Rama-rama adalah sejenis serangga yang cantik bila di pandang . Pelbagai warna yang
cantik dapt dilihat pada rama-rama. Tetapi tahukah bagaimana rama-rama terjadi?
Telur rama rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai
sangkar yang amat halus dan lain lain struktur mikroskopik. Rama rama betina
bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek objek yang lain, selalunya pada
atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.
Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya
mempunyai corak - corak jalur atau tompok tompok yang menarik, dan juga
mempunyai rerambut halus seakan akan duri duri halus. Ia merupakan peringkat
mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia
menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi
badannya yang membesar.
Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu tisu beluncas
mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa
kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.
Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama rama atau kupu - kupu yang berwarna
warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama rama.
Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama
rama atau kupu kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi
atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.