Anda di halaman 1dari 15

ostamhamzah68.blogspot.com 17/12/2014 9.

07 pm
Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Pendahuluan:
Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan
penyelesaian ke atas masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk
mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang dihadapi oleh muridmurid tahun 4. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen kemahiran yang
tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks
kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir
makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra.
Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham dengan perkataan dasar yang jika
digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang berlainan. Ini
mungkin disebabkan mereka baru melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4
memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan
kepada mengenal pasti murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang
terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah didedahkan dengan kaedah imlak
selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam tempoh satu
bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang
diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi
murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata
pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.


Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1
sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid
tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini akan membantu
kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan seterusnya
menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu
iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada
penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk

disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal
pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini
akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat.
Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada
pengimbuhan perkataan dan struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan
yang salah akan menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang
hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah
menimbulkan makna yang berbagai-bagai.
Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid
disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek
penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga
berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan
imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa
Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di
sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu
pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN.


Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam
penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah
penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting
dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6)
kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina
ayat.

Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:

- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada
sesuatu
perkataan.
- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat
dalam
petikan atau ayat.
Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan
imbuhan, saya yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas
maksudnya serta membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini
seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang
dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu muridmurid lebih mudah menulis karangan kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am:


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan,
akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk:


3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
petikan yang diberi.
3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,
akhiran dan apitan.

3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat
3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki
Melayu dan 15 orang murid perempuan Melayu dalam Tahun 4.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan masalah:


Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat
awal bagi
kajian ini.

5.1.1 Ujian Pra:


Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid
juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang telah
menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada perkataan
yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid
lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.

5.1.2 Pemerhatian:
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum
kajian dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan
pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk
belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguhsungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu muridmurid mengikuti keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah:

5.2.1 Analisis Ujian Pra:

Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra


Pencapaian

Bilangan Sampel

Peratus (%)

A (80 100)

10

B (60 79)

10

33.3

C (40 59)

10

33.3

D (20 39)

16.7

E (0 19)

6.7

JUMLAH

30

100

(Gred)

Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang)
murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid

terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan paling banyak iaitu
soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan 15 (70 %). Soalan
soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

5.2.2 Analisis pemerhatian:


Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid
semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar


Tingkah laku

Peratus %

Kesungguhan

50

Kurang mengambil bahagian

30

Kurang tumpuan (bermain,

20

berbual dan mengganggu


kawan)

5.3 Tindakan yang dijalankan:


Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:
- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
- Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)
- Membina ayat - Bercerita
- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian:

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan:

i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan


rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.

Hari ini sekolah Musa mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak.


Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Musa. Cikgu Afida telah
menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-erat.
Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Musa? Tanya Cikgu Afida.
Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Afida. Coklat
pemberian Cikgu Afida itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Musa
menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik sahaja loceng
berbunyi, Musa terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari
kerja.
Akhirnya, Musa terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu
mengejutkannya. Musa terus teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk
memberitahu ibunya.
Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu, kata Musa.
Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya
seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu
telah direndam oleh ibunya di dalam baldi.

ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti
dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.

iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan


Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada
sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan terbentuklah kata
terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian :
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga
lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan


Markah

Peratus %

A (80 100)

10

B (60 - 79)

43.3

C (40 59)

40

D (20 39)

6.6

E (0 19)

Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat
perkataan.

Refleksi :

Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan
cerita.

5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan:

i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat


empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
1. Awalan imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
(Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam
sukatan)

ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam
biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di
bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam
tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang
singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia

memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.


Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka
berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh
kepada adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam
lembaran yang diberikan.

Pemerhatian :
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan

Markah

Peratus %

A (80 100)

25

B (60 - 79)

55

C (40 59)

20

D (20 39)

E (0 19)

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 100 dan tidak ada
seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.

Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis
perkataan berimbuhan yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid
juga menumpukan perhatian terhadap P & P .

Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat:


i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.
ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah
pisang
masak)
iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv. Perbincangan mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat
dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor
monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok
pisang)
v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti
perbincangan

Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid

Aktiviti

Bilangan murid

% pencapaian

Perbincangan

22

43.6

Membaca

26

56.4

Pemerhatian :
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu
bahan sebagai rangsangan.
Refleksi :
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan muridmurid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan
harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos
disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi
diubahkan kata dasar.
Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab
semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian
markah sebanyak 50 markah.

Bahagian A - Imbuhan awalan


Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.
Markah

Bilangan murid

A (80 100)

10

33.3

B (60 - 79)

15

50

C (40 59)

16.7

D (20 39)
E (0 19)

Refleksi :
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika
dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus
malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan:


Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan
yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul
merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah karangan.
Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid telah meningkat
selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan
prestasi yang amat baik.
Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
Pencapaian

Ujian pra

Ujian pos

Lulus

23 (76.6 %)

30 (100 %)

Gagal

7 (33.4 %)

Jumlah

30 (100 %)

30 (100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian
tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat
dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam penulisan
karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan
imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh
murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti P&P dengan
minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru
untuk difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk


menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam
struktur ayat. Saya bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan
pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan
namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan
menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan
kaedah imlak. Saya juga mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu
dibantu dengan aktiviti aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai media
seperti audiovisual yang menarik dan berkesan.
Posted by rostam hamzah at 23:51