Anda di halaman 1dari 10

GARIS PANDUAN

PEMBUKAAN DAN OPERASI

VERSI 1/2012

DEFINISI

Konsep KR1M adalah menjual barangan keperluan pada harga


sehingga 50% lebih rendah berbanding barangan sama berjenama,
namun kualiti tetap diutamakan.
Tanda niaga Kedai Rakyat 1 Malaysia serta jenama produk 1
Malaysia Kedai Rakyat telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.

SYARAT PENYERTAAN

Mana-mana syarikat / koperasi / individu yang ingin menjalankan


operasi KR1M adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:
Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan perlu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pemilikan Perniagaan
Syarikat / Koperasi / Enterpris adalah 100% ekuiti / saham / milik
warga negara Malaysia.
Modal
Keperluan modal minima adalah dalam bentuk tunai atau bank
guarante atau debentur atau lain-lain instrumen kewangan seperti
berikut:
Saiz premis
Modal
(kaki persegi)
(RM)
1,500
460,000
3,500
650,000
Penentuan Lokasi
Penentuan lokasi serta keluasan premis KR1M akan dimuktamadkan
oleh Kerajaan.

SYARAT OPERASI

1.

Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi


perniagaan termasuk menanggung segala kos/caj pengendalian
KR1M seperti bayaran utiliti, cukai, lesen, gaji pekerja, sewa kedai
dan lain-lain.
2. Perlu menjual kesemua produk 1Malaysia Kedai Rakyat pada
setiap masa berserta dengan barang keperluan harian yang
ditetapkan.
3. Harga jualan produk di KR1M mengikut harga yang ditetapkan.
4. Menggunakan system Point Of Sale (POS) yang ditetapkan.
5. Mempunyai talian internet untuk pengendalian POS.
6. Susunatur (layout & planogram) mengikut garis panduan yang
ditetapkan seperti di Lampiran 1.
7. Memaparkan papan tanda mengikut spesifikasi KR1M seperti di
Lampiran 2.
8. Menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang
ditetapkan.
9. Waktu operasi perniagaan adalah bermula dari pukul 7.00 pagi
hingga 11.00 malam setiap hari.
10. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang
dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
11. Kesediaan untuk beroperasi di mana-mana lokasi yang
ditetapkan oleh Kerajaan.

TATACARA PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya,
Pejabat PDNKK Negeri dan Cawangan atau dimuat turun dari laman
sesawang www.kpdnkk.gov.my (seperti di Lampiran 3).
Semua permohonan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat KPDNKK
Putrajaya / Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan atau secara on-line.

Alamat Ibu Pejabat KPDNKK adalah seperti berikut:


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
Delivery Management Office (DMO)
Aras 5, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya.
Tel
: 603-8882 6948 / 6253 / 6940
Faks : 603-8882 6227
Email : kr1m@kpdnkk.gov.my
Alamat Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan boleh didapati daripada
laman sesawang www.kpdnkk.gov.my.

PERTIMBANGAN PERMOHONAN
Pertimbangan Jawatankuasa adalah berdasarkan kepada senarai
semak dan kelayakan pemohon mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan. (Senarai semak adalah seperti di Lampiran 4);

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Surat makluman keputusan kepada pemohon akan dikeluarkan dalam
tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa.
Pemohon yang berjaya akan diberi taklimat mengenai syarat-syarat
operasi dan perlu menandatangani Surat Akujanji / Perjanjian.

Lampiran 1
Susunatur (Layout)
Kedai Satu Pintu

Susunatur (Layout)
Kedai Dua Pintu

Lampiran 2

Papan Tanda KR1M

1.2m

12m

0.8m

.
1.4m

RGB COLOUR MODEL: RED: 237 GREEN: 28 BLUE: 36

Lampiran 3

MAKLUMAT PEMOHON
1. NAMA PEMOHON: _____________________________________
2. KATEGORI PEMOHON: [
[

] INDIVIDU
] KOPERASI

] SYARIKAT

3. NO. K.P: _________________________________


4. NO.PENDAFTARAN SSM / KOPERASI: ____________________
5. ALAMAT PEMOHON:

__________________________________
__________________________________
___________________________
____________________

6. NO. TELEFON: ____________

7. NO. FAKS: ______________

8. EMEL: ____________________
9. PENGALAMAN DALAM PERNIAGAAN: ________ TAHUN
10. JUMLAH MODAL: RM ____________
11. SUMBER PEMBIAYAAN: [ ] SIMPANAN
[ ] PINJAMAN
[ ] LAIN-LAIN (NYATAKAN: _______)

MAKLUMAT PREMIS (JIKA ADA)


12. ALAMAT PREMIS:

_______________________________
_______________________________
_______________________________
_______________________________

13. DAERAH:

_______________________________

14. NEGERI:

_______________________________

15. KELUASAN PREMIS: _______________________________


16. STATUS PREMIS: [ ] MILIK SENDIRI
] SEWA (TEMPOH SEWA: ____ TAHUN)
17. BILANGAN KEDAI RUNCIT / PASARAYA MINI / PASARAYA
DALAM LINGKUNGAN 5KM DARI PREMIS: _______________
18. GAMBAR PREMIS

Lampiran 4
Senarai Semak

Sesiapa yang berminat untuk memohon pembukaan Kedai Rakyat


1Malaysia (KR1M) perlu mengemukakan maklumat berikut :
Borang Permohonan Pembukaan
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

Salinan K.P / Sijil Pendaftaran Perniagaan / Koperasi

Profil Syarikat / Enterpris / Koperasi

Bukti Keupayaan Kewangan

Gambar Premis yang Dicadangkan

Saya _____________________________ mengaku bahawa segala


maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar.

________________________
(
)

10

Anda mungkin juga menyukai