Anda di halaman 1dari 2

Sejarah merupakan satu cabang ilmu kemanusiaan yang tidak asing lagi pada masa ini.

Walaupun kepentingan dan masa depan subjek ini sering dipertikaikan, namun, terdapat
pelbagai usaha untuk menjadikan sejarah sebagai suatu bidang ilmu yang setanding dengan
bidang-bidang ilmu yang lain. Perkataan sejarah diterbitkan daripada pelbagai istilah khusus
seperti syajaratun yakni dalam bahasa Arab, dan history pula dalam bahasa Inggeris.
Menurut J.B. Bury, sejarah ialah sains, tidak kurang dan tidak lebih. Pada pandangan R.G.
Melihat pengertian sejarah daripada sudut pandangan sejarawan menjadikan bidang ini
merupakan satu bidang penyelidikan yang pada diri seseorang itu atau ahli sejarah itu perlu
tahu sebelum layak atau mampu untuk mengemukakan fakta-fakta tentang sesuatu yang
diperkatakan. Sejarah menuntut pengkajinya mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa
melalui kajian yang sistematik serta penghujahan yang kukuh, logik dan objektif. Ahli sejarah
perlu arif dan bijak dalam menentukan penggunaan sumber untuk dijadikan asas dalam
penulisannya. Sehubungan dengan itu, ahli sejarah perlu mengetahui dan memahami apa itu
proses kritikan sumber.
Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil
kajian dan penulisan oleh sejarawan.Menurut kamus dewan edisi ke empat,pensejarahan
membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah, sumber sejarah adalah
dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.Manakala oxford
English dictionary pula telah manyatakan sumber atau source brmaksud sebuah karya yang
memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri
hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh dimaksudkan
sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua bidang ilmu.
Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi yang
seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada sesuatu
peristiwa yang telah berlaku. Permulaan pensejarahan bermula apabila wujudnya sistem
tulisan.Perkembangan

pensejarahan

Malaysia

pada

peringkat

awal

tidaklah

begitu

menggalakkan.Hal ini kerana pada zaman tersebut masyarakat di Malaysia tidak sedar akan
kepentingan sejarah dan mereka juga tidak mempunyai ilmu yang berkaitan sejarah.Malah
masyarakat pada zaman tersebut juga kebanyakkannya buta huruf. Pensejarahan Malaysia
berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu pesejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi
melayu lama dan pensejarahan moden iaitu penulisan sejarah yang dicatat oleh sejarawan
british yang bersifat Euro-Centric.

http://hazriey-secebisilmu.blogspot.com/2012/01/kritikan-dan-penafsiran-sumber-sejarah.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121008/re_02/Penulisan-sejarah-dan-sejarahMalaysia .