Anda di halaman 1dari 30

1.

0 Instrument senarai semak(pentaksiran)


1.1 Instrumen Pentaksiran Kemahiran Asas Pengamatan Pendengaran
Nama murid
: ________________________________
Kelas
: _______________
Tarikh
: _______________
Tandakan ( ) jika murid telah menguasai.
Tandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai.

Kandungan

Pemerhatian

1.

Kemahiran Mendengar

Mendengar dengan penuh perhatian.

Mendengar dan mengecam bunyi


perkataan yang berbeza.

Mendengar dan mengecam kesamaan


bunyi perkataan.

2.

Kemahiran Bertutur

Berinteraksi dan mengecam

bunyi

perkataan yang berbeza.

Merangsang pertuturan melalui soal


jawab.

Melafazkan puisi dengan intonasi yang


betul.
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
|1

II

III

Ulasan

Melakonkan watak-watak mengikut situasi.

1.2 Instrumen Pentaksiran Kemahiran Asas Pengamatan Pendengaran


Nama murid
: ___________________________________
Kelas
: _____________
Tandakan ( ) jika murid telah menguasai

Tandakan

( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai

HASIL PEMBELAJARAN

Ulasan/Tarikh

Ulasan/Tarikh

KEMAHIRAN BERTUTUR

Berbual
menggunakan
bahasa yang
mudah dengan
sebutan yang
betul

Berinteraksi
secara sopan
dan
bertatasusila

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


|2

Ulasan/Tarikh

Mengikut giliran

1.3 Instrumen Pentaksiran Kemahiran Asas Pengamatan Pendengaran


Kelas : _______________________
Tarikh: _______________
Tandakan ( ) jika murid telah menguasai
Tandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai

BIL

NAMA

KEMAHIRAN

PETUNJUK KEMAHIRAN

MURID
1

1.

1. Memberi respons bila


disoal.
2. Mematuhi arahan

2.

secara bertatasusila
3. Menyoal untuk

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


|3

3.

mendapatkan
maklumat
4. Mendengar pesanan
dan

4.

menyampaikannya
dengan menggunakan
perkataan sendiri
5.
5. Bercerita
berpandukan gambar

6.

7.

1.4 Instrumen Pentaksiran Lisan


Nama
: __________________________________
Kelas
: _________________
Tarikh
: _________________
Tandakan ( ) pada kotak skala berdasarkan keupayaan murid.
Skala
: 1 Lemah
2 Sederhana 3 Baik 4 Sangat baik

Bil

Perkara Yang Dinilai

Guru meminta murid menyebut nama sendiri

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


|4

Guru meminta murid menyebut nama ibu

Guru meminta murid menyebut nama bapa

Guru bertanyakan jantina murid

Guru meminta murid menyebut nama guru yang


dikenali

Guru meminta murid menyebut nama kawan yang


dikenali

Guru menyoal cara murid datang ke sekolah

Guru meminta murid menyebut nama sekolah

Tahap
Kemahiran
Skor
9
Guru bertanyakan makanan kegemaran murid
Sangat baik
10 Guru bertanyakan permainan kegemaran murid
Baik

Sederhana

Lemah

Jumlah
1.5 Instrument
Pengamatan
Nama:
Kelas:
Tarikh:
Tandakan ( )
menguasai.

Jumlah

Pentaksiran Kemahiran Asas

markah

Penglihatan

40

Cemerlang

35 hingga 39

Baik

jika murid belum


PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
25 hingga 38
Memuaskan
|5
1 hinga 37

Lemah

_________________________
___________________
__________________
pada kotak ya jika murid telah
Tandakan ( ) pada kotak tidak
menguasai.

Bil

Aktiviti

1.

Mendiskriminasikan objek mengikut saiz .


-

2.

Tinggi/rendah

Mendiskriminasikan objek mengikut bentuk


-

5.

Panjang/ pendek

Mendiskriminasikan objek mengikut saiz .


-

4.

Besar/kecil

Mendiskriminasikan objek mengikut saiz .


-

3.

Ya

Bentuk yang sama

Mendiskriminasikan objek mengikut bentuk.


-

Bentuk yang tidak sama

6.

Mendiskriminasikan objek mengikut warna

7.

Mengecam objek atau gambar yang sama

8.

Mengingatkan kembali urutan objek atau gambar.

9.

Melengkapkan lukisan/gambar/titik.

10.

Mencari gambar atau objek yang tersembunyi.

11.

Mencari jalan keluar.

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


|6

Tidak

12.

Mengumpulkan kumpulan objek yang sama banyak.

13.

Menyambung titik titik pada gambar.

14.

Menekap, meniru bentuk.


-

15.

Menekap, meniru bentuk.


-

16.

Suku kata

Menekap, meniru bentuk.


-

17.

Huruf,

Perkataan

Menulis dan menyalin huruf, sukukata, perkataan secara


terkawal.

18.

Menyalin dan menulis ayat mudah.

Kemahiran

Tahap

Skor

/ - menguasai

X Tidak menguasai
Jumlah
markah

18

Cemerlang

14 hingga 17

Baik

9 hingga
13Pendidikan
Memuaskan
PKB 3113 Isu dan Trenda
dalam
Khas
|7
1 hinga 8

Lemah

3.6 Instrumen Pentaksiran Kemahiran Asas Pengamatan Sensori

Nama
: ___________________________________
Kelas
: ____________________
Tarikh
: ____________________
Tandakan ( ) pada kotak ya jika murid telah menguasai.
Tandakan ( ) pada kotak tidak jika murid belum menguasai.
Skala:
1- menguasai
0 tidak menguasai

Bi
l
1.
2.

3.

Perkara
1.0 Melakukan pergerakan kemahiran motor halus
tanpa menggunakan bahan.
2.0 Melakukan pergerakan motor halus dengan
menggunakan bahan.
2.2 Mencubit
2.3 Merenyuk
2.4 Meramas
2.5 Menggentel
2.6 Mencebis/mengoyak
2.7 Memicit
2.8 Melipat
2.9 Menguli
2.10 Menyentuh permukaan objek
3.0 Melakukan pergerakan kemahiran motor halus
melalui peralatan
3.1 Menampal
3.2 Menggunting
3.3 Menyusun bongkah
3.3 Memasang dan mencantum bongkah
3.4 Membuka bongkah
3.5 Mencantum kad cantuman
3.6 Memutar
3.7 Memasukkan guli ke dalam pelbagai saiz
3.8 Memasukkan bentul ke dalam acuan
3.9 Menyusun manik
3.10 Mencucuk benang
3.11 Memotong bahan dengan peralatan
3.12 Membuka dan memasang alatan /komponen

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


|8

Ya

Tidak

Skor:
Kemahiran
Skor
Ya - menguasai
Tahap
Tidak - tidak menguasai
Jumlah
markah

25

Cemerlang

19 hingga 24

Baik

12 hingga 18

Memuaskan

1 hinga 11

Lemah

1.7 Instrumen Pentaksiran Kemahiran Tingkah Laku Dan Sosial


PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
|9

Nama
: ___________________________________
Kelas
: ____________________
Tarikh
: ____________________
Tandakan ( ) pada kotak ya jika murid berkelakuan demikian.
Tandakan () pada kotak tidak jika murid tidak berkelakuan demikian.

Bil

Perkara yang dinilai

Merosakkan harta benda sendiri.

Mencederakan diri sendiri.

Bergaduh dengan rakan

Tidak memberi kerjasama dalam kumpulan

Kerap bercakap perkara yang tidak berfaedah.

Berbahasa kasar.

Kerap mengambil barang tanpa kebenaran.

Tahap
8
Merosakkan
harta benda orang lain.
Kemahiran
Skor

Ya

Tidak10

Mencederakan diri orang lain.

Tidak mengikut arahan guru.


Jumlah
markah

10

Cemerlang

7 hingga 9

Baik

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


4 hingga 6
Memuaskan
| 10
1 hinga 3

Lemah

Ya

Tidak

1.8 Instrument Pentaksiran Kemahiran Tingkah Laku Dan Sosial


Nama
:____________________________
Kelas
: ___________
Tarikh
:___________
Tandakan ( ) pada kotak ya jika murid berkelakuan demikian.
Tandakan () pada kotak tidak jika murid tidak berkelakuan demikian.

Bil

Perkara yang dinilai

Bertindakbalas terhadap senyuman guru

Menjawab salam/ucap selamat guru

Menjawab ucapan terima kasih

Memberitahu guru sebelum keluar kelas

Ya

Memberi tumpuan ketika guru sedang bercakap


secara individu

Memberi tindakbalas apabila dipuji oleh guru

Mudah bergaul dengan rakan sebaya

Berkongsi alat tulis dengan rakan

Membantu guru tanpa arahan


Jumlah

10

Tahap

markahtanpa bantuan
Menggunakan tandas

Kemahiran

10
Skor

Cemerlang

7 hingga 9

Baik

Ya
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
4 hingga 6
Memuaskan
| 11
Tidak
1 hinga 3

Lemah

Tidak

1.9 Instrument Pentaksiran Kemahiran Tingkah Laku Dan Sosial


Nama
: ________________________________
Kelas
: ______________
Tarikh
: ______________
Tandakan ( ) pada kotak ya jika murid berkelakuan demikian.
Tandakan () pada kotak tidak jika murid tidak berkelakuan demikian.

Bil

Perkara yang dinilai

Ya

Murid suka mengasingkan diri.

Murid suka berkhayal ketika guru sedang mengajar.

Murid suka mengganggu rakan di dalam dan luar kelas.

Selalu ketawa tanpa sebab.

Selalu mengadu untuk menarik perhatian.


Tahap
Kemahiran
Skor
6 Mudah mengamuk tanpa sebab.
Ya
7

Kerap membuat bising.

Kerap memeluk tanpa sebab.


Jumlah

Tidak

markah
Kerap menangis dalam kelas.

10

10
Cemerlang
Membuat perlakuan tidak senonoh.
7 hingga 9

Baik

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


4 hingga 6
Memuaskan
| 12
1 hinga 3

Lemah

Tidak

1.10 Instrumen Pentaksiran Kemahiran Sosial Dan Tingkah Laku


NAMA : ______________________ TARIKH : ____________________
Kelas : ____________________
Tandakan ( ) pada kotak ya jika murid berkelakuan demikian.
Tandakan () pada kotak tidak jika murid tidak berkelakuan demikian.

Bil

Pengujian

1.

Kemahiran di bilik darjah

Ya

a) Mendengar dan mematuhi


arahan
b) Berkelakuan sopan dan
menghindari gangguan
c) Mudah meminta bantuan dari
rakan
d) Memberi sumbangan dalam
perbincangan
e) Membuat keputusan
f)

Pengendalian konflik

g) Membina kemahiran akademik


h) Melaksanakan tugasan yang
diberi
i)

Bertanggungjawab atas tingkah

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 13

Tidak

Catatan

laku sendiri

2.

Menghadapi perasaan

a) Mengetahui perasaan sendiri


b) Meluahkan perasaan diri
c) Memahami perasaan orang lain
d) Menguruskan kemarahan diri
sendiri

e) Mengatasi perasaan takut dan


malu

f) Menghargai diri sendiri


3.

Menjadi asertif

a) Menunjukkan kemesraan
b) Menggunakan hubungan mata
yang baik

c) Bercakap dengan tenang dan


jelas

d) Membuat permohonan secara


terus dan jelas

e) Luahkan perasaan dan fikiran


dengan empati

f) Katakan "tidak" kepada apa


yang tidak ingini

g) Menumpukan perhatian dengan


PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 14

apa yang ingin diubah

h) Elakkan menuduh dan


menyalahkan orang lain

i) Beri maklum balas dengan


tenang dan rasa hormat

j) Tidak bersangka buruk


4.

Berinteraksi secara positif

a) Ambil inisiatif untuk membantu


orang lain

b) Mendekati orang lain dengan


cara yang boleh diterima

c) Mendapatkan kebenaran
daripada mendesak rakan

d) Belajar untuk mendapat dan


menghargai sesuatu

e) mengekalkan persahabatan
f) Berkongsi bahan/permainan

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 15

5.

Pengendalian konflik

a) Boleh mengawal emosi diri


b) Jauhkan diri dari situasi yang
boleh menimbulkan kemarahan

c) Luahkan perasaan anda secara


asertif

d) Beritahu rakan bagaimana


perasaan diri ketika itu
(contohnya : Saya sangat sedih
ketika ini)

e) Benarkan orang lain memberi


maklum balas ( Dengar.
Dengar. Dengar)

f) Berbincang tentang alternatif


lain untuk menyelesaikan
konflik tersebut

g) Teruskan untuk berbincang


Kemahiran

dengan tenang
Skor

Tahap

Ya

Tidak
Jumlah
markah
Terdapat

37 hingga 38

Cemerlang

elektronik
dimuatkan dalam

instrumen senarai semak


disediakan dalam perisian excel

30 hingga 36

Baik

lampiran.
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
23 hingga 29
Memuaskan
| 16
1 hinga 22

Lemah

cakera padat di bahagian

8.11 Pentaksiran berbentuk kerja rumah


Tandakan ( ) jika anda bersetuju
Tandakan ( X) jika anta tidak bersetuju

NAMA :
UMUR :
Adakah anda bersetuju melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berbentuk kerja
rumah?
YA

Catatan

TIDAK

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2.0 Pengenalan Kepada Pentaksiran Pendidikan Khas


PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 17

Pentaksiran dalam pendidikan khas bermaksud memberi maklumat dan gambaran


tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis,
mengira dan sebagainya. Dengan cara itu, guru dapat mengesan punca masalah yang
dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang
sesuai mengikut tahap kebolehan murid.
Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan
meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan
standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga
memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa
untuk mentaksir kebolehan dan pemahamannya. Matlamat keseluruhan pentaksiran
ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu
bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki
kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah
mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.
Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid
dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan
data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan
beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut
menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk
penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Pentaksiran boleh

dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek,
portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang
diperlukan.
3.0 Objektif Pentaksiran
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam beberapa perkara. Antaranya ialah
mengesan

perkembangan murid secara menyeluruh. Selain itu, mengenal pasti

pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan
murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Merangsang aktiviti mengikut
keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Mengesan keberkesanan pengajaran
dan mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 18

4.0 Kepentingan pentaksiran dan penilaian.


Kepentingan pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan khas adalah untuk
mengenalpasti masalah murid. Pentaksiran dan penilaian ini dapat mengesan murid
sama ada dapat menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bacaan dan mengira.
Dengan ini, guru dapat mengesan punca kelemahan murid dan kekuatan muri. Selain
itu, dengan adanya pentaksiran dan penilaian, guru dapat mengesan murid yang
berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan segera.
Selain itu, kepentingan pentaksiran dan penilaian ini membantu penempatan
seseorang murid di dalam kelas pendidikan khas. Pentaksiran dan penilaian
membolehkan guru mengetahui tahap pencapaian murid dalam pelajaran dan hal ini
membantu guru untuk menempatkan murid di dalam kelas yang sesuai dengan tahap
murid. Penempatan yang sesuai penting untuk murid supaya dapat membantu mereka
mendapat perkhidmatan yang khusus.
Pemilihan strategi pemulihan juga merupakan salah satu kepentingan dalam
pentaksiran dan penilaian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti
menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai
kemahiran. Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif
pembelajaran serta menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik
untuk belajar bahasa juga harus difikirkan oleh guru. Apabila mereka telah diajar
sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang
mengingati sesuatu kemahiran.
5.0 Kajian
5.1 Tujuan Kajian
Objektif kajian ini pada dasarnya ialah bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan
pentaksiran berbentuk kerja rumah dijalankan kepada murid pendidikan khas.
5.2 Lokasi Kajian
Lokasi kajian ini dijalankan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di
Sekolah Kebangsaan Tasik Damai, Ipoh Perak. Sampel kajian (murid yang terlibat) adalah
murid Tahun 2 Brilliant.

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 19

5.3 Sasaran Kajian


Sasaran atau sample kajian yang dijalankan kaji selidik ialah melibatkan 9 orang murid
bermasalah pembelajaran yang menjalani pembelajaran di kelas Pendidikan Khas Tahun 2
Brilliant SK Tasik Damai. Murid-murid di dalam kelas ini datangnya dari pelbagai latar
belakang yang berbeza dan masalah pembelajaran yang berbeza. 6 orang murid
mempunyai masalah pembelajaran manakala yang lain pula mempunyai masalah Sindrom
Down, Epilepsi dan Autisme.
5.4 Instrumen Kajian
Bagi mengenalpasti masalah dengan lebih jelas dan terperinci, saya telah menggunakan
beberapa instrumen yang difikirkan sesuai dalam usaha mengumpulkan data dan maklumat
dengan tepat dan lengkap seperti di bawah :.
5.4.1

Pemerhatian

Proses pengumpulan data diteruskan dengan pemerhatian jangka pendek yang telah saya
lakukan sepanjang berada di dalam kelas tersebut. Instrumen pemerhatian ini sangat
penting dalam mengkaji perubahan tingkahlaku sampel semasa mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan. Dapatan pemerhatian ini dapat direkodkan untuk
mengenal pasti corak perubahan sikap dan tingkahlaku sampel semasa bersama guru untuk
dijadikan sumber penelitian yang akan ditekankan nanti.
5.4.2

Temubual

Data pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan instrumen temubual yang dijalankan
melibatkan guru-guru kelas khas sample bagi mendapatkan bayangan sebenar berkenaan
keberkesanan pentaksiran berbentuk kerja rumah. Pemilihan instrumen temubual ini dibuat
berasaskan usaha mengumpulkan maklumat secara terperinci khasnya bagi individu yang
sudah mengenali sample dengan tempoh yang lama dan sebagai sumber yang rapat
dengannya.
6.0 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Di dalam kelas Pendidikan Khas, pelbagai jenis pentaksiran dapat dijalankan oleh guru.
Antaranya ialah ujian bulanan, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, peperiksaan
percubaan, kuiz dalam kelas, kerja rumah, projek, soal selidik, amali, pemerhatian dan
sebagainya. Kesemua ujian ini perlu dilihat kepada kesesuaian dan keperluan murid-murid
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 20

khas terlebih dahulu. Sebagai contoh, guru perlu melihat kepada sukatan pelajaran dan
objektif pengajaran sebelum membentuk ujian bulanan atau lain-lain. Hal ini bermaksud
guru perlu meneliti keupayaan dan tahap perkembangan murid-murid terlebih dahulu
sebelum membentuk pentaksiran khas baginya.
Saya telah menjalankan kajian terhadap murid-murid Pendidikan Khas di Sekolah
Tasik Damai baru-baru ini.

Kajian tersebut meliputi sebuah kelas yang mengandungi 9

orang murid yang kini berumur antara 8 tahun hingga 12 tahun. Sepanjang praktikum kali
ini, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia KSSR
Tahun 2 sebanyak 4 jam seminggu, Matematik KSSR Tahun 2 sebanyak 2 jam seminggu
dan Pendidikan Jasmani sebanyak 2 jam bagi kelas 2 Brilliant. Melihat kepada kemampuan
mereka, saya telah memilih untuk menjalankan jenis pentaksiran berbentuk kerja rumah
sebagai bahan utama kajian ini. Kajian tersebut dijalankan dalam tempoh 2 minggu.
Pelbagai hasil dapatan dapat saya kumpulkan sepanjang tempoh tersebut.
Menurut Kamus Dewan 2005, kerja merupakan kata nama yang bermaksud
pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, usaha, urusan, kegiatan. Manakala rumah
bermaksud binaan untuk tempat tinggal. Oleh itu, kerja rumah dapat disimpulkan sebagai
kerja atau tugas yang diberi oleh guru untuk murid selesaikannya di luar bilik darjah seperti
rumah. Melalui pengalaman saya, guru aliran perdana sering memberi murid-murid kerja
untuk murid siapkan di rumah ketika cuti atau sebagai latihan pengukuhan. Namun berbeza
dengan murid-murid pendidikan khas, guru jarang dan kadangkala tidak memberi kerja
rumah langsung kepada mereka ketika cuti. Semua kerja atau lembaran kerja akan
disiapkan di sekolah dan terus dinilai perkembangannya melalui hasil kerja tersebut.
Oleh itu, saya telah memberi kerja rumah kepada murid-murid khas tersebut untuk
disiapkan di rumah sebagai aktiviti pengukuhan kepada mereka selepas pengajaran di
dalam kelas dijalankan. Saya ingin melihat sejauh mana tahap keberkesanan pentaksiran
begitu kepada murid-murid khas. Saya memilih pentaksiran tersebut kerana sepanjang
praktikum selama 2 bulan di sekolah ini, tumpuan pengajaran saya tertumpu kepada kelas
ini sahaja kerana saya ditugaskan mengajar 3 subjek bagi kelas ini. Oleh itu, mudah untuk
saya melaksanakan pentaksiran kepada mereka melalui kerja rumah. Pada kajian saya
selama 2 minggu, saya akan memberi kerja rumah tersebut pada hari selasa dan apabila
pada hari khamis, mereka diminta untuk memulangkan semula kerja tersebut. Fokus
pentaksiran kajian saya tertumpu kepada kerja rumah Bahasa Malaysia kerana saya
mempunyai masa mengajar pada hari selasa, khamis dan jumaat. Oleh itu, saya memberi

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 21

masa kepada murid saya menyiapkan lembaran kerja di rumah pada hari selasa dan
mereka diminta untuk memulangkan lembaran kerja tersebut pada hari khamis.
7.0 Isu/masalah yang timbul ketika menjalankan kajian
Pada awalnya, saya dapat merasakan pentaksiran kerja rumah sesuai juga diterapkan
kepada murid-murid khas sepertimana murid-murid aliran perdana. Hal ini kerana melalui
pentaksiran sebegini, ibu bapa boleh memantau proses pengajaran dan pembelajaran murid
di sekolah. Mereka boleh membantu dan melihat perkembangan murid dari semasa ke
semasa. Malahan, secara langsung ibu bapa akan turut terlibat membantu dalam proses
perkembangan murid. Dengan ini, guru dan ibu bapa boleh saling bekerjasama dan tidak
hanya meletakkan bebanan mengajar murid di atas bahu guru sahaja.
Kesannya perhubungan ibu bapa dan guru akan menjadi rapat. Bila-bila masa
sahaja mereka akan saling berhubung di dalam atau luar sekolah mengenai masalah
pembelajaran bagi subjek tertentu yang dihadapi oleh mereka mengenai murid-murid
tersebut. Segala maklumat murid dapat dikumpul di rumah dan sekolah. Secara tidak
langsung perkara ini dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa
berjalan dalam dua situasi yang berbeza tidak hanya di sekolah sahaja tetapi pembelajaran
murid-murid ini berlaku di rumah dengan bantuan ibu bapa. Pembentukan Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) akan lebih mudah setelah wujudnya ikatan perhubungan yang
mesra antara ibu bapa dan guru.
Pada hari selasa 19 Ogos 2014, saya telah memberi kerja rumah kepada murid
Tahun 2 Brilliant. Pentaksiran yang saya gunakan berbentuk akademik iaitu Bahasa
Malaysia Tahun 2 KSSR. Selalunya lembaran kerja yang saya beri perlu disiapkan di kelas
pada hari yang sama. Namun pada hari tersebut, langkah Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) tidak dapat dihabiskan sehingga langkah penutup. Hal ini kerana murid-murid lambat
masuk ke kelas setelah rehat. Jadi masa pengajaran dan pembelajaran dari 60 minit
menjadi 40 minit. Untuk memastikan murid mendapat isi pengajaran hari tersebut, saya
telah memberi mereka kerja rumah dan perlu dihantar kembali kepada saya pada hari
khamis minggu yang sama.
Pada

awalnya,

saya

menganggap

tiada

masalah

akan

timbul

sekiranya

menggunakan pentaksiran kerja rumah. Namun pada hari Khamis tersebut. hanya seorang
murid sahaja yang menghantar tugasan kerja rumah tersebut. Apabila disoal sebab mereka
tidak dapat menghantar tugasan tersebut, mereka hanya mampu menggelengkan kepala
dan mengatakan terlupa. Malahan ada yang meninggalkan kertas tersebut dalam laci meja
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 22

dan terdapat juga murid memberitahu saya bahawa mereka tidak tahu di mana letaknya
lembaran kerja tersebut. Hal ini berlaku kerana murid hanya memasukkan lembaran kerja
untuk disiapkan di rumah di dalam beg tanpa membukanya di rumah.
Selain itu, isu yang timbul dari pelaksanaan kerja rumah ialah tempoh masa. Muridmurid khas selalunya mempunyai masalah mengingati sesuatu dalam tempoh masa yang
panjang. Oleh itu apabila kerja rumah diberi, mereka akan mengalami kesukaran untuk
menyelesaikan kerja rumah tersebut ataupun mereka terlupa bahawa mereka mempunyai
lembaran kerja yang perlu disiapkan semasa berada di rumah. Apabila mereka keliru dan
tidak memahami soalan maka mereka akan berasa bosan dan berputus asa untuk
melakukannya lagi. Berbeza pula dengan pentaksiran yang diberi selepas proses
pengajaran dan pembelajaran di mana mereka mendapat bimbingan sepenuhnya daripada
guru mata pelajaran.
Ada juga kerja rumah yang diberi dibuat oleh ahli keluarga murid-murid khas.
Keadaan ini membantutkan perkembangan murid-murid khas. Seharusnya keluarga
tersebut membantu sedaya mungkin dan memberi bimbingan ketika murid khas menyiapkan
kerja rumah mereka. Mungkin mereka merasakan kerja rumah tersebut akan dinilai dengan
sistem pemarkahan, maka mereka tidak mahu anak mereka dianggap tidak pandai atau
lembab. Keadaan sebegini hanya akan menyulitkan guru-guru untuk menilai tahap
perkembangan dan keupayaan murid khas dalam item-item pentaksiran yang telah
ditetapkan.
Malahan, kehadiran murid juga memainkan peranan penting. Apabila murid tidak
hadir semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan
mempelajari tajuk pelajaran pada hari tersebut. Kesannya, murid tidak akan dapat
menyelesaikan kerja rumah yang disimpan untuk mereka lakukan kemudian. Perkara ini
akan menyulitkan tugas guru di mana setiap hasil kerja murid akan diletakkan mengikut item
pentaksiran di dalam fail khas murid secara individu. Perkara ini boleh dipersoal oleh pihak
atasan dan juga ibu bapa. Malahan, item yang dibentuk dalam pentaksiran mengikut tahap
perkembangan dan perlu diikuti untuk mendapatkan keselarasan standard.
Walaupun guru bertanggungjawab dalam memberikan pelbagai ilmu kepada muridmurid, namun tanggungjawab ini perlu dipikul bersama-sama ibu bapa. Hal ini kerana muridmurid khas tidak hanya berada di sekolah tetapi turut menghabiskan masa di rumah. Bagi
tujuan ini, satu kerjasama yang melibatkan ibu bapa dan guru amatlah perlu untuk
kepentingan murid. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan
berterusan agar mereka dapat memperolehi sesuatu dan dapat mengadaptasi diri dalam
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 23

pelbagai situasi dengan bimbingan orang-orang yang terdekat. Mungkin kerja rumah yang
diberi oleh guru sukar difahami oleh murid tetapi apabila di rumah, mereka dapat
bertanyakan soalan kepada keluarganya. Hanya dengan kerjasama begini pentaksiran jenis
kerja rumah dapat dijayakan. Tetapi semasa kajian, perkara ini tidak dilaksanakan.
Kebanyakan ibu bapa hanya memberi peluang murid untuk bermain tetapi tidak
mengendahkan soal kerja rumah kerana beranggapan anak mereka tidak mampu
melakukannya dan sudah menjadi kebiasaan bahawa guru tidak memberi kerja rumah.
Selain daripada itu, kemudahan yang kurang semasa melakukan kerja rumah juga
menimbulkan masalah. Hal ini kerana kebanyakan murid khas di situ tidak mempunyai alat
tulis yang lengkap. Setiap guru yang memasuki kelas, mereka perlu membawa alat tulis
untuk diberi kepada murid khas ketika ingin melakukan lembaran kerja. Tidak mustahil,
murid khas tidak dapat menyiapkan kerja rumah disebabkan ketiadaan alat tulis yang
lengkap di rumah.
8.0 Hasil Ujian
Daripada kajian yang saya lakukan, jenis pentaksiran berbentuk kerja rumah bagus dan
sesuai untuk dijalankan kepada murid-murid Pendidikan Khas. Pentaksiran ini dapat
memastikan kerjasama dua hala daripada ibu bapa dan guru. Dengan cara inilah, kerjasama
erat dan mesra dapat dijalin serta dapat memudahkan pemantauan perkembangan muridmurid khas secara berkesan. Selain itu, perkara ini dapat membuang paradigma orang
ramai yang mengatakan bahawa hanya guru bertanggungjawab memberi ilmu sedangkan
ibu bapa juga mempunyai peranan dalam mendidik dan membimbing murid-murid khas.
Malahan kedua-dua pihak dapat memantau perkembangan murid secara berterusan dan
boleh merancang aktiviti intervensi seterusnya mengikut keperluan dan tahap keupayaan
murid tersebut. Ibu bapa dan guru juga akan saling berkongsi serta bertukar-tukar maklumat
melalui pemerhatian yang dibuat ke atas anak mereka. Dengan ini, ianya memudahkan guru
untuk menentukan intervensi dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang tepat dan
betul.
Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa orang murid tidak mengambil peduli
apabila diberikan lembaran kerja untuk disiapkan dirumah dan hanya meletakkan lembaran
kerja di atas meja dan terdapat juga murid yang meletakkan lembaran kerja di dalam laci
meja. Keadaan ini menyulitkan saya untuk memberi mereka lembaran kerja untuk dibawa
pulang dan disiapkan di rumah. Oleh itu, saya mencadangkan agar sekolah meminta ibu
bapa untuk menyediakan fail kotak untuk anak mereka. Dengan adanya fail kotak ini, setiap
surat atau kerja rumah dapat diletakkan ke dalamnya. Hal ini dapat mengelakkan surat atau
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 24

lembaran kerja rumah yang diberikan oleh guru hilang. Tambahan lagi, guru perlu
memberitahu ibu bapa untuk sentiasa memeriksa fail kotak tersebut kerana semua informasi
dan kerja rumah ada diletakkan di dalamnya dan ibu bapa diminta untuk sentiasa memantau
perkembangan anak mereka. Cara ini juga dapat mengatasi masalah ibu bapa tidak
mendapat maklumat mengenai aktiviti sekolah atau anak mereka kerana kadangkala surat
yang diberi kepada murid khas hilang atau tercicir.
Mungkin kerja rumah tidak sesuai dengan kemampuan murid untuk menyiapkannya
secara bersendirian. Hal ini kerana murid memerlukan bimbingan dalam memahami
kehendak soalan dan bagaimana untuk menyiapkannya. Oleh itu, bimbingan dan galakan
dari ibu bapa secara berterusan penting ketika di rumah. Ibu bapa harus meluangkan masa
selama sejam atau lebih untuk membantu dan membimbing anak-anak mereka ketika
mereka menyiapkan kerja rumah. Ibu bapa perlu memberikan tumpuan kepada mereka agar
mereka mendapat motivasi dan galakan untuk meneruskan pembelajaran tanpa ada rasa
berputus asa dan tidak hanya bergantung kepada pembelajaran yang berlangsung di
sekolah sahaja. Kesannya mereka akan lebih seronok ketika mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran di rumah mahupun di sekolah.
Setiap murid perlu mempunyai alat tulis yang lengkap untuk memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun berbeza bagi murid-murid khas yang saya kaji.
Mereka tidak mempunyai alat tulis yang lengkap. Keadaan ini menyukarkan murid tersebut
untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi. Mungkin ibu bapa perlu sedar tentang
kepentingan alat tulis sebagai galakan murid untuk menyiapkan kerja rumah. Mereka akan
lebih bersemangat jika alat tulis tersebut menggunakan tema kartun kanak-kanak yang
mereka suka. Hal ini terbukti apabila saya memberi hadiah berbentuk kelengkapan alat tulis
Ben-10. Mereka saling berebut-rebut untuk menjawab soalan untuk mendapatkan hadiah
tersebut. Perkara ini boleh dijadikan sebagai motivasi entrinsik kepada murid-murid khas
dan sebagai token ganjaran.
Bagi mendapatkan kerjasama ibu bapa yang padu, sekolah boleh membuat majlis
bersama ibu bapa murid-murid khas sebulan sekali. Dalam majlis ini, ibu bapa dan guru
bolehlah

berkongsi

permasalahan

dan

bersama-sama

mengembleng

idea

untuk

menyelesaikannya. Dengan ini semua ibu bapa dan guru akan mendapat ilmu bersama dan
akan lebih mahir dalam menangani masalah anak masing-masing. Hal ini kerana seringkali
berlaku pencanggahan pendapat dari segi tingkah laku murid. Ada murid yang suka
membuli dan berkelakuan negatif di sekolah tetapi tidak ketika berada rumah. Kesannya

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 25

kedua-dua pihak akan saling memahami serta bantu-membantu dalam meningkatkan


perkembangan dan tahap keupayaan murid-murid khas.
9.0 Perbincangan dengan guru
Bagi melihat sejauhmana guru bersetuju untuk menjalankan pentaksiran berbentuk kerja
rumah, saya telah mengadakan kaji selidik untuk setiap guru di Program Pendidikan Khas
Integrasi Sekolah Kebangsaan Tasik Damai, Ipoh Perak. Kaji selidik ini diedarkan kepada
setiap guru pada hari Rabu bersamaan 20 Ogos 2014 yang lepas. Guru-guru diminta untuk
menyatakan persetujuan atau tidak setuju dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan
sekolah berbentuk kerja rumah. Borang yang dibuat adalah seperti berikut :-

NAMA :
UMUR :
Adakah anda bersetuju melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berbentuk kerja
rumah?
YA

TIDAK

Catatan :
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Hasil daripada survey tersebut, dapat disimpulkan bahawa majoriti guru iaitu
sebanyak 7 orang daripada 9 orang tidak bersetuju dengan pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah menggunakan kerja rumah. Hal ini kerana banyak masalah akan timbul
apabila menggunakan kaedah ini. Mereka mengatakan bahawa pada awal dahulu, mereka
pernah menggunakan kaedah ini tetapi guru tidak dapat membuat penilaian secara telus
atas beberapa sebab.

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 26

10.0 Keputusan kaji selidik keberkesanan pentaksiran berbentuk kerja rumah

Ya

2 orang

Tidak

7 orang

JUMLAH

9 Orang

HASIL KAJI SELIDIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK DAMAI, IPOH PERAK

20%

YA
TIDAK

80%

Rajah : Hasil kaji selidik keberkesanan pentaksiran berbentuk kerja rumah


Melalui perbincangan bersama guru, banyak isu/masalah yang timbul semasa
mereka menjalankan pentaksiran kerja rumah. Antaranya guru sukar untuk mendapatkan
kembali kerja rumah yang diberi. Acapkali guru mendengar alas alasan daripada murid yang
mengatakan bahawa kerja rumah mereka hilang dan terdapat juga segelintir murid
menyatakan mereka terlupa. Kadangkali guru menjumpai kerja rumah yang diberi di atas
lantai kelas tersebut. Maka sejak hari tersebut, guru tersebut membuat keputusan untuk
menyiapkan lembaran kerja sambil dibimbing oleh guru di dalam kelas.
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 27

Selain itu, ada juga kerja rumah yang dibuat oleh ahli keluarga murid tersebut.
Perkara ini dikesan oleh guru apabila melihat kerja rumah tersebut sangat kemas tulisannya
sedangkan murid tersebut masih tidak mampu untuk menulis sebegitu. Keadaan ini hanya
akan membuang masa kerana pencapaian murid sebenar tidak dapat dilihat oleh guru.
Walaupun murid tersebut menyiapkan kerja tersebut dan mengandungi banyak kesalahan
tetapi melalui kesalahan-kesalahan inilah guru boleh menjalankan intervensi untuk
membantu murid tersebut. Jika tidak guru tidak dapat mengesan dan mengenalpasti
kelemahan utama murid dan hanya membiarkan begitu sahaja tanpa intervensi untuk
meningkatkan keupayaan murid.
Murid-murid khas sangat memerlukan bimbingan dalam melakukan kerja rumah.
Guru-guru mempunyai kepakaran untuk membimbing murid menggunakan pelbagai strategi,
kaedah dan teknik. Namun, jika kerja rumah diberi murid tidak akan mendapat bimbingan
yang secukupnya. Hal ini kerana murid-murid datangnya dari pelbagai latar belakang yang
berbeza. Hal ini merugikan guru di mana mereka tidak dapat melihat tahap perkembangan
dan tingkah laku murid ketika menjalankan kerja rumah tersebut. Malahan, guru tersebut
mengatakan walaupun tiada penglibatan antara ibu bapa dan guru mengenai lembaran kerja
murid tetapi guru dan ibu bapa boleh sahaja berbincang mengenai tahap perkembangan
murid ketika sesi perjumpaan ibu bapa dan guru. Melalui kolaborasi sebegini juga ibu bapa
akan mengetahui tahap perkembangan murid secara keseluruhan. Oleh yang demikian,
ramai guru memilih untuk memberi pentaksiran semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Dengan cara ini, guru akan dapat menilai perkembangan serta
melihat sejauhmana murid memahami tajuk pelajaran pada hari tersebut. Sebaliknya jika
guru menggunakan pentaksiran berbentuk kerja rumah, guru tidak mengetahui bilakah
murid akan cuba menyiapkan kerja rumah tersebut dan ibu bapa terpaksa mengajar semula
secara keseluruhan jika murid lupa mengenai proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Bagi guru yang menyokong pelaksanaan pentaksiran kerja rumah, beliau
menggunakan sistem buku. Buku tersebut diletakkan di luar kelas di dalam kotak. Ibu bapa
yang mengambil anak mereka akan mengambil buku tersebut. Cara tersebut menunjukkan
kemajuan dalam pentaksiran kerja rumah. Malahan, keesokkan harinya, ibu bapa akan
meletakkan semula buku di dalam kotak. Walaupun tidak semua yang menyiapkan kerja
rumah tersebut tetapi peratusan yang menyiapkan kerja lebih tinggi dari yang tidak
menyiapkannya. Guru tersebut juga menyatakan bahawa kerjasama ini memudahkan beliau
untuk membentuk intervensi yang sesuai pada proses pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 28

Namun apa yang ditekankan oleh guru ketika perbincangan dijalankan ialah
pembinaan lembaran kerja tersebut. Guru perlu pastikan lembaran kerja yang dibuat
menepati dan sesuai dengan tahap murid. Gunakan konsep dari mudah ke sukar. Dalam
aspek bilangan soalan pula, walaupun soalan yang disediakan sedikit tetapi hasil daripada
murid yang perlu dititikberatkan sama ada proses pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut diperolehi atau tidak oleh murid-murid. Dengan cara ini, guru akan mengetahui
tahap perkembangan murid dari semasa ke semasa. Pada pendapat guru yang bersetuju
pentaksiran berbentuk kerja rumah dijalankan, mereka menyatakan bahawa tidak guna
menggunakan lembaran kerja yang banyak dan sukar walaupun mendapat bimbingan
daripada guru. Keadaan ini hanya akan menyebabkan murid akan berasa terbeban dan
berputus asa untuk melakukannya pada masa yang akan datang. Apa yang diutamakan
ialah kualiti daripada kuantiti.
11.0 Kesimpulan
Walaupun terdapat banyak isu yang timbul, namun pentaksiran berbentuk kerja rumah
masih lagi relevan untuk dilaksanakan kepada kanak-kanak khas. Begitu juga dengan jenis
pentaksiran yang lain. Semuanya mempunyai isu masing-masing tetapi masih banyak
kelebihan jika digunakan kepada murid-murid khas. Apa yang lebih baik ialah guru
mempelbagaikan penggunaan pentaksiran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui cara ini, guru akan dapat menilai murid dalam pelbagai aspek dan menumpukan
kepada minat mereka. Dengan ini, murid akan sentiasa bersemangat dan seronok
melakukan ujian-ujian yang disediakan oleh guru.
Selain itu, guru perlu membuat kajian yang lebih mendalam untuk memastikan
pentaksiran sesuai dan tepat untuk murid. Bagi tujuan ini satu kerjasama yang erat antara
ibu bapa dan guru amatlah penting. Maklumat yang diperolehi akan membantu guru dlam
membina pentaksiran yang bertunjangkan kebolehan dan pengalaman murid itu sendiri. Hal
ini sekaligus mampu melatih murid untuk menjawab soalan dalam pelbagai situasi dan
sekaligus meransang minda dan kreativiti mereka.
Pelaksanaan pentaksiran berbentuk kerja rumah telah pun dijalankan di aliran
perdana. Oleh itu, diharapkan dengan pentaksiran berbentuk kerja rumah ini, kerja muridmurid khas akan lebih teratur dan membawa kebaikan kepada murid-murid khas kelak.
Namun, mengikut kajian saya di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah
Kebangsaan Tasik Damai, majoriti guru tidak bersetuju pentaksiran berasaskan kerja rumah
dilaksanakan kerana mereka merasakan murid mereka tidak akan menyiapkan lembaran
kerja tersebut. Guru-guru ini berpendapat bahawa, pentaksiran perlu dilakukan selesai
PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas
| 29

sahaja sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dijalankan. Hal ini supaya, mereka
boleh membimbing murid mereka secara terus dan berkesan.

PKB 3113 Isu dan Trenda dalam Pendidikan Khas


| 30

Anda mungkin juga menyukai