Anda di halaman 1dari 30

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Pendahuluan

Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ulama.
Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa
dikalangan masyarakat kita hari ini.

Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang
terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi.
Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi.

Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap


masyarakat adalah wajib keatas para ulama. Bahkan yang lebih penting lagi
memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang
menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan
tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan.
Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut:
Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir
Bahagian Kedua: Teknik Rawatan Sihir
Bahagian Ketiga: Kaedah Pagar Diri dari Gangguan Sihir
Bahagian Keempat: Jenis Sihir Dan Tanda Tandanya

Kertas kerja ini adalah ringkasan yang ditukil daripada buku bahasa Arab
terjemahan yang bertajuk Senjata Tajam Melawan Sihir Dan Ilmu Hitam oleh
Sheikh Abul Salam Bali. Diharap ianya dapat dijadikan bahan panduan dan
pengetahuan untuk saudara saudari dalam usaha mengatasi gangguan sihir
samada untuk diri sendiri atau orang lain menurut kaedah yang dibenarkan oleh
Islam.

Daftar Isi

Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir


Hukum Merawat Dengan Al-Quran
Sebab Sebab Rasukan Jin Ke Badan Manusia
Tanda Tanda Rasukan Jin
Jenis-Jenis Rasukan
Maklumat Penting

Bahagian Kedua: Teknik Rawatan Sihir


Sifat Perawat
Teknik Umum Merawat Sihir
Teknik Khusus Merawat Sihir

Bahagian Ketiga: Kaedah Pagar Diri dari Gangguan Sihir


Benteng Bagi Pasangan baru Berumahtangga
Benteng Umum Melawan Jin Dan Syaitan

Bahagian Keempat: Jenis Sihir Dan Tanda Tandanya


Sihir Pemisah
Sihir Pengasih
Sihir Pukauan
Sihir Gila
Sihir Kera Sumbang

Sihir Histeria
Sihir Penderitaan Sakit
Sihir Pendarahan
Sihir Menggagalkan Pernikahan

Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir

Hukum Merawat Dengan Ayat Al-Quran:

Sebenarnya tidak ada nas daripada Rasulullah s.a.w. mengenai teknik-teknik


rawatan khas. Namun demikian, semua teknik rawatan yang bakal disebutkan nanti
berlandaskan diatas kaedah am daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
yang sahih. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra ayat 82:

Ertinya: Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat
bagi orang-orang yang beriman.

Sebahgian ulama berpendapat kalimah penawar di dalam ayat ini ialah penawar
dari segi manawi sahaja. Manakala yang lain pula berpendapat penawar di sini
merangkumi penyakit rohani dan jasmani.

Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menemuinya (dalam bilik
ketika beliau sakit) dan ketika itu terdapat seorang wanita merawatnya. Lalu
Baginda s.a.w bersabda:

Ertinya: Rawatilah (Aisyah) dengan kitab Allah (ayat-ayat Al-Quran).


(Sila lihat kitab Silsilah hadis sahih oleh Syekh Al-Bani, hadis: 1931)

Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang hukum melakukan jampi serapah di diwarisi dari
zaman jahiliyah. Lantas Baginda bersabda:

Ertinya: Bentangkan padaku tentang bentuk-bentuk jampi yang pernah kalian


gunakan itu. Berjampi itu sebenarnya tidak mengapa selagimana ianya tidak
berbaur dengan unsure-unsur syirik.

(Lihat Sahih Muslim, Kitabus Salam, hadis 64)

Dari hadis-hadis diatas, maka daptlah kita simpulkan bahawa harus hukumnya
berjampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadis, serta doo-doa.

Sebab Sebab Rasukan Jin Ke Badan Manusia:

Disana ada berapa sebab yang menyebabkan manusia boleh dirasuk oleh Jin dan
Syaitan. Antara sebab-sebabnya ialah:

Jin atau seumpanya sukakan manusia


Kejahatan manusia terhadap Jin
Kejahatan Jin keatas manusia. Akan tetapi ini hanya boleh berlaku dalam keadaan
tertentu seperti berikut sahaja:
o Sedang marah
o Dalam keadaan amat takut
o Nafsu sedang meluap-luap
o Lalai mengigati Allah

Tanda-Tanda Rasukan Jin

Apabila manusia diganggu oleh Jin atau seumpanya, ianya dapat dikesan melalui
tanda-tanda yang berlaku samada waktu tidur atau jaga. Diantara tanda-tanda yang
berlaku:

Waktu Tidur:

Resah Gelisah
Berjaga Malam
Sesak nafas
Ketawa, menangis dan meracau pekik-pekik
Berjaga malam atau susah memlelapkan mata
Bermimpi yang tidak baik. Seperti:
o sesuatu mengganggunya,
o menggerunkan,
o binatang-binatang
o melihat hantu
o melihat manusia dalam keadaan pelik
o jatuh dari tempat tinggi
o berada dikawasan perkuburan, tempat sampah dan menekutkan

Waktu Berjaga:

Susah melakukan taat kepada Allah

Fikiran kusut
Pening berterusan
Letih dan malas

Tanda-Tanda Lain:

Sakit dan panas seluruh anggota


Sakit sebahagian anggota badan
Sakit berterusan
Sakit beberapa ketika

Maklumat Penting Tentang Sihir:

Ada persamaan diantara tanda terkena sihir dengan kerasukan Jin dan Syaitan

Sakit perut berterusan menandakan pesakit telah termakan atau terminum bahanbahan sihir

Proses rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran tidak akan berhasil melainkan


dengan dua syarat berikut:

o Istiqamah (teguh amalan) perawat dengan perintah Allah s.w.t.


o Keyakinan pesakit keberkesanan rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran

Kebanyakkan sihir mempunyai tanda-tanda yang serupa iaitu sesak nafas pada

waktu malam.

Kita boleh mengetahui dimana letaknya bahan-bahan sihir dengan dua cara
berikut:

o Melalui perkhabaran Jin itu sendiri


o Perawat atau pesakit sembahyang dua rakaat dengan benar-benar ikhlas pada
tiga suku malam dan berdoa kepada Allah s.w.t agar ditunjukkan lokasi bahanbahan sihir.

Anda boleh membaca ayat Ruqyah (penawar) pada minyak habbatus Sauda,
kemudian pesakit menyapukannya ditempat-tempat yang mengalami kesakitan.

Bahgagian Kedua: Teknik Rawatan Sihir

Sifat Perawat

o Ikhlas niat dan tauhid kepada Allah s.w.t


o Menjauhi perkara-perkara yang haram
o Yakin, Al-Quran dapat memberi kesan
o Mengkaji latarbelakang Jin dan Syaitan
o Mengetahui pintu-pintu masuk Syaitan
o Telah berumahtangga
o Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
o Mempunyai benteng-benten pertahanan diri
o Banyak melakukan taat kepada Allah s.w.t.

Teknik Umum Merawat Sihir:

Secara umum, merawat orang yang terkena sihir perlu melalui tiga peringkat.
Peringkat sebelum rawatan, peringkat semasa rawatan dan setelah rawatan. Berikut
penjelasan bagi setiap peringkat:

Peringkat Sebelum Rawatan

Mewujudkan suasana yang benar-benar sesui dengan kehendak Islam dalam


kehidupan
Bersihkan rumah dari sebarang tangkal dan azimat
Jauhkan rumah dari lagu-lagu serta alat muzik yang menghayalkan
Jangan ada dalam rumah perkara seperti, menghisap rokok, membuka aurat, lelaki
memakai emas dan lain-lain maksiat.
Mengajarkan peskit akidah yang betul, sehingga tidak ada pergantungan selain
daripada Allah s.w.t
Mengenal pasti keadaan pesakit dengan mengemukakan beberapa soalan.
Antaranya:
o Benarkah anda melihat isterimu dalam keadaan hodoh?
o Adakah berlaku perselisahan antara kamu suami isteri dalam masalah remehtemeh?
o Adakah kamu rasa lega di luar rumah dan resah sebaliknya?
o Adakah salah seorang diantara kamu susah melakukan hubungan kelamin?
o Adakah salah seorang diantara kamu meresa cemas dalam tidur?.
Berwudhulah sebelum merawat
Jangan merawat wanita yang melanggar syariat
Jangan merawat wanita tanpa mahram
Jangan anda sertakan bersama oaring yang bukan mahram bila merawat

Bacalah:

Ertinya: Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi
lagi Maha Agong.

Peringkat Dalam Masa Rawatan:

Letakkan tangan anda di kepala pesakit dan bacalah ayat-ayat (Ruqyah) berikut di
telinga kanan mengikut susunan.

Peringkat Setalah Rawatan:

Dalam peringkat ini, pesakit biasanya terdedah dengan gangguan baru. Maka
berilah beberapa amalan sebagai benteng diri. Antaranya:

Memelihara sembahyang berjemaah


Menghindari muzik dan lagu-lagu
Mengambil air sembahyang setiap kali sebelum tidur
Baca ayat Kursi setiap kali sebelum tidur
Baca basmalah setiap kali sebelum melakukan sesuatu pekerjaan
Mesti membaca Al-Quran walaupun sedikit setiap hari
Berkawan dengan orang baik-baik
Jangan tinggalkan zikir pagi dan petang (al-mathurat)
Bacalah zikir dibawah ini sebanyak 100 kali setiap hari selepas solat Subuh:



"
"

Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada
sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha
berkuasa keatas segala-galanya.

Setelah pesakit melalui proses diatas. Bacakan sekali lagi ayat Ruqyah keatas
pesakit tersebut. InsyaAllah akan berlaku salah satu daripada tiga keadaan berikut:

Keadaan Pertama: Pesakit akan meracau dan ada suara bercakap melalui lidahnya.
Dalam keadaan ini, hadapilah Jin tersebut dengan cara berikut.

Tanyakan beberapa soalan, antaranya. Siapa namamu dan apa agamamu?.


Kemudian layanilah dia sesuai dengan agamanya.

Tanyakan dimana letaknya sihir. Sekiranya anda mendapatinya, maka bacalah ayatayat pada air:

Surah Al-Araf 117-122:


Surah Yunus: 81-82:
Surah Taha 69:

Larutkan benda itu pada ke dalam air tersebut lalu buangkan jauh-jauh.
Tanyakan berapa ramai Jin yang diberi tugas melakukan sihir.
Jangan mudah percaya kepada apa yang diberitahu oleh Jin, melainkan anda benarbenar kebenaran percakapannya.

Sekiranya sihir jenis makanan, pesakit selalunya mengadu sakit perut. Bacakan
ayat-ayat diatas pada air sebanyak tujuh kali dan diminumkan pesakit tujuh hari
pagi dan petang dengan ditambah ayat berikut dari surah Al-Baqarah 102

Sekiranya sihir jenis kesan-kesan, maka, bacakan ayat-ayat tersebut diatas pada air
untuk dibuat minuman dan mandi selama tujuh hari di luar tandas.

Sekiranya masih belum sembuh selepas seminggu, maka lakukan perkara berikut.
Dengarkan kaset Al-Quran surah (Al-Shaffat, Yasin, Al-Dhukan, Al-Jin) tiga kali sehari
selama seminggu atau lebih sehingga sembuh.

Keadaan Kedua: Pesakit hanya merasa pening dan gementar tidak meracau apabila
dibacakan ayat Ruqyah. Dalam keadaan demikian, ulangi bacaan sebanyak tiga kali
sehingga meracau. Jika tidak, lakukan perkara-perkara berikut:
Dengarkan kaset surah (Al-Shaffat tiga kali sehari dan ayat Kursi berulangkali).
Pelihara solat berjemaah
Bacalah zikir ini setiap kali setelah selesai solat Subuh 100 kali selama sebulan:

Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada
sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha
berkuasa keatas segala-galanya.

Setelah sebulan, bacakan ayat Ruqyah sebanyak 3 kali. Kemudian, hadapilah ia


sebagaimana anda menghadapi keadaan pertama.

Keadaan Ketiga: Pesakit tidak merasa apa-apa setelah dibacakan ayat Ruqyah. Jika
demikian keadaannya, maka lakukan perkara-perkara berikut:

Dengarkan rakaman surah Yasin, Ad-Dukhan dan Al-Jin tiga kali sehari.
Beristighfar 100 kali atau lebih setiap hari
Banyakkan membaca zikir ini:



"

Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada
sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha
berkuasa keatas segala-galanya.

Alamalan ini hendaklah dilakukan selama sebulan sebanyak 100 kali setiap hari
atau lebih selama sebulan. Setelah itu bacalah ayat Ruqyah dan hadapilah ia
sebagaimana dalam dua keadaan sebelumnya.

Jenis-Jenis Sihir:

Di sana terdapat berbagai-bagai jenis sihir yang dilakukan oleh manusia yang tidak
beriman dengan Hari Kiamat, mempunyai hati yang hasad, jiwa yang rosak
terhadap saudaranya sendiri dengan niat dan tujuan yang berbeza-beza. Diantara
jenis-jenis sihir yang dilakukan adalah seperti berikut:

Sihir Pemisah
Sihir Pukauan
Sihir Gila
Sihir Kera Sumbang
Sihir Histeria
Sihir Penderitaan
Sihir Pendarahan
Sihir Mengikat Tenaga Batin
Sihir Lemah Tengan Batin
Cepat Keluar Mani

Teknik Khusus Merawat Sihir:

Setelah kita mengetahui jenis-jenis sihir, maka marilah kita mempelajari pula
bagaimana cara atau teknik yang perlu dilakukan untuk merawat sihir-sihir tersebut
secara khusus:

Rawatan Sihir Pemisah:

Bacakan ayat-ayat Ruqyah ke atas pesakit.


Gantikan ayat (102) dari surah Al-baqarah dengan ayat (14-16) dari surah AtTaghabun, surah Yunus 81-82, suraj Al-Araf 117-122, surah Taha 69, Ayat Al-Kursi
Pesakit akan mengadu sakit dibahagian perut dan kepala, kadangkala muntah
berwarna kuning, merah atau hitam
Bacakan ayat-ayat berikut pada air dan minumkan pesakit selama tinga minggu.

Rawatan Sihir Pukauan

Laungkan azan
Bacakan ayat Al-Kursi
Baca Basmalah
Bacalah zikir-zikir yang disyariatkan menghalau syiatan
Pesakit sentiasa berada dalam keadaan berwudhu
Rawatan Sihir Gila:

Bacakan ayat Ruqyah


Perdengarkan kaset yang mengandungi ayat-ayat berikut tiga kali sehari selama

sebulan:

Ayat Ruqyah
Surah AL-Baqarah
Surah Hud
Surah Al-Hijr
Surah As-Shoffat
Surah Qaaf
Surah Ar-Rahman
Surah Al-Mulk
Aurah Al-Jin
Surah Al-Ala
Surah Az-Zalzalah
Surah Al-Humazah
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Sihir Kera Sumbang

Bacakan ayat-ayat Ruqyah di telinga kanan pesakit


Sekiranya pesakit tidak berteriak, maka perdengarkan surah-surah berikut:
Ayat Ruqyah
Surah Al-Fateha
Surah Al-Baqarah

Surah Ali-Imran
Surah Yasin
Surah As-Shoffat
Surah Ad-Dukhan
Surah Az-Dzariyat
Surah Al-Hasyr
Aurah Al-Maarij
Surah Al-Ghasyiah
Surah Az-Zalzalah
Surah Al-Qariah
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah An-Nas

Rakamkan ayat-ayat diatas dalam tiga keeping kaset. Satu rakaman didengarkan
pada waktu pagi. Kedua, didengarkan pada waktu asar dan ketiga, didengarkan
pada waktu malam sebelum tidur selama 45 hari.

Anadaikata pesakit mengadu sakit dibahagian perut, maka bacakan ayat Ruqyah
pada air dan berilah ia minum dalam tempoh rawatan.

Andaikata pesakit mengadu sakit kepala berterusan, bacakan ayat Ruqyah pada air
lalu mandikan ia tiga hari sekali selama 45 hari. Dengan syarat:

Air tersebut jangan ditambah


Air jangan dimasak
Mandi ditempat yang bersih

Sihir Histeria

Bacakan ayat Ruqyah pada pesakit


Sekiranya pesakit tidak berteriak, maka ajarkan panduan berikut:

Berwudhu dan bacakan ayat Kursi sebelum tidur


Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pada dua tapak tangan dan sapukan
keseluruh anggota badan
Baca atau dengar surah As-Shaffat pada waktu pagi dan surah Ad-Dukhan sebelum
tidur
Baca atau dengar rakaman surah Al-Baqarah setiap 3 hari sekali.
Baca zikir berikut setiap pagi dan petang sebanyak 7 kali setiap hari:




Ertinya: Cukuplah bagiKu Allah tiada Tuhan melainkan Dia. DengaNya aku
bertawakkal, Tuhan yang mempunyai Arsyh yang maha agong.

Bacayakan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah

Baca doa berikut setiap kali sebelum tidur:



Ertinya: Dengan nama Allah aku meletakkan lambungku. Ya Allah ampunkan
dosaku, hapuskan syaitan (yang ada dibadanku) dan lepaskan ikatan (sihir).

Perdengarkan rakaman surah-surah berikut, Al-Fushilat, Al-Fath, Al-Jin dan


dengarkan pesakit 3 kali sehari

Sihir Penderitaan. Cara merawatinya adalah seperti berikut:

Bacakan ayat-ayat Ruqyah pada pesakit.


Seandainya ia tidak berteriak, maka berikan panduan-panduan berikut:
Baca Al-Fatihah 7 kali
Baca Ayat Al-Kursi 7 kali
Baca Al-Muaauwidzat 7 kali. Dengarkan pesakit 3 kali sehari.
Bacakan doa-doa berikut pada minyak Habbatus Sauda:
Bacakan Al-Fatihah
Bacakan Al-Muauwidzat
Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali:


Ertinya: Dan Kami turunkan daripada Al-Quran (terdapat ayat-ayat sebagai)
penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Bacakan doa ini berikut sebanyak 7 kali pada minyak Habbatus Sauda:

Ertinya: Dengan nama Allah aku mengobati kamu dan Allah yang meyembuhkan
kamu daripada segala penyakit yang menyakiti kamu dan daripada jiwa atau mata
yang dengki Allah memelihara kamu.

Sapukan minyak tersebut di seluruh anggota badan yang sakit.

Amalkan garispandu ini selama 45 hari.

Sihir Pendarahan. Cara merawainya seperti berikut:


Bacakan ayat-ayat Ruqyah pada air
Beri pesakit minuh disamping buat maandi selama 3 hari
Sekiranya darah masih berterusan, maka tuliskan ayat ini pada sekeping kertas:


Ertinya:
Rendamkan kertas tersebut dalam air, kemudian diminum selama dua atau tiga
minggu.

Sihir Menggagalkan Pernikahan: Cara merawatnya adalah seperti berikut:

Bacakan ayat-ayat Ruqyah pada pesakit


Sekranya pesakit tidak menjerit, berikan panduan berikut:
Menunaikan solat pada waktunya
Jangan mendengar muzik dan lagu-lagu
Berwudhu dan membaca ayat al-Kursi sebelum tidur
Membaca Al-Muauwidzat pada dua tapak tangan, kemudian sapukan ke seluruh
badan tiga kali
Baca ayat Ruqyah pada air dibuat minum dan mandi setiap tiga hari.
Rakamkan ayat Al-Kursi berulang-ulang selama selama satu jam dan dengarkan
pada pesakit 1 kali sehari.
Rakamkan Al-Muawidzat berulang-ulang selama 1 jam dan dengarkan pesakit 1 kali
sehari
Bacakan zikir berikut selepas solat Subuh sebanyak 100 kali:

Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada
sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha
berkuasa keatas segala-galanya.

Amalkan panduan-panduan tersebut selama sebulan


Selepas sebulan akan terjadi dua perkara, samada sembuh atau bertambah sakit.
Ketika itu, ulangi rawatan.

Sihir Mengikat Tenaga Batin

Sebelum kita mendalami lebih lanjut cara mengatasi Sihir jenis ini, perlu dijelaskan
terlebih dahulu jenis-jenisnya. Terdapat banyak jenis sihir yang ada kaitannya
dengan sihir mengikat tenaga batin. Antara jenis-jenisnya ialah:

Jerut akal, jerut kepit, jerut sendi, jerut sendi, jerut pendarahan, jerut perawan,
lemah syahwat dan cepat keluar mani. Disini akan dijelaskan secara umum cara
merawat sihir jenis ini:

Bacakan ayat-ayat pada pesakit


Sekiranya tiada tindakbalas dari pesakit, maka gunakan cara berikut. Bacakan ayatayat berikut pada air dan minumkan dan mandikan selama 7 hari :

Surah Yunus 81-82


Surah Al-Araf 117-122
Surah Taha 69
Bacakan ayat Ruqyah di telinga pesakit, kemudian surah Al-Furqan 23 sebanyak 100
kali.

Cara selanjutnya, bacakan di telinga pesakit ayat-ayat berikut:


Surah Al-Fatihah
Ayat Al-Kursi 70 kali
Surah Al-Muauwidzat 70 kali atau lebih selama 3 atau 7 hari. Cara selanjutnya:

Tuliskan ayat berikut pada bejana bersih:

Surah Yunus 81-82


Tuangkan minyak habbatus sauda kedalamnya
Minum dan sapukan minyak tersebut ke dahi dan dada pesakit selama 3 hari.
Langkah selanjutnya, bacakan ayat-ayat berikut pada air sebanyak 7 kali untuk
dibuat minum dan mandi selama 3 hari.

Cara selanjutnya:

Ambil beberapa jenis bunga-bunga, letakkan dalam bekas yang bersih kemudian
tuangkan air bersih ke dalamnya. Jerang air tersebut. Bacakan Al-Muauwidzat dan
sapukan air pada badan pesakit.

Adapun cara khusus merawat sihir mengikat tenaga batin, maka di sini disebutkan 3
jenis yang paling kerap berlaku seperti berikut:

Sihir Lemah Tengan Batin. Cara merawatinya seperti berikut:


Ambil 1 kilo madu lebah asli dan 200 grm sarang lebah. Bacakan ayat-ayat berikut 7
kali:

Surah Al-Fatihah

Surah Al-Insyirah
Surah Al-Muauwidzat

Minum 3 kali sehari. Satu sudu sebelum sarapan pagi, satu sudu sebelum makan
tengahari dan satu sudu sebelum makan malam.

Rawatan ini dilakukan selama 1 atau 2 bulan.

Rawatan Sihir Cepat Keluar Mani. Cara merawatnya seperti berikut:

Baca zikir ini sebanyak 100 kali setiap hari:




"

Ertinya: Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada
sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha
berkuasa keatas segala-galanya.

Baca surah Al-Muluk sebelum tidur.


Baca doa-doa berikut 3 kali pagi dan petang

Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak akan memberikan apa-apa mudharat
dengan namaNya apa yang ada di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui

Amalkan panduan tersebut 3 bulan berturut-turut

Rawatan Sihir Mandul. Sihir jenis ini ada kaitan dengan sihir mengikat tenaga batin.
Cara merawatnya adalah seperti berikut:

Bacakan surah As-Shoffat atau dengar pada waktu pagi


Baca surah Al-Maarij sebelum tidur atau mendengarnya
Baca surah Al-Fatihah ayat Al-Kursi, dua ayat terakhir dari surah Ali-Imran dan AlMuauwidzat sebanyak 7 kali pada minyak dan sapukan muka dada dan leher
sebelum tidur.
Baca ayat Ruqyah pada bekas madu asli, kemudian minum satu sudu setiap hari
Amalkan panduan tersebut selama 3 bulan berturut-turut, disamping beristiqamah
dengan perintah Allah.

Bahagian Ketiga: Kaedah Pagar Diri Dari gangguan Sihir

Dalam bahagian ketiga ini, akan diterangkan secra ringkas benteng-benteng umum
dan khusus bagi menahan diri daripada gangguan Jin dan Syaitan.

Benteng Umum Melawan Jin Dan Syaitan


Ikhlas dalam setiap amalan
Memperhanbakan diri kepada Alllah s.w.t
Hidup berjemaah
Menjaga sembahyang
Memeperbanyak melakukan taat
Banyakkan zikir dan warid dari Rasulullah s.a.w.
Membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-Baqarah
Menjaga mata
Menjaga lidah

Menjaga perut
Menjaga kemaluan
Menjaga rumahtangga
Redha dengan ketentuan Allah
Sembahyang malam
Mengucapkan kalimah-kalimah yang baik
Jangan mengikut perangai syaitan

Benteng Kusus Melawan Jin Dan Syaitan

Menakala benteng-benteng khusus pula, seperti berikut:


Sarapan kurma ajwa
Sentiasa dalam berwudhu
Memelihara sembahyang berjemaah
Lakukan sembahyang malan
Membaca doa berikut sebelum memasukki tandas:

Membaca istiadzah sebelum solat


Membaca doa berikuta bagi pasangan suami isteri setelah akad nikah dengan
meletakkan tangan kanan ke dahi isteri:

Sembahyang 2 rakaat sebelum melakukan jima


Membaca doa berikut sebelum bersetubuh:
Tidur dalam keadaan berwudhu
Baca ayat-ayat berikut setiap hari selepas solat Asar:

Al-Baqarah 1-5
Al-Kursi dan 2 ayat sesudahnya
3 ayat akhir dari surah Al-Baqarah
Bacakan 100 kali wirid ini setelah solat Subuh:
Bacalah doa berikut 3 kali setiap pagi dan petang setalah solat Subuh dan Maghrib:

Bahagian Keempat: Tujuan Sihir Dan Tanda-Tandanya:

Jenis-jenis sihir memang banyak dan masing-masing mempunyai tujuan tersendiri


dan tanda-tandanya yang tersendir. Di sini diringkaskan seperti berikut:

Sihir Pemisah:
Tujuan sihir ini ialah untuk memisahkan diantara dua manusia samada, anak
dengan ayahnya, adik-beradik, rakan taulan, rakan kangsi dan suami isteri. Jenis
terakhir ini yang paling bahaya dan yang paling banyak berlaku..

Adapun tanda-tanda sihir ini, seperti berikut:


Berubah suatu kedaan secara tiba-tiba dari cinta kepada benci.
Timbul syak wasangka antara kedua belah pihak
Tiada perasaan timbang rasa
Sering bertengkar dalam perkara kecil
Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar
Bosan dengan kegiatan-kegiatan harian
Bosan dengan rumah sendiri

Sihir Pengasih:

Sebab-sebab berlakunya sihir ini ialah, terlalu banyak berlaku perselisihan dalam
rumahtangga. Kadangkala si isteri tamakkan harta suami atau sebaliknya. Untuk
mengelakkan perkara ini berlaku, maka sihir jenis ini digunakan untuk
menambahkan lagi kecintaan si isteri terhadap suaminya atau sebaliknya.
Perbuatan seperti ini termasuk dalam perkara-perkara yang dilarang dalam agama.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta ilmu pengasih adalah syirik.
(Riwayat Imam Ahmad)

Tanda-Tandanya:
Rasa cinta mendadak dan keinginan yang memuncak terhadap pasangannya
sehingga suami atau isteri patuh terhadap apa sahaja permintaan pasangannya.

Sihir ini boleh memberi kesan pada tubuh badan orang yang terkena. Antaranya:

Mengalami sakit yang berpanjangan


Kadangkala pasangan suami isteri membenci antara satu sama lain.
Kadangkala seorang lelai membenci semua wanita termasuk isterinya.

Sihir Pukauan:

Tujuan sihir ini dilakukan, samada mahu mengikis kekayaan orang lain atau sematamata mahu memaparkan kehebatan serta keajaiban yang ada padanya kepada
orang ramai.

Tanda-tandanya:

Sesuatu objek yang pada asalnya tetap, tiba-tiba bergerak setelah dijampi.
Demikian sebaliknya.
Sesuatu objek yang asalnya kecil berubah menjadi besar setelah dijampi dan
demikian sebaliknya.
Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakiki. Seperti Nabi Musa a.s melihat tali menjadi
ular.

Sihir Gila

Tujuannya ialah, untuk menjadikan sesaorang menjadi gila dengan menghantar jin
ditugaskan duduk di bahagian otak bagi mesrosakkan akal yang telah diprogramkan
oleh Allah s.w.t, samada melakukannya sendiri atau melalui bantuan tukang sihir.

Tanda-tandanya:

Mangsa menjadi sasau, bingung dan pelupa


Mangsa selalu meracau dan melolong
Mata mangsa selalu terbeliak-beliak
Mangsa tidak dapat duduk tetap di suatu tempat
Kerja yang dilakukannya selalu tergendala
Berjalan, tidak diketahui kemana hendak di tuju
Selekeh dan tidak memperdulikan pandangan orang terhadapnya

Sihir Kera Sumbang

Tujuannya ialah merosakkan kebahagiaan sesaorang dengan menghantar jin masuk


ke dalam badan menganggu system yang ada dalam tubuh badan. Berat atau
ringan penderitaan yang dialami oleh mangsa, bergantung kepada kekuatan jin
yang dihantar.

Tanda-tandanya:
Suka menyendiri (tidak suka diganggu)
Diam dan tidak suka berbicara
Tidak suka melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan
Sentiasa mengalami sakit-sakit kepala
Fikiran selalu terganggu

Sihir Hesteria

Tujuannya, mengacau dalam keadaan tidur, mimpi sesaorang dimana jin yang
dihantar menjelmakan dirinya sebagai haiwan ganas datang menerkamnya. Dalam
keadaan jaga pula, jin akan menanggilmanggil mangsa , kemudian suara tersebut
menjadi sayup-sayup. Kadangkala mangsa boleh menjadi gila sekiranya sihir yang
dihantar itu kuat. Jika tidak kuat mangsa hanya ditimpa penyakit was-was.
Tanda-tandanya:

Mimpi yang mengerikan


Sering ada suara yang memanggil namanya
Sering merasa ada orang yang berbicara dengannya
Banyak mengalami perasaan was-was
Sering bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
Sering bermimpi binatang buas menerkamnya

Sihir Penderitaan sakit

Berlakunya sihir ini melalui tiga proses:


Jin menyekat program yang telah ditetapkan oleh akal dari terus disalurkan kepada
anggota badan, menyebabkan sebahagian anggotan tidak berfungsi.
Jin sekali sekala tidak berfungsi, hasilnya mangsa berkeadaan normal seperti biasa.
Jin menghantar program akal kepada anggota badan terlalu cepat, menyebabkan
sebahagian anggota kejung tidak berfungsi, walaupun anggota tersebut tidak
lumpuh.

Tanda-tandanya:

Mengalami sakit kepala yang bepanjangan pada salah satu anggota badan
Sering diserang penyakit sawan
Mengalami lumpuh pada salah satu atau seluruh anggota badan
Melumpuhkan semangat dalam melakukan sebarang kegiatan

Sihir Pendarahan (Istihadhah)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang wanita yang bernama Hammah binti
Jahsyi tentang darah istihadhah. Baginda menjawab, maksudnya:

Sesungguhnya darah itu adalah hasil dari tolakkan yang dilakukan oleh syaitan

Sihir pendarahan dikenali dikalangan fuqahaa dengan istihadhah dan dikalangan


para doctor dengan pendarahan. Berkata imam Ibnu Al-Athir: Istihadhah ialah
darah yang berterusan keluar daripada rahim wanita selepas hari-hari haid biasa.

Kadangkala pendarahan ini berlaritan hingga berbulan-bulan. Kadar darah yang


keluar pula tidak menentu, ada kalanya sediit dan ada kalanya banyak.

Sihir Menggagalkan Perinikahan

Tujuannya ialah, menggagalkan pernikahan sesaorang dengan meminta bantuan


tukan sihir bagi mendapatkan khidmat jin. Dalam usaha ini, jin akan menunggu
masa-masa dan ketika yang sesuai untuk melaksanakan tugasnya keatas si
mangsa. Antaranya:

Ketika dalam keadaan takut


Ketika dalam keadaan marah
Ketika dalam keadaan lalai mengigati Allah
Ketika hawa nafsu sedang memuncak

Tanda-tandanya:

Wanita merasa benci untuk berumahtanggu. Biasanya, pinangan yang datang


ditolak mentah-mentah
Lelaki melihat bakal tunangnya berwajah hodoh
Mengalami sesak nafas, terutama selepas solat asar
Mengalami pening-pening kepala sekalipun telah mengambil ubat
Fikiran rungsing
Kedangkala sakit perut yang berterusan
Seringmengalami sakit-sakit di bahagian belakang hingga ke bawah.

Sihir Mengikat Tenaga Batin:


Berlakunya sihir ini dengan cara syaitan yang ditugaskan oleh tuannya duduk dalam
jasad sesaorang dan bertindak sebagai pengacau di bahagian otak yang dikenali
sebagai pusat rangsangan seks. Akibatnya, mematikan kemahuan dan rangsangan
seks sesaorang.

Jenis-jenisnya
Mengikat nafsu lelaki. Ini berlaku setiap kali si suami ingin menggauli isterinya, tibatiba rangsangan untuk melakukan hubungan seks tadi hilang dan menjadi lemah.

Mengikat kemahuan seks wanita dengan cara berikut:

Menghalang wanita menggauli suaminya dengan cara merapatkan kedua-dua


pehanya.

Melenyapkan kenikmatan, wanita tidak merasa nikmat menggauli suami, hasilnya


tidak ada tindak balas dari pihak isteri.

Berlaku pendarahan, ianya berlaku setiap kali si suami hendak menggauli


isterinnya, sehingga suami tidak boleh menggaulinya.

Wujudnya penghadang setiap kali si suami hendak mengadakan hubungan dengan


isterinya, tiba-tiba ada penghalang yang menyekat berupa danging-daging yang
tidak dapat ditembusi, sehingga proses tersebut menghadapi kegagalan.

Hilang perawan. Seorang suami menuduh isterinya tidak perawan lagi, akan tetapi
setelah diubati keadaan pulih seperti biasa.