Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan


limpah kurnia-Nya, akhirnya saya dan rakan-rakan dapat juga menyiapkan
tugasan untuk menganjurkan Pertandingan Bola Tampar Inter Unit PPISMP
bagi peringkat IPG Kampus Sultan Mizan. Penganjuran ini merupakan
tugasan untuk kerja kursus projek bagi mata pelajaran gerko. Sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini, banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya
perolehi dan terokai .
Pertama sekali semasa mula-mula mendapat tugasan ini daripada
pensyarah subjek gerko, Encik Zulkifli bin Daud, saya berasa sangat
bersemangat kerana mendapat begitu banyak input daripada beliau. Saya
amat berterima kasih kepada beliau di atas penerangan yang telah
diberikan. Setiap penrerangan yang diberikan membantu saya dan rakanrakan untuk menguruskan pertandingan ini dengan lebih baik. Seterusnya
saya telah berbincang dengan dengan rakan-rakan mengenai tugasan ini.
Banyak maklumat yang telah saya kongsi bersama dan juga daripada sesi
perbincangan yang telah diatur dan diagihkan tugasan masing-masing,
setiap sudut dan pandangan telah diteliti dimana ianya membantu dalam
mempermudahkan lagi tugasan ini.
Saya dan rakan sekelas berganding bahu dengan kelas Pendidikan Seni
Visual satu. Jumlah kami yang ramai melancarkan dan memantapkan lagi
pengurusan projek ini. Kerjasama dan sambutan daripada semua kelas
PPISMP amat menggalakkan. Perjalanan pada hari pertandingan berjalan
dengan lancar seperti yang telah dirancang walaupun kami sedikit teruji
dengan cuaca yang tidak menentu kerana pada hari pertama pertandingan
berlangsung hujan turun dengan lebatnya. Syukur kepada Allah S.W.T.
apabila hujan berhenti sebelum pertandingan dimulakan. Bukan itu sahaja,
kami juga teruji dengan panas yang terik pada waktu tengahari. Tapi, itu
tidak membuatkan setiap ahli kumpulan masing-masing putus semangat.

Akhir sekali saya berasa tugasan ini perlu diteruskan untuk generasi
akan datang kerana ia amat berguna terhadap semua pelajar.
Disediakan :
Aminoor bin Ridhuan

Anda mungkin juga menyukai