Anda di halaman 1dari 2

5.

0 REFLEKSI
Saya berasa sangat bersyukur kerana saya dapat menyiapkan Kerja Kursus
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku pada kali ini dengan jayanya. Pertama
kali mendapat tugasan ini, saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan
atau maklumat yang bagaimana haruslah saya mencari dan mengulasnya. Namun
begitu, selepas saya mendapat penerangan dan taklimat daripada pensyarah saya
iaitu Tuan Abdul Shukur Bin Elias barulah saya faham apa sebenarnya kehendak
tugasan ini.
Bagi saya tugasan ini merupakan tugasan yang menarik perhatian saya
memahami dan mempelajari ilmu pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Tugasan ini telah memberi pendedahan kepada saya untuk
menghadapi masalah semasa dalam kelas. Saya juga telah mempelajari beberapa
model untuk mengurus disiplin bilik darjah iaitu dengan merujuk model modifikasi
tingkah laku B. F. Skinner, model displin Asertif Canter, model akibat logical Dreikurs
dan sebagainya.
Semasa membuat tugasan ini, saya juga telah menghadapi banyak masalah
untuk membuat laporan analisi ini. Dengan bantuan rakan-rakan saya dan akhirnya
saya dapat menyelesaikan masalah tersebut. Dalam hal ini, apa yang saya telah
mempelajari adalah jika kita tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah kita
perlulah minta bantuan dengan orang lain yang bijak untuk membantu seseorang
yang perlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa menjadi seorang guru bukannya
senang, perlulah menjadi seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab
terhadap murid yang mengajar. Sebagai seorang guru perlulah mengambil berat
terhadap emosi dan tingkah laku murid supaya dapat mengesan manakah yang
bermasalah dan membantunya untuk menyelesaikan masalahnya tersebut.
Dengan mempelajari ilmu yang baru ini, ilmu-ilmu tersebut ini telah membantu
saya untuk menyelesaikan tugasan kerja ini dengan senang dan memberi cara
mengenalpasti

masalah

yang

timbul

di

menyelesaikannya dengan model yang sesuai.

dalam

kelas

dan

cara

untuk

Tambahan pula, sebagai seorang bakal guru kita haruslah mempelajari ilmu
ini dengan baik supaya pada masa akan datang dapat kita mengaplikasikan dalam
proses pengurusan bilik darjah. Dengan ini dapat kita mengawal dan mengurus bilik
darjah dengan kondusif dan berkesan.
Dalam membuat kerja kursus ini, saya juga telah memahami sebagai seorang
guru, kita harus menghayati dan mengamalkan teori-teori dan model-model
mengurus sesebuah bilik darjah yang tersenarai dalam buku Pengurusan Bilik
Darjah supaya dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
bagi melahirkan warganegara yang dapat menyumbangkan tenaga dan kemahiran
demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai