Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI INDERA

Sekolah Berprestasi Tinggi


01000 KANGAR, PERLIS

TEL: 04-9760169 / FAX: 04-9774223

..............................................................................................
..................................

.DARI MEJA GURU BESAR

isiplin dan peraturan sekolah adalah faktor penting yang akan


menentukan potensi seseorang pelajar dalam semua bidang
seperti pencapaian akademik yang baik, akhlak yang mulia serta
kejayaan dalam aktiviti kokurikulum.
Buku Peraturan Sekolah merupakan buku utama yang mesti
dibaca, difahami dan diamalkan oleh setiap murid sekolah ini. Ia
merupakan garis panduan sekolah yang perlu dihayati dan dipatuhi
oleh semua murid. Saya yakin dengan adanya disiplin yang baik di
kalangan murid-murid sama ada dari segi lahiriah, mahupun rohaniah,
sekolah akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
bagi mencapai kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kepada ibu bapa / penjaga murid-murid juga diharapkan dapat
membaca dan memahami kandungan buku ini. Kerjasama tuan / puan
amat diperlukan bagi memastikan hasrat melahirkan warganegara
yang cemerlang dapat dicapai.Manakala kepada semua pelajar,
hendaklah sentiasa bersedia mematuhi dan mengamalkan semua
peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Disiplin Asas Kejayaan

Guru Besar
SekolahRendah Kebangsaan Seri Indera,

01000 Kangar,Perlis.