Anda di halaman 1dari 9

KEPEGAWAIAN DALAM PENGELOLAAN SUKANTARA

BIDANG TUGAS

1.PENGARAH KEJOHANAN
a) Melibatkan:
1. Upacara
2. Penolong kecemasan dan keselamatan
3. Makan minum pegawai
4. Papan skor
b) Merancang dan menentukan kelicinan teknikal dengan bantuan pegawai-pegawai
kejohanan

2. PENGURUS TEKNIK
a) Penyediaan balapan

Keperluan kad,borang,alatan,dan alatan pertandingan,


Semua perkara yang dengan acara balapan

b) Penyediaan Padang

Keperluan kad,borang,alatan,dan alatan pertandingan,


Semua perkara yang dengan acara padang

3. REFERI BALAPAN

Menentukan kesesuaian alatan dan arena.


Mengesahkan peserta
Mengesahkan keputusan dan rekod

4. REFERI PADANG

Menentukan kesesuaian alatan dan arena.


Mengesahkan peserta
Mengesahkan keputusan dan rekod

5. HAKIM BALAPAN

Ketua hakim akan menyelaras tugas-tugas hakim di bawah jagaannya:


Nombor peserta mengikut kedudukan
Bilangan hakim yang mencatat satu-satu kedudukan
Mencatat dan mengisi borang kedudukan peserta setelah diarah ketua hakim

6. HAKIM PADANG

Ketua Hakim akan memeriksa alatan dan arena selamat digunakan dan
mengikut ukuran yang betul
Memberi tugas untuk:
i). Memanggil nama dan mencatat jarak
ii). Mengesahkan perkara batal di permulaan
iii). Membaca jarak dan mengesah perkara batal

7. PENGADIL-PENGADIL

Bagi acara berlari


- Membantu refri dan mesti berada di tempat yang diarahkan oleh refri
Mengangkat bendera kuning /merah untuk merujuk kepada refri tentang satu
kesulitan

8. PENJAGA MASA

Berada di sebelah luar trek dan bertentangan dengan hakim balapan di


garisan penamat.
Memastikan peserta berlari dalam masa yang ditetapkan.

9. PENOLONG PELEPAS

Terima senarai peserta mengikut acara yang betul


Sahkan, bawa peserta ke lorong ditetapkan
Pastikan nombor peserta betul dengan borang pendaftaran

PENGELOLAAN SUKAN TARA

TARIKH : 28 FEB 2013

TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SURA


PENYERTAAN : SEMUA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SURA

1. Acara yang dipertandingkan:


Tahap 1
i)
Lari 100m
ii)
Lari 200m
iii)
Lompat jauh
iv)
Lontar peluru
Tahap 2
i)
ii)
iii)
iv)

Lari 100m
Lari 200m
Lompat jauh
Lontar peluru

2. Syarat pertandingan
i.
Penyertaan semua murid tahap 1 dan tahap 2
ii.
1 mata akan diberikan kepada rumah sukan apabila murid memenuhi
syarat acara yang dipertandingan.
iii.
Mata akan dikumpul bagi semua acara yang dipertandingan.
iv.
Mata tertinggi dikira sebagai johan.

3. Peraturan bagi mendapatkan 1 mata untuk rumah sukan.


i)
Lari 100m
- Masa yang ditetapkan adalah 25 saat bagi tahap 1 dan 20 saat bagi tahap
2
- Peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing
- Jika permulaan batal, pelepas memanggil semula semua pelari

ii)
Lari 200m
- Masa yang ditetapkan adalah 40 saat bagi tahap 1 dan 35 saat bagi tahap
2
- Peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing
- Jika permulaan batal, pelepas memanggil semula semua pelari

iii)
Lompat jauh
- Melompat sejauh 1m bagi tahap 1 dan 1.5 m bagi tahap 2 .
- Memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau
tanah.
- Jika peserta memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian
kakinya didepan atau melebihi papan, lompatannya dikira batal.
- Peserta dibenarkan membuat 2 kali cubaan sahaja.

iv)
Lontar peluru
- Melontar dengan jarak 1m bagi tahap 0.75m dan 1.5 m bagi tahap 2
- Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan, lontaran dikira
batal.
- Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran
danpeluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat.
- Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

4. Jadual aturcara.

RUMAH SUKAN
Merah
Biru
Hijau
Kuning

ACARA
Lari 100m
Lari 200m
Lompat jauh
Lontar peluru

MASA
8.00 10.00 pagi
8.00 10.00 pagi
8.00 10.00 pagi
8.00 10.00 pagi

Merah
Biru
Hijau
Kuning

Lari 200m
Lompat jauh
Lontar peluru
Lari 100m

10.30 12.30 tgh


10.30 12.30 tgh
10.30 12.30 tgh
10.30 12.30 tgh

Merah
Biru
Hijau
Kuning

Lompat jauh
Lontar peluru
Lari 100m
Lari 200m

2.00 4.00 ptg


2.00 4.00 ptg
2.00 4.00 ptg
2.00 4.00 ptg

Merah
Biru
Hijau
Kuning

Lontar peluru
Lari 100m
Lari 200m
Lompat jauh

4.30 6.30 ptg


4.30 6.30 ptg
4.30 6.30 ptg
4.30 6.30 ptg

LAPORAN PENGELOLAAN SUKAN TARA


Perasmian
Sukan tara ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar iaitu En. Elias b. Jusoh. Perasmian
ini dimulakan dengan lintas hormat kontinjen rumah-rumah sukan dan upacara
menaikkan bendera kejohanan.
Sesi 1 (8.00 pagi -10.00 pagi)
Selepas perasmian sukan tara yang dirasmikan oleh tuan Guru Besar, sesi pertama
dijalankan pada pukul 8.00 hingga pukul 10.00 pagi. Setiap rumah diminta berada di

tempat acara masing-masing. Rumah merah berada di trek larian 100m, manakala
rumah biru pula berada di trek larian 200m. Rumah hijau pula di tempat acar lompat
jauh. Akhir sekali peserta rumah kuning di tempat acara lontar peluru. Para pegawai
pula mengambil kedudukan masing-masing.
Sesi 2 (10.30 pagi -12.30 tgh)
Selepas 30 minit berhenti rehat. Acara seterusnya dijalankan. Peserta rumah merah
dikehendaki berada di tempat larian 200m. Manakala rumah biru berada di tempat
lompat jauh. Peserta Rumah hijau pula diminta berada ditempat lontar peluru.
Seterusnya rumah kuning melakukan larian 100m. Semua acara berjalan dengan
lancar pada sesi kedua ini.
Sesi 3 (2.00 ptg 4.00 ptg)
Sesi 3 bermula pada jam 2.00 setelah rehat untuk makan tengahhari. Pada sesi kali
ini rumah merah menjalankan acara lompat jauh pula. Peserta rumah biru berada di
gelanggang lontar peluru. Seterusnya rumah hijau berada di tempat larian 100 m
dan rumah kuning pula menjalankan acara larian 200 m.
Sesi 4 (4.30 ptg- - 6.30 ptg )
Sesi 4 dijalankan pada jam 4.30 setelah berehat untuk minum petang pada jam 4.00.
Pada sesi ini rumah merah berada di gelanggang lontar peluru. Manakala acara
terakhir rumah biru ialah larian 100m. Peserta rumah hijau pula adalah acara lari
200m dan peserta rumah kuning pula acara lompat jauh. Akhirnya sukan tara ini
dapat dijalankan dengan jayanya.
Penutup
Acara penutup dijalankan pada jam 6.30 petang setelah semua acara selesai
dijalankan. Johan pertandingan sukan tara ini ialah rumah biru. Naib johan pula
disandang oleh rumah merah. Rumah kuning mendapat tempat ketiga dan tempat
keempat di sandang oleh rumah hijau. Kejohanan sukantara ini selesai pada jam
6.50 petang.
REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi saya dapat melaksanakan kejohanan


sukan tara ini di sekolah. Saya seperti tidak percaya kerana dapat menjayakan
aktivti ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah
yang memberikan kelulusan bagi menjalankan sukan tara ini. Lebih-lebih lagi
kepada penolong kanan ko-kurikulum yang memberi semangat dan dorongan serta
tunjuk ajar cara melaksanakan kejohanan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan

yang banyak membantu dari segi masa dan juga tenaga bagi melicinkan perjalanan
kejohanan ini, tidak kira sebelum, semasa dan juga selepas. Selain itu terima kasih
juga diucapkan kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar tentang sukan
tara.
Komitmen yang diberikan olah rakan-rakan guru disekolah sangat dihargai. Ia
adalah antara kekuatan saya dalam menjayakan kejohanan ini. Mereka banyak
membantu dalam memberi idea dan pendapat bagi melicinkan kejohanan ini. Selain
itu murid-murid pula sangat teruja kerana mereka semua dapat memasuki kesemua
acara yang dipertandingkan. Ini adalah pengalaman baru bagi mereka kerana
sebelum ini hanya murid yang berbakat sahaja layak menyertai acara yang
dipertandingkan. Mereka juga berbangga apabila dapat menyumbang mata yang
banyak kepada rumah sukan masing-masing. Selain daripada itu, guru- guru dapat
mengenalpasti bakat baru murid-murid ini. Guru-guru di sekolah juga mendapat
pengalaman baru tentang sukan tara. Ini adalah kerana kejohanan sukan tara jarang
sekali dijalankan diperingkat sekolah rendah. Sukan tara ini lebih popular di
peringkat sekolah menengah.
Namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan dalam melaksanakan
kejohanan ini. Perancangan yang teliti amat diperlukan supaya tidak ada cacat cela
apabila kejohanan di jalankan. Oleh itu saya perlu membuat rujukan terlebih dahulu
bagi mendapatkan maklumat yang lengkap tentang sukan tara. Saya menhadapi
masalah dalam memberi penerangan semasa taklimat kepada semua guru. Ini
adalah kerana saya takut untuk bercakap di khalayak ramai. Penerangan yang
sangat jelas daripada saya semasa taklimat kejohanan perlu bagi memudahkan
pemahaman guru-guru. Lebih-lebih lagi sekolah saya tidak pernah menjalankan
kejohanan sukan tara.Manakala semasa kejohanan dijalankan pula saya dapati ada
beberapa orang pengadil lemah dari segi pengurusan masa. Pengurusan masa
sangat penting supaya bagi memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar
seperti apa yang dirancang. Selain itu ada juga peralatan yang disediakan tidak
mencukupi contonya peluru. Jika peluru yang disediakan mencukupi mungkin acara
ini dapat dihabiskan dengan cepat.
Walaupun terdapat kelemahan, namun kejohanan ini dapat dijayakan. Saya
berharap dapatlah saya membuat penambahbaikan untuk tahun-tahun yang akan

datang apabila menjalankan kejohanan seperti ini lagi. Penambahbaikan perlu bagi
melancarkan lagi kejohanan.