Anda di halaman 1dari 34

PENGAJARAN MIKRO

MEMBUAT PERANCANGAN MENGAJAR


Tujuan

utama guru menyediakan rancangan pengajaran


adalah untuk menjamin murid mencapai objektif
pengajaran secara berkesan

meningkatkan
Rancangan

keyakinan guru untuk mengajar

pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti


pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di
dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka
waktu yang telah ditetapkan

Persediaan

pengajaran perlu mengandungi


dua jenis maklumat:

1.mengenai murid dan perkara yang akan


diajar;
2.catatan mengenai langkah-langkah dan
aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses
pengajaran-pembelajaran.

Perancangan penyampaian pengajaran adalah suatu keadaan di


mana guru perlu menggunakan cara-cara penyampaian pengajaran
yang menarik dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran


2. Masa
3. Pemeringkatan isi
4. Pemilihan sumber dan alat
5. Kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran
6. Kualiti guru itu tersendiri
7. Mempunyai sistem penataran (delivery system) untuk
penyampaian yang efektif

Penulisan Hasil Pembelajaran (Objektif


Pengajaran)

Objektif pengajaran adalah pengetahuan dan kemahiran


yang perlu dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran.

Objektif pengajaran adalah merupakan asas pemilihan


bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas
berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada),
isi pelajaran (pernyataan, fakta, konsep,prinsip, dan
sebagainya); disamping mencadangkan aktiviti guru/murid
yang sesuai dalamproses pengajaran dan pembelajaran

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis


berasaskan kepada:
Hasil

yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan


kepada murid);

Prestasi

atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau


diukur, selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran;

Keadaan

atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu


tingkahlaku

Objektif pengajaran hendaklah melibatkan:


Perkara

yang masih belum dikuasai oleh murid

Masa

objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di


akhir pengajaran)

Kesinambungan
Maklumat

dengan pengalaman pelajaran terdahulu

yang dapat menunjukkan sesuatu yang


dikehendaki, dinyatakan dengan jelas.

Pemilihan objektif pengajaran yang dipilih hendaklah mempunyai


ciri-ciri berikut:

mudah (untuk dicapai murid);

sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa);

realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan);

jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang


betul);

tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta

disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang


mudah kepada yang sukar).

Pemilihan dan Penulisan Isi Pelajaran


Berikut adalah beberapa faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat
suatu perancangan yang rapi seperti yang dicadangkan oleh Graham (1992):
1. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan


satu masa kepada waktu pendidikan kesihatan untuk Tahap satu menjadi Tiga
Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll.

2. Persekitaran Pengajaran

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan


dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk
memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar, maka
masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Oleh itu,
perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.

3. Latar Belakang Guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga


pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk
menjayakan pengajaran.

4. Latar Belakang Pelajar

Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan


perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya
terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga
mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang.

Aktiviti dan Kaedah Pengajaran


Beberapa

kaedah yang biasa diamalkan:

(a) Kaedah Langsung atau Arahan


(b) Kaedah Tugasan
(c) Kaedah Resiprokal atau Bertindakbalas
(d) Kaedah Penyelesaian Masalah
(e) Kaedah Ekletik atau Gabungan

Kesemua

kaedah-kaedah itu mempunyai kelebihan dan


kelemahan yang tertentu. Ini dapat; ditinjau dari segi:

1. Pengurusan kelas semasa pengajaran


2. Penglibatan murid-murid dalam proses pembelajaran,
3. Pengalaman pembelajaran dari segi sosial, kognitif dan
psikomotor,
4. Kesesuaiannya dari segi kematangan, umur dan
kemampuan murid.

Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran


Melalui (penulisan)persediaan yang terancang, pelajr guru akan
dapat:

Meningkatkan keyakinan diri sebelum masuk mengajar.

Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.

Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada


perkara/aspek yang perlu diajar.

Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu


digunakan untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara menggunakan


teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai
pembelajaran murid.

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek


yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas.

Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan


cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa
ditemui atau dilakukan murid semasa diluar bilik darjah.

Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis


sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya
mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.

Merancang aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,


kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih


tersusun dan bersistematik.

Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang
diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan
berkesan.

Penyediaan Rancangan Mengajar

Ia terdiri daripada:

(a) Butiran am
(b) Tajuk pelajaran
(c) Objektif
(d) Kemahiran
(e) Bahan bantu mengajar
(f) Pengetahuan sedia ada
(g) Penerapan ilmu
(h) Penerapan nilai
(i) Set induksi
(j) Teknik Mengajar
(k) Langkah perkembangan
(l) Penutup
(m) Tindakan susulan

Set Induksi
Mewujudkan
motivasi

Membuat
kaitan

Komponen
set
induksi

Menstruktur

Menarik
perhatian

Komponen Set Induksi

Komponen Kognitif
masa
pemeringkatan
pemilihan

sumber dan alat

kesesuaian
kualiti

isi

guru

aktiviti

Perkembangan
Sebahagian besar masa pengajaran guru tertumpu dalam bahagian penyampaian
Semasa proses penyampaian ini guru perlu memberi perhatian kepada perkara
berikut:

Diajar daripada yang mudah kepada yang sukar atau rencam.

Melibatkan murid secara aktif.

Menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai untuk membantu


memudahkan
pemahaman murid.

Menggunakan kaedah dan pendekatan yang paling berkesan.

Menilai prestasi murid dengan menggunakan teknik menyoal yang sesuai dan
berkesan.

Setiap langkah/isi pelajaran hendaklah difahami dan dikuasai murid terlebih


dahulu, sebelum pindah kepada langkah/isi pelajaran yang berikutnya.

Perkembangan atau penyampaian yang berkesan melibatkan usaha


guru. Di antara perkara yang perlu diberi perhatian pada
peringkat perkembangan ini ialah

isi pelajaran

kemahiran

strategi pengajaran

pembelajaran

penerapan nilai

penggunaan sumber

Penutup
Guru

perlu memberi pengukuhan terhadap


pembelajaran murid, dengan membuat rumusan
atau kesimpulan mengenai apa yang telah diajar
pada peringkat akhir sesuatu pengajaran.

Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu:


(i) Penutup Kognitif
Aktiviti yang digunakan oleh guru sebagai penutup kognitif sesuatu pengajaran ialah
merumus dan mengulang segala fakta penting dengan menggunakan kaedah
pemetaan konsep, melukis gambarajah berkait, atau dengan melibatkan perkaitan
perkataan, mencadangkan aktiviti melibatkan perkaitan perkataan, mencadangkan
aktiviti susulan, dan sebagainya. Menjalankan aktiviti pengukuhan dengan
mengguna teknik soal-jawab.
(ii) Penutup Sosial
Penutup sosial ialah menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid, mewujudkan
perasaan ingin tahu dan belajar, memberi peneguhan positif mengaitkan apa yang
telah dipelajari dengan pelajaran akan datang dan sebagainya.

Berikut merupakan peraturan atau garis panduan untuk sesi


penutup pengajaran:

cara penutup

aktiviti susulan

penilaian objektif

rumusan/kesimpulan

Pengubahsuaian

pentaksiran

Penulisan RPH Lengkap


Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara
berikut:

Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta,


konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek
kognitif, psikomotor dan afektif).

Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi


objektif pengajaran).

Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang
dirancang?

Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya


objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?

Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan


pembelajaran (murid)?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga


komponen utama:
(i) Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);
(ii) Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta
dan sebagainya);
(iii) Aktiviti guru dan murid.

Bahagian penyampaian sesuatu pelajaran


mengandungi lima komponen penting:
Isi

pelajaran,

Kefahaman,
Kemahiran,
Aktiviti

guru/murid, dan

Catatan.

1. Isi Pelajaran

Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau


yang perlu disampaikan dalam sesuatu pengajaran.

Penjelasan isi pelajaran oleh guru juga perlu menyatakan segala


isi pelajaran yang akan disampaikan dan selaras dengan objektif
pengajaran.

Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan tajuk dan


disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran.

2. Kefahaman
Aspek

kefahaman melibatkan domain kognitif dan


afektif.

Kefahaman

melibatkan aspek celik akal yang


diperolehi pelajar mengenai tajuk yang dipelajari
di sepanjang proses pengajaran-pembelajaran.

Berbeza

dengan objektif pengajaran, kefahaman


memberi tumpuan kepada aspek dalaman. Aspek
kefahaman yang ditulis hendaklah selaras dengan
objektif pengajaran.

3. Kemahiran
Kemahiran melibatkan kebolehan murid untuk melakukan sesuatu dengan
menggunakan teknik yang betul dan selamat. Ia melibatkan domain psikomotor.
Aspek kemahiran yang ditulis hendaklah selaras dengan objektif pengajaran.
4. Aktiviti Guru/Murid
Aktiviti guru/murid melibatkan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh guru/murid
(sama ada berbentuk hands-on atau minds-on) disepanjang proses pengajaranpembelajaran, demi mencapai objektif pengajaran.
Aktiviti yang dirancang perlu melibatkan murid secara aktif bagi membolehkan
mereka memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai tajuk.
Elakkan daripada menulis aktiviti yang berpusatkan kepada guru. Kesemua aktiviti
guru dan murid perlu dirancang dengan kemas dan tersusun, mengikut urutan
objektif dan isi pelajaran.

5. Catatan
Para guru boleh menggunakan bahagian ini untuk menulis
aspek afektif (misalnya nilai murni), aspek kemahiran saintifik,
kemahiran berfikir, bentuk penglibatan pelajar,
penggunaan bahan bantu mengajar, peruntukan masa bagi
setiap aktiviti, dan sebagainyadi sepanjang proses pengajaranpembelajaran. Bahagian ini merupakan bahagian yang
buat catatan merangkumi sebarang ulasan yang dibuat
terhadap isi pelajaran,kefahaman/kemahiran, atau aktiviti
guru/murid atau yang berkaitan dengan strategi
pengajaran yang akan dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai