Anda di halaman 1dari 5

Hayati

Apakah perasaan ini? Adakah aku mencintainya? Aku tidak tahu dengan perasaan
ini?adakah ianya dari kata hati aku atau dari nafsuku? Aku tidak patut mencintainya.Jika benar
ini dikatakan cinta, yang pastinya dia bukan untukku.Dia adalah kekasih hati orang lain.Hatinya
bukan untukku.Apakah kerana kasihan aku mencintainya?Adakah kerana luahan perasaan sedih
terhadap kekasihnya menerbitkan perasaan cinta didalam diriku.Aku sepatutnya sedar siapalah
diriku.Aku tidak layak mencintainya.Aku hanyalah pendengar setianya talkala dia sedih.Aku
cuma seorang sahabat untuk menenangkan hatinya ketika hubungannya mula retak.

Pertama kali aku melihat seorang gadis secantiknya menangis dihadapanku, aku tidak
dapat menahan sebakku.Apa tidaknya tangisan itu adalah tangisan kepada kekasih yang dipuja
selama ini.Aku cuma insan biasa.Walaupun aku bukanlah kekasihnya namun apabila seorang
perempuan datang dengan dengan tangisan seperti itu, aku menjadi lemah.Aku tidak dapat
melupakan tangisannya itu.Ah! Entah kenapa aku menjadi tempat untuk meluahkan perasaan
sedihnya sedangkan aku sikit pun tidak pernah pun bercinta? Kenapa dia memilih aku untuk
meluahkan perasaanya.Tidak ada orang lainkah tempat di dunia ini untuknya meluah perasaan
sedihnya itu? Adakah kedudukan aku sebagai sahabat menjadi alasannya untuk meluahkan
perasaannya.

Hayati.Seindah namanya, namun tidak seindah cintanya.Dia mencintai kekasihnya


dengan sepenuh hatinya.Dia tidak mahu cintanya terputus buat kali kedua.Cukuplah sekali dia
kecewa kerana cinta.Walau macam mana sekali pun dia mahu hubungan cinta mereka
kekal.Sehingga hari ini aku masih ingat peristiwa tempoh hari.Luahan hatinya membuatkan aku
terasa sekali.Jauh dari sudut hatiku ini ada perasaan terhadapnya namun aku hindari juga
perasaan itu kerana aku tidak mahu mudah jatuh cinta kepadanya.Itulah prinsip aku pegang
selama ini.Aku tidak mahu menjadi orang yang mudah jatuh cinta.Walau ada sedikit rasa cinta
terhadap wanita lain aku cuba menghindarnya walaupun kadang-kadang rasa perit.Lebih-lebih
lagi dengan kekasih kepunyaan orang.Aku tidak mahu menjadi perampas kebahagiaan orang
lain.Tetapi kali ini aku tewas juga kali ini walaupun aku cuba untuk lari dari perasaan
itu.Memang benar cinta itu buta.Ianya sudah menjadi fakta bagi orang bercinta.Semakin aku lari
dari perasaan itu semakin dekat ingatan aku kepada Hayati.Aku hanyut dengan
perasaanku.Semakin hari Hayati menhantui fikiranku dan hidupku sekarang sudah tidak setenang
dulu.

Aku bertanya pada diriku ini, “Apakah aku sedar apa yang aku buat sekarang?”

Memendam rasa itu adalah yang terbaik walaupun terasa perit yang amat.Pedihnya tidak
terhingga.Cinta itu adalah anugerah dari Tuhan.Sesuatu yang dicipta oleh-Nya pasti ada
sebabnya dan pasti ada hikmah disebaliknya.Cinta itu adalah pengorbanan.Itu adalah sebahagian
dari kata-kata pujangga cinta apabila berbicara tentang cinta.Walaupun kita mencintai orang lain
tetapi kita belum tentu dapat memilikinya.

Hening sekali suasana petang itu.Kicauan burung memecah kesunyian.Hilai tawa dari
anak-anak kecil mula menghilang kesunyian.Suasana di tepi tasik itu amat indah ditambah pula
dengan persekitarannya yang menghijau mengingatkan aku tentang kebesaran Ilahi.Betapa besar
nikmatnya kepada hambanya.Betapa besar CINTA-Nya kepada manusia.Di satu sudut di tepi
tasik itu kelihatan seorang gadis yang ayu.Aku tahu itulah gadis yang menjadikan aku menjadi
resah dan sekarang aku tahu yang dia ada yang lain

Aku memandangnya.Air mukanya membuatkan jantungku berdegup kencang.Entah


kenapa aku terasa amat cemas telkala aku memandang wajahnya.Dengan perlahan aku
menghampirinya dan semakin dekat semakin terselahlah keayuan karya ciptaan Ilahi.Itulah gadis
yang telah mencuri hatiku, Hayati

“Seorang aje ke?” Tanyaku.Hayati hanya tersenyum.Manis sekali aku melihat


wajahnya.Namun dari wajah yang manis itu tersirat hati yang luka.Aku tahu kali ini pasti dia
akan berbicara tentang masalah dengan kekasihnya.Pasti dia akan meluahkan isi hatinya yang
sedih itu.Aku sedia untuk menjadi pendengar yang baik.Walaupun hati aku mula sakit kerana
aku bukan orang yang dicintanya.Hanya aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan.Ah ! Cinta .

“Awak dari mana?” Tanya Hanyati sambil melabuhkan punggungnya di wakaf taman itu.

“Dari mana-mana.Ehm tak adalah dari rumahlah,” kataku sedikit bergurau.

“hafiz, sebenarnya saya ada sesuatu hendak memberitahu?” kata Hayati.


“Ehmmm ni mesti pasal kekasih awak tu kan?” Hayati hanya diam dan mengangguk
sahaja mengiakan kata aku. “Hafiz pun ada sesuatu nak beritahu tapi biar Hayati cakap dahulu
kerana ia lebih penting,”

“Hafiz, saya sudah putus dengan dia,” kata Hayati perlahan.Aku terperanjat mendengar
kata-kata Hayati itu.Aku tidak sangka dia mengambil keputusan begitu.

“Kenapa?” tanya ku ingin mengetahui puncanya.Di hati aku ada sedikit gembira
mendengar berita tersebut kerana aku ada peluang selepas ini.

“Seperti yang awak nasihatkan pada saya tempoh hari, saya sedar bahawa saya ini tidak
layak untuknya.Dia memang baik untuk saya.Memang benar cakap awak, Tuhan yang mengatur
segalanya.Sekarang baru percaya, kalau kita ingin mencari yang baik itu , kita kena jadi
baik.Sudah lama saya fikirkan tentang hubungan kami dan saya rasa saya masih lagi tidak laying
untuk dia.Saya lepaskan dia walaupun susah untuk saya menerimanya,” Hayati menunduk
kepalanya.Di kelopak matanya mula menitis air mata yang entah berapa kali.Aku diam sahaja
mendengar kata-kata Hayati itu.Di dalam hati aku hanya tuhan sahaja yang tahu.Aku berasa
bersalah apakah dia berpisah adalah kerana keputusannya sendiri atau pun berpunca dari nasihat-
nasihat yang aku berikan kepadanya?Aku berasa sungguh menyesal kerana telah memberi
nasihat kepadanya walaupun niat aku adalah untuk membantu seorang kawan aku.

Aku terpaksa melupakan hasratku untuk meluahkan perasaan aku kepadanya.Aku tidak
boleh menyusahkan Hayati.Cukuplah kesedihan yang dia alami sekarang.Kalau aku luahkan
perasaan aku kepadanya psati lebih kusut fikirannya. “Ehmm, so sekarang apa yang awak nak
buat?”

“Selepas ini saya ingin mulakan hidup baru.Saya ingin pulang ke kampung dulu
tenangkan fikiran bersama keluarga.Mungkin saya akan pulang ke kampung buat
selamanya.Cukuplah dengan apa dengan apa yang telah berlaku.Selepas ini saya akan serahkan
jodoh saya kepada emak saya.Tadi Hafiz ada nak beritahu saya sesuatu kepada saya kan?,” kata
hayati sambil mengesat ia matanya.

‘Eh, saya lupa pulak apa nak cakap.Ehm lain kali sajalah,” kataku.Namun di hati aku
masih berperang dengan rasa serba salah.Aku mahu meluahkan perasaan cintaku kepadanya dan
pada masa itu juga aku tidak mahu hatinya terguris lagi dengan luahanku itu.Mungkin masa
belum sesuai lagi dan dengan kata-katanya itu, aku pasti dia tidak akan menerima aku.

“Apa lah awak ni asyik lupa sahaja,Ape lah yang diingatkan dalam kepala tu,” Aku hanya
tersenyum mendengar kata-kata Hayati itu.

Hari ini adalah hari terakhir Hayati berada di sini dan juga peluang terakhir untuk aku
menyatakan yang aku cinta kepadanya.Aku melihat jam ditangan Hayati masih belum lagi
sampai.Di stesen bus itu suasananya seperti pasar.Ulat-ulat tiket bus riuh mencari pelanggan.Aku
masih lagi menanti kelibat Hayati.Sudah berapa kali aku mengelilingi stesen bus itu mencari
Hayati.Kerana terasa penat aku duduk di kerusi menunggu.

“Assalammualaikum,” aku di sapa oleh seseorang.

“waalaikummusalam,” aku mengalik pandangan ku dan Hayati muncul di depan aku


sambil tersenyum.

“Eh..awalnya.Ni siapa yang nak balik kampung awak atau saya?” kata Hayati sambil
duduk di sebelah aku.

“Kenapa lambat?” tanyaku.

“Ehm alasan seperti biasa trafik jam,”

“Mesti gembirakan dapat balik kampung kan.Sekarang mesti awak tak sabar-sabar nak
balik jumpa mak dan ayah awak kan?” Hayati hanya senyum sahaja mengiakan kata-kata aku itu.
“So sekarang Hayati macam mana? dah okey ke?”

“semuanya dah okey.Saya nak mulakan hidup baru,” Azam Hayati. “ Selepas ni kita pasti
tak akan bertemu lagikan,”

Aku diam sahaja.Aku tahu kami tak akan bertemu lagi.Itu sudah pasti.

“Pasti saya rindukan awak.yalah kita kan kawan.Awak pun sudah banyak menolong
saya.Saya tak tahu nak macam mana nak balas budi awak kepada saya,” kata-kata itu amat
menyedihkan aku.Sebab sehingga sekarang dia hanya menganggap aku ini adalah kawannya
sahaja.Tidak lebih dari itu.Walaupun aku mencintainya kedudukan aku padanya tidak
berubah.Hanya serorang kawan.

“Kalau awak ada masa hantarlah surat atau call ke atau hantar je email lagi senangkan,”

“Betullah,” kata Hayati bersetuju.

Sedang kami berbual, bus pun sampai.Hayati bersiap untuk berangkat pulang.Semakin hampir
dengan perpisahan.Hendak sahaja pada masa itu aku luahkan perasaan yang telah aku pendam
selama ini.Kenapa sukar untuk aku menyatakan tiga perkataan itu kepadanya? Kenapa sampai
sekarag aku masih lagi tak mampu berbuat demikian? lidah aku kelu.Nampaknya aku terpaksa
melepaskan sahaja Hayati pergi.Biarlah dia pergi.Biarlah dia bahagia dengan jodohnya
nanti.Cinta aku ini bukanlah untuknya.Cintaku ini hanyalah bayangan hayalan semata-
mata.Walau sekuat mana sekalipun cintaku ini tapi jika dia bukan untukku, aku pasrah.Aku serah
sahaja kepada Tuhan kerana dia sahaja yang menentukan segala.

Hayati sudah berada di dalam bus itu.Aku pula hanya memerhati Hayati sambil
menunggu keajaiban berlaku pada masa itu.Bas sudah mula bergerak dan beredar dari situ.Hayati
melambai-lambai tangan tanda selamat jalan.Aku pula membalas lambaiannya sambil tersenyum
pahit.Akhirnya Hayati telah pergi.Bus itu sudah hilang dari pandangan aku dan kekecewaan yang
amat dalam terasa di hatiku.Selamat jalan Hayati semoga kau bahagia.

Aku membuka pintu keretaku dan kala itu aku terima sms dari seseorang.Ianya dari
Hayati.Aku membukanya dan yang tertera adalah satu pesanan yang ringkas.

‘Saya cintakan awak’