Anda di halaman 1dari 2

SIAPA YANG LEBIH KUAT

SINOPSIS CERITA
Mengisahkan tentang angin dan matahari di mana pada suatu hari Si Angin
mencabar akan matahari tentang kekuatan masing-masing.
Si Angin mencabar barangsiapa di antara mereka yang dapat
membuatkan Si Ibu dan beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain
melarikan diri daripada cuaca yang panas maka dialah pemenangnya.
Cabaran disahut tenang oleh Sang Matahari.
Pertandingan dimulakan oleh Sang Angin dimana, Sang Angin mula
meniup anginnya dengan begitu kuat sehingga menyebabkan ribut malah
pemuda tadi semakin memegang erat bajunya. Akhirnya Sang Angin kecewa.
Sang Matahari tanpa rasa tergugat hanya tersenyum apabila
sinarannya semakin panas. Apa yang Sang Matahari tidak sedari ialah,
akibat cuaca panas yang melampau, ada pokok-pokok bunga yang layu
kerana terlampau panas. Si Ibu yang sedang menumpi padi pantas masuk ke
dalam rumah akibat kepanasan.

MORAL CERITA :
Janganlah ada dikalangan kita bersikap sombong kerana sudah menjadi
hukum alam dimana setiap yang lebih ada kekurangannya, dan setiap
kekurangan ada kelebihannya.

STORY BOARD:

1. Mula-mula pokok, angin dan matahari serentak masuk.


2. Selepas itu barulah Si Ibu dan kanak-kanak masuk sementara yang lain
sedia ditempat masing-masing.
3. Bila angin masuk, budak berasa sangat sejuk. Bola beralih arah kerana
tiupan tersebut. Si Ibu yang sedang menumpi padi, padinya
bertaburan.
4. Angin undur, barulah matahari naik.
5. Pokok bunga mula layu, Si Ibu masuk ke rumah begitu juga dengan
kanak-kanak yang sedang bermain.
6. Matahari senyum dan angin pun senyum
7. Masing-masing mengakui kelemahan dan kekuatan masing-masing.
8. Angin dan matahari berpeluk mesra. Ini menunjukkan matahari dan
9.

angina saling lengkap melengkapi.


Smua watak berkumpul menyanyikan lagu Tanya sama pokok
dengan iringan muzik.