Anda di halaman 1dari 9

KULIAH 6 HUBUNGAN GURU-MURID

Pengenalan:
Bab ini mengupaskan hubungan guru dan murid dan juga
kepentingan hubungna tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran(P&P) serta suasana di dalam bilik darjah.Selain
daripada itu bagaimana untuk membina hubungan yang positif
dan

berkesan

antara

guru

dan

murid

dengan

boleh

meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua


belah pihak.
Guru

perlu

mengawasi

murid-murid

dan

peka

terhadap

kesukaran yang dihdapi oleh murid-murid. malahan guru perlu


memahami masalah yang dihadapi murid, ketakutan dan
kekeliruan supaya guru dapat membantu murid menangani
masalah. Komunikasi yang berkesan antara guru dan murid
akan meningkatkan iklim pembelajaran kepada yang lebih
baik. Interaksi yang berpanjangan berlaku antara mereka akan
membantu memahami murid, sekaligus akan meningkatkan
prestasi mereka.
Komunikasi yang berkesan, guru yang mesra bersama murid
dan suasana kelas yang demokratik membawa kepada sebuah
hubungan yang erat antara guru dan murid. Bila mana
wujudnya suasana demokratik semasa murid bersama dengan
guru dalam membuat keputusan tentang proses aktiviti p&p
atau suasana pembelajaran akan membuatkan murid berasa
dihargai dan lebih bertanggungjawab.

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID


KEBAIKAN KEPADA GURU
KEBAIKAN KEPADA MURID
Menaikkan motivasi kepada Murid akan lebih berminat

guru untuk mengajar lebih


bersemangaT
Murid lebih senang dikawal
oleh guru dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan
Kerjasama
murid
akan
memberi
kesan
kepada
pengajaran dan pembelajaran
guru
Menaikkan imej guru

untuk belajar
Murid
lebih
memberi
kerjasama kepada guru-guru
Meningkatkan
akademik murid

pencapaian

Murid lebih bermotivasi untuk


belajar

Faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid


FAKTOR
Penampilan dan
bahasa badan
guru
Tingkah laku
guru

HURAIAN
Menjadi tumpuan murid (berpakaian
kemas)
Memberi persepsi baik kepada murid
Menjadi role model
Mencerminkan perwatakan guru
Sikap guru yang kasar akan dibenci
oleh murid-murid
Menggunakan perkataan yang baik
dan sesuai
Berhemah tetapi tegas

Tunjukkan contoh
teladan yang
baik

Menunjukkan minat supaya murid


juga akan minat untuk belajar
Sentiasa ceria dan tenang
Mengamalkan
komunikasi
yang
berkesan
Ikhlas dalam mengajar
Mengambil berat tentang murid

Persekitaran
pembelajaran di
dalam bilik
darjah

Bilik darjah yang kelihatan bersih,


ceria dan teratur
menarik perhatian murid untuk belajar
bilik yang dilengkapi dengan alat

bantu mengajar
bilik yang dapat memotivasikan murid

Strategi membina hubungan positif guru-murid


Bahan dipetik daripada buku Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkahlaku tulisan Shamsina Shamsuddin
1. Bertindak selaku ketua pegawai eksekutif (CEO)
Murid akan mencari sebab untuk menghormati dan mematuhi
guru. Oleh itu guru perlu menyampaikan mesej bahawa
gurulah yang sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal
bilik darjah dan tingkahlaku murid serta layak dihormati. Walau
bagaimana pun mesej ini tidak seharusnya disampaikan
kepada murid dalam nada menyombong atau bongkak,
autoritatif atau menggunakan pendekatan yang tidak telus.
Untuk mendapatkan keseimbangan antara boleh didekati
tanpa menjadi kawan merupakan satu cabaran dan ia
merupakan satu seni dalam bidang pengajaran. Guru perlu
memaklumkan kepada murid tentang hak mutlak dirinya
sebagai guru. Wujudkan sempadan hubungan tanpa kesediaan
untuk melanggarnya. Guru perlu menggunakan peluang untuk
membentuk peraturan perhubungan sejak awal sesi
persekolahan setiap tahun.

2. Menerima keindividualan murid


Sekiranya guru bersikap jujur terhadap diri sendiri pasti guru
akan mengakui bahawa dengan menerima murid sebagai
dirinya dan sebagai individu merupakan satu lagi cabaran yang
sukar. Setiap seorang murid mempunyai ciri unik yang
tersendiri dan guru tidak seharusnya membuat generalisasi
untuk mengatakan bahawa semua murid adalah sama. Guru
boleh cuba memahami dan menerima murid-murid melalui
pengumpulan maklumat menggunakan borang profil pada
awal tahun. Maklumat yang dikumpulkan meliputi hobi,

keluarga, impian, bakat, minat, perkara yang disukai dan tidak


disukai. Gunakan masa untuk membaca profil murid dan
gunakan maklumat yang diperolehi untuk mewujudkan
hubungan dan berbicara secara casual dengan murid. Dengan
cara menunjukkan minat untuk mengenali kehidupan murid,
kebiasaan mereka serta membenarkan mereka menari
mengikut paluan gendang sendiri merupakan strategi paling
berkesan yang boleh digunakan untuk sampai dan membuka
pintu hubungan dengan murid.

3. Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah.


Bantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri guru
sendiri. Semakin cepat guru dapat memberi kesedaran tentang
banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di antara ahli
kelas, semakin selesa pula murid dengan keadaan serta
suasana bilik darjah dan kelas mereka.

4. Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri


guru.
Sesetengah guru tidak bersetuju dengan konsep ini kerana
khuatir persamaan mungkin menyebabkan murid dan suasana
jadi lebih tidak berdisiplin di dalam bilik darjah. Faktanya ialah
semakin murid merasa selesa dengan gurunya, mereka akan
merasa lebih selesa dan bersifat lebih terbuka dan boleh
menerima.Beri peluang kepada murid untuk mengemukakan
soalan yang mereka ingin tanyakan tentang guru. Pilih soalansoalan yang boleh dikongsikan jawapannya. Gunakan sedikit
waktu sebelum waktu pembelajaran tamat untuk menjawab
soalan-soalan secara rawak. Guru boleh berseronok dengan
aktiviti ini dan murid akan melihat guru sebagai seorang
manusia sebenar dan bukan berpura-pura.
Tidak menjadi kesalahan sekiranya guru dapat
meluangkan sedikit waktu untuk bersama dalam aktiviti
kokurikulum seperti perkhemahan, bermain bola di padang,
menghias sekolah dengan bunga-bungaan dan pokok hiasan
sambil berhibur, berbual atau berbincang atau memasukkan isi

kandungan pelajaran secara santai. Bagi sesetengah murid,


aktiviti bersama di sekolah menjadi pendorong untuknya hadir
dan terus belajar di sekolah.

5. Ingat nama kesemua murid dalam kelas dalam


tempoh 48 jam.
Kebanyakan murid merasakan diri mereka seumpama tidak
wujud semasa berjalan di koridor sekolah tanpa berkomunikasi
dengan seseorang. Lazimnya apabila berselisih dengan guru,
muridlah yang memulakan komunikasi. Bagi murid yang
pemalu, komunikasi permulaan ini tidak mungkin berlaku.
Apabila guru boleh menegur murid, khususnya mereka yang
pemalu dan pendiam dengan menggunakan nama mereka dan
menunjukkan hubungan yang baik, murid akan merasa diri
mereka wujud dan dihormati.
Murid pula tidak akan
merasakan guru sebagai seorang superior yang sombong atau
autoriti yang menakutkan mereka. Setelah mengenali dan
menghafal nama-nama murid, guru boleh gunakannya di
mana-mana dan tidak lagi menggunakan gantinama ketika
memulakan komunikasi seperti Hei awak! boleh tolong cikgu
angkatkan buku ini tak? Sebaliknya penghormatan akan
wujud apabila guru mengatakan Qatratun Nada, boleh tolong
saya bawakan buku ini ke kelas?. Sesetengah murid akan
merasa sungguh seronok apabila guru berupaya memanggil
mereka menggunakan nama-nama mereka setelah dua hari
berjumpa. Kesannya adalah amat besar terhadap perhubungan
yang positif dan harga diri murid-murid.

6. Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan


lisan.
Kita semua tahu bahawa betapa lemah dan mengecewakan
apabila seorang penceramah atau pembentang gagal
menggunakan komunikasi bukan lisan dan bercakap umpama
sebatang tiang yang tidak menarik minat serta terasing dan
tidak ada hubungan dengan pendengar. Seorang guru yang
mengajar dan memberikan penerangan umpama sebatang
tiang yang tidak menimbulkan rasa ingin tahu, motivasi dan

minat untuk memberikan perhatian kepada murid adalah


seorang guru yang gagal dalam profesionnya. Bahasa badan,
nada dan intonasi suara, kekuatan volume suara, mimik wajah
dapat
menyampaikan
mesej
tentang
kesungguhan,
keseronokan dan kepuasan murid. Sesetengah gerak bahasa
badan dapat memudahkan kefahaman tentang perkara yang
dibincangkan.
Senyuman adalah sedekah dan tenaga yang digunakan
untuk senyum adalah lebih kecil berbanding tenaga yang
digunakan untuk menunjukkan raut wajah marah, bermuka
masam dan merunsingkan. Senyuman merupakan satu
petanda kesediaan untuk menerima dan bertenaga. Murid,
khususnya mereka yang datang dari latar belakang
sosioekonomi yang rendah, bergantung tinggi kepada
komunikasi bukan lisan dan akan mendapatkan isyarat bukan
lisan di sekeliling mereka.

7. Layan semua murid dengan hormat sepanjang waktu.


Apakah yang akan dirasakan oleh guru sekiranya bilik darjah
menjadi sebuah tempat yang bebas daripada bising, jeritan
dan laungan? Sebagai seorang dewasa yang matang guru
boleh berperanan sebagai rol model kepada murid-muridnya.
Walau bagaimana kecewa sekali seorang guru di dalam bilik
darjah, guru tidak seharusnya menjerit atau merendahrendahkan martabat murid dengan suara yang lantang dan
tinggi. Apabila seorang guru menyelitkan adab dan akhlak
yang baik dalam bilik darjah dan mengekalkan sikap secara
konsisten, guru sebenarnya menunjukkan rasa hormat dan
membantu murid untuk memahami kuasa positiviti dan
interaksi yang sihat.

Amalan budaya penyayang

Menurut Larrivee(2005), budaya penyayang terbentuk apabila


ahli-ahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan
kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara
terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan.
Dalam komuniti yang mengamalkan budaya penyayang, ahliahlinya saling hormat-menghormati, berkongsi emosi/perasaan
secara jujur dan saling ingat-mengingati.
Terdapat 4 ciri utama dalam menerapkan budaya penyayang di
dalam bilik darjah iaitu,
hormat
autentik
ingatan
integriti emosi

Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam


mempromosikan amalan budaya penyayang ini selari dengan
kepentingan akademik murid-murid. malahan guru juga harus
bijak dalam mentransformasikan budaya bersaing dalam
bidang akademik sahaja dan budaya kasih-sayang dan saling
bantu membantu dalam bilik darjah.

CIRI UTAMA
Hormat

Autentik

HURAIAN
Konsep asas hormat ialah penerimaan
Interaksi dua hala (guru murid)
Memberi perhatian dan mengambil berat
tentang diri murid
Guru akan mendapat kepercayaan dari
murid
Autentik menjadi diri sendiri
Memberi maklum balas dengan jujur
Tidak takut mengaku kesalahan yang
dilakukan
Bertanggungjawab atas tingkah laku
sendiri
Menyedari emosi orang lain dan diri

sendiri dan mengawalnya


Ingatan

Keprihatinan
gru
akan
bertimbang
rasaterhadap muridnya
Mengambil
berat
dan
mewujudkan
persekitaran yang kondusif
Saling berkongsi masalah
Sentiasa bekerjasama
Peka akan kehendak dan emosi orang lain

Intergriti
emosi

Ia berkaitan dengan kejujuran dalam


meluahkan pendapat dan emosi serta
mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku
tersebut.

DINAMIKA BILIK DARJAH


Dinamika bilik darjah merupakan sesuatu kumpulan rakan
sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak
mengikut matlamat yang sama.Terdapat beberapa pola dalam
kumpulan yang perlu guru ketahui antaranya ialah:
Bintang
Dyad
Klik
Rantai
Pencilan
Singkiran

Untuk murid yang popular dan 10 undian dari


kawan-kawaN
Bentuk persahabatan dua orang ( a b ) (b a)
Bentuk kumpulan (dua atau lebih untuk menjadi
kawan yang disukai)
Pola rantaian (a b) (b c)
Tidak memilih sesiapa sebagai kawannya
Murid yang disukai, tetapi mengatakan dia
sebagai orang yang tidak disukai

FAKTOR YANG MEMBENTUK DINAMIKA


KUMPULAN:
i.

jantina

ii.

agama/bangsa

iii.

status ekonomi

iv.

pendidikan akademik

v.

personaliti

vi.

gaya pembelajaran

PERANAN GURU DALAM DINAMIKA KUMPULAN


i.
ii.
iii.
iv.

guru perlu mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan


dalam bilik darjah
guru harus memberi perhatian kepada kumpulan murid
yang disingkirkan dan tidak disukai
menggunakan kuasa pemularan(role model untuk
mempengaruhi murid)
guru boleh membantu dinamika kumpulan untuk
membentuk ciri yang boleh membawa kebaikan guru
bertindak sebagai ketua kumpulan dinamika