapat
mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan gejala negatif. Apabila suasana ini
dapat diwujudkan ikatan silaturahim antara keluarga akan lebih utuh. Hal ini
seterusnya dapat mengelakkan gangguan emosi dalam kalangan anak-anak dan
seterusnya membendung anak-anak daripada tergelincir dari landasan yang benar.
Setiap hari di dada akhbar kita dapat melihat bahawasanya remaja kini
kebanyakannya terlibat dengan masalah sosial yang menjadi-jadi bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Justeru, ibu bapa dan keluarga harus membimbing dan
memantau anak-anak supaya tidak terjebak ke dalam sesawang negatif dan
menghancurkan usaha untuk membina modal insan.Peribahasa Melayu ada
mengatakan, kepapaan menajamkan akal manusia, kekayaan menumpulkan akal
manusia. Peribahasa ini memberi maksud yang sangat jelas bahawa ibu bapa tidak
harus melimpahkan kemewahan terhadap anak-anak kerana kemewahan dan
kekayaan akan menyebabkan anak-anak lalai dalam menjalani kehidupan.
Sebaliknya anak-anak lebih suka berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawab
utama mereka iaitu menuntut dan menimba ilmu. Sememangnya, ibu bapa harus
bijak menguruskan kewangan anak-anak mereka dan mendidik mereka bagi
mengelakkan mereka tergolong dalam golongan yang lalai dan rugi.

Di samping itu, ibu bapa harus mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak


dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka. Dalam hidup ini, setiap manusia
yang memperoleh kejayaan pasti pernah menemui kegagalan pada suatu ketika
dahulu. Dalam hal ini, jika anak-anak gagal dalam sesuatu perkara misalnya
peperiksaan, ibu bapa tidak seharusnya menghukum mereka sebaliknya memberi
dorongan dan menasihati mereka. Pengalaman ialah ibu segala kejayaan
merupakan peribahasa Jepun yang sangat sesuai dengan isu ini. Sebaik-baiknya
kegagalan yang pernah dihadapi itu dijadikan pengalaman dan sejarah yang tidak
boleh diulang kembali. Jelaslah di sini bahawa, dorongan dan sokongan ibu bapa
dapat mendidik anak-anak untuk mengawal emosi mereka dan seterusnya
membentuk modal insan yang cemerlang dari aspek emosinya.
Seterusnya, didikan agama merupakan aspek yang paling penting bagi membentuk
generasi yang bersih dari segi rohani dan jasmani. Dalam hal ini juga ibu bapa ialah
pihak yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anakanak mereka. Hal ini demikian kerana dengan pengetahuan agama yang menebal
dalam diri, anak-anak dapat membezakan perkara yang benar dan batil. Anak-anak
juga lebih terdorong untuk melakukan kebaikan dan secara tidak langsung dapat
menyuntik semangat mereka untuk berusaha dengan gigih demi mencapai
matlamat. Perkara ini juga dapat membina disiplin diri anak-anak dan melicinkan
usaha untuk menambah bilangan modal insan dalam negara kita.
Natijahnya, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam
pembentukan modal insan dalam kalangan anak-anak mereka. Bahawasanya,
gabungan nilai-nilai murni, ilmu pengetahuan dan kemahiran serta disiplin diri yang
tinggi boleh melahirkan generasi berwawasan yang menjadi akar kepada
pembangunan modal insan kelas pertama yang cemerlang dari aspek fizikal, mental
dan emosi. Dalam hal ini, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya.
Oleh itu, ibu bapa tidak boleh berputus asa berusaha untuk mendidik anak-anak
menjadi insan yang berguna dalam masyarakat, bangsa dan agama serta membatu
merealisasikan satu agenda penting negara iaitu melahirkan generasi berwawasan
yang menjadi penggerak kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai