Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,


Yang mulia tuan peneraju majlis, barisan para hakim yang sentiasa
berada di paksi kebenaran, penjaga masa yang begitu peka dengan
edaran jam, para guru dan seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi
sekalian.
Tersebut kisah satu cerita
Cerita bermula kisah derita
Sedihnya ibu kecewa hatinya
Kerana dihalau anak kandungnya
Pada hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk,
Si Tanggang Anak Derhaka
Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri
bernama Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak
lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin.
Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi.
Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang citacitanya. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar
berlabuh di muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang
pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta
untuk dijadikan anak kapalnya. Walaupun ibu dan bapanya keberatan
untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka terpaksa
mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula
setelah menjadi kaya. Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin
bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila
nakhoda menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang
baru. Dia bergelar Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan


namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga
sultan. Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan
Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat
dan negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai
kampung asal-usulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira.
Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang. Apabila tiba
di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang malu
melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggilmanggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali
mereka. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa
ibu bapanya sudah tiada. Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu
bapanya berdayung ke tebing sungai dengan perasaan sedih dan
kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan
berdoa :
Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa
akulah ibu kandungnya.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora
dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah
Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa
ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :
Ibuampunkan Tanggang ( 2 X )
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah
akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda Si Tanggang,
isterinya,

kapalnya dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu. Oleh
itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Cerita rakyat, cerita Malaysia,
Moga terhibur pelbagai bangsa;

Daun mengkudu biji selasih,


Sekian, terima kasih;

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai