Anda di halaman 1dari 1

http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/martabat-bahasa-melayu-di-ipt-1.

29939
Martabat Bahasa Melayu di IPT
NURSURAYA ZULKIFLI | 28 November 2014 12:17 AM

MELAKA 27 Nov. Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dilihat
berupaya memperkukuhkan penggunaaan Bahasa Melayu merentasi pelbagai bidang di
institut pengajian tinggi (IPT).
Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib
berkata, ia penting agar penggunaan Bahasa Melayu meliputi bidang-bidang lain termasuk
teknikal dan teknologi.
Menurutnya, penguasaan Bahasa Melayu secara menyeluruh dalam pelbagai bidang pastinya
memberikan perubahan dan impak yang besar terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu yang berwibawa.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa ilmu serta bahasa perpaduan di
negara ini dan seharusnya ia perlu diperkasa dan diletakkan pada satu tahap yang tinggi.
Masa depan survival Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap bangsa
kita sendiri dan komitmen kita dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan ini.
Penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks pengajian tinggi adalah penting selaras dengan
hasrat kita untuk menjadikannya sebagai bahasa ilmu tinggi setanding dengan bahasa
antarabangsa yang lain, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat
UTeM 2014, di Dewan Seminar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), di
kampus Induk Durian Tunggal di sini semalam.
Yang hadir sama, Penolong Naib Canselor (pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) UTeM,
Prof. Datuk Dr. Zolkepli Buang dan Karyawan Tamu,Jabatan Pengajian Media (Penerbitan
Buku) Universiti Malaya, Profesor Emeritus, Dr. Abdullah Hassan.
Dr. Shahrin berkata, dalam yang sama juga, peranan dan penggunaan Bahasa Inggeris
terutamanya di kampus tidak boleh dipinggirkan.
Proses memperkukuhkan Bahasa Inggeris di UTeM juga sentiasa berjalan terutamanya
dalam usaha kita meningkatkan lagi kualiti dan kebolehpasaran graduan universiti ini,
katanya.
Menurutnya,pihak UTeM menganjurkan sambutan bulan bahasa itu adalah satu inisiatif bagi
menyemarakkan rasa cinta kepada Bahasa Kebangsaan di segenap lapisan masyarakat
bertepatan dengan tema bulan bahasa 2014 iaitu 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/martabat-bahasa-melayu-diipt-1.29939#sthash.BpdFevlb.dpuf

Anda mungkin juga menyukai