Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat Iban di Sarawak merupakan etnik majoriti di Sarawak, Bumi

Kenyalang. Seperti masyarakat peribumi yang lain, masyarakat Iban Sarawak


juga kaya dengan adat dan warisan budaya yang masih dipegang zaman
berzaman lamanya. Adat perkahwinan di dalam masyarakat Iban juga antara
yang terunik kerana terdapat beberarap peraturan yang harus dilakukan
sebelum layak bergelar suami isteri. Bagi masyarakat Iban disinilah
bermulalah kesinambungan generasi yang akan datang jadi adalah wajar ianya
dilakukan dengan sebaik mungkin dan beradat.
Di dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki memainkan sentimen yang
paling utama untuk diambilkira kerana disinilah letaknya samada pengantin
lelaki itu boleh memikul tanggungjawab yang besar di dalam keluarga. Usia
untuk pengantin lelaki masyarakat Iban sebaik-baiknya hendaklah melebihi 22
tahun. Melihat kepada faktor usia ini boleh dikatakan pengantin lelaki ini sudah
pun akal baligh ataupun matang. Bagi pengantin perempuan masyarakat Iban,
tiada pula had umur yang ditetapkan. Satu perkahwinan yang sempurna bagi
masyarakat Iban adalah satu perkahwinan yang telah mengikut dan mematuhi
kehendak adat. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya ada mana-mana adat
perkahwinan yang tidak diikuti maka adalah wajib untuk keluarga pengantin
membayar denda bagi mengelakkan pasangan suami isteri ini nanti ditimpa
musibah.
Terdapat beberapa peringkat tertentu di dalam adat perkahwinan masyarakat
Iban Sarawak iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis
perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Untuk ADAT MERISIK di dalam
masyarakat iban, kebiasaannya perkahwinan ditentukan oleh keluarga
pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna itu telah berkenan dengan seorang
dara maka adalah perlu untuk si teruna meluahkan hasrat hati dengan
keluarganya bagi memohon persetujuan. Apabila keluarga si teruna sudah
merestui maka adalah wajar untuk keluarganya bertandang ke rumah si dara
untuk adat merisik. Perjumpaan kedua-dua keluarga ini juga dikenali sebagai
berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Di dalam perjumpaan inilah kedua-dua
keluarga akan berbincang tentang syarat-syarat perkahwinan seperti
penentuan berian dan sebagainya. Sekiranya kata sepakat sudah didapati
barulah pihak keluarga si teruna akan menghantar rombongan untuk ADAT
MEMINANG si dara dengan secara rasmi.
Bagi ADAT MEMINANG dan BERTUNANG masyarakat Iban Sarawak
kebiasaannya pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak
kurang daripada 5 20 orang yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam
keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan
serta diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta
lain-lain perkara yang berkaitan. Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si
teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang

sebagai tanda pertunangan. Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si


dara adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam
keluarga si dara. Jika sudah disambut segala ini maka barulah kedua-dua
keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti
tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara
sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi
menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri.
Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada
sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka.
Tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut
masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan
dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak diingini daripada
berlaku.