Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

BIODATA

1.0 PENGENALAN

2.0 RASIONAL

3.0 OBJEKTIF

4.0 REFLEKTIF PROGRAM


4.1 GOTONG-ROYONG

3-4

4.2 CERAMAH

5-6

5.0 REFLEKSI KENDIRI

7-8

6.0 PENUTUP

LAMPIRAN

KERTAS CADANGAN
SURAT-MENYURAT
BORANG TEMPAHAN
GAMBAR AKTIVITI

BIODATA DIRI

NAMA

: SHARYN ARASOK

TARIKH LAHIR

: 4 OKTOBER 1991

TEMPAT LAHIR

: HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU

NO. KAD PENGENALAN

: 911004-12-5458

NEGERI ASAL

: SABAH

ALAMAT RUMAH

: KAMPUNG LOMUNU, KIBABAIG, PENAMPANG, SABAH

ALAMAT SEMASA

: NO 2481, JALAN TANAH MERAH, PEKAN TANAH


MERAH, 06000 JITRA KEDAH

KUMPULAN/KURSUS

: PISMP MT/ PJ/BI/ BM 1

NAMA MENTOR

: ENCIK KHAIRULANWAR BIN AHMAD

EMAIL

: sharyn_sya@yahoo.com

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas
bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Program ini merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh guru pelatih
untuk diiktirafkan dengan Ijazah Perguruan Malaysia.
Segala pengisian program adalah selaras dengan asas pembinaan insan guru
yang berpaksikan pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan golongan guru yang seimbang dan harmonis serta
dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada agama, bangsa dan negara
berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan, raja dan negara.
Insan guru dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang
cemerlang di samping menjadi role-model kepada masyarakat. Justeru, guru
memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari pelbagai aspek
sama ada jasmani, emosi, rohani ataupun intelek. Sebagai insan yang bergelar
guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang
baik di samping mempamerkan ketrampilan diri yang berkualiti.
Program Bina Insan Guru bagi guru pelatih PISMP Semester 2 2012 pada kali
ini akan diadakan dengan tujuan dan matlamat untuk melahirkan insan guru
melalui pengisian- pengisian yang telah direncana berdasarkan kepentingan dan
rasional tertentu.

2.0 RASIONAL

Program yang akan diadakan ini adalah demi memenuhi keperluan guru pelatih
dalam melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang sepatutnya dimiliki
oleh seorang guru sebelum melangkah ke alam pendidikan yang sebenar.
Dengan adanya program ini, diharapkan guru- guru pelatih dapat membina
semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan
tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.
Di samping itu, guru- guru pelatih PISMP diharapkan dapat membina keyakinan
diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan
dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai citacita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya
membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidkan
Negara.

3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan dengan objektif :
i.

Membekalkan guru pelatih dengan cara pengendalian majlis rasmi secara


berprotokol

ii.

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran dalam


pengurusan majlis rasmi

iii.

Membolehkan guru pelatih bertindak balas secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza

iv.

mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

v.

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak


keguruan.

vi.

Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil


peranan secara aktif dalam kumpulan.

vii.

Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
4.0 REFLEKTIF PROGRAM
4.1 CERAMAH

17 Februari 2013 merupakan tarikh yang dipilih oleh pelajar PISMP Ambilan
Januari 2013 untuk melaksanakan program Bina Insan Guru iaitu ceramah. Kami
melaksanakan ceramah ini di Dewan Ibnu Khaldun, IPG Kampus Darulaman.
Sebelum kami melaksanakan program ini, kami telah mengadakan satu
mesyuarat untuk melantik ahli jawatankuasa pelaksana BIG Fasa 3/ 2013. Melalui
undian, kami sebulat suara memilih Kendy Anak David Singod sebagai Pengerusi,
Zul Aiman bin Zul Hisham sebagai Naib Pengerusi, Edmand Depa Anak Randi
sebagai Bendahari, dan Norashikin bt Zulkifli sebagai Setiausaha. Selepas melantik
ahli jawatankuasa pelaksana, kami melantik ahli jawatankuasa kecil.
Setiap AJK menjalankan peranan dan tanggungjawab masing- masing.
Contohnya, AJK makanan menempah makanan, AJK Cenderahati membeli hadiah
untuk penceramah. Setiausaha bertungkus lumus

menyiapkan kertas cadangan

untuk program ini.


Pada 17 Februari 2013 iaitu bersamaan dengan hari Ahad, kami
melaksanakan pogram Bina Insan Guru (BIG). Pada 2.00 petang, kami telah
berkumpul di Dewan Ibnu Khaldun. Kami mendaftarkan diri kami di kaunter
pendaftaran. Selepas mendaftarkan diri, kami mengambil tempat masing- masing di
dalam dewan. Kami memulakan majlis dengan bacaan doa. Kemudian, penceramah
jemputan memulakan ceramah. Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Abdullah bin
Mat dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Darulaman. Tajuk ceramah pada
kali ini ialah Kesantunan Berbahasa.
Semasa Tuan Haji Abdullah menyampaikan ceramah, beliau akan selangselikan ceramah dengan lawak jenaka supaya pelajar- pelajar tidak mudah bosan.
Apabila ternampak ada pelajar yang tertidur semasa ceramah dijalankan, beliau
akan menyuruh semua pelajar bangun dari tempat masing- masing dan melakukan
senaman ringan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pada pertengahan ceramah,
beliau memanggil beberapa orang sukarela dari setiap kelas untuk tampil di depan
untuk senaman mulut. Detik itu menimbulkan suasana riang kerana ada beberapa
orang yang tidak dapat menyebut nama sendiri apabila lidah diletakkan di bawah
gigi.

Ceramah berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Haji


Abdullah bin Mat. Pengerusi iaitu Kendy Anak David menyampaikan cenderahati
kepada penceramah jemputan. Maka dengan penyampaian hadiah, maka denagn
itu, ceramah tersbut selesai. Selepas ceramah selasai, kami diberi satu kertas untuk
menulis refleksi kendiri. Selesai sahaja kami menulis refleksi kendiri, kami pun
pulang ke destinasi masing- masing.
Kesimpulannya, ceramah ini banyak memberi manfaat kepada para guru
pelatih. Ini dapat membekalkan guru pelatih dengan cara pengendalian majlis rasmi
secara berprotokol dan memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan
kemahiran dalam pengurusan majlis rasmi. Diharap program seperti ini diadakan lagi
pada masa akan datang.

4.2 GOTONG- ROYONG

Setiap semester pelajar PISMP ambilan Januari 2012 akan menjalankan


Program Bina Insan Guru (BIG). Pada semester ini, kami dikehendaki untuk
menjalankan aktiviti kemasyarakatan di luar IPG Kampus Darulaman.
Sebelum kami melaksanakan program ini, kami telah mengadakan mesyuarat
untuk melantik ahli jawatankuasa pelaksana. Melalui undian, kami sebulat suara
memilih Mohd Hafif bin Ahmad Shukri sebagai Pengerusi, Hafiez Azizan bin Osman
sebagai Naib Pengerusi, Mahaletchumi a/p Subramaniam sebagai Bendahari, dan
Nur Hazierah binti Azmi sebagai Setiausaha. Selepas melantik ahli jawatankuasa
pelaksana,

kami

melantik

ahli

jawatankuasa

kecil.

Setelah

melantik

ahli

jawatankuasa, kami memilih tempat untuk melaksanakan program BIG. Akhirnya


kami sebulat suara untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di Pusat Jagaan
Baitul Mahabbah Al- Hashim, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Pada 5 Mac 2013, kami telah berkumpul di depan asrama IPG Kampus
Darulaman seawal 7.30 pagi untuk menunggu ketibaan bas. Ramai yang membawa
barang- barang seperti baju untuk didermakan. Tepat jam 8 pagi, akhirnya bus pun
tiba. Kami memasukkan barang- barang ke dalam bus. Kami bertolak setelah semua
orang dan barang- barang dimasukkan ke dalam bus. Kami mulakan perjalanan kami
ke Kuala Nerang dengan bacaan doa.
Kami tiba di destinasi pada pukul 9. 30 pagi. Kedatangan kami disambut
dengan wakil pengerusi dan beberapa orang penghuni Pusat Jagaan Baitul.
Penghuni yang lain tidak dapat menyambut kedatangan kami kerana mereka berada
di sekolah pada waktu kami tiba di sana. Kemudian Naqiuddin selaku pengacara
majlis membuka bicara, diikuti dengan wakl Pengerusi Pusat Jagaan Baitul dan
diakhiri dengan ucapan pensyarah pengiring iaitu En Khairulanwar. Kemudiaan
Boniface, ketua AJK Aktiviti mengagihkan tugas. Kami dibahagi kepada empat
kumpulan

besar. Kumpulan A akan

mengecat pagar, Kumpulan

B akan

membersihkan kawasan luar pusat jagaan, Kumpulan C membersihkan kawasan


dalam pusat jagaan dan Kumpulan D membina reban ayam.
Sebelum kami memulakan tugas, kami bersarapan pagi terlebih dahulu. Menu
sarapan pagi ialah mee goreng. Selesai sahaja sarapan pagi, kami pun mula
menjalankan tugas. Saya termasuk dalam kumpulan membersihkan kawasan luar
pusat jagaan. Terlebih dahulu, kumpulan kami mengagih- agihkan tugas antara satu

samal lain. Ada yang menyapu daun- daun kering, ada yang menyusun batu bata
yang bertempiaran, ada yang menyusun paip- paip yang tidak tersusun dan paling
terakhir ialah menanam pokok limau kasturi. Masing- masing menjalankan tugas
dengan bersungguh- sungguh.
Kami menjalankan tugas kami sehingga waktu makan tengah hari. Kumpulan
yang terawal menyiapkan tugas ialah kumpulan C dan kumpulan terakhit ialah
kumpulan D iaitu membina reban ayam. Setelah semua kumpulan selesai dengan
tugas masing- masing, kami baru makan tengah hari. Kami menunggu kedatangan
penghuni- penghuni pusat jagaan yang lain tiba. Penghuni- penghuni pusat jagaan
hanya tiba pada jam 3.30 petang. Kemudian kami mula dengan sukaneka. Pertama
sekali, kami bahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan lelaki akan bertarung dengan
kumpulan lelaki, begitu juga sebaliknya. Banyak permainan yang disajikan seperti
tiup belon hingga pecah, mencari gula dalam tepung, passing belon yang berisi airda
lain- lain lagi. Suasana sangat meriah dan penuh tawa. Kami dapat berkenalan
dengan budak- budak semasa bermain.
Aktiviti kami diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang
sukaneka dan diikuti oleh penyampaian hadiah kepada wakil pengerusi pusat
jagaan. Kami bersalam- salaman antara satu sama lain sebelum menaiki bus untulk
pulang ke rumah masing- masing. Program ini banyak memberi manfaat kepada
para guru pelatih. Melalui program ini, para guru pelatih dapat menghargai apa yang
mereka miliki, sentiasa bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan. Diharap
program sebegini diadakan lebih banyak lagi pada masa akan datang.

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Banyak faedah dan manfaat yang dapat diperoleh melalui ceramah dan
gotong- royong.
Melalui ceramah yang telah diikuti, para guru pelatih dapat dibekalkan dengan
ilmu cara pengendalian majlis rasmi secara berprotokol. Mengendali majlis rasmi
bukan perkara yang mudah apatah lagi kalau majlis itu perlu diadakan secara
protokol. Dengan itu, para guru pelatih hendaklah mempunyai pengetahuan tentang
ilmu pengendalian majlis.
Bergotong- royong d Pusat Jagaan membawa banyak faedah kepada para
guru pelatih. Faedah pertama yang diperolehi ialah aktiviti kemasyarakatan ini dapat
menjadi wadah melatih dan membiasakan para guru pelatih dengan sifat
sukarelawan serta menghayati kehidupan orang anak yatim.
Selain itu, aktiviti kemasyarakatan ini dapat mempertingkat kemahiran
berkomunikasi mahupun berinteraksi dengan rakan atau orang lain. Semasa aktiviti
sukaneka dijalankan, para guru pelatih dapat berkomukasi dengan lebih mendalam
dengan para penghuni Pusat Jagaan.
Faedah yang ketiga ialah dapat menambaik prasarana dengan menceriakan
Pusat Jagaan. Aktiviti gotong- royong di Pusat Jagaan dapat mengindahkan lagi
pusat jagaan kerana setiap para pelatih menjalankan tugas masing- masing seperti
yang telah dipertanggungjawabkan seperti mengecat pagar, membersihkan kawasan
dalam dan luar pusat jagaan. Bukan sahaja menceriakan, malah menambah lagi
prasarana kerana para guru pelatih membina satu reban ayam.
Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan secara lansung
kepada para guru pelatih mengenai kepentingan kerja berkumpulan. Kerja secara
berkumpulan dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramairamai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Malah dapat menjimatkan masa dan
tenaga.
Yang paling penting sekali, aktiviti ini dapat memberi kegembiraan kepada
para penghuni Pusat Jagaan. Kanak-kanak kecil yang tiada ibu atau bapa ini jelas
terpancar wajah kegembiraan apabila kami semua berada di pusat jagaan sewaktu
mereka pulang dari sekolah. Anak-anak yang tiada ibu bapa atau fakir miskin ini tidak

akan rasa terpinggir kerana ramai yang datang ke pusat jagaan untuk melawat
mereka.

6.0 PENUTUP
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program Bina Insan Guru.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah- pensyarah yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa
Program Bina Insan dilaksanakan. Terutama sekali, saya ingin mengucapkan kepada
penyelaras

Bina Insan Guru, Encik Yusri bin Yusoff kerana tidak putus- putus

memberi tunjuk ajar semasa program ini dilaksanakan.


Kedua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa
pelaksana yang bertungkus- lumus menyiapkan kertas kerja dan memastikan semua
aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Selain itu, tidak saya lupakan kepada
ahli jawatankuasa kecil yang menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan
sempurna.

LAMPIRAN

KERTAS
CADANGAN

SURATMENYURAT

BORANG
TEMPAHAN

GAMBAR
AKTIVITI

Anda mungkin juga menyukai