Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU PENYELARAS VLE-FROG

Yang Berusaha, SK Seafield 3 En A. Rahim Bin Mohd Mislani, Tuan Guru


Besar SK Seafield 3,
Yang Dihormati PK1, Pn Norida,
Yang Dihormati PKHEM, En Mohd Sabri Bin Hashim,
Yang Dihormati PKKokurikulum, Pn Nur Munifah Bt Mazlan,
Rakan-rakan seperjuangan & murid-murid yang saya kasihi sekalian.
Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis.
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul lagi
pada pagi yang indah ini untuk MAJLIS PELANCARAN 1BESTARINET
VLE-FROG peringkat sekolah kebangsaan seafield 3 2013.
Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan VLE-FROG
kepada guru dan murid yang mana ini adalah salah satu dari kaedah
pengajaran baru yang akan dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.
Oleh yang demikian, semua warga SK Seafield 3 perlulah mempersiapkan
diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dalam menyahut cabaran VLE_FROG
ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan VLE-FROG ini? Frog adalah VLE atau
Virtual Learning Environment yang dipilih bagi projek 1BestariNet.
Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh
warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE
ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai
pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan
konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara
pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi
Frog VLE.
Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen
penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog
VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana
jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan
ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun
di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan kata yang lebih mudah,

FROG-VLE ini boleh digambarkan sebagai BLOG atau laman web peribadi
yang mana semua murid dan guru akan menggunakan ia sebagai medium
perhubungan untuk berinteraksi, menghantar/menyemak tugasan,
membuat tempahan, takwim dan calendar dan sebagainya.
Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,
Bagaimanakah pelaksanaan FROG-VLE ini? Setiap guru dan murid akan
diberikan ID dan katalaluan yang unik untuk mengaktifkan akaun FROG
VLE ini. Latihan secara kumpulan kecil akan dilaksanakan secara
berperingkat yang mana ia meliputi penggunaan dashboard untuk
memperoleh maklumat, menghantar & membuat tugasan kepada guruguru dan sebagainya.
Selain dari itu, Ibubapa juga akan diberikan ID dan katalaluan untuk
mereka mengakses ke laman FROG VLE ini. Dengan ini, secara tidak
langsung akan mewujudkan interaksi yang sihat dan berterusan antara
pihak sekolah dan komuniti luar khususnya.
Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,
Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan kerjasama dari
semua guru dan murid adalah diharapkan. Sebarang maklumat tambahan
akan kami salurkan di laman web sekolah, www.skseafield3.com atau
bolehlah berjumpa dengan saya atau Pn Noorzailawaty untuk bantuan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai