Anda di halaman 1dari 5

1.

SOALAN 1

Menurut Kamus Dewan (1986), moral merujuk kepada ajaran atau pegangan berkenaan
baik buruk sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan dan lain-lain), sikap atau cara
berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Ianya
berasal dari bahasa latin iaitu moralitas yang bermaksud cara, perwatakan dan tingkah laku
yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan
berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar
dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Seseorang dikatakan memiliki tingkah laku yang
bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan
yang diterima.
Nilai moral di ambil daripada pelbagai sumber dalam konteks di Malaysia.
Jika di analisa daripada aspek falsafah, nilai moral itu adalah relatif iaitu
bergantung kepada pelbagai aspek dan boleh di lihat daripada beberapa
keadaan. Secara umumnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering
digunakan oleh individu dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai
instrumental (juga dikenali sebagai nilai ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai
subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute). Nilai
berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten
agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh
diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen
moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan
dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain. Nilai juga berfungsi
sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikan
konflik moral. Ini bermakna, walaupun dalam keadaan beberapa nilai
mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya
menyelesaikan

konflik

yang

dialami.

Ianya

bukan

hanya

sebagai

perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna


seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan
melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang

dihayati. Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction)


terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut
kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita dapat memahami dan
menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut
kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. Ianya dijadikan satu kepiawaian kepada apa
yang dilaksanakan serta membantu dalam menunjukan arah dan menjadi
penentu dan dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini
menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.
Seseorang mempunyai nilai instrumental sekiranya nilai tersebut dapat
mencapai sesuatu matlamat. Kualiti yang di terima atau di tolak sebagai
alat bagi mencapai sesuatu matlamat ini adalah instrumental. Misalnya,
kempen kitar semula bersifat instrumental kerana tujuannya adalah
mengurangkan bahan buangan di bumi ini dengan menggunakan semula
dan membuat bahan baru daripada bahan buangan tadi. Namun begitu,
matlamat

utamanya

ialah

mengurangkan

bahan

buangan

yang

mencemarkan alam sekitar. Contoh terbaik juga boleh di ambil dalam


persekitaran sekolah. Misalnya , seorang guru yang mendenda anak
muridnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya di pandang
dari aspek positif, tindakan mendenda oleh guru tersebut adalah untuk
meningkatkan

semangat

memajukan

diri

murid

tersebut

dan

mengharapkan kesannya murid tersebut akan meningkatkan prestasi


pada ujian yang akan datang. Sekaligus menepis perasaan benci terhadap
guru tersebut dan membolehkan murid tersebut berfikir secara baik
bahawa terdapat niat yang baik di atas dendaan tersebut.
Nilai kedua merujuk kepada nilai instrinsik. Nilai instrinsik

boleh

didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain
untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan
matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia
berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini merupakan

nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih
sayang, keadilan dan sebagainya. Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri,
antaranya

ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau

tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah


serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan. Seseorang
mempunyai nilai instrinsik sekiranya nilai tersebut wujud dalam diri
seseorang.

Sebagai

contoh,

seseorang

yang

mengamalkan

nilai

kebersihan akan menjaga kebersihan dimana sahaja dia berada. Individu


tersebut akan mencari tong sampah untuk membuang tin minuman
selepas minum ataupun membuang kulit pisang selepas makan walaupun
di sekitarnya sudah sedia berselerakkan dengan sampah sarap. Kualiti
yang diterima atau di tolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa
mengambil kira kesannya merujuk kepada nilai instrinsik. Selain itu,
antara contoh yang boleh di kaitkan dengan nilai instrinsik adalah seperti
situasi Cikgu Halim yang merupakan seorang guru kelas di dalam kelas 6
Hijau. Walaupun Cikgu Halim terlibat dalam menjadi pengadil dalam
pertandingan kelas terceria namun beliau tidak mengambil kesempatan
dalam memberi markah yang berat sebelah. Beliau memberi markah
berdasarkan penilaian yang adil tanpa di pengaruhi oleh mana-mana
pihak. Contoh ini dapat memberi gambaran supaya bertindak secara
saksama dan adil. Selain itu, antara contoh lain yang menggambarkan
nilai instrinsik adalah dalam situasi seperti berikut. Situasi dimana Rahimi
yang berada di pondok teksi ternampak seorang budak perempuan
sedang melarikan diri dari seseorang dan bersembunyi di belakang
sebatang pokok. Terdapat dua orang pemuda yang muncul dalam
keadaan

yang

perempuan

mencurigakan

tersebut.

Dalam

dan

bertanyakan

situasi

ini,

Rahimi

mengenai

budak

berbohong

dan

mengatakan bahawa budak perempuan itu sudah menaiki teksi beberapa


minit yang lalu. Tindakan Rahimi yang berbohong bagi menolong budak
perempuan

tersebut

memberikan

gambaran

pembohongan juga boleh membantu orang lain.

bahawa

kadang-kala

Nilai seterusnya adalah nilai objektif. Nilai objektif adalah nilai yang bebas
daripada pilihan peribadi. Ianya adalah nilai yang diterima atau ditolak
berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek
luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Nilai objektif berfungsi
bagi

menegaskan

mempunyai

bahawa

setiap

dan

kegunaan

bentuk

barangan

atau

tersendirinya.

objek

tersebut

Dengan

dapat

mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat


pertimbangan selanjutnya. Nilai objektif adalah sangat rigid dan tidak
boleh di nafikan kebenarannya. Misalnya, contoh terbaik berdasarkan nilai
ini adalah mereka yang melakukan kesalahan rasuah haruslah di kenakan
hukuman mahkamah. Situasi ini merupakan satu hala dan tidak ada
subjektiviti dalam isu rasuah yang di anggap hina oleh semua masyarakat
global. Contoh yang lain adalah berdasarkan isu perkauman yang
menyentuh sensitiviti sesuatu kaum. Isu mengenai sensitiviti mengenai
sesuatu kaum haruslah di elakkan bagi mengelakkan retaknya perpaduan
sesama anggota masyarakat. Contoh terbaik seperti peristiwa 13 Mei
yang

menyebabkan

pergaduhan

sesama

kaum.

Pergaduhan

sememangnya membawa kesan negatif dan harus di elakkan. Jadi ia


secara langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa
anak bangsa yang cintakan keamanan. Penderaan haiwan juga boleh di
jadikan

contoh

terbaik

di

mana

penderaan

haiwan

adalah

tidak

mencerminkan nilai perikemanusiaan. Haiwan juga perlu di jaga kebajikan


oleh orang yang membelanya. Akan tetapi, masih terdapat haiwan yang
di dera dan tidak di jaga dengan sempurna. Contoh ini menunjukkan
bahawa masyarakat boleh mengamalkan nilai moral dengan tidak
mengabaikan kebajikan pihak lain.
Nilai yang keempat adalah nilai mutlak. Nilai mutlak ialah nilai yang tidak
boleh di rasionalkan. Misalnya, nilai dari sebuah agama adalah nilai
mutlak. Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada
sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta

dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti samada ia baik
ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua
tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Nilai ini
berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang
individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah
niat baik dan betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini
juga berperanan untuk sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan
individu supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak
keterlaluan. Contoh terbaik adalah menghormati ibubapa adalah nilai
mutlak yang disyorkan oleh semua agama. Situasi hidup berkeluarga juga
memberikan gambaran positif kepada remaja bahawa hidup berkeluarga
yang sihat dapat mendatangkan keharmonian serta menjadi penyumbang
kepada

perpaduan

negara.

Justeru,

pengamalan

nilai

yang

baik

mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak yang lain. Selain itu,
contoh perbuatan membunuh tanpa sebab adalah perbuatan yang salah
dan tidak bermoral yang mana ia akan menjadi ingatan mendalam
kepada orang lain sepanjang masa dan dimana jua berada. Ini dapat
mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan harus mempunyai
batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa mendalamnya
terhadap tindakan yang dibuat kepada orang lain. Kesimpulannya di sini,
dapat dirumuskan bahawa

sesetengah nilai boleh berubah dalam

kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang


berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai
iaitu satu piawai yang konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik,
betul dan boleh diterima. Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa
yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.