Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

Muka Surat
TUGASAN 1
1.0

Pengenalan

2.0

Peranan Guru

3
2.1
2.2

Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum

Menyediakan Pendidikan Berkualiti

4
2.3

Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti


Ko-Kurikulum
5

2.4

Motivasi guru

5
3.0

Cabaran Yang Mempengaruhi Guru Dalam Perkembangan


Profesionalisme.

3.1

Cabaran Daripada Pihak Sekolah

3.2

Cabaran Daripada Murid

3.3

Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa

7
8

3.4

Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara

3.5

Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa

8
3.6

Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan

9
4.0

Kesimpulan

Rujukan
TUGASAN 2
1.0

Pengenalan

2.0

Ulasan Kajian
12

11

3.0

Kaedah Kajian
13

4.0

Dapatan Kajian

13

5.0

Refleksi

15

6.0

Kesimpulan

15

Lampiran

TUGASAN 1:
1.0

Pengenalan

Masyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang
kurang profesional.Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan.
Ini

adalah

kerana

kepekaan

mereka

dalam

menilaiperanan

guru

dalam

merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan


telahdikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk
kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan
kemuliannya di mata masyarakat seperti di zaman datuk nenek kita dahulu.
Peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan
sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar
serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar
sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka.
Seorang guru yang telah menyempurnakan latihan samada di maktab perguruan
atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses
pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama

mengajar. Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung


kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai
aktiviti dan program pendidikan secara formal, informal atau nonformal. Guru akan
melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar profesion. Di
antara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba
pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
efektif disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum
serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).
Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan
pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat
diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang telah 10 hingga
20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lama dalam mengajar,
misalnya. Borko (1998) menyatakan bahawa guru-guru yang telah lama mengajar
lebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan kurang
memberi focus kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana dari penyelesaian
masalah dalam subjek tersebut. Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi
dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam
membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka.
2.0

Peranan Guru

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain.
Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara
perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pernyataan

di

atas

menggambarkan

peranan

utama

yang

diharap

dapat

dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa


yang

bersatu

dan moden.

Situasi

ini juga menunjukkan

betapa besarnya

tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa
menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan
yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan

yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh
dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar
agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya
akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan
mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti
nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.
2.1

Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum

Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan


tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum
dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara,
perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan
sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran
nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan
terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan
ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu
berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.
Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham
makna diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium
utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi
fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya,
bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik
darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada
bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang
dalam batas nilai.
Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti
amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai
teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara
kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa

pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan
nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan
ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan
penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi
dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat
dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses
pengajaran

dan

pembelajaran

dan

ianya

boleh

menyebabkan

berlakunya

transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu
bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber
ikutan para pelajar.
2.2

Menyediakan Pendidikan Berkualiti

Matlamat

pembentukan

sebuah

negara

bangsa

hanya

dapat

dicapai

jika

masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah


juga

di

bidang

pendidikan.

Justeru

adalah

menjadi

peranan

guru

dalam

menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan


dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk
memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang
cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar
apabila

pelajar

telah

tamat

pendidikannya

dengan

kecemerlangan

ilmu

pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi
seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat
sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan
pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.
Selain

itu,

Kementerian

bertanggungjawab

telah

Pelajaran

Malaysia

melaksanakan

sebagai

beberapa

organisasi

strategi

yang

yang
dapat

memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara


pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan

dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan


pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini
memang banyak disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11,
Seksyen 53 berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.
2.3

Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam


mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan
kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang.
Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yang
penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka.
Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan
kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan
mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.
Watak-watak berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah
secara tidak langsung yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan
negara pada masa akan datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang
sifatnya membangun bukan meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang
mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam pembentukan watak insan kamil
demi kepentingan pembentukan negara bangsa.
2.4

Motivasi guru

Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya
menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan
dalam pengajaran, guru harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu
sendiri dan mengembangkan serta menggerakkan motivasi pemberlajaran pelajar
itu ke tahap yang maksimum. Menurut Saedah, Zainun dan Tunku Mohani (2007)
sebagai seorang guru, kita memiliki pelbagai tanggungjawab dan tugas yang harus
dilaksanakan sesuai dengan tuntutan profesional keguruan.Tugas utama dan
terpenting

yang

menjadi

tanggungjawab

seorang

guru

adalah

memajukan,

merangsang dan membimbing pelajar dalam proses belajar. Segala usaha ke arah
itu harus dirancang dan dilaksanakan.

3.0

CABARAN YANG MEMPENGARUHI GURU DALAM PERKEMBANGAN

PROFESIONALISME.
Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut
guru membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Pergolakan dalam bidang
pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran
bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Mengikut Sufean Husin
(2008) cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dikategorikan
kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran untuk
memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa, cabaran untuk memenuhi harapan dan
jangkaan negara, cabaran untuk memenuhi tuntutan perubahan masa dan cabaran
dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion keguruan.
3.1

Cabaran Daripada Pihak Sekolah

Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh
guru. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan
sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Fenomena
ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk
mendapatkan

pengiktirafan

umum

dengan

mengarahkan

guru

mengadakan

program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan
menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi
untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan
tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka. Sekiranya
peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai, maka guru akan dianggap
sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya. Selain daripada itu, masalah
kekurangan

guru,

kekurangan

prasarana

dan

kemudahan

pengajaran

dan

pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut memberikan tekanan


kepada guru. Kekurangan tenaga guru menyebabkan guru sedia ada terpaksa
memikul tanggungjawab tambahan untuk mengajar mata pelajaran yang bukan
opsyennya. Hal ini menyebabkan guru terpaksa mengorbankan masa rehatnya
untuk membuat persediaan rapi dengan merujuk kepada bahan pembelajaran mata
pelajaran yang bukan opsyennya. Bilangan murid yang ramai, keadaan bilik darjah
yang sesak memburukkan keadaan.

3.2

Cabaran Daripada Murid

Pengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan cabaran


kepada guru. Pelbagai kerenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar
belakang, tahap pencapaian dankebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi
oleh guru. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan
cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk
memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal
ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami
keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik
supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga
terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid.
Disamping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak minat untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan masalah yang perlu
ditangani oleh guru secara berkesan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan
berkesan, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih
serius. Dalam hal ini, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat
diperlukan bagi menangani masalah yang timbul. Masyarakat dan ibu bapa dapat
membantu dari aspek pemantauan aktiviti anak-anak mereka di rumah. Kolaborasi
diantara pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat
membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan
pendidikan yang berkualiti.
3.3

Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa.

Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab


mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak
ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan
keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab
dan cabaran yang amat berat bagi guru. Ibu bapa juga cepat menyalahkan dan
mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang
kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Suatu perkara yang
amat penting bagi guru ialah mesti mengetahui latar belakang murid dan keluarga,
matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru
menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Selain dari itu,
perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan
sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru.

3.4

Cabaran Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Negara

Guru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan
modal insan demi kemajuan negara di masa hadapan. Peranan guru dalam
merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan
melalui sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, guruperlu memahami aspirasi
masyarakat dan negara terhadap golongan guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan
antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru dalam usaha untuk
merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan. Penghasilan
modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi yang
menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi
cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Cabaran
yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras
dengan keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar
segala objektif yang disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai.
Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan kepada guru.
3.5

Cabaran Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa

Cabaran utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara
dalam

menghadapi

eraglobalisasi

dan

k-ekonomi.

Hargreaves

(2003)

menyenaraikan tiga cabaran utama guru dalam era k-ekonomi iaitu:


1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society)
untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya;
2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dariancaman yang dibawa oleh era kekonomi; dan
3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi
pendidikan dengan menggunakan kos yang minima.
Dalam hal ini, bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai
penyelamat masyarakat. Masyarakat yang berpengetahuan merujuk kepada sistem
ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan keaslian. Hal ini menyebabkan
masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada kemahiran tenaga
kerjanya (k-worker) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang kompleks,
mengambilpeluang

daripada

perkembangan

sains

dan

teknologi

serta

menyelesaikan masalah yang belum pernah dihadapi. Tambahan pula, golongan kworker ini diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang
bentuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Sehubungan itu, sekolah dan
guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan penting dengan sebaiknya
dalam menyediakan murid dengan kualiti tersebut dan memperkembangkan
pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. Justeru,guru dan sekolah adalah
diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk kesejahteraan
diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara.
3.6

Cabaran Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi
pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara. Tekanan beban
kerja, penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar
serta imbuhan pendapatan yang tidak standing dengan golongan profesional lain
boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Faktor bebanan tugas yang
boleh menimbulkan fenomena burn out dalam kalangan guru, imbuhan kerja

yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor
penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.
4.0

Kesimpulan

Dunia pendidikan dan keguruan menuntut guru agar sentiasa melengkapkan diri
dengan pengetahuan baharu supaya profesion tersebut tidak tersisih daripada arus
perdana. Tanggungjawab berat terpaksa dipikul oleh guru yang juga berhadapan
dengan era perubahan yang mencabar dan memerlukan daya kepimpinan dan
ketrampilan.
pembelajaran
meningkatkan

Peranan
bekesan

guru

sebagai

menuntut

agar

pemangkin
semua

kepada

guru

pengajaran

memperbaiki

diri

dan
dan

kualiti melalui pelbagai kaedah antaranya ialah melalui kursus,

bengkel, taklimat dan perkongsian ilmu dikalangan rakan guru. Pemantapan kaedah
pedagogi merupakan antara latihan yang paling penting untuk semua guru tidak
mengira peringkat umur dan pangkat. Setiap guru perlu menanamkan sikap terbuka
dan sentiasa berusaha dalam pembangunan diri delam menghadapi kalangsungan
kerjaya yang berdaya tinggi ini.

RUJUKAN
Toh, W.S. (2004). A developmental approach to classroom teacher research. Kertas
kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan MPBL 2004, 1-3
September 2004 di Santubong Kuching Resort, Sarawak.

van Manen, M. (1977). Linking ways of knowing and ways of being practical.
Curriculum Inquiry, 6, 205-228.
Wubbels, T. (1992). Taking account of student teachers preconceptions. Teaching
and Teacher Education, 8(2), 137-149.

Zeichner, K. M. (1983). Alternative paradigms of teacher education. Journal of


Teacher Education, 34, 3-9.
Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang. (2006). Motivasi guru dan pengurusan
budaya kolaboratif pengurus pendidikan wanita. Jurnal Pendidikan .USM. Vol.31, 97105.
Muhamad Sani Ibrahim (2001). Perkembangan projesionalisme guru: Satu tuntutan
dan satu kemestian, Kertas kerja Seminar Nasional Pengurusan dan Kepemimpinan
Pendidikan Ke-l0, Institut Aminuddin Bald, Genting Highlands, Pahang.
Muhamad Sani Ibrahim, & ZuraidahA. Majid (2002). Masalah projesionalisme guru
permulaan di sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kertas kerja
The Inaugural UPSI International Teacher Education Conference, Sultan Idris
Education University, Tanjung Malim, Perak
Saedah Siraj (Ed.). (2000). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan (Cet. 2).
Selangor: Alam Pintar.
Saedah Siraj; Zainun Ishak, & Tunku Mohani TunlmMohtar (1996). Motivasi dalam
pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan.
Salmah Othman, & Maimoon Jantan (1996). Kepuasan kerja di kalangan guru
Bahasa Melayu: Satu tinjauan. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Persatuan Psikologi
Malaysia Ke-4, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

TUGASAN 2 :
Tajuk Jurnal

Amalan Kecemerlangan Sekolah dalam kalangan

Dua jenis
sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia
Penulis

Muhammad Faizal A. Ghani

ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Volume 2, Nomor 2, Desember 2012


Sumber

(http://atikan-jurnal.com/wp-

content/uploads/2012/12/03.gani_.um_.des_.12.pdf )

1.0

Pengenalan
Pengkaji berpendapat bahawa kajian perbandingan mengenai keberkesanan

pengurusan sekolah adalah amat penting. Ini adalah kerana penemuan kajian
tersebut dapat mengenalpasti faktor penyumbang kepada keberkesanan sesebuah
sekolah. Pengkaji juga berpendapat bahawa kajian perbandingan di antara sekolah
yang berlainan aliran juga perlu dilakukan kerana masih terdapat beberapa faktor
penyumbang kepada keberkesanan sekolah berupaya untuk dijadikan panduan bagi
mengurus sekolah. Pengkaji memetik pandangan F. Ramirez dan J. Meyer ( 2001)
bahwa penemuan kajian di konteks yang lain perlu dikenalpasti kesesuaiannya
untuk dilaksanakan di tempat sendiri. Ini kerana sesebuah tempat itu memiliki
keperluan dan kemampuan yang berbeza. (Harris, 2002). Atas dasar ini, pengkaji
membuat keputusan untuk menjalankan kajian perbandingan amalan sekolah

cemerlang di antara dua buah sekolah berprestasi tinggi yang berbeza aliran ;
sebuah sekolah ialah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
dan sebuah lagi adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti perbezaan amalan sekolah cemerlang antara SBP (Sekolah
Berasrama Penuh) dengan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) di
Malaysia. Pengkaji ingin (1) mengenal pasti sekiranya wujud perbezaan yang
signifikan antara SBP dengan SMKA dalam aspek amalan sekolah cemerlang; dan
(2) mengenal pasti sekiranya wujud perbezaan yang signifikan antara SBP dengan
SMKA dalam aspek kepimpinan sekolah.