Anda di halaman 1dari 3

PERBEZAAN TEORI REALISME DAN LIBERALISME

Teori Realisme dan Liberalisme adalah antara dua fahaman teoritikal antarabangsa
yang sering menjadi pendekatan utama dalam kalangan pemimpin di seluruh negara di dunia.
Kedua-dua ideologi tersebut merupakan pendekatan yang amat penting dan sangat berguna
dalam mengkaji sistem pemerintahan dan cara pemikiran pemimpin sesebuah negara dalam
mentadbir dan melindungi negaranya. Teori Realisme dan Liberalisme mempunyai perbezaan
yang ketara baik dari segi konsep, mahupun prinsip. Golongan realis mempunyai satu
anggapan tentang manusia yang mengatakan bahawa manusia pada hakikat dan
semulajadinya hanya bersifat mementingkan diri sendiri serta tamak. Oleh itu, pergelutan
untuk mendapatkan kuasa menjadi fokus utama antara manusia dan seterusnya negara,
Tradisi pemikiran ini boleh dilihat daripada Sun Tzu dan Thucydides yang menasihati para
pemerintah di wilayah masing-masing tentang cara menggunakan kuasa untuk mengukuhkan
kedudukan serta mempertahankan kepentingan negara. Berbeza dengan golongan realis,
golongan liberal pula lebih berteraskan kepada kepercayaan bahawa manusia pada hakikatnya
adalah baik. Manusia yang berilmu, beradab dan diberi persekitaran yang sesuai boleh hidup
dengan aman dan dapat bekerjasama dalam sebuah masyarakat yang berpegang kepada
undang-undang dan peraturan yang dipersetujui oleh masyarakat.Secara keseluruhan,
penyokong liberal lebih menekankan nilai moral dalam individu.
Negara yang mengamalkan teori Realisme secara umumnya mengatakan bahawa
dalam perhubungan antarabangsa, setiap negara-negara di sekelilingnya adalah musuh.
Mereka beranggapan bahawa setiap perlakuan atau tindakan yang diambil oleh pihak luar ke
atas mereka dianggap mempunyai agenda yang tersembunyi demi kebaikan dan
kelangsungan kepada negara pelaku. realists do not believe its prudent for a state to entrust
its safety and survival on another actor or International Institution. In short, should not
depend on others for their own security (Dunne dan Schimdt, 2001:144). Selain itu, realist
juga beranggapan bahawa sistem hubungan antarabangsa adalah bersifat anarki antarabangsa
iaitu sistem tanpa adanya kekuasaan yang berlebihan dan tidak adanya pemerintah dunia.
Pengamal realist juga sering menjadikan kekuatan ketenteraan dan kawalan keselamatan serta
isu perang sebagai tumpuan utama dalam sistem pemerintahan mereka. Hal ini bagi mereka
amat penting bagi memastikan kelangsungan negara mereka terjamin, mengelakkan sebarang
ancaman daripada dalam dan luar, dan memastikan kestabilan hegemoni terjamin. Secara
umumnya, pengamal realist beranggapan bahawa setiap perhubungan antara negara hanyalah
diukur melalui kekuasaan. Disebabkan oleh itu tanggapan seperti itu, telah wujud satu

pepatah iaitu hak keadilan hanyalah milik bagi pihak yang kuat dan yang lemah kena
mengikut ketentuan yang pihak yang kuat.
Teori Liberalisme pula wujud sebagai tentangan dan kritikan terhadap fahaman
Realisme yang dianggap sebagai sistem politik yang kejam dan pesimis. falsafah yang
meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme menekankan hakhak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan
nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara
umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan
berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang,
hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.
Berbanding
Berbeza dengan Realisme, liberalist mempunyai tanggapan yang baik terhadap sifat
yang ada dalam diri manusia. Selain itu mereka juga mengambil konsep hubungan kerjasama
antara negara sebagai dasar hubungan antarabangsa berbeza dengan konsep Realisme yang
menganggap hubungan antarabangsa lebih bersifat konfliktual. Mereka percaya bahawa
setiap manusia mempunyai keperibadian yang positif dalam diri masing-masing dan
mempunyai kesedaran dalam memupuk sifat kerjasama bagi menjaga keamanan dunia.
Liberalisme meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi yang mana
menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang termasuk kebebasan berfikir dan
kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu
ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.
Fahaman Realisme dan Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa dapat
dibandingkan daripada beberapa perkara. Fahaman politik Realist menjadikan negara sebagai
aktor utamanya, sedangkan Liberalisme beranggapan individu dan organisasi-organisasi
bukan pemerintah memiliki peranan sebagai aktor utama. Keputusan atas tindakan yang
akhirnya diambil negara yang mengamalkan fahaman Liberalisme adalah berasaskan
daripada kepentingan rakyat yang diambil setelah melalui proses campuran, tawar-menawar
dan berkompromi. Berbanding Realisme yang keputusannya dibuat sendiri oleh pemerintah
semata-mata untuk kepentingan negaranya sahaja tanpa mengambil kira pandangan lain.
Dalam Liberalisme masalah yang sering diperbahaskan biasanya lebih merangkumi
keseluruhan seperti masalah politik, isu-isu sosial dan ekonomi yang menjadikan isu
perbahasan tidak tertumpu kepada sesuatu isu sahaja. Berbeza dengan konsep Liberalisme.

Realisme lebih mementingkan kekuatan ketenteraan dan isu perang sebagai asas utama dalam
perbahasan. Berbeza dengan konsep Realisme yang mengambil hierarki top-down sebagai
asas utama dalam segala tindakan negara, liberalis menerima pandangan inside-out sebagai
asas utama hubungan antara masyarakat dan negara, sehinggakan pandangan seseorang
individu mampu mempengaruhi hubungan antarabangsa negara tersebut. Selain itu,
perbezaan paradigma Realisme dan Liberalisme juga tampak pada perspektif permainan teori
(game theory) yang diguna pakai. Realisme mengaplikasikan game theory of zero-sum,
iaitu negara akan berusaha meningkatkan kekuatannya, dan membiarkan negara lain
merasakan tekanan sehingga menimbulkan dilema keselamatan (security dilemma).
Sementara itu, paradigma Liberalisme menggunakan game theory of positive-sum iaitu
semua negara yang terlibat dalam kerjasama untuk mencapai tujuan bersama akan merasai
kelebihan bersama (all can win).
Kesimpulannya, fahaman Realisme dan Liberalisme sememangnya mempunyai
jurang perbezaan yang amat ketara baik daripada konsep, tanggapan fahaman tersebut
terhadap dunia, sifat manusia, dan organisasi, keutamaan dalam sistem pentadbiran dan teori
serta ideologi yang dijadikan sebagai asas kepada tanggapan mereka tentang hubungan antara
negara. Secara dasarnya perbezaan yang ketara antara kedua fahaman tersebut adalah penting
bagi memastikan kestabilan politik dunia kekal seimbang. Setiap fahaman mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun begitu berdasarkan asas fahaman
Liberalisme dan Realisme, sesebuah negara dapat membentuk sistem pentadbiran yang
akhirnya dapat mengekalkan keamanan serta kebaikan kepada sesebuah negara.