Anda di halaman 1dari 5

Teoriperkembangankognitifdanbahasayangdikemukakan

olehahliahlipsikologiyangterkemuka
Teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli
psikologi yang terkemuka.
Pengenalan Perkembangan Bahasa
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa
mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan
peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.
Kepentingan Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting
kerana bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut.
Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka
membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran
mereka.
Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait
rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007)
menyatakan bahawa bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep
abstrak. Selain itu, kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri
dan sosial.
Teori Dalam Kemahiran Bahasa
Perspektif Behavioris
Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting
dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya.
Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanakkanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut
perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.
Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang
menggunakan bahasa diteguhkan. Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak
berkata, Saya dahaga, nak minum. Ibunya bertindak balas dengan memberi
minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas ibunya hasil daripada
perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul.
Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali
memuji dan meneguhkan percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas
dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak,
memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi
dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.
Perspektif Kognitif
Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh:
kanak-kanak meniru percakapan orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari

beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar


percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya
apabila diteguhkan.
Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial,
pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari
bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran. Orangorang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan
kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan
ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi
bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini memudahkan
perkembangan bahasa berlaku.
Perspektif Nativis
Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otat yang lebih cenderung
melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini
dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa
seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang
betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui
peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.
Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan
proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu
dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky
melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini adalah
asas kepada semua bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky
sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak
dilahirkan.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

i.
ii.
iii.
iv.

Perkembangan bahasa akan


perkembangan kanak-kanak iaitu:
Peringkat pranatal
Peringkat bayi
Peringkat kanak-kanak
Peringkat remaja.

dibincangkan

melalui

beberapa

peringkat

Peringkat pranatal
Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya berkembang baik dan sudah
berfungsi. Janin boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan
menggerakkan kaki dan lengan.
Peringkat bayi

Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi


awal ini adalah untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-orang yang
berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku
melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama:Menangis,Cooing,Babbling
dan membuat isyarat:
Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang
disebut. Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan.
Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan
ibubapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan
pertama adalah kesinambungan daripada proses ini. Perkataan pertama bayi adalah
perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat
(papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu), anggota
badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye). Kadang-kala satu patah
perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna. Contohnya bola mungkin
membawa maksud itu bola atau saya nak bola.
Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50 perkataan pada usia 13 bulan,
tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. Ini
kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihi perkataanperkataan yang diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayi
akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang
pertama.
Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50
patah perkataan. Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24
bulan (2 tahun). Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil
vocabulary spurt.
Peringkat kanak-kanak
Jadual 1 : Model tahap perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak yang
dicadangkan oleh Chall, 1979
Aras Umur

Penerangan

0 4 Kanak-kanak mula menguasai kemahirantahun kemahiran asas untuk membaca. Mereka


memahami peraturan dalam membaca iaitu
bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula
mengenali huruf, boleh menulis dan membaca
nama sendiri. Dengan sokongan daripada ibu
bapa dan guru pra sekolah, kanak-kanak ini
menguasai kemahiran membaca yang asas.

5 7 Kebanyakan
kanak-kanak
mula
belajar
tahun membaca pada peringkat ini. Mereka mula
mengenali suku kata bunyi perkataan dan cara
menyebut. Mereka mula membaca perkataan
mudah dengan menggabungkan suku kata.

7 9 Kanak-kanak mula semakin fasih dalam


tahun membaca. Mereka boleh mengenali perkataan
dan membaca ayat. Walau bagaimanapun,
membaca pada peringkat ini masih hanya di
peringkat pembacaan sahaja. Kanak-kanak pada
peringkat ini kadang-kadang hanya membaca
tetapi tidak memahami apa yang dibaca.

10 Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih mahir


13
mendapatkan maklumat dan informasi daripada
tahun pembacaan. Mereka mula membaca dengan
kefahaman. Tetapi mereka masih belum
memahami pembacaan yang memerlukan
analisa atau yang melibatkan perspektif yang
berbeza. Kanak-kanak yang masih belum
menguasai kemahiran membaca pada peringkat
ini, akan mengalami kesukaran untuk menguasai
kemahiran akademik subjek-subjek yang lain.

14
tahun
ke
atas

Peringkat Remaja

Hampir
keseluruhan
pelajar
merupakan
pembaca yang mahir pada peringkat ini.
Kefahaman mereka tentang bahan yang dibaca
meningkat, mereka berupaya memahami
pembacaan yang kompleks melibatkan pelbagai
perspektif. Ini membolehkan mereka berbincang
secara analitikal tentang kesusasteraan, sejarah,
ekonomi dan politik.

Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat yang


lebih kompleks. Setara dengan perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka
sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat.
Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa,
perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik,
berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.
Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti antara
pendahuluan idea-idea utama dan penutup. Mereka juga mencipta dialek mereka
sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. Ini
juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai
identiti sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai