Anda di halaman 1dari 3

Motor kasar

Kemahiran motor kasar bermaksud satu kawalan pada tingkahlaku badan yang
memerlukan banyak tenaga dari otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak
balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor kasar banyak
bergantung pada perkembangan otak kerana ianya memerlukan keseimbangan
badan dan juga kemahiran mata tangan kanak-kanak. Jika kanak-kanak
mengalami masalah penglihatan atau pendengaran, mereka akan sukar
mengimbangkan badan. Antara contoh kemahiran motor kasar ialah berlari,
melompat, berjalan, dan sebagainya. Tetapi, sedari awal bayi, mereka mula
menunjukkan kemahiran-kemahiran asas motor kasar seperti mengangkat
kepala, memusingkan badan, merangkak, dan lain-lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pada umur 3 hingga 6 tahun berada pada
tahap sederhana di mana ianya dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu keturunan,
pemakanan, pendapatan keluarga, dan kumpulan etnik. Contohnya, jika ibu bapa
kanak-kanak mengalami obesiti, maka kanak-kanak tersebut juga mengalami
keadaan yang sama dan mereka mungkin amat sukar melakukan aktiviti fizikal di
sebabkan tubuh badan mereka yang besar. Selain itu juga, ibu bapa perlu
menjaga pemakanan seimbang bagi kanak-kanak agar meraka dapat bergiat
cergas dalam melakukan aktiviti. Pendapatan keluarga juga turut mempengaruhi
dimana ibu bapa yang berpendapatan besar dan prihatin akan perkembangan
kanak-kanak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan peralatan fizikal
bagi kanak-kanak. Akhir sekali, bagi kumpulan etnik, contohnya masyarkat Cina
yang gemar melakukan senaman Tai Chi mampu menarik minat anak-anak
mereka untuk melakukan aktiviti kecerdasan tersebut.
Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan memberi ruang
kepada kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dirancang
perlu dilakukan dalam kedudukan yang berbeza seperti arah depan, belakang,
kiri, dan kanan. Contohnya, kanak-kanak berlari ke depan, belakang, kiri, dan
kanan. Guru perlu menjadi lebih kreatif dalm memperbanyakkan variasi dalam
pergerakan kanak-kanak. Ini perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak merasa
bosan dan ini akan menyeronokkan lagi kanak-kanak untuk melakukan aktiviti.
Di dalam gerakan motor kasar, terdapat 2 kemahiran iaitu kemahiran lokomotor
dan bukan lokomotor.

1.0) Pengenalan
Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan
dari segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku
sepanjang hayat. Perubahan yang berlaku adalah hasil proses menjadi
yang di alami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan
tumbesaran, kematangan, dan penuaan. Ia dapat dilihat menerusi dua
aspek iaitu peningkatan keupayaan dari bayi hingga dewasa dan
penurunan keupayaan dari dewasa hingga tua. Aspek keupayaan dari bayi
hingga dewasa dikenali sebagai tahap bagi golongan muda di mana
mereka mempunyai banyak tenaga dan sentiasa bergiat cergas untuk
melakukan pelbagai aktiviti. Aspek kedua ialah penurunan keupayaan dari
dewasa hingga tua. Pada tahap ini, peningkatan umur berlaku dan mereka
melalui proses penuaan. Ianya memberi kesan kepada perkembangan
mereka. Contohnya, untuk perkembangan fizikal, golongan ini tidak lagi
bergiat cergas dan mungkin tidak berupaya melakukan sesetengah
aktiviti.
Kanak-kanak secara semula jadinya suka melakukan pergerakan. Mereka
secara fitrahnya ingin belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang
tinggi. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti fizikal, mereka
akan melakukan dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak
dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan
Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu
daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah
penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan
juga bergerak untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, kanak-kanak yang
belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka
persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu
guru hendaklah mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang
sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga hendaklah
bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan
dipelajari oleh kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam

perkembangan pergerakan mereka.


Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk
dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan
pembelajaran berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana
yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak
(2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh
badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang
menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan
peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya
cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan.
Pergerakan asas terdiri daripada tiga jenis iaitu pergerakan lokomotor,
bukan lokomotor dan juga pergerakan manipulatif. Ketiga-tiga pergerakan
ini melibatkan kemahiran motor kasar. Lantaran itu, guru dan juga
ibubapa perlu membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran
tersebut secara berkesan. Ini kerana tubuh badan merupakan alat yang
penting dalam melakukan pergerakan.