Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN MENGISI JADUAL KEDATANGAN MURID

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

21.
22.

23.

Tulis nama murid mengikut nama yang tertulis dalam surat beranak.
Senaraikan nama murid mengikut abjad, tidak kira mengikut lelaki dan perempuan.
Tulis nama dan semua butiran dengan HURUF BESAR dengan kemas.
Isikan semua maklumat dengan pen berdakwat HITAM sahaja.
Tulis BWN sebelah nama murid yang bukan warganegara pada setiap mukasurat senarai nama murid. Kemudian
Highlight nama tersebut dengan warna pink pada setiap mukasurat berkenaan.
Jadual kedatangan hendaklah dihantar ke pejabat sebelum waktu kedua berakhir pada setiap hari.
Jadual kedatangan tidak boleh dibawa balik / diletak di merata-rata tempat melainkan di pejabat.
Kiraan purata kedatangan murid mestilah disiapkan pada hari terakhir setiap bulan.
JANGAN sekali-kali menyuruh murid mengisi apa-apa butiran dalam jadual kedatangan.
Semua kesalahan dalam jadual kedatangan tidak boleh dipadam dengan pemadam atau liquid paper, Ia hanya boleh
dipangkah dengan kemas kemudian ditandatangani di sebelahnya.
Bagi murid-murid warga asing yang tidak dilahirkan di Malaysia, yuran warga asing sebanyak RM 120.00 hendaklah
dibayar oleh ibu / bapa / penjaga murid berkenaan di JPWP.
Bagi murid baru, nama dan butir-butiran mereka hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pendaftaran untuk mendapatkan
nombor bilangan pendaftaran. Nombor ini perlu dicatatkan dalam buku jadual kedatangan.
Sila isikan alamat dan nombor telefon murid dengan menggunakan PENSEL sahaja. Maklumat ini perlu ditukar jika
terdapat perubahan.
Segala pungutan bayaran tambahan yang dicatatkan dalam jadual kedatangan mesti ditulis nombor resitnya
(
Sumbangan PIBG dan lain-lain sumbangan perlu dicatatkan di bahagian belakang Buku Rekod Mengajar).
Kira bilangan murid yang ponteng ( tidak hadir tanpa sebab ) dan juga jumlah bilangan hari ponteng pada setiap hujung
bulan.
Sila beri surat amaran sekiranya ketidakhadiran melebihi 3 hari, mengikut amaran pertama, kedua dan ketiga.
Tulis huruf S di dalam bulatan sekiranya ketidakhadiran ada surat dan huruf P sekiranya tiada surat.
Tulis huruf W di dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah untuk kegiatan diluar sekolah pada hari
persekolahan, murid ini dianggapkan hadir untuk pengiraan.
Tulis huruf L di dalam bulatan sekiranya murid datang lewat dengan menunjukkan SLIP LEWAT. Murid ini dianggapkan
hadir.
Tulis C dalam bulatan untuk murid Tahun 5 yang menghadiri UPKK dan murid Tahun 6 yang menghadiri UPSRA ( wajib ada
surat dari SR Agama). Murid-murid ini dikira tidak hadir dalam Jadual Kehadiran tetapi dianggap hadir untuk anugerah
kehadiran penuh pada hujung tahun. Guru kelas perlu membuat catatan senarai nama murid yang terlibat dalam ujian
tersebut.
Guru ganti atau guru waktu pertama hendaklah menanda kedatangan murid-murid dijadual kedatangan pada atau
sebelum waktu ke-2 jika guru kelas tersebut tidak hadir.
Guru subjek waktu pertama Tahun 1 hendaklah mencatatkan nama murid tidak hadir dalam Borang Ketidakhadiran dan
serahkan kepada ketua kelas. Ketua kelas akan serahkan Borang Ketidakhadiran itu kepada guru kelas. Guru kelas perlu
hantar borang yang telah lengkap diisi ini ke pejabat pada atau sebelum waktu kedua.
Ketua kelas Tahun 2-6 perlu catatkan nama murid tidak hadir dalam Borang Ketidakhadiran dan serahkan kepada guru
kelas. Guru kelas perlu hantar borang yang telah lengkap diisi ini ke pejabat pada atau sebelum waktu kedua.

PANDUAN MENGISI BAYARAN TAMBAHAN


1

Semua guru guru kelas diminta mengambil beberapa tindakan seperti di bawah :
1.1 Resit Rasmi Sekolah
1.1.1

Sila isi jumlah bayaran yang diterima untuk ruangan-ruangan seperti di bawah sahaja :

1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8

Tahun 1 hingga Tahun 6


Majalah Sekolah
: RM 10.00 (Satu Keluarga )
__________________________________________
JUMLAH
: RM 10.00

Sila isikan ruangan-ruangan lain di buku resit rasmi


Sila tandatangan di setiap helaian resit yang digunakan .
Tarikh di helaian buku resit dan tarikh bayaran tambahan yang diserahkan kepada kerani mesti sama.
Tarikh di helaian buku resit hendaklah mengikut urutan
Resit yang tersalah tulis tidak boleh dikoyak . Catat BATAL dan lipatkan helaian asal dan salinan
Sila catatkan bayaran berkaitan di ruangan yang disediakan di Buku Jadual Kedatangan Murid
Bayaran-bayaran lain yang tidak dicatatkan di buku resit rasmi hendaklah dicatatkan di ruangan CATATAN di Buku
Rekod Mengajar.
1.9 Salinan asal resit rasmi hendaklah diserahkan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan semua bayaran seperti di atas .
Jika satu atau beberapa jenis bayaran di atas belum dijelaskan maka resit rasmi tidak boleh diserahkan kepada ibu
bapa.

1.10 Bayaran-bayaran lain yang tidak disenaraikan seperti di atas hendaklah menggunakan samada resit rasmi PIBG atau
yang berkaitan .
1.11 Murid-murid yang telah menjelaskan semua bayaran seperti di atas tetapi telah berpindah masuk daripada sekolah
lain, maka nama murid tersebut hendaklah dicatatkan di Buku Jadual Kedatangan bagi bulan berkenaan dan di ruang
yuran. Salinan resit di sekolah terdahulu hendaklah diminta daripada murid berkenaan.
1.12 Sekiranya tiada resit, maka murid baru itu mesti menjelaskan bayaran tersebut di sekolah ini.
1.13 Guru kelas akan mengutip bayaran tambahan daripada ibubapa pada satu hari sahaja, iaitu pada hari yang ditetapkan
oleh pihak sekolah.
1.14 Selepas tarikh tersebut, Ibubapa akan membuat bayaran tambahan terus kepada kerani kewangan di pejabat pada
waktu yang ditetapkan. Senarai nama murid yang membayar di pejabat akan diberi kepada guru kelas untuk
dicatatkan dalam Jadual Kedatangan Murid. Pejabat akan keluarkan resit rasmi kepada ibubapa. Bayaran sumbangan
PIBG akan dikutip oleh Kerani kewangan dan diserahkan kepada Bendahari PIBG.

SURAT PEKELILING PROSEDUR- KETIDAKHADIRAN


PELAJAR
1.

Merujuk perkara tersebut di atas, guru-guru diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa pelajar tidak hadir atau enggan
hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa pengetahuan ibubapa / penjaga. Justeru itu pihak sekolah
bertanggungjawab untuk menghubungi mereka secara bertulis dan / atau melalui telefon ( dengan catatan panggilan itu di
dalam Buku Kedatangan). Langkah luar biasa yang boleh di ambil adalah dengan mengunjungi rumah pelajar berkenaan.

2.

Guru-guru diminta mengambil langkah-langkah berikut sekiranya pelajar tidak hadir:


2.1. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibubapa / penjaga dengan tandatangan
yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.
2.2. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibubapa / penjaga bersama-sama
datang berjumpa dengan Guru Besar ( kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar itu ada sebab-sebab
munasabah yang kuat).
2.3. Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberi surat sebelum hujung minggu.
2.4. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama tiga (3)
hari, atau pada hari kelima pelajar tidak hadir atau sekiranya pelajar telah tidak hadir ke sekolah (P) selama sepuluh hari
bukan secara berturut-turut tanpa surat.
2.5. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar BERDAFTAR ( sila catat BERDAFTAR pada sampul surat ) jika pelajar belum
datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas Surat Amaran Pertama.
2.6. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar telah ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturutturut.
2.7. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA sekiranyaa tiada apa-apa komunikasi
7 hari selepas Surat Amaran Kedua.
2.8. Sila gunakan surat Amaran Kedua tetapi tukarkan kedua ke terakhir dan garis anak tuan / puan akan dibuang sekolah
dengan dakwat merah.
2.9. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.
2.10. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir atau selepas 20 hari ditandai (P), pelajar boleh
dibuang sekolah.
2.11. Surat untuk tujuan memberitahu ibubapa / penjaga pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru
Besar.
2.12. Pelajar tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Guru Besar.

3.

Surat-surat berkenaan boleh didapati di pejabat.Guru-guru diminta mengisi surat ini di pejabat dan memastikan
penghantarannya.

4.

Semua tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat di ruang berkenaan pada tarikh surat amaran dihantar dengan catatan
AP: Amaran Pertama, AK: Amaran Kedua, AT : Amaran Terakhir dan BS:Buang Sekolah dalam Buku Kedatangan untuk rujukan
seterusnya.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 7/2003


Kuasa Guru Merotan Murid
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH)
1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa :
Peraturan 6.
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa kesemasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal
yang
difikirkannya
patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada
murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu;
tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau
murid boleh menjalankan kuasa itu
melainkan dengan arahan tertentu.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan
mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama :
Peraturan 5.
1 Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukumanhukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.
Dengan syarat bahawa
(a) hukuman dera kepada murid murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah
dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik
dengan pakaian dan
hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang
diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
2

Satu rekod yang mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan ( 1 ) hendaklah disimpan secara sulit
mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar . Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis
salahlaku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tanda tangan perotan dan saksi semasa hukuman
rotan dilaksanakan.

Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberi kuasa hendaklah sentiasa
menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami
sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang
merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada
hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada
mereka yang tidak berdisiplin.

Hukuman rotan di khalayak samada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan
pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih
besar terhadap perkembangan keperibadian seseorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh Surat Penurunan
Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan ( Lampiran A ) sebagai panduan.

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada pegawai-pegwai yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri , Pejabat
Pendidikan Bahagian / Daerah dan semua sekolah di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk / Dato / Tuan.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


tt.
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

PROSEDUR TINDAKAN SALAHLAKU


PONTENG SEKOLAH ( BERTERUSAN : 31 HARI )

LANGKAH
1

PROSEDUR
Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 3 hari berturut-turut.

TINDAKAN
Guru Kelas

Surat amaran pertama dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

Guru Kelas

Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

Kaunselor

Guru Kelas

Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 7 hari


selepas amaran pertama dikeluarkan / diberikan.
Surat amaran kedua dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

Guru Kelas

6.

Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

Kaunselor

Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 7 hari selepas amaran


kedua dikeluarkan / diberikan
Surat amaran ketiga dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.
Ibubapa dipanggil untuk pemakluman tindakan seterusnya.
Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

Guru Kelas
Guru Kelas.

Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 14 hari selepas amaran


ketiga dikeluarkan / diberikan .Ibubapa dipanggil untuk tindakan
buang sekolah.

-Guru Kelas
-GPK HEM
-Guru Besar

8
9
10

Kaunselor

PONTENG SEKOLAH ( BERKALA : 60 HARI )

LANGKAH
1

PROSEDUR
Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari berturut-turut.

TINDAKAN
Guru Kelas

Surat amaran pertama dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

Guru Kelas

Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

Kaunselor

Guru Kelas

Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari selepas amaran


pertama dikeluarkan / diberikan.
Surat amaran kedua dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.

6.

Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

Kaunselor

Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 20 hari selepas amaran


kedua dikeluarkan / diberikan
Surat amaran ketiga dikeluarkan / diberikan kepada ibubapa.
Ibubapa dipanggil untuk pemakluman tindakan seterusnya.
Murid berkenaan diminta menghadiri sesi kaunseling.

Guru Kelas
Guru Kelas.

Kenalpasti murid-murid yang ponteng selama 20 hari selepas amaran


ketiga dikeluarkan / diberikan .Ibubapa dipanggil untuk tindakan buang
sekolah.

-Guru Kelas
-GPK HEM
-Guru Besar

8
9
10

Guru Kelas

Kaunselor

PROSES TINDAKAN SALAHLAKU: PONTENG KELAS


LANGKAH
1
2
3
4

6
7.
8

PROSES
Aduan diterima daripada guru mata pelajaran
atau lain-lain sumber.
Siasatan dijalankan dan bagi mencari bukti
atau saksi.
Sekiranya ada asas kes diteruskan, jika tidak
kes gugur.
Jika ada kes, Lembaga Disiplin akan
memanggil pelajar untuk membuat pembelaan
Diri.
Kes sahih, hukuman dan tindakan akan diambil
oleh pengetua, Guru Besar atau guru yang
diberi kuasa.
Jika melakukan kesalahan kali kedua maka
sesi kaunseling perlu dibuat.
Pendokumentasian Fail / SSDM / Surat
kepada penjaga.
Selesai

TINDAKAN
Guru Mata Pelajaran
Guru Pen Kanan HEM
Guru Disiplin
Guru Pen. Kanan HEM
Guru Disiplin
Guru Pen. Kanan HEM
Guru Disiplin
Pengetua / Guru Besar
Guru yang diberi kuasa
Guru Kaunseling
Guru Pen. Kanan HEM
Guru Disiplin
Selesai

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH


DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL

JENIS KESALAHAN

* Kesalahan Ringan

JENIS HUKUMAN

Diberi amaran dan kaunseling.

BIDANG KUASA

Guru Besar / GPK / GPK HEM /


Penyelia Petang / Kaunselor /
Guru

KESALAHAN RINGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.

Menyimpan misai, janggut atau jambang.


Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
Bermain dalam bilik darajah, koridor atau kawasan yang dilarang.
Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.
Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
Makan atau minum di bilik darjah.
Melakukan pembaziran air / elektrik.
Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi
perhatian
dan lain-lain).
Datang lewat ke sekolah.
Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.
Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.
Mengganggu kawasan.
Mengganggu guru.
Lewat masuk kelas.
Mengotorkan kelas.
Tidak duduk setempat.
Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
BIL
2

JENIS KESALAHAN
** Kesalahan Sederhana

JENIS HUKUMAN
Rotan di tapak tangan dengan menggunakan
rotan ringan ( maksima 3 kali sebatan )

BIDANG KUASA
Guru Besar / GPK / GPK
HEM / Penyelia Petang /
Kaunselor / Guru yang
diberi kuasa.

KESALAHAN SEDERHANA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.


Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.
Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.
Menconteng pada harta benda sekolah.
Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan daripada satu, pada satu cuping
telinga.
10. Kesalahan lain yang difikir termasuk dalam kategori ini.

BIL
3

JENIS KESALAHAN
*** Kesalahan Berat

JENIS HUKUMAN
Rotan di punggung dengan dilapik pakaian
dengan menggunakan rotan ringan
(
maksima 3 kali sebatan )

BIDANG KUASA
Guru Besar / Guru yang
diberi kuasa.

KESALAHAN BERAT
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.


Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
Membawa, menyimpan, atau mengedar bahan tembakau.
Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan /
menghayalkan.
Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.
Melawan, mengancam, memukul, menggugur atau mencederakan guru / pengawas / murid.
Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
Memeras ugut guru / pengawas / murid.
Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
Melakukan buli ( pelacoan ), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia
terlarang.
Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
Mencabul kehormatan guru / murid.
Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.
Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
Mengintai murid lelaki / perempuan.
Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
Merosakkan harta benda sekolah / guru.
Membawa atau menggunakan bahan letupan.
Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajara
peperiksaan dan ujian.
Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan masyarakat Malaysia.
Menganjurkan atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari
/ selama 1 tahun sesi persekolahan.
Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua / atau guru yang menjalankan tugas.
Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamirkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
Melakukan hubungan yang dicurigai.
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

PERATURAN BILIK DARJAH


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga keselamatan harta benda dan perabot.
Peralatan inventori dan aset di dalam setiap kelas telah direkodkan dan tidak boleh / tidak dibenarkan dialihkan ke kelas /
tempat lain tanpa kebenaran / makluman Pegawai Aset.
Semua alatan seperti penggosok papan hitam, pembaris, penyapu, penyodok, bahan bantu mengajar dan sebagainya
hendaklah disimpan di dalam almari selepas waktu persekolahan.
Segala kehilangan atau kerosakan alat / perabot dan sebagainya hendaklah dilaporkan kepada guru darjah dengan segera.
Perabot hendaklah disusun dengan rapi.
Semua murid hendaklah mematuhi dan menjalankan tugas yang tertera dalam JADUAL TUGAS. Guru kelas hendaklah
mencatat nama pelajar, tugasan dan hari bertugas bagi setiap pelajar di dalam senarai tugas kelas masing.masing.
Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih, pelajar dilarang mengotorkan dinding.
Sampah mesti dikumpulkan dan bakul sampah hendaklah sentiasa dikosongkan SEBELUM waktu balik.
Papan hitam hendaklah dibersihkan selepas setiap pelajaran.
Cermin tingkap hendaklah dilap setiap minggu.
Murid-murid dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah tanpa kebenaran guru kelas.
Murid-murid dilarang berada di dalam bilik darjah atau berkeliaran di luar bilik darjah pada waktu rehat. Semua murid mesti
berada di kantin pada waktu rehat.
Murid-murid hanya dibenarkan keluar dari bilik darjah setelah mendapat kebenaran daripada guru / ketua kelas / pengawas
dengan menggunakan pas keluar kelas.
Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran daripada guru besar atau guru
penolong kanan.
Ketua darjah dan penolong hendaklah membantu mengawal disiplin di dalam bilik darjah dan hendaklah memaklumkan
kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan dengan segera jika guru tiada di dalam bilik darjah.
Murid-murid hendaklah berjalan dengan teratur sewaktu hendak pergi dan balik dari kantin / tapak perhimpunan / bilik-bilik
khas dan lain-lain.
Kipas dan lampu mesti ditutup bila meninggalkan bilik darjah. Murid / guru sesi petang mesti menutup pintu sebelum balik.
Tidak dibenarkan menconteng, mengoyak, merosak atau menurunkan carta, gambar, lukisan atau hasil karya murid dan
sebagainya yang dipaparkan di papan kenyataan bilik darjah.
Ceriakanlah bilik darjah sepertimana kita menceriakan rumah kita.

SENARAI SEMAK BAHAN PERLU DALAM BILIK DARJAH


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL ,
51000 KUALA LUMPUR
SENARAI BAHAN YANG PERLU ADA DALAM BILIK DARJAH

Nama Guru Kelas : .. Kelas :


Penyeliaan Kali Ke :

Tarikh : .

Nama Guru Sabjek Yang Membantu Keceriaan Kelas :


a. . b. .
PERINGATAN PENTING
a. Semua senarai di atas hendaklah dilengkapkan dan diadakan dalam bulan pertama 2013.
b. Sila pamerkan Senarai Semak ini di dalam kelas.
c. Sila serahkan satu salinan Senarai Semak yang telah lengkap diisi kepada Pn Choo Lik Pin pada atau sebelum 21 Jan.
2013.
Sila tanda (/) di petak ADA jika telah dilaksanakan dan tanda (X) di petak TIADA jika belum dilaksanakan.
BAHAN

ADA

TIADA

BAHAN

Jadual Waktu Kelas

Graf Pencapaian Kelas PKSR 1, 11

Jadual Tugas Murid

Pelan Keselamatan

Carta Organisasi Kelas (Bergambar)

Potret Pemimpin

Rukun Negara

Kata-kata Perangsang
Carta ABM digantung kemas

ADA

Falasafah Pendidikan Kebangsaan


Jam Dinding
Peraturan Bilik Darjah
Kalendar / Cuti Persekolahan
Misi Sekolah
Alas Meja
Visi Sekolah
Alatan Pembersihan ( penyapu , bakul
sampah , penyodok sampah , pemadam ,
bulu ayam )
Sudut Pameran Hasil Kerja Murid

Sudut Bacaan

Sudut Matapelajaran
CATATAN
___________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________

Tandatangan guru kelas

(Nama:

Tandatangan Guru Besar/GPK/


..
)

TIADA

SENARAI NAMA GURU KELAS DAN PENYELARAS ALIRAN 2014


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

KELAS
1 CEMERLANG
1 CERDIK
1 CANGGIH
1 CERDAS
1 CEKAP
1 CEKAL
2 CEMERLANG
2 CERDIK
2 CANGGIH
2 CERDAS
2 CEKAP
2 CEKAL

NAMA
SURIANI BT ABDUL MULOK
ZURAIHA MUSTAPA
SITI KHADIJAH BT MAHMUD
NORHASRINA BT HASAN
ZAIROSNIDAWATI BT ISMAIL
NORALINA BT ANI
ONI SAMSIDA BT SAMSUDIN
CHRISILA CHRISITE
HASMIZAM B HASAN
KU YATI KU IBRAHIM
MOHD NOOR MAMAT
NORIZAN ABU BAKAR

PENYELARAS

13.
14.
15.
16.
17.
18.

3 CEMERLANG
3 CERDIK
3 CANGGIH
3 CERDAS
3 CEKAP
3 CEKAL

ZULKIFLI MAT
NURUL HAFIZAH BT CHE OMAR
USMAWATI BT MOHD GHAZALI
FARIZA BT ZAMBERY
SYAZWANI NORIZAN
NORTININGSIH BT YASIN

USMAWATI BT MOHD GHAZALI

19.
20.
21.
22.
23.

4 CEMERLANG
4 CERDIK
4 CANGGIH
4 CERDAS
4 CEKAP

VASANTHI A/P REGUPATHIE


MAGIASWARI A/P SUBRAMANIAM
SITI MARIAM ABDULLAHI
NUR AZILA BT MOHD SAAD@DIN
ABD AZIZ B. ISMAIL

VASANTHI A/P REGUPATHIE

24.
25.
26.
27.
28.

5 CEMERLANG
5 CERDIK
5 CANGGIH
5 CERDAS
5 CEKAP

SITI MURNI ABD HALIM


NURUL HALIZA ILYANA BT MOHD RAZALI
UMMEE FATIHAH BT AZIH
NOR SAADAH BT MOHD YUSOF
HAMIDAH BT ROZALI

UMMEE FATIHAH BT AZIH


(KETUA PENYELARAS TAHAP 2)

29.
30.
31.
32.
33.
34.

6 CEMERLANG
6 CERDIK
6 CANGGIH
6 CERDAS
6 CEKAP
6 CEKAL

SITI MAZLINA BT ABD MANAP


CHE ZAINI B. CHE DAUD
NURSHIEDA BT ZAKARIA
SUHAWADI B. ABDULLAH
SITI NORAZLINA BT NORDIN
NUR AISHAH BT KHALID

SITI NORAZLINA BT NORDIN

35.
36.

PRA A
PRA B

WAHIDA SUKERMAN
NORYANI NAWAWI

NORYANI NAWAWI

SITI KHADIJAH BT MAHMUD


(KETUA PENYELARAS TAHAP 1)

ONI SAMSIDA BT IBRAHIM

Anda mungkin juga menyukai