Anda di halaman 1dari 22

23.8.

10
PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD
BADAWI
PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD
BADAWI
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)
Pada Oktober 2006, kerajaan telah mengumumkan bahawa sebuah kawasan
pembangunan khas di Selatan Johor akan dibangunkan. Kawasan ini merangkumi
2,217 km persegi dan dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER).
Kawasan ini akan dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd.
Kawasan ini melibatkan kawasan perindustrian, perdagangan dan penempatan.
SJER akan dijadikan sebagai agensi pusat satu perhentian (one stop centre).
Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan
Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.
SJER akan terbahagi kepada lima kawasan Flagship iaitu:
Flagship A Pusat Bandaraya Johor Bahru
Flagship B Nusajaya
Flagship C Gerbang Pintu Barat
Flagship D Gerbang Pintu Timur
Flagship E Senai Skudai
DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, telah
merasmikan SJER yang dijenama semula sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI) dalam satu upacara khas diDanga Bay, Johor Bahru pada 4 November 2006.
Tempoh pembangunan kawasan dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar
(WPI) itu adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk
menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun
yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di
rantau ini.
Jambatan Kedua Pulau Pinang
Projek jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) di Parlimen akhir Mac. Jambatan bernilai RM2.7 bilion itu
sepanjang 24 kilometer menghubungkan Batu Kawan di Seberang Prai dengan Batu
Maung di bahagian pulau. Cadangan asal jambatan itu yang diluluskan dan
diumumkan pada 2003 bertujuan mengatasi kesesakan di Jambatan Pulau Pinang
yang menghubungkan Prai dengan Gelugur yang dibina 21 tahun lepas. Bagi projek
Jambatan Kedua Pulau Pinang, konsesi untuk membina, mengurus, mengendali dan

menyelenggara projek berkenaan akan diserahkan kepada UEM Group kerana


syarikat itu adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.
Islam Hadhari
Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori
kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari alQuran. Ia bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia
adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut
yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
Tamadun Islam.Terdapat 10 prinsip dalam Islam Hadhari iaitu :1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.
2. Kerajaan Adil dan Beramanah.
3. Rakyat Berjiwa Merdeka.
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan.
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.
6. Kehidupan Berkualiti.
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.
8. Keutuhan Budaya dan Moral.
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi.
10. Kekuatan Pertahanan.
Pelan Integriti Nasional
Pada 23 April 2004, Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang
merupakan pelan tindakan untuk mempertingkatkan integriti nasional melalui
pendekatan yang komprehensif dan bersepadu. Sasaran utama pelan ini ialah untuk
membenteras rasuah, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti serta
meningkatkan kecekapan di segenap lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan peruntukan
sebanyak RM 6 juta. IIM akan melaksanakan siri program pendidikan dan kesedaran
PIN melalui Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang ditubuhkan di semua agensi
kerajaan.
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)
Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu :Teras Pertama: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Melalui teras ini,
Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada,
serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam
bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan
akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui
pembangunan ekonomi negara.
Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara
serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada

mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga
keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha
penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang
menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan
dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada
usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina
dan produktif. Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan,
menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan
dinikmati rakyat secara adil dan saksama.
Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup. Kerajaan akan
terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan
dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani
isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan
sumber.
Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Kejayaan
perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan
komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua
peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah
dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat
umum.
Dasar Bioteknologi Nasional (DBN)
Dasar Bioteknologi Nasional (DBN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April lalu menyediakan garis panduan untuk
mendorong pembangunan industri berkenaan di negara ini, dengan tumpuan
kepada tiga bidang, pertanian, penjagaan kesihatan dan bioteknologi perindustrian,
selain sembilan dasar teras.
Kerajaan juga menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) selaku agensi
setempat bagi membangunkan industri biotek negara dan BioNexus Malaysia
(BioNexus), satu rangkaian pusat kecemerlangan yang dibentuk berasaskan
keupayaan institusi dan syarikat sedia ada yang membuat pengkhususan di bidang
tertentu bioteknologi. Menjelang 2020, industri ini dijangka menjana sebanyak RM
270 bilion dalam bentuk hasil, mewujudkan lebih 280,000 pekerjaan dan
membangunkan lebih 100 buah syarikat. Terdapat 3 fasa dalam pelaksanaan dasar

ini iaitu : Fasa Pertama (2005-2010) - Membina Kapasiti


Fasa kedua (2011-2015) - Sains ke Perniagaan
Fasa Ketiga ( 2016-2020) - kehadiran di Peringkat Antarabangsa
Dasar Biofuel Nasional (DBFN)
Dasar BuoFuel Nasional pula diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos 2005 bagi
menggalakkan penggunaan biofuel sebagai alternatif kepada minyak diesel
berasaskan petroleum atau fosil, meningkatkan aktiviti hiliran serta memperluaskan
kegunaan serta penggunaan minyak kelapa sawit. Minyak campuran Biofuel B5
yang dipatenkan merupakan minyak diesel campuran 5% tapisan minyak sawit
dengan 95% minyak fosil. Teknologi biofuel ini dibangunkan oleh lembaga Minyak
Sawit Malaysia dan dieksport ke Amerika Syarikat, jepun, Kesatuan Eropah dan
Korea.
RazakSAT, Falcon 1
Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia kedua, RazakSAT dan roket pelancarnya
Falcon 1 telah dilancarkan dengan menggunakan 50 jurutera tempatan dan dibina
oleh Astronautic Technology Sdn. Bhd (ATSB) sebuah syarikat milik Kementerian
Kewangan dengan kerjasama Syarikat SaTreCi Co. Ltd. Dari Korea Selatan. RazakSAT
membolehkan Malaysia memantau dengan lebih baik kedudukan muka bumi
termasuk apabila menghadapi kebakaran hutan dan tumpuhan minyak di lautan.
Satelit ini mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600km dari angkasa
dan berupaya memantau sebarang penerokaan hutan secara berleluasa menerusi
pengahnataran imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT 1.
Pusat Angkasa Malaysia
Pusat ini diasaskan mengikut model Pusat Angkasa Kennady Amerika Syarikat dan
telah beroperasi di Sungai lang, Banting, Selangor. Pusat yang bernilai RM 100 juta
dibangunkan di atas tanah seluas 161.8 hektar milik kerajaan persekutuan. Terdapat
3 peranan utama iaitu : Memantau dan mengendalikan satelit RazakSAT
Stesen menerima maklumat berhubung dengan angkasawan sulung Negara
Melaksanakan projek usahasama membangunkan Sistem Penempatan Global
(GPS) bersama Kesatuan Eropah (EU)
Dasar Automotif Nasional (DAN)
Dasar ini diluluskan oleh jemaah menteri pada 22 Mac 2006. DAN mengandungi 6
objektif ke arah membangunkan lagi sektor automotif Negara kea rah yang lebih
mapan, berdaya tahan dan berdaya maju. Obejktif DAN ialah : Menggalakkan Industri automotif tempatan yang kompetatif dan berdaya tahan
terutamanya pengeluar kereta nasional

Membangunkan Malaysia sebagai pusat hab automotif serantau dalam bidangbidang khusus.
Menggalakkan peningkatkan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan
keupayaan tempatan
Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang
kompetitif di pasaran dunia
Menggalakkan penyertaan Bumiputera dan menyeluruh di dalam sektor automotif
tempatan
Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan
berkualiti pada harga yang berpatutan.

Dasar Modal Insan


Pembangunan modal insan yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke
Sembilan (RMK-9) akan dilaksanakan secara holistik. Perancangan ini merangkumi
perolehan pengetahuan atau modal intelek termasuk peningkatan keupayaan
keusahawanan, pengetahuan sains dan teknologi, pemupukan nilai, sikap, dan etika
yang positif dan progresif melalui pendidikan, latihan, dan pembelajaran sepanjang
hayat. Bina upaya akan diperkukuhkan untuk membangunkan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran dan inovasi bagi memacu ekonomi yang
berasaskan pengetahuan. Penekanan kepada pembangunan modal insan yang
bersifat progresif dan mempunyai nilai etika yang bersifat universal akan
diperkukuhkan sejajar dengan apa yang digariskan dalam Islam Hadhari.
Teras Dasar Modal Insan
Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian
pendidikan dan latihan.
Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat
Malaysia bagi meningkatkan perpaduan Negara.
Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar
bandar dengan di bandar.
Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan
latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan.
Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan, dan
pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat.
Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T)
yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan
pengetahuan.
Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang
mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan budaya
mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan, dan
Memperluas dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara
kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal
insan.

Posted by Norlida at Isnin, Ogos 23, 2010


http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunan-sumbangan-di-bawah.html

Thank you PakLah video http://www.youtube.com/watch?v=WSE2mTliE60

NO NAME , TUN ABDULLAH HAJI AHMAD


BADAWIhttp://www.youtube.com/watch?v=WSE2mTliE60

KAK BA , ( 2010) Pembangunan dan sumbangan di bawah pemerintahan Tun


Abdullah Ahmad Badawi .http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunansumbangan-di-bawah.html

No name ,( 2012 ) Biography of fifth Prime Ministerhttp://www.pmo.gov.my/?


menu=page&page=1880

Perdana Leadership Foundation , Yayasan Kepimpinan Perdana (2010 ) Tun


Abdullah Ahmad Badawi in brief. http://www.perdana.org.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=183&Itemid=122

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2013) , Perdana Menteri


Malaysiahttp://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-danpemimpin/perdana-menteri-malaysia?start=3

Malaysia Fact Book all you want to know about Malaysia, Tun Abdullah Ahmad
Badawi.http://malaysiafactbook.com/Tun_Abdullah_Ahmad_Bada

PENGENALAN TOKOH
KEJAYAAN TOKOH
ANUGERAH YANG DITERIMA
PENGALAMAN
KERAJAAN
POLITIK
PILIHAN RAYA
SUMBANGAN TOKOH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, NEGARA DAN
ANTARABANGSA
SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH
RUMUSAN

PENGENALAN TOKOH

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Nama Tokoh

Tokoh bagi laporan kajian ini adalah Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. Beliau mengambilalih
jawatan tersebut pada 31 Oktober 2003 daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Biodata Dan Latar Belakang Tokoh

Nama penuh beliau ialah Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau
dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Selepas tempoh pantang ibunya berakhir, Abdullah dibawa tinggal bersama bapa
dan datuknya di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada waktu itu, datuk beliau, Sheikh
Abdullah Fahim adalah mudir di Sekolah Idrisiyah, manakala bapanya, Datuk Ahmad
Badawi turut mengajar di sekolah berkenaan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus,
Datuk Seri Abdullah dan keluarga pulang ke Kepala Batas di mana beliau
menghabiskan zaman kanak-kanak dan remajanya.

Datuk Seri Abdullah dibesarkan dalam suasana kampung walaupun berada dalam
keluarga ulama terkenal. Hal ini kerana negara masih dijajah, rakyat hidup serba
kekurangan dalam keadaan penuh kemiskinan. Kepala Batas ibarat jelapang padi
kepada Pulau Pinang kerana rumah beliau dikelilingi dengan sawah padi dan kerana
itu beliau dibesarkan dalam suasana kampung.

Menurut sepupunya, Datuk Subki Raof, seperti kanak-kanak lain di Kepala Batas,
pada sebelah paginya datuk Seri Abdullah ke sekolah kebangsaan, manakala
sebelah petangnya ke sekolah agama yang dikelolakan oleh bapanya. Datuk Seri
Abdullah mempunyai minat yang mendalam dalam pembacaan Al-Quran. Minat
seperti ini telah diteruskan oleh beliau sehinggalah beliau dewasa. Beliau juga
mempunyai minat dalam menangkap ikan laga di bendang bersama rakan-rakannya
yang lain iaitu Allahyarham Abdul Fatah Abdullah dan Cikgu Bakar. Selain daripada
itu, beliau juga mempunyai minat dalam bermain kotak rokok, layang-layang dan
berbasikal di atas bendang.

Datuk Seri Abdullah mempunyai kemahiran dalam pertanian. Beliau bersama


Allahyarham Abdul Fatah amat berminat untuk menjual buah manggis pada masa
lapang. Beliau juga diajar untuk menyemai, menanam dan menuai padi serta
membajak sawah. Beliau juga pernah mandi air telaga. Pada musim kemarau,
beliau bersama rakannya Subki mengangkut air dari sungai menggunakan upih
pinang untuk kegunaan di rumah.

Selepas mengambil peperiksaan Special Malay Class (SMC), di Sekolah Melayu


Permatang Bertam dan lulus bersama empat pelajar lain, Datuk Seri Abdullah telah
melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima.

Selepas itu, beliau meneruskan pengajian di Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Di sekolah, guru-gurunya selalu mengingatinya bahawa dia seorang pelajar yang
dedikasi, rajin dan popular. Beliau pernah menjadi ketua pengakap sekolahnya Bukit
Mertajam. Ketika berada di tingkatan lima, beliau menjadi editor majalah sekolah.
Guru-gurunya turut mengakui beliau mempunyai kemahiran dalam mengarang
dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jelas sekali bahawa sejak kecil lagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
dipersiapkan dengan latar belakang pendidikan yang seimbang antara keperluan
dunia dengan akhirat. Walaupun datuk dan bapanya ulama, tetapi mereka tidak
membataskan pendedahan Abdullah kepada ilmu agama semata-mata. Sebaliknya
beliau dihantar ke sekolah kebangsaan dan sekolah Inggeris, tetapi pada waktu
yang sama, didikan agama tidak diabaikan. Malah sewaktu bersekolah menengah
pada sebelah pagi, beliau juga dihantar ke sekolah agama pada waktu petang. Apa
yang istimewanya ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diasuh dan dididik
sendiri oleh datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya dalam ilmu-ilmu agama.
Hasilnya, beliau mempunyai keperibadian yang mulia dan terserlah.

Selepas menerima pendidikan menengah, beliau kemudiannya meneruskan


pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam
bidang pengajian Islam pada tahun 1964.

Beliau pada masa kini adalah seorang kakitangan awam dan juga seorang
pemimpin tertinggi negara dan pemimipin UMNO iaitu parti yang terbesar dan
menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi terbanyak dan
pemimipin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar.

Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan
mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori.

top

KEJAYAAN TOKOH
Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif
dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun
1978 dan beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut hingga kini. Beliau
adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri Abdullah dipilih
sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga 1990, dan dipilih semula
memegang jawatan berkenaan pada tahun 1996. Pada perhimpunan Agung UMNO
2000, Dato' Sei Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 20002003. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang
pada tahun 1999.

Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa


kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah
Persekutuan (1980-81), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri
Pelajaran (1984-86) dan Menteri Pertahanan (1986-87). Pada 15 Mac 1991, beliau
dilantik menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari 1999.

top

ANUGERAH YANG DITERIMA

Year / Tahun

Anugerah

Daripada
2004
Ijazah Doktor Persuratan(Honoris Causa)
Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi India
2004
Pingat Jose Marti(Jose Marti Order)
Cuba
2004
D.U.N.M.(Darjah Utama Negeri Melaka )
Melaka
2004
D.K.J.(Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama)
Johor
2003
D.P.(Datuk Patinggi Bintang Kenyalang)
Sarawak
2003
S.P.S.A.(Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah)
Perak

2001
Honorary Fellowship.
Institute of Engineers Malaysia
2001
S.S.S.J.(Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail)
Perlis
2000
S.P.M.S.(Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor)
Selangor
2000
S.P.N.S.(Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan)
Negeri Sembilan
1999
Honorary Fellowship
London Chartered Institute of Marketing
1999
S.S.A.P.(Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia
Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad)
Pahang
1999
S.P.D.K.(Seri Panglima Darjah Kinabalu)
Sabah
1997
First Class Order Of Friendship Of DPRK.
Democratic's People Republic Of Korea
1997
D.G.P.N.(Darjah Gemilang Pangkuan Negeri)

Penang
1994
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The White Elephant
Kingdom Of Thailand
1994
Grand Cross Of The Order Of Merit
Chile
1992
D.S.S.A.(Dato' Salahuddin Abdul aziz Shah)
Selangor
1992
"Qwang Hwa Chang" Award from Republic of Korea
Republic of Korea
1991
Grand Cordan of The Order of The Sacred Treasure.
Japan
1987
Honorary Doctorate by University of Western Michigan, US.
United States Of America
1983
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo
Hwan
South Korea
1981
DM.P.N.(Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri)
Pulau Pinang
1979

D.J.N.(Darjah Johan Negeri)


Pulau Pinang
1974
K.M.N.(Kesatria Mangku Negara)
Persekutuan
1971
A.M.N.(Ahli Mangku Negara)
Persekutuan

top

PENGALAMAN
Berikut adalah pengalaman beliau di dalam pelbagai lapangan:

top

KERAJAAN

Tahun

Jawatan
31 Oktober 2003
Perdana Menteri, Perdana Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Keselamatan
Dalam Negeri
Feb 1999 Okt 2003
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri
1999
Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara
1991 1999
Menteri Luar Negeri
1986 1987
Menteri Pertahanan
1984 1986
Menteri Pendidikan
1981 1984
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1980 1981
Timbalan Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan
1978 1980
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan
1974
Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1971 1973
Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
1969 1971
Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana Menteri
1964 1969

Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam

top
POLITIK

Tahun
Jawatan
September 2004
Presiden UMNO
Mei 2000
Timbalan Presiden UMNO
1999 - sekarang
Ahli Parlimen Kepala Batas
1999
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
1995 - 1999
Ahli Parlimen Kepala Batas
1996 - 2001
Naib Presiden UMNO
1993 - 1996
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1990 - 1995
Ahli Parlimen Kepala Batas
1990
Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/ Pengerusi
Jawatankuasa Penyusunan Semua Masyarakat
1987 - 1990

Naib Presiden UMNO


1986 - 1990
Ahli Parlimen Kepala Batas
1984 1987
Naib Presiden UMNO
1981
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1979
Ketua UMNO - Cawangan Bertam
1979
Ketua UMNO - Bahagian Kepala Batas
1978
Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang

top
PILIHAN RAYA

Tahun
Kawasan
Majoriti
1986
Kepala Batas
8622
1990
Kepala Batas
9851

1995
Kepala Batas
17,834
1999
Kepala Batas
11,175
2004
Kepala Batas
18,122

top

SUMBANGAN TOKOH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, NEGARA DAN


ANTARABANGSA

Perdana Menteri Berjiwa Rakyat

Pada tahun 1962, beliau dilantik sebagai presiden Gabungan Pelajar- pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS). Semasa beliau memimpin GPMS, beliau memajukan program
pendidikan Melayu dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi anak-anak
melayu, memperbanyakkan bilangan pelajar melayu di Universiti Malaya khususnya
dalam bidang sains dan kejuruteraan, menambah peruntukan biasiswa untuk
pelajar-pelajar melayu, memberi peluang kepada kaum guru untuk melanjutkan
pelajaran dengan pembayaran separuh gaji dan dengan kerjasama badan-badan
pertubuhan bukan kerajaan yang lain waktu itu, GPMS juga bergiat cergas dalam
menobatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Keupayaan beliau
mengukuhkan semula GPMS yang menghadapi krisis berikutan saingan yang

dihadapi dengan penubuhan dua organisasi pelajar lain pada tahun 1961 juga
merupakan satu lagi kejayaan beliau sebagai presiden GPMS.

Pada tahun 1971, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Pengarah Belia Majlis Belia
Malaysia (MBM). Melalui usaha beliau, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Majlis
Perundangan Belia Negara (MPBN) untuk merapatkan jurang antara generasi muda
dan kerajaan. Di situlah program-program belia dibahaskan secara teliti sebelum
dilaksanakan oleh kerajaan. Setiap ahli MPBN diberi kebebasan untuk bercakap dan
tidak ada sekatan dikenakan. Dengan cara itu kerajaan akan mendapat maklum
balas yang berguna untuk menggubal dasar-dasar yang baik. Ini merupakan suatu
perkara yang tidak dibuat sebelum ini.

Pada masa itu, dua masalah kritikal dihadapi oleh belia negara iaitu pengangguran
dan masalah dadah. Selain menanggani kedua-dua masalah itu melalui program
tertentu, pandangan belia berkaitan aspirasi nasional dan pembangunan politik
negara turut dibincangkan dalam MPBN.

top

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH

Tokoh Yang Istimewa

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai keperibadian yang amat disenangi
adalah sesuatu yang diakui umum. Baik kawan mahupun lawan, mereka
sependapat keperibadiannya yang mulia bukanlah sesuatu yang dibuat-buat,
sebaliknya sesuatu yang tulen dan asli. Beliau juga digelar sebagai Mr. Nice Guy
dan Mr. Clean. Pemupukan keperibadiannya yang baik ini jelas dipengaruhi oleh
cara beliau dididik oleh datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim.

Selain itu, Datuk Seri Abdullah juga mewarisi sifat-sifat mulia dan terdedah kepada
amalan datuk dan bapanya yang berpegang kuat untuk menegakkan apa yang
disuruh dan apa yang dilarang dalam Islam. Sahabat karibnya, Allahyarham Abdul
Fatah pernah menyifatkan beliau sebagai "keramat hidup".

Beliau juga bersikap bermusyawarah dan begitu disenangi oleh golongan muda.
Keperibadiannya yang tulus ikhlas dalam memberi khidmat dan juga sentiasa
bersedia menjadi pendengar yang sabar juga diterima dengan baik.

top

RUMUSAN

Perdana Menteri dan Isteri

Rumusan mengenai keseluruhan watak dan falsafah hidup Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi dapat disimpulkan dalam sajak ciptaan beliau yang berjudul "Kucari
Damai Abadi" yang ditulisnya secara spontan dan dideklamasikannya dengan
penuh perasaan pada "Malam Puisi Kumpulan Utusan" yang berlangsung di Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Mei 2003 terutama dalam enam baris pantun
berikut:

Wang berjuta dan harta bertimbun


Hanyalah alat bukan matlamat
Damai abadi yang hendak dicari
Itulah pegangan pemimpin yang santun
Pedoman hidup dunia akhirat
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sajak ringkas itu boleh dianggap sebagai satu "potret peribadi" yang dirakamkan
secara candid dan memberi gambaran yang tepat serta menyeluruh tentang watak
atau "wajah dalaman" beliau.

Seorang cendekiawan ternama, Tan Sri Dr. Mohd Noordin Sopie, memberi
pandangan mengenai Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana
Menteri dengan berkata :"He will make good use of his 18 months in waiting 20
years in politics and 64 years of decent life."(Beliau akan memanfaatkan
pengalamannya menunggu untuk menjadi Perdana Menteri selama 18 bulan,
perjuangannya 20 tahun di arena politik dan 64 tahun kehidupan yang soleh).

Selain daripada "mencari damai yang abadi" untuk dirinya, beliau juga mengingini
bangsa dan negaranya menjadi "gemilang serta terbilang di kalangan yang
cemerlang."

http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?
report_id=174&xslFile=papirus

Beliau telah membina asas pengdemokrasian yang selama ini sangat ditakuti ia itu
memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakat Malaysia tak kira siapa dan
kumpulan mana, NGO dan politik, menyuarakan pandangan dan pendapat dengan
sekatan yang sangat minima.

Bayangkan, secara bertubi-tubi, beliau telah dikutuk dari segala penjuru termasuk
bloggers, malah dari wakil rakyat, ADUN dan parlimen UMNO dan BN sendiri.

Saya merasakan Anwar Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada Datuk Seri
Abdullah Badawi kerana memberi ruang dan peluang sehingga Anwar bangun pulih
sepenuhnya kalau dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir
terhadapnya. Begitu juga dengan Datuk Mukhriz, Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi,
malah Dr Mahathir sendiri, walaupun Abdullah Badawi dikritik dengan hebatnya,
dengan prinsip yang dipegang, sekali gus Abdullah Badawi telah mengembalikan
semangat dan roh kehidupan yang bebas kepada setiap rakyat yang mendiami
bumi Malaysia. Tidak ada siapa yang terkecuali. Itulah legasi yang ditinggalkan oleh
Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Anda mungkin juga menyukai