Anda di halaman 1dari 2

Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat.

Jika
selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat
dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan
untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus
membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru
dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan.
Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak
mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini
lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah
perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan
pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah
anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam
peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang
sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. Isu-isu
teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak memeriksa
buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu,
menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila
peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan.
Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul
seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah
dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan
guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan
ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka. Alasan guru-guru mudah,
masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan mengajar pelajar yang ramai
menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering
berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata
tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada.
Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka
yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak
tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih
untuk membentuk sahsiah pelajar.

Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang
ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah
perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah
keadaannya.
Pepatah Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari perlulah difahami maksudnya
dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai
seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada
samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka. Inilah maksud sebenar pepatah
tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan
bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari
ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai