Anda di halaman 1dari 3

Pagi itu

Pagi itu aku terjaga.Aku lihat jam pada telefon bimbitku sudah pukul 6.15 pagi.Pagi itu aku rasa sukar untuk bangun kerana aku terasa berat sekali kepala aku.Sebenarnya malam semalam aku pening kepala yang amat sangat.Dalam keadaan yang masih lagi mamai dan fikiranku masih lagi di buai dengan mimpi indah mainan tidur tadi mindaku mula melayang- layang memikirkan hari ini.Apa yang akan aku lakukan pada hari ini.

Sejenak aku teringat akan nasihat dari ibuku dari kampong.Berulang-ulang kali dia memberitahu aku supaya berubah.Sikap aku yang tidak mahu menendahkan kewajiban aku terhadap ilahi membuatnya kecewa.Telah lama aku meninggalkan tanggungjawabku sebagai seorang yang beragama islam.Apa yang menyedihkan aku Cuma mengerjakan ibadat bersolat hanya sekali seminggu sahaja.Ianya Cuma pada hari jumaat iaitu sembahyang jumat.Betapa jauhnya diriku daripada-Nya.Betapa sombongnya aku terhadap Tuhan sekian alam.

“Fikri, kenapa susuah sangat kau nak mengerjakan solat itu? Kau harus fikir kau bukan budak-budak lagi.Sia-sia sahaja kalau kau belajar tinggi-tinggi tapi kau tak sembahyang langsung.Mak bukannya apa kau harus faham kau masih lagi tanggungan mak dan ayah.Segala dosa kau masih lagi kami tanggung.Jika kami silap mengajar kau apa lagi yang harus kami lakukan,” kata mak yang kecewa dengan sikap aku.

Setiap kali aku teringat akan kata-kata itu , hatiku mula tersentuh.Apa gunanya aku hidup di dunia ini jika perkara yang asas dalam hidupku seperti sembahyang iaitu tiang agamaku sendiri aku tidak laksanakan.Apa guna ilmu aku yang sedang aku tuntut di menara gading ini dan juga ilmu-ilmu asa fardu ain yang aku belajar selama ini sikit pun aku tak amalkan.

Aku terbayang wajah emak dan ayah aku di kampong.Aku sedih kerana sudah sekian lama aku tidak menghubungi mereka.Sudah lama aku tidak mendengar khabar dari mereka.Adakah mereka berada dalam keadaan sihat? Memang sudah lama aku tidak menghubungi mereka.Jika dalam keadaan yang terdesak seperti tiada wang barulah aku akan menghubungi mereka.

Apa yang sedang mereka buat sekarang.Aku pasti waktu-waktu begini mereka sudah berada di kebun getah menoreh untuk menanggung kami sekeluarga.Ayahku adalah seorang

tukang rumah.Pagi-pagi lagi dia akan menghantar emakku menoreh getah sambil itu membantu emak aku menoreh sebelum paginya dia akan bertukang di rumah orang.

“Fikri kau kena berlajar bersungguh-sungguh kerana ayah kau tidak mempunyai harta yang banyak.Hanya ilmu sahaja yang dapat kau membantu kami, mengubah hidup kita sekeluarga.Harapan ayah kau terhadap kau amat tinggi.Kau lihat sahaja setiap kali kau balik ke kampus dialah yang setia menghantar kau di stesen bus.Jika dibanding dengan adik-beradik yang lain kau sahaja boleh diharap,” kata emak.Hiba aku mendengar kata-kata emak itu.Selama ini aku kejam.Aku tidak sedar akan pengorbanan ayah aku.Dahulu aku pernah menolongnya bekerja membuat rumah.Aku amah sedih sekali ketika melihatnya memerah keringatnya ketika membuat rumah.

Aku seperti menyesal kenapa aku masih lagi tidak dapat membantu ayahku? Kenapa aku tidak dilahirkan sebagai anak sulong.Pasti sudah lama ayah aku tidak bersusah-payah bekerja berat.Akan aku pastikan mereka tidak beesusah payah bekerja lagi.Mengenangkan ayah aku sudah berusia 60 tahun, sepatutnya pada usia itu dia tidak perlu lagi bekerja.Aku amat marah dengan sikap abang-abang aku.Kenapa setelah mereka sudah bekerja, tidak mahu membantu ayah.Menbalas jasa-jasanya yang selama ini membesarkan mereka.Yang banyak membantu mereka ketika mereka masih belajar.

Air mata mula mengalir keluar dari kelopak mataku.Tiada apa lagi yang dapat aku lakukan.Kini yang ada pada diriku adalah doa untuk kesejateraan emak dan ayah.Aku harap aku sempat untuk membalas segala perngorbanan mereka terhadapku.Aku mahu membalas budi baik mereka yang selama ini telah membesarkan sejak dari kecil lagi.Aku mahu mereka berbangga ada juga anak mereka yang berjaya di menara gading.

“Emak dan ayah jangan bimbang, Fikri akan berlajar bersungguh-sungguh.Selepas Fikri habis berlajar, biar fikri yang jaga emak dan ayah.Selepas ini Fikri akan berubah.Fikri akan tinggal segala tabiat buruk Fikri,” itulah janji-janji aku ketika sebelum kembali ke kampus.

Sampai saja aku di rumah sewaku, aku mulai berubah.Solat lima waktu sudah mulai aku tunaikan.kemudian amalan sunat aku laksanakan.Setiap hari isnin dan khamis aku berpuasa dan mulutku tidak terlepas dengan beristifar kepada-Nya dan selawat keatas nabi serta amalan-

lain.Setiap hari selepas solat magrib aku akn membaca yasin.Itulah kekuatan yang aku ada untuk mengubah diriku.Aku yakin dengan mendekat diriku kepada yang esa akan membuat hati aku tenang.Apa yang aku inginkan segala dosa-dosa aku sebelum ini akan diampunkan oleh Allah.

Sedang aku mengelamun itu tiba-tiba aku tersentak. Bunyi ringtone dari telifon bimbitku kedengaran memecah kesunyian pagi itu.Aku mencapai telefon bimbit itu dan melihat tertera nama Nadia.Aku tersenyum seketika.Nadia adalah kawan lama aku ketika di sekolah menengah dahulu.Apa yang menarik tentang gadis ini adalah aku tidak pernah menegurnya ketika di dalam kelas dahulu hinggalah babu-baru ini aku mendapat nombor telefon bimbitnya dari kawan aku.Aku mula menghantar sms untuk bertanya khabar dan tidak disangka hubungan kami bercambah sehingga menjadi teman yang rapat.

Nadia banyak mengubah diriku.Dia membuatkan aku sedar betapa ruginya aku selama ini.Betapa jauhnya aku diriku dengan tuhan. Dialah yang banyak memberi semangat kepada aku untuk berubah.Dialah sumber inspirasiku.Orang yang banyak memberi motivasi untuk aku berubah.Terima kasih Nadia.Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa-jasamu.Ku harap kau bahagia didalam hidupmu.Kaulah sahabatku yang sejati.Kesudian kau mengejutkan aku setiap pagi untuk bangkit subuh dan juga bangun bersahur setiap pagi isnin dan khamis untuk ku berpuasa sunat tidak dapat aku membalasnya.Tiada apa yang dapat aku berikan kepada mu sebagai balasan cuma hanyalah doa ikhlas dari aku agar hidup kau sejahtera.

Jam menunjukkan pukul 6.30pagi.Azan sudah lama berkumandang menyeru manusia untuk bangkit dari lenanya.Walau amat berat terasa hendak bangun lebih-lebih lagi pening kepala yang masih belum hilang, aku gagahi juga.Kewajiban ku sebagai seorang muslim wajib aku laksanakan walau apa pun keadaaan.Dengan kudrat yang ada aku bangkit dan terus melaksanakan solat subuh pada pagi itu.

6.4.2007 2.13am

mohdfaizulali@yahoo.com